Dec 5, 2007

Zamzam-ala-khadam

Maksud:
1. Merepek, meraban, nyanyuk

2. Tidak betul fikiran lagi (ahli politik) atas sebab menurut dan mempertahankan perintah bulat-bulat daripada orang atasan; dengan tanpa/enggan memahami situasi sebenar

Asal-usul:
Diinspirasikan oleh penyanyi rap sensasi negara, Zai the Mai, dalam persembahan beliau yang disiarkan secara langsung di saluran Al-Jazeera kepada seluruh dunia pada 10-Nov-2007.

Dec 3, 2007

Kasutan

Maksud:
Perarakan, perhimpunan dan sebagainya yang bertujuan untuk membangkitkan kemarahan, kebencian atau menyakat institusi-institusi awam seperti kerajaan.

Asal Usul:
Lawan Hasutan (yg menggunakan mulut), Kasutan berasal daripada kata dasar 'kasut', yang boleh dikaitkan dengan kaki dan berjalan.

Wujud sejak pemimpin HINDRAF digugurkan daripada dakwaan menghasut, kerana mereka gagal dibuktikan ada menghasut. Mereka cuma mengkasut.

*Sebagai 'Menteri Undang-Undang', Encik Nazi Aziz patut memperkenalkan Akta Kasutan sebagai langkah mengekang perhimpunan haram daripada terjadi lagi. Haha

Untuk Ismail – Member Gua

Hah Mail, hang kata nak tengok gambar Hisham tu minum beer kan? Nah, ini dia semua tu. Hah pi lah sound kat bebudak hang tu semua, bahawa tangan yang memegang keris mulia itu suatu ketika dahulu memegang tin beer berjenama 'Sauh'.
Gambar-gambar diatas dirembat dari naktak.blogspot.com beberapa bulan yang lepas.

Nov 26, 2007

Sepakat Membawa Sakat

Maksud:
Pengukuhan semangat sesama individu supaya sentiasa bersatu hati dalam melaku sesuatu perkara dapat mengusik dan menurunkan kewibawaan pihak berkuasa.

Contoh Ayat:
Saipul...apa hang takut? Jomlah gi serta perhimpunan tu. Dia jugak yang mengundang kita mencabar dia... ni kita cabarlah dia. Kita tak salah. Macam cerita Vendetta tu kata..."Rakyat tak perlu takut pada kerajaan,sebaliknya kerajaan yang patut takut pada rakyatnya".

Hmm betul gak cakap hang tu. Rakyat sepakat membawa sakat... gua rasa telur dia dah kecut dah selang minggu kena sakat ngan kitorang semua.

Nov 19, 2007

Doc Mart Selamanya (Bhg 2)

Lanjutan daripada artikel gua mengenai Doc Mart beberapa bulan yang lepas, ini gua nak tayang sikit hasil contengan seorang kawan gua yang bergelar artis (yg lukis lukis, bukan yang tayang tayang muka tu).

Mari kita bersama menghayati rekaan beliau, yang merogol kawkaw but Doc Mart. Sambil-sambil itu, silalah undi rekaan yang korang suka...kalau nak undi semua pun boleh (klik je kat gambar but, dan anda akan dibawak terus ke laman mengundi Doc Mart). Sesungguhnya, ini merupakan satu pertandingan menconteng Doc Mart yang ulung. Kira kawan gua ini sedang bertanding dengan beruk-beruk dari serata dunia. Doc Mart akan menghasilkan but sebenar untuk rekaan terbaik.

Malaysia Boleh!















Nov 15, 2007

Parliban

Maksud:
Parlimen yang tidak demokrasi atau bertamadun; di mana para perwakilan di dalam berperangai seperti pengganas (terutama perwakilan majoriti).

Asal-usul:
Bercambah daripada perkataan Taliban; Parliban diakui kewujudannya sejak Bung Mokhtar mula mewakili Kinabatangan.

Baju Kuning

Maksud:
Seseorang yang tidak gentar untuk menyuara pendapat yang logik lagi bernas serta menegak keadilan demi kesejahteraan individu, bangsa dan negara (walaupun sudah digertak pihak berkuasa atau dipantang Perdana Menteri).

*Baju Kuning tidak mempunyai tali persaudaraan dengan simpulan bahasa ‘Otak Kuning’ yang membawa maksud permikiran lucah, dll.

Contoh Ayat:
Kau ni betul degil la, Annuar! Dah Tok Penghulu kata dia pantang dicabar, kau lagi nak heboh-hebohkan benda tu!

Shaffie.. ini bukan degil...ini baju kuning namanya. Gua hanya bercakap apa yang benar. Gua hanya lakukan apa yang sepatutnya. Penghulu haram tu dah merogol anak dara sekampung, takkan gua nak tunggu sampai dia habiskan semua anak dara baru gua nak kecoh. Time tu mana lagi ada dara untuk dijadikan isteri. Hang boleh terima ke bakal bini hang tu yang dah ditebuk tupai?

Nov 9, 2007

Kasi Bersih Semua

10 November...10 November... tak habis habis member gua mengingatkan gua tarikh itu. Seingat gua, 10 November tu gua kena bertandang ke kenduri kahwin seorang kawan. Takde perkara lain dah nak dibuat.

Tapi, member semua boleh pulak sound... kenduri kawin tu bila bila pun ada, bila bila boleh pergi, tapi ada perhimpunan ni yang jatuh kat hari sama memang tak boleh nak miss (hah, kepada kawan gua yang kawin 10 November ni, kalau gua tak muncul kat kenduri hang, silalah lapor kat polis. Gua konfirm dah kena culik ngan setan tu semua).

Laaa....gua ingat kemuncak Perhimpuan UMNO ke yang diorang kecoh kecohkan semua tu. Rupanya bukan. Yang diorang sibuk perkatakan ialah Perhimpunan BERSIH yang nak dapatkan 100 ribu orang join kat Dataran Merdeka tu. Agenda perhimpunan ialah untuk menuntuk pilihanraya yang bersih dan adil lah katakan.

Tapi yang peliknya, para member gua yang sibuk mengajak gua pi bukannya stok yang sensitif dengan perkembangan politik negara selama ini. Gua pun tak tau mana urat mereka yang salah tu....

Diorang kata semua orang turun kena pakai baju kuning. Nak buat gelombang kuning.. Laaa...betul mundur lah otak gua ni. Gua langsung tak tau berita ini. Kerana gua ini memang hidup umpama katak bawah tempurung dalam jangkamasa 2 bulan ni. Tak banyak baca akhbar, tak tengok TV, tak menghabiskan masa membaca blog orang. Ish... betul ketinggalan gila.

Selepas gua baca sikit kat internet tu, gua dapat tau yang geng PAS turun pun dah ada lebih 100ribu ahli. Betul gila bai.... sampaikan stok kemeja-t kuning pun diorang putus (eh sesiapa yang ada kontek dengan PAS tu, sila bagitau diorang yang Carrefour ada jual kemeja-T kuning...RM3.90 saja. Kualiti memang buruk gila...konfirm FRU tarik gerenti koyak. Boleh lepas badan lah bai).

Sesungguhnya, mereka kata ini merupakan perhimpunan aman. Tapi kalau dah gomen tu nak buat hal, macamana nak amanlah katakan. Seribu satu helah diorang boleh pakai untuk menghuru-harakan keadaan. Dan kalau dah huru-hara tu... diorang turun pulak titah ISA tu...kantoi habis...walau kau ni keturunan diraja.

Saudara pembaca yang dihormati, gua bukannya nak mematahkan semangat korang yang berkobar-kobar nak join tu. Tapi join biarlah kena tempat. Biarlah faedah tu korang dapat jugak. Rezeki tu penting. Maksud gua... pandai pandailah korang dirikan gerai air dan burger kat sana. Memang laris habih. Konfirm 100,000 orang tu mesti penat dan haus bersorak, berhimpit dan berarak.

Dan bagi yang lebih 'adventurous' dan gila tu... bolehlah meniaga topeng gas dan yang sewaktu dengannya.... kerana gua bilang dah tentu FRU tu nak memancut gas pemedih. Maklumlah... lepas Reformasi sampai sekarang dah berapa tahun dah... diorang pun nak test gas-gas tu semua tengok dah expired belum.

*Terkini
Tadi gua baru tonton berita 8malam... PM bagi amaran kat rakyat jangan pi perarakan tu. Dan kalau tak silap telinga dan mata gua dengar sambil tonton....si Zainuddin Maidin tu pulak kata UMNO nak kumpulkan 50ribu orang pun susah, siapa BERSIH ni nak dapatkan 100,000ribu orang kat Dataran esok (klip dia cakap ni tak disiarkan sepenuhnya, pasal dia tak habis cakap lagi RTM dah cucuk masuk iklan.Haha...mungkin penyunting berita tu tetiba sedar yang Zam ni terlampau memandang rendah BERSIH kot? Hahaha...ni yang buat gua lagi mengada ngada nak pi Dataran memeriahkan suasana esok. Woohooo....jumpa di sana

Nov 2, 2007

Bangsat Kat Awan

Misi bangsatawan kita semua ini betul lawak yang teramat serius. Bukan saja bazir duit rakyat, yang lebih memalukan ialah kerajaan kita asyik membangga-banggakan 'kejayaan' bangsatawannya. Dr Sheikh tu siap digelar wira negara. Isk isk isk... wira kepala butohnya. Bayar 20juta dah boleh naik atas.

Dengan duit yang Lim Goh Tong ada, tah berapa round dah dia boleh pergi balik angkasa lepas. Terus status wira negara (err...Uncle Lim memang dah kira kelas wira dah... jaya hasil titik peluh sendiri bai...hmmm... mungkin dia patut jadikan misi angkasa lepas ini satu agendanya sebelum dia meninggal minggu lepas).

Gua yang dulu dulu pernah lepak dengan angkasawan sebenar pun belum kecoh lagi... ni korang takat layan pelancong angkasa lepas dah bising cam nie. Pirahhh!!!
Semalam dalam berita, Pak Lah sempat lagi mengulas bahawa kerajaan akan mempertimbang tawaran yang dikemukakan Rusia untuk menghantar bangsatawan kedua ke atas langit. Bunyi 'tawaran' tu macam sedap je kan?...padahal yang Rusia kata kat dia mungkin berbunyi begini..

"Err.. lu nak hantar sepuluh lagi bangsatawan pun takpe. Janji hang order lagi tiga empat puluh jet pejuang kitorang. Oh bukan tu je, hang kena juga luluskan permit pelacur kita masuk negara hang. Tu sumber ekonomi kitorang jugak."

Hais...kita kena bayar cukai lebih lagilah kalau projek tu ON. Kalau tak, mana nak dapat duit untuk taja misi bodoh sebegini.

Seperkara lagi. Pasal nak mendiamkan mulut celupar kitorang nie, diorang pun katalah bangsatawan ada buat eksperimen tah apakebenda lah. Ye, eksperimen... mana eksperimen tu oi? Apa hasilnya... diorang diorang sendiri jelah yang tau eksperimen apa diorang buat tu.

Dah tu, misi ni mesti ada konspirasi besar. Apsal pulak abang bangsatawan tu tetiba meninggal hah? Banyak hari hari lain boleh mati apa. Punca kematian punyalah lawak. Terhantuk tiang. Hmmm... mungkin abang bangsatawan dapat tau sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui. Wahahaha...tu pasal kena 'erase' la tu. Hahaha.

Tapi banyak banyak cerita gua dengar mengenai misi bangsatawan ini, favourite gua ialah bila mendengar komen Tengku Adnan selaku Menteri Pelancongan kata "Kejayaan ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia'. Huh???

Apa benda dia cakap tu? Otak bawak ke tak. Apa kaitan orang nampak bangsatawan kita memberuk kat ISS tu dengan datang melancong kat negara oi? Gua OK lagi kalau dia kata "kejayaan bangsatawan kita ini telah memberitahu dunia bahawa kita agak liberal dengan konsep Gay. Kita boleh menerima mereka. Mari gay-gay sedunia, datang kat Malaysia". Pasal memang ada banyak kura-ura kat luar tu mengatakan bangsatawan kita tu gay apa. Hahaha....

Menteri-mentri semua biasalah, cakap nak kena dengan bidang kerja dia je. Mampus koranglah kalau nak pikir dia bangang. Dia apa kisah. Gua dapat bayangkan kalau si Samy pulak yang ditanya pemberita mengenai bangsatawan ini...mungkin dia jawab cam ni kot.."Saya lasa ini manyak baik untuk pengembangan kita punya highway. Pasat kita sulah ada ini angkasa punya teknologi...kita boleh pakai bikin jalan. Dan tol kita juga musti naik lagi...pasal mau biayai ini projek".

