Mar 28, 2007

Salam Sibuk

Aduh... betul sibuk giler la dengan kerja gua kat ofis nie...boss macam tau tau je gua nie suka nak mengarut kat sini....terus dihulurnya kerja berlambak macam tanah runtuh kat Putrajaya tu.

Ok....konfim gua akan mengarut dengan lebih karut tidak lama lagi. Selamat.

Mar 13, 2007

Cerita Tangis dan Bulu Tangkis

Hari tu gua menangis. Gua dah lama dah tak menangis. Tidak pernah semenjak menonton cerita Sepet, yang membuatkan gua menangis atas kekayuan pelakonnya, bahagian-bahagian 'redundant'nya dan terlebih publisitinya.

...sorri, terlanjak pulak. Ok sambung cerita gua menangis. Ya, selepas lebih 20tahun, selepas melihat Razif dan Jalani menjulangnya buat kali terakhir, aku tak dapat menahan emosi bila beregu negara menang All England tempoh hari.

Menang ada gaya la katakan. Sepanjang kejohanan tak pernah kalah satu set pun. Ini baru panggil Malaysia Boleh (tapi Koo, hang kontrol sikit keret hang tu. Janganlah joget kat depan net time dapat matchpoint. Ada ubi ada batas, ada hari Cina tu balas siut. Lain kali dia buat tarian singa kat depan hang baru tau!).

Nak dijadikan cerita, hari isnin semalam ialah hari badminton gua. Tiap-tiap minggu lepas kerja gua dan geng gua tak pernah tinggal. Dan seperti biasa, semangat hangat-hangat taik ayam orang kita amat terserlah dalam dewan badminton tu semalam. Maklumlah, Malaysia baru memang All-England. Ramai gila yang datang main sial. Biasanya 4 gelanggang tu hanya ada cukup-cukup pemain je. Seorang pancit terus game tak jalan. Tapi semalam pulak macam pesta, siap ngan supporter. Muka yang tak pernah-pernah nampak pun dah sibuk pegang raket. Ada pulak mangkuk seekor nie pakai seluar jeans main. Betul mangkuk hayun kelasi tertinggi la budak nie.

Gua tah nak gelak ke nak riang pasal semangat diorang nie. Tapi yang pasti, apa yang berlaku semalam mengenangkan gua kembali suasana tika pasukan negara menjulang Piala Thomas tahun 1992. Semua budak dengan raket dan bulu tangkisnya (yang guna tinggal tangkis dan takde bulunya) kelihatan berbadminton di semua lorong-lorong jalan, taman permainan, depan rumah (pintu pagar sebagai net sial) di seluruh Malaysia. Takde tiang-tiang yang terlepas daripada jadi mangsa ikat jaring.

Riuh giler. Kira biasa la kalau kita dengar bebudak cakap masa nak start game time tu - "OK saya Rashid Sidek. Awak Joko Suprianto. Start.." Dan budak cina pula mesti berebut nak jadi Foo Kok Keong, Zhao JianHua atau Yang Yang. Konfirm tak miss.

Memang best giler.

Hmmm tapi... yang lalu tetap sudah lalu. Budak sekarang, jangankan pemain lagenda dulu-dulu, ni pemain sekarang pun diorang tak kenal. Badminton kini sudah tidak ada idola. Jauh sekali kalau nak ada wira negara.

....mungkin kalau ditanya budak sekarang siapakah pemain badminton negara favouritenya, mereka akan jawab "Nicol David" kot.

Menuang Beer Ke Surau

Maksud:
Perbuatan sia-sia, pabila dilakukan, boleh mencetuskan kontroversi sesama manusia yang berlainan prinsip dan fahaman.

Contoh Ayat:
"Budin, yang kau pergi sakat budak alim tu suruh minum beer apasal hah! Kang dia bawak orang surau datang gegar rumah kau baru kau tau.

Daripada kau menuang beer ke surau, baik kau tuang kat mulut aku nie....dapat jugak pahala membasahkan tekak gua."

Mar 6, 2007

Cinta Tak Kesampaian

Maksud:
Situasi cinta dimana pencinta mencintai orang yang terlampau tinggi atau rendah. Ini menyebabkan si pencinta susah nak meluahkan isi cinta kerana perbezaan darjah ketinggian (bukan soal darjat).

Contoh Ayat:
Sudahlah Hamid... jangan kau bersedih lagi...dah takdir Tuhan cinta lu tak kesampaian. Engkau tu baru 4kaki 8inci... macamana awek model tu nak perasan kat lu.

Mar 1, 2007

Perompak Tangkap Perompak

Apa yang bebudak kat UMNO tu tengah pikir kat kepala hotak mereka ya? Sebelum nie ajak mat-mat rempit tu join diorang, sekarang pulak nak bagi ganjaran kalau mereka ni dapat tangkap peragut.

La ilah... ni dah kira suruh perompak tangkap perompak sendiri. Nak tangkap apokebendonya... part-time Mat Rempit jugak kerja meragut nie. Yang kelakarnya, UMNO nie bagi habuan utamanya sebuah motorsikal baru. Tapi hadiah ini hanya diberi sekiranya seseorang mat-rempit itu berjaya menangkap 30 peragut.

Ini dah macam sistem CoffeeBean: Hang datang minum, gua kasi cop. Dah lengkap 10 cop, gua kasi lu free minum. Gua rasa tak lama lagi UMNO pun akan buat lah kad-kad cop macam tu.

Tutup kes mat rempit. Ni aku nak cerita pulak pasal perompak 'berlesen'. Siapa lagi kalau bukan polis kita. Sama macam Mat Rempit jugak... polis sekarang pun diberi ganjaran RM100 sekiranya menolak rasuah yang diberikan oleh orang ditahan mereka.

Dipendekkan cerita, modus operandi mereka lebih kurang macam ni:
  1. Polis akan tahan awak.
  2. Polis akan tanya nak settle tak.
  3. Polis akan tahan sekiranya hang hulur duit.
  4. Polis akan dapat RM100 kerana tolak duit hang.
Betul pukimak lah macam tu. Bukankah ianya tanggungjawab diorang tu untuk tidak mengambil rasuah, dan melaksanakan tugas mereka dengan amanah? Patutlah diorang dah tak pakai slogan 'Bersih. Cekap. Amanah'...

Tapi ganjaran tolak rasuah ini mungkin satu berita baik buat kita. Kenapa? Ini jawapannya...

(Senario: Polis tahan drebar ni seorang kerana tak patuh isyarat jalan)


Polis : Encik, ni Encik tau tak jalan ni tak boleh belok kiri. Tak nampak ke papan tanda tu hah?