Sesungguhnya, perkara bangsatawan sebegini memang tak payah nak kecoh lah. Buang masa. Yang pasti cuma satu, Dr Sheikh bakal bergelar 'Datuk' atau 'Tan Sri' atau 'Tun'.


*Tak tipu...memang gua pernah lepak dengan cosmonaut Rusia dulu dulu tu atas sebab kerja. Gua bukan takat bergeser bahu je ngan dia tu, malah minum vodka dan kencing bersebelahan pun dah try.

Oct 30, 2007

Eh Siapa Tu... Komunis La....

Laa apa nie...PM Korea Utara melawat Malaysia... tapi takde publisiti langsung. Mana boleh oi? Sekurang-kurangnya gantunglah bendera Korea Utara kat sepanjang tiang lampu jalan Parlimen. Baru nampak grand sikit (ye cibai...apsal tak gantung...gua dah planning nak rembat sehelai dah).

Ye saudara semua. Orang kedua paling berkuasa di Korea Utara... Kim Yong-Il sekarang ni berada di negara kita. Baru hari ini sampai untuk lawatan rasmi...tapi haram takde pun berita mengenai ketibaan dia ni. Minat gua kat Korea Utara ini bertambah-tambah selepas gua membaca novel grafik daripada Guy Delisle yang berjudul Pyong Yang: Journey into North Korea beberapa minggu lepas.Kalau korang ada duit lebih lebih tu...silalah pegi beli novel grafik tu. Tapi kalau korang jenis yang takde duit dan muka pula setebal buku panduan telefon, jangan bimbang. Korang boleh pi kedai BORDERS tu baca free. Tak sampai sejam boleh habiskan. Memang sempoi dan menarik.

Gua betul respek habis negara itu....terutamanya memikirkan bagaimana seorang pemimpin dapat mencuci pemikiran semua rakyatnya... sehinggakan semua rakyat tidak berani memberontak, malah percaya bulat-bulat segala propaganda yang disebarkannya.

Nasib baik kita ada internet bai... kalau tak merana lah kita kena tonton RTM dan baca Utusan Malaysia hari hari selama 50 tahun. Confirm otak kita pun beku macam rakyat Korea Utara kang. Pak Lah suruh berdiri kita berdiri. Pak Lah suruh makan kita makan.

Hmm...ni korang ada tak maklumat kat mana si Kim tu menginap? Gua nak sangat bawak buku Pyong Yang gua nie untuk dia autograf.....kalau boleh suruh dia panggil bos dia Kim Jong-Il sain lagi best.

*Harap maklum: minat gua kat Korea Utara boleh diibaratkan sebagai minat idola blackmetal je. Mistik habis. Dengan itu, gua ingin menjelaskan bahawa gua tidak sama sekali menjunjung fahaman Komunisme dalam otak gua ye. Baik gua jelaskan semua. Kang Pak Lah ISA-kan gua, sia-sia je kan....

Berenang-Renang Ke Hulu, Berakit-Rakit Ke Tepian; Bersenang-Senang Dulu, Bersakit-Sakit Kemudian.

Maksud:
Tak kira walau hidup susah kelak, janji dapat menikmati kemewahan dan kesenangan dahulu.

Contoh Ayat:
Eh Sharil, awal bulan dapat gaji kau hidup betul punya mewah. Dunhill besar tak pernah tinggal tangan. Masuk tengah bulan je, budget dah lari kau pulak tukar hisap Winston dan L&M. Dah tu sekarang hujung bulan pulak sibuk nak pau rokok gua! Sampai bila kau nak berenang-renang ke hulu, berakit-rakit ke tepian; bersenang-senang dulu, bersakit-sakit kemudian?

Laa..tak nak bagi rokok cakap je tak nak bagi rokok, Man oi.. toksah hang nak ceramah agama kat gua pulak. Suka hati gua lah nak hisap rokok Dunhill awal bulan, nak makan nasi putih berlaukkan kuah kari dan minum air kosong je masa hujung bulan. Kerajaan tak sound pun. Kau apa susah. Nanti gua boleh mintak loan beli rokok! Puii....

Oct 23, 2007

Satu, Dua... Tembak! (Episod 2)

Lagi cerita berkenaan hukuman tembak sampai mati di China. Korang tau macam mana logo Olimpik Beijing 2008 dihasilkan?

Tak lain tak bukan macam inilah....

Oct 21, 2007

Bangsatawan

Maksud:
Bangsat yang terbang ke angkasa lepas menerusi perjanjian komersial (tanpa adanya tujuan sebenar) dan selepas itu diagung-agungkan dan dijadikan wira negara.

Asal-usul:
Berevolusi daripada perkataan angkasawan. Tetapi maksud dan ciri-ciri dua perkataan ini bagai langit dan bumi bezanya.

Kategori Terbaru Dewan Karut

Gua akan memperkenalkan kategori 'Daftar Kata' dalam Dewan Karut mulai sekarang. Seperti kategori 'Peribahasa', Daftar Kata ini bertujuan merekod dan menafsir perkataan-perkataan baru yang dicipta khas untuk perkembangan Bahasa Malaysia tercinta.

Semoga korang semua dapat manfaat sepenuh daripadanya.

Selamat.

Oct 12, 2007

Jeng Jeng Jeng...

.... Ya kepala kepala bapak sekalian, gua nie belum mati lagi. Terus terang gua bagitau, gua memang malas gila nak menulis sekarang. Puasa puasa nie mood tah hilang kat mana.

Tapi jangan bimbang. Gua dah pun kumpulkan banyak bahan kutukan untuk hiburan manusia sejagat selama beberapa minggu yang lepas. Lepas rayalah ye gua tulis ye.

Maklumlah...takkan nak mengutuk time posa.... hilang pahala plak...

Selamat Hari Raya semua!

Sep 25, 2007

Piala Dunia 2010 Dalam Tangan

Korang tengok tak game Piala Dunia Wanita yang ada ‘live’ kat TV tu? Betina betina tu semua memang terrer gila…yang keeper pulak sekali hayun kaki…sepakan gol boleh lepas garisan tengah padang.

Ni betul kaki babi tonyok….kuat gila. Keeper pasukan jantan negara kita kalau sepak pun kekadang tak lepas tengah padang. Lemau nak mampus. Gua rasa kalau team wanita tu cabar pasukan jantan kita… telur diorang confirm naik sampai tekak. Kecut habih bai!

Hah kutuk lagi team Malaysia. Kutuk lagi FAM. Ni sekarang diorang dah pancing Khairy masuk jadi timbalan presiden nie, korang jangan main kutuk-kutuk lagi. Kang dia sound bapak mertua dia pakai ISA gari kita. Muahahaha.

Tapi memang keling habis lah diorang nie... sini PM cakap semua yang pegang jawatan menteri tak leh nak sandang jawatan dalam persatuan sukan, sini menantu dia yang "bukann-menteri-tetapi-boleh-mempengaruhi-keputusan-menteri" pulak yang menjawat posisi tinggi dalam FAM.

Hah...hang tengok lah... dengan ada Khairy sekarang kat FAM....silapharibulan nanti selection pasukan kebangsaan pun ditentukan oleh undian SMS. Dijadikannya komersial habis. Macam MyTeam tu.

Dan kang *ahem*...nak masuk selection team negara bukan senang senang tunjuk skill bagus je cukup. Prosedurnya sama macam nak ada temujanji dengan bapak mertua dia. Duit tu penting...kena hulur biar cukup. Tapi dah hulur pun tak semestinya konfirm masuk selection jugak. Semuanya bergantung kepada budi bicara Tuan Khairy.

Maka, FAM pun semakin hari semakin kayalah macam tu. Masa tu, kalau pemain pemain tempatan tak boleh diharap jugak…bolehlah diorang pertimbang untuk beli pemain luar yang bagus-bagus, dan dianugerahkan mereka kewarganegaraan Malaysia. Lepas tu boleh wakil negara kat Piala Dunia.

Kau tengok Singapura tu. Sama jugak. Diorang tak boleh nak melahirkan bakat tempatan. Tapi tak jadi masalah, pasal diorang kaya. Diorang boleh beli striker Nigeria dan main untuk Singapura.

Juga dengan duit yang berlimpah limpah banyak tu…mungkin boleh pertimbang untuk menggaji si Jose Mourinho tu jadi coach kebangsaan. Dia tu sekarang tengah jadi mysterious grapers la…. penanam anggur habis habisan.

Khairy…oh Khairy…… nampaknya perjalanan kita ke Piala Dunia 2010 sudah pun bermula. Woohooooooooo……

Kotek Lupakan Kulup

Maksud:
Orang yang sudah lupa asal-usul keturunan dan warisan sendiri.

Contoh Ayat:
Euwww.. what’s that? I tak boleh stand lah bau tu…Busuk lah

Eh Malik, belacan nilah yang membesarkan hang dulu tu. Apo hang ingat duduk kat Amerikak tu lapan tahun dah tukarkan hang ni jadi mat salleh?

Hang jangan kotek lupakan kulup. Hang jangan lupa yang kotek hang tu berkulup juga suatu masa dulu. Apa hang ingat dah sunat tu terus menjadikan hang orang lain. Dah tu, hang ingat kotek hang boleh membesar dengan bahagia kalau takde kulup melindunginya dari sengatan lebah dan semut! Kenot stand kenot stand belacan konon... kang gua hayun sekali, kotek hang betul betul kenot stand lagi dah.

Sep 21, 2007

Satu, Dua... Tembak!

Baru-baru ini ada laporan mengatakan bahawa bandar-bandar di China adalah antara yang terkotor di dunia. Dan baru-baru ini jugak kerajaan kita melaporkan bahawa kita berniat menghantar pakar-pakar kita pi kat China sana untuk belajar teknologi pelupusan sampah mereka.

Apa nie oi? Belajar teknik hancurkan sampah dari salah satu negara terkotor di dunia? Betul sampahlah otak kerajaan kita nie. Gua rasa satu-satunya kursus yang kerajaan kita boleh ambil daripada negara China ialah cara mereka menghukum orang yang pecah amanah dan makan rasuah.

China ni betul brutal habih. Hang kantoi makan rasuah je... takde cakap banyak... terus bawak ke medan sasaran, dan ditembaknya dihidup-hidup. Maunya tak kalau satu kabinet menteri kita turun tengok diorang laksanakan hukuman, semuanya terkencing kat seluar. Time tulah siapa makan rasuah, dia rasa parah. Gua tak nafi China ini juga antara negara paling rosak kat dunia. Semua lapisan rakyat pun kuat merasuah. Tapi hukuman yang mereka kenakan juga bermaksud mereka ini agak serius dalam menangani gejala rasuah ini. Komunis la katakan.

Sep 10, 2007

Gatal Sesaat, Perit Sehayat

Maksud:
Akibat keghairahan nafsu seketika, ada orang terpaksa menanggung beban anak luar nikah, atau anak dalam nikah sampai selori ramainya seumur hidup.

Contoh Ayat:
APA? AWAK DAH MENGANDUNG?

Ya ayah. Gatal, nak buat macamana?

Kalau dah gatal, garu je pakai tangan. Kalau tak hilang gatal tu, sapu losyen. Kalau losyen tak boleh pakai, sapulah Mopiko. Sekolah mana ajar awak hilangkan gatal pakai kotek???? Ni kang anak dah keluar dari perut hang siapa nak tanggung? Hah? Puki hang gatal sesaat, perit sehayat mak bapak awak ni nak jaga...kurang asam...

Bau Apa Itu?

Semenjak menjak bajet negara dibentangkan minggu lepas, gua rasa udara kat ibukota ini lain macam sikit lah. Tak, udara ini bukannya bau ketiak masam yang terperap 3 jam ketika bersesak kat dalam bas.

Ini bau hancing pilihanraya lah. Dah mendekat dah ini. Rasa-rasa Pak Lah dah ada ilham untuk pilihanraya tahun ini. Mana taknya, gaji pekerja sektor awam dinaikkan, cuti bersalin tanpa gaji sehingga 5 tahun, yuran sekolah dibatalkan, nak beli rumah boleh pakai duit KWSP bayar bulan-bulan, dan yang paling mengejutkan paru-paru gua ialah, rokok Dunhill gua tak dinaikkan harga.

Langkah 'all-out' kerajaan kali ini betul betul nak beli hati kita semua lah. Bukan dalam bajet je, kalau korang baca akhbar Star hari tu... diorang siap bongkarkan muslihat 'songlap' duit kerajaan antara pembekal peralatan kepada institusi kerajaan. Satu set pemutar skru yang berharga belasan ringgit, di 'mark-up' dan dijual kepada institusi kerajaan sampai cecah ratusan ringgit. Deal-deal macam ini pun bukannya berita hangat dan baru buat semua. Memang kitorang dah tau dah sejak dulu. Apasal nak tunggu sampai sekarang baru nak heboh? Nak tunjuk yang kerajaan ni bersih la yaaaa......

Sesungguhnya, pilihanraya ini sesuatu yang meriah lagi best. Ia bagaikan Hari Krimas untuk mereka yang memuja Nabi Isa. Kerana tiap kali Hari Krimas semua orang dapat hadiah, ganjaran dan macam-macam lagi. Memang sebijik dengan situasi piliharaya. Cakap je nak apa, gerenti dapat. Yang tak mintak pun boleh dapat bai.

Semalam gua lalu kawasan Danau Kota (Setapak), ada perhimpunan KEADILAN kot. Gua nampak bendera KEADILAN berkibar ramai-ramai, siap ada kain rentang dengan nama Anwar kat sana. Kira sah sangatlah ye, pilihanraya dah dekat. Cibai diorang, buat perhimpunan bukan nak jemput gua dengan hormatnya. Menyesal gua pegi layan awek semalam. Kalau tak, gua boleh turut kecoh tak kena tempat dengan orang-orang KEADILAN tu.

Tapi cakap pasal pilihanraya ini memang agak risau jugak gua ini. SPR tu kan pernah cadang... mereka yang nak mengundi kena ada IC baru. Kalau diorang berkeras jugak dengan cadangan itu, gua konfirm karate tengkuk diorang. Ya, semua orang yang sedang membaca di sini...gua adalah antara beberapa ribu lagi orang yang dilabelkan sebagai warganegara tidak bertanggungjawab, kerana gua masih memegang IC lama.

Bukan tak nak tukar bai, tapi muka gua hensem gila kat IC lama. Muka muda lah katakan. Rambut panjang ikat belakang ala rock lama siut. Tak sampai hati pulak nak gantikan dengan muka pecah rumah gua sekarang ini. Bukan tu je, kualiti IC baru pun macam sial lah... cepat sangat rosak (hah tulah, kos satu kad baru makan sen, tapi hantar quotation kat kerajaan sampai puluh-puluh ringgit satu kad. Kualiti Segambut Barat Daya, harga macam kat England). Tak macam IC lama gua, dah dekat 10tahun pun masih elok lagi. Nak tukar macam mana........

Sep 6, 2007

Malaysia, Truly Rasuah

Sejak kecik kat sekolah dulu, selalu sangatlah kita dengar cikgu semua cakap 'kepimpinan melalui tauladan'. Maksud perkataaan ini boleh jugaklah disamakan dengan peribahasa 'bagaimana acuan, begitulah kuihnya, ataupun dalam versi saya 'bapak korek, anak suntik'.

Jadi tak hairanlah kalau yang kat atas sana semua dah pecah amanah, semua dah ambil rasuah; golongan kat bawah-bawah pun semua turut serta memeriahkan kegiatan ini.

Kejadian yang ingin diwartakan hari ini berlaku minggu lepas di suatu tempat letak kereta. Hari tu gua amat kaya. Pasal gua park kat tempat mahal gila. Baru 6 jam gua letak, bayaran parking gua ialah 32 ringgit. Cibai pantat betul.

Maka dengan hati yang serba tak rela, gua hulurlah duit keping RM50 kat attendan parking tu. Dia boleh pulak sound kat gua yang dia takde duit kecik. Habis macamana gua sound. Haih, nak dijadikan cerita.... duit kecik gua ada hanya RM21.

Terus brader tu sound, "Tu boss, lu ada berapa... RM21 ka? Takpe lah, boleh settle. Tapi saya tak bagi resit ye".

Lepas tu dia tersengih-sengih kat gua. Kira duit tu masuk poket dia la tu*.

Begitulah orang Malaysia. Setiap peluang nak pecah amanah dan makan rasuah dimanfaatkan sepenuhnya. Mesti korang ingat takat RM21 tu apalah sangat ye. Tak baik pikir camtu. Mana tau sekali budak parking tu jadi PM kita ke, maunya disonglap RM2.1billion.

Perkara macam ini kena dibendung, dan jangan biar ia berputik. Kalau tak gerenti ketagihan, dan seterusnya menjadi amalan hidup. Gua ingat lagi mak gua sound suruh jangan hisap rokok masa gua baru belajar merangkak. Dia kata lambat laun akan ketagih dan hisap dadah pulak. Tapi gua tak dengar. Gua bantai jugak rokok. Lepas tu gua dah besar terus ketagihan, tapi bukan ketagih dadah. Cuma ketagih hisap puting tetek je. Teruk jugak tu.

Sekarang ini kalau ditawarkan peluang kerja kat orang ramai, kepala otak diorang dah tak pikir... 'hmm...kerja ini masa depan cerah ke, ada peluang nak naik jawatan ke, kebajikan pekerja baik ke'... tapi yang diorang pikir ialah 'hmm... kerja ni ada chance nak makan suap ke, ada supplier nak hulur 'faedah' macam-macam ke, ada chance boleh curi tulang ke...'

Itu yang kelas bawah-bawah. Yang kat atas tu sama jugaklah. Tiap kali kalau PM umumkan projek pembangunan, mesti kontraktor dan kementerian berkaitan tersengih-sengih. Pasal terbuka lagi peluang untuk mengsonglap duit. Diorang tak pikir yang projek ini baik untuk masa depan negara, ataupun penting untuk pembangunan intelektual negara. Yang diorang ambil port ialah berapa sen yang diorang boleh songlap. Semua projek ini bagai lombong emas buat mereka.

Macamana negara nak maju macam ini. Duit pembangunan semua masuk poket sendiri. Gua paham kalau nak bendung gejala rasuah ini 100% memang tidak mungkin.

Tapi, sedarlah sikit Pak Lah, kitorang bukan nak kata songlap duit negara ini salah. Memang tak salah. Tapi kerja kenalah buat jugak. Janganlah songlap 8billion tapi buat kerja 8ribu ringgit. Hang tau apa benda 'Qi' itu.... Ying and Yang. Benda ini Tak boleh terganggu dan kena seimbang setiap masa.

Tengok macam Dr M kita dulu dulu, duit banyak jugak salur kat akaun dia dan kroni-kroninya, tapi pembangunan tetap berterusan. Negara tetap stabil. Dan kepentingan semua terjaga juga.

*Ya, gua memang tak nekad nak bayar jugak RM32. Sesungguhnya, memberi itu lebih baik daripada menerima. Rasuahlah anda sebelum anda dirasuahi. Petikan kali ini jugak didedikasikan kat seorang sarjan yang kantoi member gua memandu dalam keadaan mabuk. Member gua hulur RM1000 kat dia dan suruh settle pun dia tak nak. Akhirnya, member gua dihadapkan ke mahkamah dan kena denda RM1,500 (tapi gua tak menolak kemungkinan polis tu tau denda gerenti ialah RM1500, dan dia akan terima kalau member gua hulur RM1100, 1200, 1300 atau 1400).

Sep 4, 2007

50 Warisan Negara (dan Lembah Kelang) Menurut Dewan Karut

Gua tengok paper The Star tu sibuk je nak cari 50 benda berupa warisan negara ini. Cheh... apa kelas, itu cuma warisan buat sedap telinga dengar je. Ni hah... warisan yang betul betul kena dengan orang kita semua....


1. Selipar Tat Sing

Selipar 'jepun' berjenama Tat Sing ini sudah lama menjajah jamban-jamban di Malaysia. Tak lengkap kalau melabur kat jamban tanpa bertapakkan selipar ini. Ia juga merupakan selipar rasmi Mat Rempit. Betapa besar pengorbanan mulia selipar Tat Sing hanya boleh digambarkan melalui jumlah Mat Rempit yang terkorban semasa berlumba haram.

2. Rashid Sidek
Jaguh kampung terulung, yang sudah memenangi semua hadiah yang ditawarkan di dalam negara. Walaupun jarang-jarang menang kejohanan antarabangsa, tetapi bila time main je kat tanahair, beliau tidak pernah menghampakan kita. Pemain-pemain badminton negara sekarang perlu mendapat nasihat daripadanya agar tak tertewas macam kat Kejohanan Badminton Dunia di Bukit Jalil minggu lepas.

3. Istana Zakaria
Seni pembinaan istana yang unggul ini mencerminkan zaman kegemilangan empayar Zakaria yang pesat dengan budaya rasuah dan yang seharamnya. Istana ini diperindah juga dengan menara berupa zakar di tengah tengah. Memang kena sangatlah dengan namanya.

4. MRR2
Keretakan di jambatan lebuhraya ini sememangnya satu warisan dalam bentuk penyelewengan duit rakyat. Usia jambatan ini tak tua, tapi ia cukup tua untuk mencetuskan pelbagai kontroversi di kementerian berkaitan. Cayalah Samy!

5. Pasukan Bolasepak Malaysia
Kedudukan senarai FIFA sudah memadai untuk pasukan bola kita dijadikan warisan, dan teladan agar perkara semalu ini tidak diulangi. Pesta Bola Merdeka, yang dulunya begitu berprestij, kini sekadar mengundang pasukan Lesotho, Meesoto, dan sebagainya. Memanglah semalam dah menang final pesta tu, tapi sangkaan saya ialah, Myanmar tu dah kena suap habis kot.

6. Mat Rempit
EX5, RX-Z dan segala kapchai amat terhutang budi dengan mereka ini. Tanpa mereka, jualan takkan berkekalan sehingga kini. Siapa sangka EX5 boleh wikang, pacak, willy lapan batu? Mat Rempit menjadikannya kenyataan. Mereka juga rajin merogol and merompak.

7. Mat Gemilang
Contoh terbaik bagaimana sampah masyarakat dipakej dan diperguna untuk kepentingan ahli politik sejagat. Walaupun digelar Mat Gemilang, perangai tetap sejibik cam Mat Rempit. Cuma kejahatan mereka yang bergelar sedemikian dipayung habis oleh UMNO.

8. Belakang Mati (Chow Kit)
Bapok kita kalau banding dengan yang kat Thailand tu memanglah tak boleh nak fight. Tapi di Belakang Mati inilah maruah negara dimartabatkan sedikit. Bak kata ramai kaki bapok, tempat inilah berkumpul ‘KL 1st Eleven’, iaitu kesebelasan utama bapok terbaik kat bandar. Sayang sekali lorong belakang ni sudah diterangi lampu jalan, dan bapok semua pun tah hilang kat mana.

9. Rakan Muda
Rakan Muda, apa benda ini? Projek yang dilancarkan entah sedekad lebih yang lalu takde pun nampak hasilnya. Yang makin ramai cuma mat rempit dan mat ragut. Gua akan ulas lebih lanjut mengenai rakan muda ini lain kali.

10. Bohsia
Merupakan aset penting dalam pembangunan industri rempit negara. Di kala mat rempit sibuk menyempurnakan teknik wikang, bohsia-bohsia pula rajin terkangkang-kangkang memberi sokongan moral untuk batang mat rempit semua.

11. Malaysia Book of Records
Bak kata Menteri Pelancongan dulu...setiap keluarga perlu simpan sebuku di rumah. Ya betul, simpan di rumah buat pekasam, biar kita ingat bahawa bangsa Malaysia sememangnya takde kerja yang lagi berfaedah selain merekodkan banyak rekod bangggang banggang belaka.

12. VCD Haram
Kalau korang nak gua namakan satu industri yang meletakkan Malaysia kat peta dunia, ianya tidak lain tidak bukan, ialah VCD haram. Semua negara Asia Tenggara pun tak leh nak lawan kita. Kita siap ada tokan yang jadi kaya raya menjualnya menerusi ebay.

13. Imbi Plaza
Pusat segala kegiatan cetak rompak suatu ketika dahulu (khususnya perisian computer). Walaupun gelaran kini sudah dirampas Low Yat Plaza, Imbi Plaza tetap berada di hati pengguna komputer dan pegawai Kementerian Dalam Negeri yang selalu menyerbu kedai sana.

14. Jalan Ipoh (sekitar Bangunan Perkim)
Dikala perkataan 'rempit' itu masih tidak ada dalam kamus rakyat lagi, bahagian Jln Ipoh ini sudah menjadi medan pertarungan mat-mat motor sekalian. Cilok lori sampah, superman diantara dua bas intrakota, dan banyak lagi aksi-aksi ngeri Ripley’s Believe It Or Not. Sinilah pemangkin arena merempit di KL.

15. Erra Fazira
Ini kira spesis pupus. Melayu terakhir bergelar Miss Malaysia. Mahunya tak dijadikan warisan. Kalau takde orang nak jaga, sila hantar dia kat rumah gua. Akan gua jaga dan maintain sebaiknya (ah puki, gua terbaca dia nak kawin dengan boss stesen radio…arghhh tidakkkkkk!!!!!).

16. Dasar Ekonomi Baru
DEB sebagai warisan bukan bermaksud ianya patut diteruskan. Gua berpendapat ianya patut dijadikan warisan dengan membungkus segala dasar ini dan pamerkannya di dalam muzium saja.

17. Azroy (Gila-gila Remaja)
Tiada mana-mana watak cerita Melayu yang sebegitu mendalam impaknya dalam kehidupan gua, dan juga mereka-mereka yang membesar di era 80-an. Kita patut hidupkan kembali zaman scrambler.

18. Kasut bola Fung Keong
Kasut kain hitam dengan studnya dibuat daripada getah ini telah menawan semua padang sekolah suatu ketika dulu. Memang klasik. Takat but Predator atau Copa Mundial harga ratus ratus tu semua boleh tepi sikit, ni FungKeong nak masuk line!

19. Banjir KL
Seperti yang pernah diwartakan gua sebelum ini, banjir di KL ini sememangnya satu fenomena yang ajaib dan patut dijadikan tarikan pelancong. Buat apa kerajaan nak bazir duit berjuta-juta menghilangkan banjir ini (seperti terowong SMART)? Baik pakai duit tu beli lebih banyak bot-bot pesiaran untuk pelancong menghayati KL yang serba banjir ini.

20. Ah Long
Mereka mengelar diri sebagai ‘Robin Hood’, iaitu menolong mereka yang memerlukan. Memang tidak dinafikan, Ah Long ini sudah sebati dengan hidup kita (kalau dulu-dulu kita ada ceti India la). Kerajaan siap memperkenalkan skim pinjaman mikro untuk menghapuskan Ah Long semua...tapi, boleh berjayakah? Ah Long tak payah guarantor, tak payah slip gaji atau apa apa pengesahan oi. Ah Long tetap yang terbaik!!!

21. Ujang, Jaafar Taib dan kartunis Malaysia seangkatan
Cubalah belek komik dan majalah tempatan sekarang. Mana dah pergi semua lukisan yang beridentitikan perwatakan Malaysia? Sikit sikit macam omputih, sikit sikit macam anime... oi jepun cuma bagus untuk satu benda je...iaitu cerita blue dia. Hidupkanlah semula kartun Malaysia!!!

22. Tutup Sebelah Mata
Gua rasa Kementerian Pendidikan patut memasukkan istilah, atau nilai moral ‘Tutup Sebelah Mata’ dalam sukatan pelajaran Pedidikan Moral. Ianya penting untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat, dan agar penyelewengan boleh berlaku dengan lebih lancar. Terima kasih MP Jasin.

23. Negarakuku
Kemajuan sistem internet telah menjadikan video ini usaha pertama rakyat Malaysia menyuarakan pendapat kontroversi secara luas. Korang nak kata gua jahil pun katalah. Sememangnya gua rasa video muzik ini sesuatu yang baru lagi kreatif buat orang Malaysia. Tak pernah-pernah gua rasa terhina sebegini, tetapi pada masa yang sama, gua akur dengan dakwaan Namewee.

24. Terowong Smart
SMART Tunnel sememangnya dijadikan warisan kerana ianya terowong pertama di dunia yang mempunyai dwi-fungsi. Dan juga kerana sehingga kini ia masih belum terbukti keberkesanannya. Yang pasti, orang yang menggunakannya tidak akan terlepas daripada kesesakan jalan (sesak gila bila keluar je dari terowong tu kat Sg. Besi)

25. ISA
Seperti juga DEB, ISA patut dimansuhkan, dan seterusnya dijadikan sejarah di dalam muzium kita. Gua kurang nak mengulas lanjut mengenai ISA ini. Sesungguhnya, pembaca semua yang berkepintaran akan tahu setakat mana ISA ini mengecam kebebasan individual kita.

26. Altantuya Shaaribuu
Memang patut dijadikan warisan kerana beliau mati demi negara Malaysia (ataupun ahli politik Malaysia). Gua cadangkan kita bina tugu peringatannya dan letak sebijik kat Kementerian Pertahanan, dan sebijik lagi kat Mongolia. OK?

27. Mahkamah Malaysia
Selain terkenal dengan konsep ‘boneka’nya, mereka juga terrer seperti coklat biskut ChocFudge dulu tu… ‘sekejap ada sekejap takde’ bila mengendalikan kes kes dan bukti dakwaan.

28. Proton
Kalau nak diwariskan, mana boleh takde kereta No.1 Malaysia, kan kan kan?

29. Dataran Merdeka
Ia patut dijadikan warisan bukan kerana sini pusat aktiviti bila Hari Merdeka. Tetapi kerana kerajaan rajin sangat nak tutup tempat ni pada hari minggu, maka ia telah menjadi pusat tumpuan mat rempit. Sini bagaikan sarang mereka memulakan aktiviti yang faedahnya tak sampai 5sen pun.

30. Lencana 'Saya Anti-Rasuah'
Gua pun tak yah nak cakap lebih lah. Memang lencana paling lawak di Malaysia. Pakai kat baju, tapi tangan dan mulut tetap mintak rasuah. Buang masa je, baik duit lencana tu sumbang kat anak-anak orang asli gi sekolah.

31. Perhimpunan Agung UMNO
Tiap kali kalau mesyuarat UMNO, mesti ada isu yang dibangkitkan. Dan tiap kali isu itu akan mencetuskan kontroversi. Dan tiap kali kalau kontroversi itu melibatkan kaum lain, mesti kaum lain tak berani nak menyuarakan pendapat (ada pun berkeras sekejap je. Lepas UMNO pergi tunjuk muka kat perhimpunan parti kaum lain, semua pun kira settle lah). Memang warisan habislah beb!

32. Perhimpunan Agung MCA
Tiap kali kalau mesyuarat MCA, mesti ada isu yang dibangkitkan. Dan tiap kali isu itu akan mencetuskan kontroversi. Dan tiap kali kalau kontroversi itu melibatkan UMNO atau kerajaan (dan seterusnya MCA kena sound dah), mesti diorang takde telur nak teruskan pendirian diorang. Memang warisan habislah beb!

33. Maplei
Budaya kedai maplei ini cuma boleh dapat di Malaysia je. Hang kalau pegi tempat lain nak kena roti canai, teh tarik tengah malam buta, memang kebulurlah. Kerajaan patut buat satu gerai maplei bergerak dan bawaknya menjelajah dunia. Biar semua orang kagum dengan keterreran maplei kita.

34. Sports Toto
Judi itu memang haram disisi agama Islam. Tetapi kalau ianya ialah Sports Toto, maka keharamannya akan digantung sementara. Sememangnya satu warisan unik buat orang Malaysia.

35. Kasut Aliph
Siapa kenal kasut Aliph? Eh…kalau ada antara korang yang masih menyimpan sepasang kasut ini, juallah kat gua. Saiz 10 gua pakai. Gua rindu gila kat kasut ini. Inilah kasut ala L.A. GEAR untuk orang miskin dan rockers masa dulu-dulu tu. Memang patut dipamerkan dalam Muzium.

36. Foo Kok Keong
Siapa kata kalau tak hensem tak boleh jadi warisan? Inilah bukti terbaik seorang yang cekal, tidak pernah putus asa dan langsung tak hensem tapi masih mampu meraih Piala Thomas. Semua insan yang mewakili negara patut mengambil kursus motivasi sama brader hero kita seorang nie.

37. Bas Mini Wilayah
Sebelum adanya LRT di KL ini, bas minilah cara terpantas untuk sampai ke destinasi ditujui. Tak payah nak aircon-aircon macam dulu dalam Intrakota tu… kerana kelajuan bas ini sudah cukup untuk menghasilkan angin sejuk selaju puting beliung. Gerenti nyawa tergantung kat hidung. Tapi memang berbaloi 60sen tu. Konduktor bas juga terrer dengan ilmu pengurusan, dimana mereka dapat mengurus dan menyumbat penumpang dengant padat sekali dalam setiap ruang yang ada.

38. Parlimen
Tempat ini memang klasik habih. Walaupun digelar simbol perlembagaan dan demokrasi negara, keputusan yang dicapai di dalamnya sentiasa berat sebelah. Parlimen juga merupakan tempat mencungkil bakat badut negara.

39. Datuk K dan Siti Nurhaliza
Pasangan paling hangat tapi tak padan Hatiku berkecai di malam perkahwinan mereka itu. Memang sebijik citer Beauty and the Beast. Kenapa batang tu yang dipilih, sedangkan yang tegap lagi segar bersepah kat jalan. Pasangan ini patut dijadikan warisan kerana acara kahwin mereka disiar secara langsung kat TV. Sah industri hiburan Malaysia ini lingkup, orang kahwin pun nak tayang.

40. Mesin Kuda
Siapa boleh lupa bunyi syiling singgit jatuh bila kuda kita kena! Memang sedap didengar. Populariti mesin kuda cukup meluas, sehinggakan ada yang sanggup tinggal sembahyang jumaat walaupun dah ada kupiah dan sejadah kat tangan. Pengusaha juga rajin memperkenalkan variasi dalam game ini, seperti mesin donald duck, mesin anjing, mesin badut, dan ramai lagi. Semuanya sama.... tetap buat orang fakir miskin.

41. Konda-kondi
Besbol ke basketball mana kitorang tau apa dia masa kecik dulu. Ini hah, permainan kampung dan bandar no.1. Buat 2 team, korek satu lubang kat tanah, cari dua batang kayu... dan mula main! Untuk mereka yang tak tau langsung apa benda ini…kira korang ini memang sesatlah. Silalah rujuk kat laman ini.. http://malaysiana.pnm.my/03/0310konda_kondi.htm

42. Chin Peng
Ramai kata Chin Peng ini pengkhianat. Tapi untuk gua, dia ini hero jugak. Walaupun fahaman dia berlainan sikit, tetapi memang gua tak leh nak nafi dia ada jasa menentang Jepun dan sebagainya. Kesian orang tua tu, ampunlah dia, biarlah dia balik kat kampong halaman di Sitiawan tu... dan kena teh tarik secawan dua.

43. Rock kapak
Walaupun banyak band-band rock kapak ini adalah ’cover band’ masa mula ditubuhkan dahulu, setiap mereka mempunyai personaliti yang cukup mengancam. Setiap satu lagenda ini patut dihidupkan semula, dan rock kapak perlu diwajibkan sebagai sukutan pelajaran muzik buat sekolah semua.

44. Dunhill
Rokok paling laris di Malaysia, dan juga diiktiraf ramai (termasuk orang asing) sebagai rokok paling power dan keras (rokok kretek tak diambil kira ye). Kalau pergi mana-mana negara lain, tak boleh jumpa Dunhill sana yang sesedap di Malaysia. Sememangnya identiti utama Malaysia.

45. Buruh Haram
Tak diorang, takdelah KLCC, KL Tower, KLSE, dan segala bangunan konkrit kat bandar sekarang. Diorang inilah tonggak industri pembinaan negara. Nak harap orang-orang tempatan, toksah lah. Kerja berat dan susah mana orang kita nak buat (dah tu janganlah mengeluh takde peluang pekerjaan lagi, kimak!!!)

46. Despatch / Peon
Kalau masa sekolah rendah ramai budak cita-citanya nak jadi polis, askar, doktor dan yang sewibawanya;... budak sekolah menengah pulak mempunyai cita-cita yang agak realistik. Tanya je 10 orang, mesti ada 4 atau 5 yang kata nak jadi despatch atau peon. Untuk mereka, takpe kalau kerja tu takde masa depan. Janji kerja senang dan kurang tanggungjawabnya. Sekali lagi warisan ini berkaitrapat dengan mat rempit.

47. Nicol David
Ada member India gua seekor ini selalu cakap... kalau Nicol David ni orang Melayu, dah lama dah sangkut gelaran ‘Datuk’. Hmmm... bernas jugak kata tu. Apasal dia bukan orang Melayu ye? Tapi takpe... mungkin gelaran Datuk tu akan buat dia pancit kot. Si Nicol ini memang dah champion segala champion buat masa ini. Bukan juara kampung ye. Satu-satunya kebanggaan sebenar Malaysia di acara sukan.

48. Gerai Burger
Inilah inspirasi bisnes utama setiap anak muda kita. Mintak loan buat gerai burger. Memang caya kepala otak diorang. Selain meniaga, boleh ajak member-member lepak kat gerai sambil petik gitar hingga pagi-pagi buta. Yang jual hanya 2 biji satu malam, padahal kena payung member-member makan sampai 10biji sehari. Tak sampai 2bulan terus lingkup bisnes. Gerai macam ini bercambah kat mana mana je. Ramai yang tak berlesen, tapi takde hal, pasal pihak berkuasa akan kata “elok sangatlah tu anak muda melayu nak meniaga, kita jangan sapu gerai diorang.”

49. Khairy Jamaludin
Pemuda paling gemilang, cemerlang dan terbilang negara. Contoh terbaik bahawa anda tidak perlu menyandang apa apa jawatan penting dalam kerajaan untuk mempengaruhi pentadbiran kerajaan. Sememangnya David Copperfield Malaysia!

50. Bangsa Malaysia
Kalau tak hati-hati, bangsa ini mungkin akan lenyap daripada muka bumi ini. Bangsa Malaysia tak lengkap kalau takde mana-mana satu kaum India, Cina, Melayu, dan sebagainya. Warisilah apa yang kita ada sejak 50 tahun dulu, untuk Malaysia kita yang akan datang.

Merdeka!

Salam merdeka buat semua. Letih gila gua sekarang nie... nak buat camana... ni baru lepas balik merayakan merdeka kat negara orang.

Memang kali pertama lah gua buat gini. Selama gua hidup ini, gua saja nak tunggu merdeka ke-50 baru nak gi melancong kat luar.

Pasal gua rasa sesak lah kat Malaysia ini. Banyak sangat masalah. Nama je merdeka, padahal semua kepala otak dan pemikiran masih dijajah.

Oklah, nanti malam sikit gua baru kasi cerita panjang. Ni gua nak gi tidur lagi.

Selamat

Aug 27, 2007

Kenangan Serong Sekolah Kembali Segar

Street Fighter, banggang mana yang tak layan lah. Tak sah hidup zaman 80an kalau tak pernah kena game ini. Zaman-zaman 80an, ada jugak serong sekolah lepak kat Kompleks Pertama...dan gerenti pegi kedai game layan Street Fighter. Ni kalau ada antara korang yang pernah kena pau atau pernah meng-pau orang kat Pertama Kompleks, seelok-eloknya kita berhimpun semula dan berkongsi pengalaman di sana (memang gelap gila Pertama tuuu).

Dulu-dulu mana ada game komputer atau Playstation, ataupun budaya rempit, ataupun bohsia untuk mengisi masa lapang. Kedai game jelah destinasi idaman semua budak. Nak bertambah best lagi ialah bila umur tak cukup syarat. Perasaan main game semasa dibawah umur yang dibenarkan memang tak boleh nak dijelaskan dengan hanya kata-kata gua ini. Nak tumpu kat game satu hal, nak pandang kat pintu masuk tengok ada polis serbu pun satu hal. Suspen habih siut.

Hari ini gua nak kongsi video dengan orang ramai yang pernah layan Street Fighter. Memang tiptop video ini semua. Produksi pun jenis kualiti tinggi punya. Ia dipanggil Street Fighters: The Later Years...

Part 1


Part 2


Part 3


Trailer Part 4

Aug 20, 2007

Matilah Demi Negara

Sekarang nie gua tengok orang semua kecoh pasal isu bas ekspres la. Sampaikan suratkhabar The Star pun rajin buat kajian kat Puduraya.... dan semak bas-bas mana yang ada banyak saman dah.

Kerajaan pun rajin gila apa. Sekarang ini sibukk diorang merangka garispanduan dan undang-undang baru untuk mengelakkan kemalangan tempoh hari di Bukit Gantang berulang lagi.

Hmm, kira tak sia-sia la ye lebih 20 nyawa yang terkorban tu. Sekurang-kurangnya ada juga tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa. Tapi gua sedih. Sehinggakan gua rasa adegan-adegan menyayat hati dalam cerita Anakku Sazali sekadar kartun lawak je kalau dibandingkan dengan kes-kes macam ini.

Itulah dia kerajaan Malaysia kalau nak tau. Selagi takde nyawa yang terkorban, selagi itulah tak ada perubahan/peningkatan yang akan dilaksanakan. Walaupun dah terima berjuta-juta aduan, rayuan, kritikan... semuanya tak guna kalau tak melibatkan nyawa anak orang, suami orang, bini orang, atau segala macam yang bermuka orang.

Kes macam kat Bukit Gantang itu bukannya tak boleh dielakkan. Dulu-dulu pun ramai yang adu dah, berkenaan sikap pemandu bas ekspres yang cuai, yang banyak langgar peraturan jalan. Tapi pasal ia masih tahap takde jumlah kematian yan serius (ada jugak yang mati, tapi masih belum sampai tahap boleh suruh pihak berkuasa buat kerja), diorang pun buat lah dek je.

Bukan isu ini je perangai diorang macam nie. Ingat lagi cerita Canny Ong? Yang kena rogol dan bunuh tu? Sama jugak. Dah banyak dah kes orang kena samun kat tempat letak kereta dulu. Tapi takde jugak kerajaan nak bagi perintah suruh pemilik pusat beli-belah tingkatkan keselamatan parking diorang. Lepas je betina tu mati.... hah...mulalah kelam-kabut nak suruh orang semua pasang CCTV, KTV, ATV, TV3, Astro TV... butohlah.

Itu kes rogol. Ini pulak kes mat rempit yang juga kaki ragut. Dekat kawasan Wangsa Maju tu favourite untuk peragut. Memang tak kena tempat la diorang ni. Nak ragut kan padang rumput berlambak, tapi beg tangan orang jugak dijadikan sasaran. Hari hari orang yang duduk kawasan tu boleh dengar mangsa jerit mintak tolong. Semuanya kena ragut. Hinggakan ada member gua yang duduk sana dah jadikan jeritan tiap pagi tu sebagai penggera untuk bangun. Timing tak lari siut.

Gua tak kencing korang. Memang aktiviti ragut sudah sinonim dengan orang Wangsa Maju (terutamanya Taman Desa Setapak). Apa korang ingat mangsa ni semua tak buat laporan polis ke lepas kena? Apa korang ingat penduduk setempat tak membuat aduan dengan wakil rakyat sana ke? Ada, semuanya lengkap dah diorang buat. Tapi, pihak berkuasa selamba kambing jawab...'Kitorang tak boleh nak buat apa'. Nak dijadikan cerita, adalah seekor budak ini punyalah malang satu malam yang bulan ntah terang ke gelap. Dahlah kena samun, mat rempit tu sertakan sekali rodokan pisau kat budak tu. Habis nyawa melayang macam duit juta-juta anjurkan Piala Juara-Juara Belia. Entahlah, gua tak tau nak cakap samada pengorbanan dia itu adalah berita baik atau tidak. Kerana lepas budak tu dah mati, member gua yang duduk sana cakap polis rajin gila buat rounding kat taman perumahan. Orang MCA siap tubuhkan pasukan RELA dan buat pengawasan setiap malam. Bukan tu je, setiap jalan dan pelusuk kawasan perumahan itu diterangi lampu jalan. Toksah pikir nak sembunyi belakang semak dan beromen la... konfirm kantoi siut. Bukan tu je, entah berapa biji kamera pengawasan juga dipasang di jalan-jalan kegemaran peragut ni. Sejak itu, kes ragut dan jatuh 10051%.

Isu helikopter Nuri pun sama. Isu pengawal keselamatan kat kolej pun sama. Semua pasal ada yang dah mati baru diorang nak ambil port.

Kalau berterusan macam ini, gua rasa kita sebagai rakyat ini mesti menubuhkan satu NGO baru yang gua namakan PBM... yang bermaksud 'Pendesak Berani Mati'.

Kerja NGO ini ialah untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya menangani isu-isu tertentu. Konsep ini boleh disamakan dengan pengebom berani mati yang mengorbankan diri atas nama jihad. Dan NGO gua ini boleh rekruit sukarelawan yang sanggup mati demi kepentingan negara (ada kemungkinan besar PBM boleh disatukan dengan Hospis Malaysia). Jadi, macamana fungsinya?

Gua ambil contoh kereta Proton yang kita ada ini. Dari dulu sampai sekarang, kereta Proton ini digelar kereta tin Milo. Memang tak selamat gila. Langgar sikit dah kemek mengalahkan muka cipan. Kita sebagai rakyat banyak dah buat aduan. Tapi diorang buat dek je. Biar pakai bahan murah, kos tu rendah, untung pun tinggi. Jadi, inilah masanya PBM akan bertindak. PBM akan melancarkan kempen kematian beramai-ramai, sebaik-baiknya 20 orang keatas. Setiap seorang memandu kereta Proton, biar pecut laju-laju dan langgar kat dinding ke, lampu isyarat ke, divider ke. Biar mati semua.

Menurut penghitungan gua dan juga tradisi pihak berkuasa bila berdepan dengan nyawa yang terkorban... Isyallah, tindakan akan diambil untuk memastikan kereta Proton selamat untuk dipandu...dan agar peristiwa mati ramai-ramai tak terjadi lagi.

Lagi satu contoh gua bagi ini. Sekarang ni arena sukan negara macam tak banyak berkembang. Semua pun tak jalan. Badminton lingkup, bolasepak bertambah-tambah lingkupnya. PBM boleh mengaturkan supaya sepasukan peminat setia sukan melemaskan diri bersama-sama. Maka pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mula cuak lepas tu, dan betul-betul serius membuat pembaharuan untuk kecemerlangan sukan negara. Tapi, dalam kes macam ini, sebaiknya Menteri dalam Kementerian yang bertanggungjawab yang patut menggadaikan nyawanya... barulah ada uumph.

Sebelum gua mengundur diri. Cubalah korang renung-renungkan kalimat Hukum Murphy yang berbunyi...'Segala Yang Mungkin Salah, Akan Salah'.

Sekian. Takde terima kasih.

Aug 12, 2007

Tak Siapa Ingin Dilahirkan Cacat

Otak gua sekarang agak lembab prosesnya. Semuanya salah harijadi gua bulan lepas. Terlebih joli, sehinggakan tanggungjawab gua untuk mengarut di sini pun diabaikan. Dan sekarang ni nak mula balik punyalah susah. Hai..... macam nak mati je memaksa gua menaip sekarang nie. Dah tu gua tengok beberapa minggu kebelakangan ini laman RPK pulak panas gila. Gua sendiri pun khusyuk habis baca artikel dia...kakaka.

Jadi, apa dah gua buat selama gua menghilang diri ini? Tak banyak juga, gua tetap pergi kerja macam biasa. Tapi yang tak biasa ialah gua pegi naik LRT hari-hari. Kerana reaksi otak gua yang lembab menjadikan gua tidak cergas untuk memandu langsung.

Tetapi, gua tidak pernah mengeluh pun walau terpaksa berhimpit ngan orang ramai hari-hari kat LRT. LRT ini, selain dapat mengurangkan kesesakan jalan, pencemaran udara, dan perbelanjaan harian gua, ia juga dapat mengimbangi keperluan psikologi gua untuk mencuci mata. Tak tipu bai... awek betul ramai gila. Semua pakai stail Office Lady. Gerenti jantan-jantan sekalian berfantasikan adegan cerita blue Jepun. Best gila.

Ok, dah cukup. Jangan terlanjur imaginasi. Sebenarnya, gua nak berkongsi satu penemuan yang mengemparkan semasa kesetiaan gua menaik LRT hari-hari. Gua boleh ibaratkan ke-terrer-an penemuan ini dengan pendedahan isu-isu panas oleh RPK.

Dan penemuan ini juga mungkin membongkar misteri kelembapan Malaysia mengejar pembangunan ekonomi dan intelektual walaupun dah dekat 50 tahun merdeka. Ya, penemuan gua ialah: 5 daripada 10 orang di Kuala Lumpur ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Err... gua nak guna perkataan orang cacat, tapi macam kurang sopan pulak. Pasal cacat ini bunyi macam cacat jelah.

5 daripada 10 orang KL ialah OKU. Dan kelima-lima OKU itu semestinya cacat penglihatan. Daripada 5 itu, ada 4 yang cacat kaki juga. Sila lihat jadual dibawah untuk indikasi penuh kecacatan 5 OKU ini.

Untuk menyahihkan dakwaan gua ini, gua telah membuat rujukan dengan Kementerian Sumber Manusia. Menurut mereka, adalah dianggarkan 1 peratus orang di Malaysia ialah OKU - lebih kurang 220,000 orang la. Mereka mendapat angka ini berdasarkan norma anggaran antarabangsa bahawa sekurang-kurangnya 1% penduduk di dunia ialah OKU.

Salah. Betul salah habis anggaran Kementerian ini. Mereka patut pergi jalan-jalan kat luar sana, dan buat pemerhatian sendiri. OKU ini ada di mana-mana saja. Dan jumlah OKU Malaysia semestinya lebih dari 220,000 itu. Kerana di KL saja sudah melebihi 600,000 orang (KL ada lebih kurang 1.2juta orang...dikira mengikut nisbah 1:2 gua kemukakan).

Ramai kengkawan aku menyoal bagaimana gua dapat angka ini, dan membuat huraian sebegini. Gua kata senang je. Nak tau sila pergi naik LRT hari-hari:

  1. Kenapa gua kata semua mereka ini buta? Pasal mereka tak dapat baca papan tanda di stesen LRT ini. Bilik tandas khas OKU sentiasa saja ada orang guna. Yang keluar dari dalam sana gua tengok celik-celik belaka. Ai...
  2. Lif di stesen LRT juga sentiasa penuh. Yang pakainya bukan orang yang tak boleh jalan. Semua ada kaki masih elok terletak kat badan. Dan ya, mereka ini juga buta kerana gagal lihat papan tanda 'Untuk Orang Kurang Upaya'. Gua betul heran, ni nak jalan sikit naik eskalator pun malas.
  3. Beratur masuk LRT pun macam gampang. Tiap pagi mesti ada pengawai LRT ni dengan pembesar suara ini suruh mereka beratur, bagi orang turun LRT dulu sebelum masuk. Tapi, disebabkan ramai yang buta - kerana tak nampak papan tanda suruh berdiri dalam barisan, ramai yang kaki tempang dan nak masuk dulu untuk dapat tempat duduk, dan ramai yang PEKAK kerana tak dapat dengar apa yang disuruh - maka situasi itu boleh disamakan dengan adegan di shopping Hari Raya di Mydin.
  4. Dalam LRT pulak, kalau yang dah duduk tu, jangan haraplah diorang nak bangun. Walaupun kat depan mereka tersergam lemah perempuan hamil, nenek umur 100 lebih, ataupun budak 5 tahun yang mendukung adiknya. Memang tak boleh salahkan mereka. Sesungguhnya, mereka yang dah duduk ini memang kena duduk - kerana mereka ini BUTA dan TEMPANG. Nak buat macamana kan, kan, kan.
  5. Selain tempang, buta dan pekak, ada lagi satu OKU yang merupakan bapak segala OKU. Dia ini juga cacat minda. Memang spastik habih beb. Dia guna tandas OKU, dia tak beratur masa nak masuk LRT, dia mesti duduk dalam LRT, dia takkan bagi tempat duduknya kat orang yang memerlukan, dan... ya, dan... dia juga takkan miss ambil suratkhabar The Sun yang diberi percuma kat stesen LRT. Dia akan ambil senaskah, walaupun dia ini takkan membacanya. Kalau kau tanya apsal lu ambil itu paper kalau tak baca? Dia mesti jawab 'Laa, kan Free tu. Ambil jelah. Hujan kang boleh pakai teduh kepala'. Tak ke spastik itu.
Sebenarnya saudara sekalian, bukan kat LRT je kita akan terserempak OKU ini. Pegi je ke semua pusat membeli belah terkemuka di KL. Dan masuk parking sana. Semua tempat parking khas OKU sentiasa penuh. Tapi yang turun kereta bukannya ada cacat mana-mana. Cuma cacat di hati je. Ini ke keprihatinan kita terhadap mereka yang lebih memerlukan? Memang pukimak korang semua.

Begitu banyak sekali OKU yang ada di ibu negara kita ini. Patutlah negara ini tak maju-maju. Adakah lu salah seorang OKU ini jugak?

Aug 7, 2007

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Hutang

Maksud:
Situasi sengsara di mana peminjam mati atau hilang diri tapi ahli keluarga atau kenalan rapat tetap kena jelaskan pinjaman Ah Long mereka.

Contoh Ayat:
Mak… mak dah gila ke? Bapak dah mati dah… ni duit Ah Long dia pinjam pun kita tak bayar lagi… tapi mak nak pinjam lagi dengan Ah Long lain…! Apa ni mak???

Ah..aku tak kisah. Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang pulak. Macam bapak kau tu. Biar aku pinjam banyak-banyak dan joli habis… lepas tu bunuh diri. Dan korang semua pulak sakit nak bayar balik duit tu…..

Aug 2, 2007

Cinta Itu Celik

Kata orang, kita tidak boleh menilai seseorang daripada penampilan luarannya. Ini terutamanya semasa kita berdepan dengan situasi menentukan pasangan hidup.

Kita mesti memahami isi hati diorang, sikap diorang, perangai diorang, seluar dalam diorang, baju dalam diorang…. Maka disimpulkan, segala-gala yang ada kat dalam lah yang kita kena nilai untuk pilih pasangan hidup. Tak boleh tengok luaran je.

Tapi yang menjadi persoalan gua, kalau dah luaran dia tak menarik, macamana kita nak ada hati untuk mendalami atau menghayati keayuan tersirat orang tu sejak awal lagi? Jawab, jangan tak jawab.

Hah…ini ada gua tinggalkan iklan-iklan yogurt rendah lemak….yang menggunakan model-model tinggi lemak lagi berkrim untuk tatapkan ramai. Harap ia dapat membantu anda menentukan samada cinta itu celik, atau buta*. Sekian terima kasih.


*dibutakan oleh wang ringgit tak boleh diambil kira ye. Dan juga cinta dengan orang yang buta penglihatan juga tidak boleh disertakan dalam pehitungan ini.

Jul 27, 2007

Kais Pagi Makan Pagi, Kais Malam Makan Saman

Maksud:
Orang yang hidup membuat dua pekerjaan, dan kemudiannya kantoi apabila bos tahu diorang ni ada bisnes kat luar.

Contoh Ayat:
Mat, saya dengar awak ni buat bisnes burger tiap-tiap malam ye? Patutlah pagi-pagi kerja tak bersemangat je. Awak tau tak saya boleh pecat awak pasal kerja sampingan awak ini?

Laa bos, ...bos tau tak, takat nak bergantung kat gaji bos yang ciput tu, dah lama dah saya kebulur makan tahi lipas kat rumah.

Oh gitu ye, HABIS KAU TAU TAK KENAPA GAJI HANG TAK NAIK NAIK SAMPAI SEKARANG? HANG TU KERJA MALAS, DATANG LAMBAT BALIK AWAL. KERJA OPIS BOY DAH 8 TAHUN TAK MAJU MAJU JUGAK. MACAMANA SAYA NAK KASI GAJI TINGGI. BETUL KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS MALAM MAKAN SAMAN LAH MALAUN NI!!!

Jul 21, 2007

Jersi Malaysia (versi prototaip)

Dalam usaha menaikkan taraf permainan bolasepak negara, gua rasa pembaharuan bukan sahaja terhad kepada pentadbiran FAM. Kita juga perlu menaiktarafkan jersi pasukan Malaysia, agar peristiwa 5-0 atau 5-1 tidak berlaku lagi.

Maka diharap, pihak Nike, Tiger Balm dan Royal Selangor boleh bekerjasama untuk menghasilkan generasi terbaru jersi Malaysia ini.


Lencana FAM
Gantikan lencana FAM, dengan plaster 'sakit kepala' Tiger Balm. Sama-sama ada rimau jugak kat logo. Orang takkan perasan punya. Dah tu, time kalau dah kena 3 gol, bolehlah pemain-pemain tanggalkan lencana tu dan lekat kat dahi, kepala dan mana-mana tempat yang rasa sakit. Ahhhhhh gerenti lega....Lambang Keris
Lambang keris di bawah ini ada baiknya ditukar kepada keris sebenar. Maksud gua, jersi ini disertakan sebilah keris sebenar. Sebolehnya dari Royal Selangor la. Biar publisiti habis barangan buatan Malaysia. Yang mini punya pun takpe. Janji boleh membunuh. Ohh jangan silap, bukannya gua nak suruh pemain kita pakai untuk bunuh team lawan lepas dihina mereka dengan tujuh atau lapan gol. Tapi, keris ini untuk pemain negara kita melaksanakan kamikaze. Daripada dihina orang atau suratkhabar keesokkan hari, ada baiknya diorang bunuh diri sebaik saja wisel penamat ditiupkan.

Jul 20, 2007

Demi 80sen

Sedap sungguh mata gua pandang tong-tong sampah ofis gua... yang kini sudah pulih seperti sediakala. Ini kerana selama sebulan yang lepas, mereka tu semua hidup mewah, dan tidak perlu melaksanakan tanggungjawab mereka iaitu mengumpul sampah. Tapi ini bukannya salah diorang. Yang nak disalahkan ialah manusial manusial kat ofis gua ini.

Pasal manusial semua nekad tidak akan membuang sampah sesuka hati lagi. Ya mereka dah buang tabiat... semuanya kerana kehangatan kempen Hari Hijau pada bulan Jun tu. Slogan 'fikir dulu sebelum buang' hari-hari diucapkan oleh samdol samdol nie semua.

Mana tak semangat diorang ni ye... hari hari kat suratkhabar ada melaporkan usaha orang ramai... melaksanakan tanggungjawab mereka untuk melindungi bumi. Siap pengurus gua sekor nie...yang selama ini terkenal dengan sikap 'segala-yang-tiada-kena-mengena-dengan-bulu-hidung-gua-hanya-
berhak-bertempat-dalam-tong-sampah' pun rajin nak kitar semula.

Dan seperti mana-mana projek orang Malaysia sebelum ini, semangat mereka itu cuma separa bara. Cukup bulan terus lenyap. Ini sebenarnya berita baik buat gua. Sesungguhnya, saya ini kira DBKL kat opis jugak. Bukan apa, gua sakit hati memandang kertas-kertas tu, yang pada asalnya pokok hijau yang mulia, di jadikan kertas dan dibuang saja selepas pakai. Baik gua sapu semua dan hantar kat apek paper lama. Nak dijadikan cerita, hobi kitarsemula gua ini tidak didorongi oleh wang ringgit yang ditawarkan sebenarnya. Semuanya mula masa gua kat tadika lagi. Ada satu malam tu, gua tengok langit merah padam je. Hari dah pukul 9malam dah. Gua pun tanyalah mak gua. Mak gua selamba je sound... 'Hah, tu kalau Boy nak tau, langit dah bocor. Udara dah nak habis. Yang jadikan merah-merah tu ialah sinaran matahari. Kang malam-malam pun langit akan terang je....'

Ah... terus gua trauma sampai sekarang siut. Hari hari ingat lapisan ozon dah takde je. Nak buat macamana. Time kecik dah kena cerita macam nie. Sejak itu, gua mulalah prihatin terhadap alam sekitar. Dan gua juga pernah berkabung selama 18jam semasa kapal Rainbow Warrior diletupkan oleh kerajaan Perancis.

Disebabkan sudah tersemai sifat-sifat sebegini, maka tak hairanlah gua ni DBKL sukarela kat ofis. Semua yang boleh kitar pun gua bawak balik. Hulur kat apek paperlama. Ini termasuk segala botol plastik. Korang jangan gelak, harga plastik sekarang tinggi siut. Senang-senang boleh dapat RM5 dengan hanya 10-20 botol kosong air mineral. Masyuk sial! Kalau korang tak percaya lagi cakap gua, korang cuba perhati sekarang kat jalanan, ada tak bersepah lagi botol plastik kosong. Jarang gila lah. Lagi senanglah nak cari siapa yang bersalah dalam FAM tu!

Dan gua ada dengar, Majlis Perbandaran Klang tu siap peruntukkan RM1000 setiap hari untuk membeli sampah dari orang semua di kawasan Meru. Sekilo sampah 10sen diorang bagi. Kira sehari diorang terima 10000kg sampah. Ganjaran ini juga telah mengundang ramai orang mencuri sampah jiran-jiran untuk dijual. Aiseh... nilah orang malaysia. Nak suruh korang tukar IC baru, kena bagi habuan. Nak suruh korang buang sampah pun kena bagi habuan. Apakah ini semua bukan tanggungjawab asas semua? Dah terlampau dimanjakan dah.

Sebenarnya, apalah susah sangat nak mengitar semula ini. Pikirkanlah generasi akan datang kita. Takkan korang nak diorang pakai suit anti-sinaran UV semasa bermain polis sentri kat luar rumah. Takkan lah korang tak nak diorang mencuci mata kat tepi pantai, menyelerakan mata dengan awek-awek berbikini. Semua ini cuma tinggal khayalan jika ozon dah takde, pokok semua dah tumbang, ais kutub semua dah cair.

Dan setidak tidaknya, kitarlah semula demi beberapa ringgit tambahan sebulan... supaya kita kekal hisap Dunhill besar yang dah naik 80sen tu... (cinabeng... suka suka je kerajaan naik harga).

Hari Keputeraan Duli Yang Maha Hina Seri Berduka Baginda Yang Dipertuan Gagak

Bulan ini bulan yang mulia buat gua. Sepanjang bulan keputeraan gua ni, sambutan memang tak henti henti. Ada je member yang nak adakan jamuan untuk gua. Ni bacaan kolesterol gua pun dah memuncak dah. Lagi satu, biasa gua mengarut ini mesti ada rasa tak puas hati dengan sesuatu… asyik asyik nak complaint je. Jadi, untuk memastikan hatiku tenang dan gembira sepanjang bulan ini, gua tidak akan mengarut banyak sangat. Selamat.

Jul 12, 2007

Nasib Baik Kena Lima Je

Tiap pagi, sedang gua memandu sambil menghayati keindahan kesesakan lalulintas kat Kolumpo untuk pergi kerja, gua memang tak pernah tinggallah nak mendengar berita nasional kat radio KLFM.

Berita ini memang padat. Tiap hari memang lengkap dengan segmen berita dalam negeri, luar negara, dan juga sukan. Tapi hari ini lain dari hari hari sebelumnya. Lepas je baca berita luar negara, terus pembaca itu kata 'sebagai penutup, disampaikan sari berita sekali lagi..."

Eh...pikir gua. Ini berita nasional apa... ada lagi satu berita tak disampaikan pun. Mana boleh! Takkanlah tiap kali nak menyiarkan berita yang membanggakan je... orang semua pun nak dengar lagi berita pasukan bolasepak negara kena titik 5-1 dengan China.

Gua rasa...berita sukan itu ada tertera kat teks pembaca itu, cuma dia rasa teramatlah sangat malu untuk membacakannya. Kekalahan Malaysia ini boleh gua samakan dengan kekalahan parti-parti pembangkang menentang Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun 2004. Teruk sangat! Drop habis waterface semua.

Game semalam tu gua layan dengan member-member kat warung tomyam. Yang gua suka kalau tengok bola ramai-ramai ini ialah part kutuk mengutuk team tengah main tu. Saat paling best semalam, ialah semasa si Hardi Jaafar tu angkat korner tapi bola tak naik... dan dengan selambanya member cina gua seorang nie sound "Lu orang tengok itu semua...ambil korner, ambil freekick, mau rembat pun, bola semua lemahhhh saja. Lu tau apsal? ...Pasal diorang tala makan babi-lah."

"Babi ada ummph. Itu semua negara-negara yang menang piala dunia semuanya makan babi. Macam stout la... bagi power sikit".

Aiii...bertuah lahabau sekor nie. Main lepas cakap je. Sia-sia je kalau kena pelengkung dengan table table sebelah yang dipenuhi orang tak makan babi. Nasib baik yang kat table nie semua member member karib...so tak tersinggunglah. Walau tak tersinggung pun, lepas tu mulalah mereka berdebat sesama sendiri pasal makan babi nie. Kakakaka....sampai satu point tu... gua sound terus je... "Eh kau kata makan babi power kan, nie apsal team Malaysia takde player cina? Semua first 11 orang melayu je."

Dengan lantasnya dia menjawab.."POLITIKLAH...apa lagi. Cina mana nak lepas selection."

Lah dah masuk politik pulak dah... terus tu kita diam dan tak cakap lagi pasal isu itu. Kita tumpukan perhatian kat game terus sampailah habis.

Dalam perjalanan balik rumah tu, gua terpikir-pikir, tertanya-tanya, dan terus membuat penganalisaan kenapa team kita ramai orang melayu, dan kaum lain kurang.

Begini analisa gua:

Player Melayu
Skill memang mampat. Macam-macam skill boleh keluar. Betul samba-l habis. Tak tipu bai... gua pernah nampak depan mata buat skill pusing Zidane, skill stepover Robinho selamba bapak diorang je (dan ini juga diakui oleh ramai budak cina yang gua kenal. Memang terrer! Cuma tak paham je apsal main cam taik bila bertanding). Dan walaupun diorang ni ramai kaki balut, pipon... dan rokok Dunhill tak pernah tinggal tangan... stamina diorang gua memang tabik. Betul tak faham macamana diorang ni boleh tahan.

Player India
Lu kalau rasa tulang dah cukup kuat...bolehlah pi try keting diorang. Tak kira yang keding ke yang gemuk...semua keting macam besi. Patutlah diorang ni ramai buat bisnes besi buruk. Ntah-ntah makan besi tu ke. Dan tak lupa...body kontact diorang memang macam sial. Sekali hayun, sure terpelanting. Larian diorang pun kuat jugak. Korang jangan lupa... sehitam-hitam mereka...nigger tu kira jugak keluarga diorang. Ramai nigger pemegang rekod dunia acara lari pecut oi.

Player Cina
Cakap je... Mercurial Vapor berharga RM600 tu, atau Adidas F50 yang terbaru. Semuanya lengkap kat badan mereka. Jersi kalau tak Nike Dri-Fit mana nak pakai. Itulah player cina kalau nak tau. Korang turun je padang futsal dan tengok. Main tah ke mana. Tapi equipment semua lengkap. Dah tu, cakap bola diorang memang sampai boleh melayang lah (dari segi strategi, skill, taktik, dll). Suruh je angkasawan kita tu balik sini. Tak yah susah susah nak trainin kat Rusia. Lepak je ngan orang cina main bola...biar cakap bola sampai terbang ke ISS.


Kesimpulannya... korang sendiri jelah buat kesimpulannya... gua tak kisah siapa main pun. Janji Malaysia boleh menang.

Jun 26, 2007

Lepas Ni Rekod Apa?

Lebih 8000 keping puki berdansa tempoh hari di Dataran Merdeka. Semuanya gara-gara menjelang sambutan merdeka ke-50 negara tahun ini. Dan yang paling menyedihkan, aktiviti yang diberi nama Muhibah (Mu-cibai lagi kena lah) Dance Fiesta ini mendapat tempat di Malaysia Book of Records. Saudara dan saudari sekalian, kalau korang berpeluang walau sekalipun untuk membangga-banggakan Malaysia tercinta kat orang asing, jangan, saya ulang, jangan sekali-kali menggunakan buku ini.

Sesungguhnya, buku ini bukan tercatat rekod yang boleh dibanggakan. Ia lebih merupakan sebuah buku yang merekodkan kebodohan dan kedesakan rakyat malaysia (atau lebih tepat lagi, institusi-institusi swasta dan kerajaan - kerana banyak rekod bodoh di dalam diilhamkan mereka) untuk mencipta nama di pesada antarabangsa*.

Kalau korang ada masa, pegilah belek-belek Buku Rekod Malaysia ni kat kedai. Saya musykillah... apabendanya rekod 'paling ramai orang berdansa pada satu masa', tak pun rekod satay terpanjang, menara buah-buahan tertinggi, sandwich terpanjang, ataupun baru-baru ini kuih Chang cina yang terbesar? Semua ini buang masa. Takde faedahnya. Yang paling teruk, semua ini bazir duit. Duit sapa? Duit rakyat juga (kalau dianjur oleh institusi kerajaan lah). Publisiti macam ini memang media siarkan. Tapi... siapa yang ingat selepas seminggu dua? Siapa ambil port? Kodok kat longkang aku yang takde kerja sepenuh masa pun malas nak ambil port, tau!

Ini beberapa ungkapan kata VIP negara mengenai buku ini (dipetik dari laman web buku tu, dan dialihbahasa dengan cincai saja):

SAMY VELLU:
Banyak rekod sudah dicipta dan dipecah selama ini. Kemunculan Malaysia Book of Record merupakan sumber motivasi untuk mengejar kejayaan. Ia akan menjadi peneraju negara dalam usaha pembangunan masa depan.

(Habis lingkup oi bisnes Dr Fazilah Kamsah. Hang tak yah lagi bagi motivasi. Samy suruh baca buku rekod tu cukup).


KHALIL YAAKOB:
Projek mulia ini ialah bukti kepada perkembangan dan kejayaan masyarakat dalam pelbagai aspek. Ia juga merupakan suara kerajaan kepada rakyat Malaysia agar mereka memain peranan masing-masing menuju visi 2020.

The Malaysia Book of Records bukan saja dapat berbuat demikian sehingga kini, malah ia juga berjaya menyemai rasa bangga dan gembira dalam setiap rakyat Malaysia dengan mengiktiraf orang yang cemerlang dan luar biasa".

Teruskan usaha ini agar Malaysia Boleh!

(Rasa malu gua melebihi bangga. Macamana nie?)


ABDUL KADIR B. HJ. SHEIKH FADZIR:
The Malaysia Book of Records ialah buku menarik yang patut dimiliki setiap rumah, dan juga sebagai cenderahati kepada setiap pelancong ke sini. Negara yang kaya budaya, tarikan, dan record - buku inilah buktinya.

(Gua setuju simpan satu kat rumah. Biar simpan lama-lama. Sehingga masuk rekod buku disimpan paling lama. Lepas tu buat pekasam)

Entahlah, samada gua sekolah tak cukup tinggi dulu-dulu...ataupun jawatan VIP-VIP terlampau tinggi...gua langsung tak dapat melihat, dan menilai kepentingan buku ini dan peranannya dalam pembangunan negara. Untuk gua, buku ini hanya motivasi kepada mereka yang takde kerja, lantas mengilhamkan sesuatu yang hanya tapir faham, tetapi 'menarik' dan boleh diberitakan.

Kalau betul nak buat juga rekod-rekod Malaysia ini, gua cadangkan lah, takat rekod yang boleh dicapai dengan wang ringgit tu semua boleh tolak tepi. Ni hah beberapa rekod yang patut diambil serius dan direkodkan:

  • Bandar Paling Cepat Dibanjiri Selepas Hujan: Kuala Lumpur (kurang dari 2jam)
  • Rider Paling Laju Ambil Korner Tanpa Sebarang Kelengkapan Keselamatan: Mat Rempit (pakai selipar Tat Sing je)
  • Pasukan Kalah Paling Banyak Kali Dengan Team Yang Lebih Lemah: Pasukan bolasepak Malaysia (HongKong pun tak lepas sial!!)
  • Bahasa Paling Banyak Gelaran: Bahasa Malaysia, eh tidak.. Bahasa Melayu..eh sori...Bahasa Malaysia baru betul lah. Eh... mana satu baru betul?
  • Kementerian Yang Paling Banyak Menerima Aduan: Kementerian Kerja Raya (sori Samy)
  • Sektor Paling Tak Serupa Kerja Masa Hari Kerja: Sektor kerajaan masa hari Jumaat (tolak masa sembahyang, minum pagi, minum petang, makan tengahari, pergi melabur kat tandas...gua rasa diorang kerja tak sampai 4jam - kalah orang halfday hari sabtu).

Gua percaya, kalau rekodrekod diatas diterima dan diterbitkan oleh Malaysia Book of Records dengan hati lapang, pemegang rekod itu akan mula sedar kesilapan masing masing dan berusaha lebih baik untuk memadamkan rekod mereka. Ini barulah motivasi, ngok!!!

*Kecuali Superman Malaysia, Mr R. Letchemanah, yang menarik Boeing dengan rambutnya, dan juga beberapa orang kuat lain yang betul-betul layak digelar pemegang rekod. Korang layak mendapat pujaan ramai kerana semangat Malaysia Boleh korang memang real abih.

Jun 22, 2007

Maka, Berjubur Itu Tidak Lagi Hina

Tempoh hari ada berita yang cukup mengemparkan. Hinggakan lubang burit gua juga terasa ancamannya. Tapi tidak, ini tidak ada kena mengena dengan mana mana kes liwat ataupun ubat julap.

Ia berkaitan dengan Tentera Udara Amerika dan niat mereka mengkaji dan menghasilkan sejenis senjata biologi, dipanggil 'bom gay'. Bom ini bertujuan untuk menentang pengganas yang semakin lama semakin naik kepala si Bush tu.

Apa yang terrernya bom nie? Hah...secara teorinya... bila ia diletupkan, mereka mereka yang terkena bom ini akan rasa miang dan berahi, dan seterusnya nak berjuburrrr je. Perempuan kena aku tak tau la macamana kesannya. Idea ini gua rasa dicetuskan oleh bekas hippies kot, yang dah insaf dan menyertai pasukan tentera pulak. Kan slogan hippies time tu 'Make Love Not War". Cuma bom ini serong sikit, ...make gaylove.

Ini sesuatu yang menarik. Bayangkan... sedang riak pejuang pejuang Taliban memegang senapang menembak tentera US... kena je bom nie, terus buang senapang kat tangan, tapi pegang 'senapang' member seperjuangan kat bawah tu, lalu beromen buntut.

Ramai yang memberikan komen mengenai bom ini. Tapi gua hanya ingat komen seorang gay ini. Dia kata, "bring it on". Maunya dia tak riak! Ai... untuk sejenak tu...gua dapat rasakan kesucian jubur gua akan tergugat kalau bom ini dihasilkan...

Dan adalah lebih tepat lagi kalau misi misi bom gay ini, tentera US mengguna kembali kapal terbang 'Enola Gay' (ya, lagu band OMD memang mengenai kapal terbang ini). Untuk maklumat semua, kapal Enola Gay inilah yang melepaskan bom atom pertama di Hiroshima semasa perang dunia ke-2. Memang kenalah namanya dengan bom gay tu.

Apapun, kalau diambil kira dari perspektif negara kita, gua cukup happy kalau betullah bom-bom masa depan boleh direka mengikut kehendak masing-masing. Pasal gua ada 3 bom nak hasilkan:

1) Bom Rajin
Bom ini akan diletupkan di bank-bank seluruh negara semasa awal bulan (dan juga semasa sembahyang Jumaat kat masjid). Ini supaya orang melayu masih rajin nak pegi kerja walaupun sudah dapat gaji. Ofis tu bukan bapak kita ada syer... kalau dah kerja, buatlah cara kerja. Jangan kocek dah kering, baru nak ingat kerja. Jikalau kuasa bom ini dilipatgandakan, mangsa semua akan membuat tunjuk-perasaan dan meminta kerajaan memansuhkan NEP.


2) Bom Patriotik
Bom ini sesuai sekali diletupkan di kopitiam, di casino Genting dan mana-mana tempat yang dikunjungi orang cina. Orang yang kena bom ini tidak lagi mementingkan diri sendiri, atau takut mati. Kalau dos bom ini ditinggikan, mereka akan merasakan bahawa Malaysia ini tanahair tercinta, dan sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankannya.

3) Bom Muhibbah
Bom ini hanya akan dipasang setahun sekali, di Batu Caves semasa Thaipusam. Mangsa bom ini akan merasakan mereka tidak tersisih dari masyarakat umum dan ingin bergaul rapat dengan kaum lain. Pendedahan berlebihan terhadap bom ini juga akan menyedarkan mereka bahawa dunia ini besar sebenarnya, dan ianya tidak terhad kepada Rajinikanth dan cerita Sivaji saja. Ini seterusnya dapat menghalang insiden bakar pawagam seperti hari itu.

"Khatham, gatham."


So, ada sapa-sapa nak biayai projek bom ini ke?

Ampun kepada semua yang mungkin tersinggung daripada penulisan diatas. Sesungguhnya, karya ini dihasilkan daripada pemerhatian gua yang cukup subjektif, ada kalanya objektif dan selalunya tak informatif, sebagai seorang berbangsa Malaysia. Kalau betul tersinggung gila, maka gua akan ikhtiarkan jalan untuk dapatkan bom gay tu. Dan seterusnya gua akan letupkan di rumah mereka dan keluarga mereka yang tersinggung. Biar mereka berlaukkan jubur selama-lamanya.

Jun 18, 2007

Alang Alang Menyeluk Puki, Biar Sampai Ke Kelentiknya

Maksud:
Kalau sudah buat jahat, pastikan kejahatan itu betul-betul jahat sehinggakan jahat itu sendiri pun tak tahan dengan kejahatannya.

Contoh Ayat:
Mat, nanti dah besar, cita-cita Mat nak jadi apa?

Mat nak jadi polislah, ayah! Polis boleh makan rasuah. Boleh pergi dangdut tiap malam pun tak kena tangkap.

Isk isk isk isk…Mat oh Mat. Kalau dah cita-cita nak makan rasuah, ayah nasihatkan Mat jadi ahli politik lagi baik. Cerah masa depan. Rasuah tak payah susah-susah nak makan sendiri. Orang ramai beratur panjang nak suapkan. Dah tu ayah dengar, bunuh orang pun boleh lepas.

Betul kata ayah. Saya nak jadi ahli politik lah macam tu… bak kata Dewan Karut, ‘alang alang menyeluk puki, biar sampai ke kelentiknya’..

Pandai pun anak ayah ini. Tak sia-sia ayah bagi minum susu Dumex sejak lahir.

Jun 14, 2007

Melepas Batuk Di Muka

Maksud:
Perbuatan terkutuk yang dipengaruhi perasaan hasut dengki ke atas orang lain. Agar orang lain tak dapat apa yang anda tak dapat.

Contoh Ayat:
Ah pundek si Kamal buntal tu… hatinya sekejam Najib...sanggup dia melepas batuk di muka gua yang serba hensem nie! Habih sangkut virus-virus tu kat gua. Ni gua dah kena tibi sekarang. Macamana nak gie dating ngan anak Wak Parjo kampung sebelah tu nanti!!!

Jun 13, 2007

Hatiku Dibanjiri Sungai Kelang & Gombak

(sila ikut rentak lagu klasik 'Bangau oh Bangau')

Hujan oh Hujan, kenapa engkau turun...

Macamana aku tak turun, suuungai panggil aku, suuungai panggil aku...

Sungai oh sungai, kenapa panggil hujan,

Macamana aku tak panggil, kuuu nak KL banjir, kuuuu nak KL banjir,

KL oh KL, kenapa kau nak banjir...

Macamana aku tak banjir, kuuuu nak test SMART tunnel, kuuuu nak test SMART tunnel,

SMART tunnel oh SMART tunnel, kenapa kau nak di-test...

Macamana aku tak di-test, kos gua makan billion, kooos gua makan billion...


...ni kalau gua teruskan, sampai tahun depan pun tak habih nie. Cerita sama jugak. Banjir. Ada SMART konon, buat semak ada lah tu. Betul berbulu gua tengok banjir kat Kolumpo hari tu.

Mana tak bengang... tengah gua tunggu Putra LRT di senja Ahad sambil dikerumuni awek-awek mengancam...diorang buat pengumuman kat dalam stesen.. "Perhatian. Sekitar Stesen Masjid Jamek telah dinaiki air. Sila gunakan laluan alternatif....blablablabla". Macam gampang.

Yang mat salleh berdiri kat sebelah gua tu bukannya tau apa pun. Diorang tak umumkan dalam bahasa omputih langsung. Kesian dia tu. Biasanya gua dengan hati yang mulia akan explain kat dia apa dah berlaku. Tapi pasal mood gua dah dinodai oleh pengumuman tu, gua lantaklah la mat salleh tu ternganga.

Gua nak cadang la. Memandangkan kita selalu sangat kena banjir ini, dan kerajaan kita sendiri tahu diorang takkan melakukan apa apa untuk menangani masalah ini; Kementerian Pelancongan patut menerbalikkan fenomena yang negatif ini, kepada sesuatu yang positif. Jadikannya banjir ini sebagai tarikan pelancong.

Mereka patut, dalam usaha-usaha mempromote negara kita untuk Tahun Melawat Malaysia dan tahun-tahun yang akan datang, mengetengahkan aktiviti-aktiviti bersampan di bandar Kolumpo semasa musim tengkujuh. Ini semestinya sesuatu pengalaman baru untuk pelancong semua.

Pakejkan Kolumpo nie sebagai 'Venice' asia tenggara,dan untuk 'marketing differentiation', kita jangan pakai istilah 'river cruise'. Koman sangat. Bangkok pun ada river cruise. Kita namakan kita punya KL 'Flood Cruise'. Baru ngancam. Risalah, iklan TV dan cetak Kementerian Pelancongan patut siarkan suasana banjir di Kolumpo. Mendayung sampan dengan KLCC sebagai latar, etc. Ahh...tak ke indah pemandangan itu. Kepesatan pembangunan hutan konkrit, dicampur dengan kepincangan kerajaan menangani masalah asas. Kontradiksi ini lagi harum baunya dari pewangi Calvin Klein Contradiction!

Gua percaya kalau kita usahakan betul=betul, industri pelancongan banjir ini dapat dikembangkan. Malahan, kompeni yang bersungguh-sungguh menjalankan biznes ini semestinya boleh naik main board KLSE dalam masa tersingkat.

... dan untuk penduduk Kolumpo. Jangan bersedih. Sesungguhnya, korang juga dapat memanfaatkan industri ini. Pikirkan betapa banyak peluang pekerjaan baru muncul. Ekonomi pun terjamin. Dan yang pasti, Mat rempit juga berkurangan. Pasal jalan semua naik air.

Akhir sekali, untuk mereka yang selalu sangat parking kat bawah Dataran Merdeka dan bawah hotel yang selalu kena banjir pula. Jangan bersedih. Bergegas lah ke Carrefour sekarang dan beli tilam angin queen size kat sana. Tapi pastikan anda beli time ada offer je ye (tak sampai RM50). Letakkan tilam tu dibawah kereta anda bila hujan lebat. Mengikut pengiraan fizik gua yang berkelulusan SPM gred F9, gua rasa kereta anda akan apung. Maka tiadalah lagi rasa bimbang kerata anda tu akan menjadi tukun ikan sungai semasa banjir berlaku.

Jun 6, 2007

Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dicemar

Maksud:
Sudah adat manusia untuk mencemar segala tempat yang didiami.

Ulasan Lanjut:
Sempena hari alam sekitar sedunia semalam, aku tidak dapat menahan emosi sayuku lalu merosakkan peribahasa indah berbunyi ‘di mana bumi dipijak, di sana langit dijunjung’ kepada yang tertera di atas. Kerananya, manusia sudah tidak menurut adat dan aturan tempat yang didiami.

Bumi kita makin hari makin tenat jadinya. Genting Highland dulu-dulu gua kena pakai lapan belas helai baju baru boleh menahan kesejukkan cuacanya. Tapi kini, gua pakai boxer pun rasa rimas lagi. Kengkawan betina gua apa lagi, bikini ala Brazil pun tala hal.

Marilah kita renung-renungkan bersama, dan ikhtiarkan sesuatu, agar generasi akan datang masih dapat merasa cuaca nyaman Genting Highland. Dan yang pentingnya, agar permandangan wanita berbikini masih unik… dan hanya kelihatan berkeliaran di pantai.

May 31, 2007

Warisan Apakebendanya?

Bahagian 1
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Pahang, di mukim Setapak itu, lu orang mungkin tak akan tertarik dengan sebuah masjid yang terletak di bahu jalan itu. Malah, lu orang mungkin tak sedar pun adanya sebuah masjid di situ walau dah lapan juta kali lalu jalan tu. Masjid itu, yang dikenali sebagai Masjid Jamiul Ehsan, dibina pada tahun 1939.

Berikutnya ialah satu petikan akhbar mengenai masjid itu:

Berita Harian 7 SEP 2005

…Mengenai Masjid Jamiul Ehsan, Setapak, yang didakwa akan dirobohkan selepas masjid baru siap dibina, Dr Rais Yatim berkata, kementeriannya akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menghalang usaha itu.

“Kita akan melaporkan kepada Kabinet dan jika dipersetujui, masjid ini akan dirizab sebagai bangunan warisan tetapi kita juga akan meneliti beberapa faktor lain antaranya bencana alam dan lalu lintas,” katanya.

Bahagian 2
Kalau lu orang memandu sepanjang Jalan Ampang dulu-dulu tu, sedulu sebelum jentolak merobohkannya, anda mungkin akan tertarik dengan sebuah rumah kolonial yang tersergam indah di tengah-tengah pusat komersial kota. Rumah itu, dikenali sebagai Rumah Bok, dibina pada tahun 1929.

Rasanya gua tak payah nak masukkan petikan berita mengenai ulasan daripada si Yatim mengenai rumah Bok la ye. Semua dah sedia maklum kalau ikut berita hujung tahun lepas.

Bahagian 3
Sebenarnya, gua nie bukannya pakar sejarah, ataupun pakar bangunan, atau apapun, tapi jika dilihat dari segi kesenian bangunan, rasa-rasanya Rumah Bok itu lebih berhak dikelaskan sebagai bangunan warisan, bukan?

Masjid baru yang 8kali lebih besar telah siap dibina di belakang Masjid Jamiul. Ni yang kat depan nie tak kasi roboh tak apa, tapi diorang siap mempercantikkannya lagi! Pening gua…

Seperkara lagi. Sekarang nie ada projek Duta-Ulu Kelang Expressway. Projek ini kebetulan akan termakan ke area Masjid Jamiul tu. Memang kat tepi jelah palang-palang konkrit tu terpacak. Diorang tak jugak roboh masjid tu untuk pembangunan…

Bahagian 4
Boleh tak siapasiapa tampil kat depan nie... bagitau macamana nak kelaskan suatu banguanan itu 'bangunan warisan'? Adakah semata-mata ia memenuhi agenda tersendiri, ataupun memang ada garispanduan untuk menentukannya?


Aiii…tetiba ni rasa nak je sekeh kepala sorang sorang nie…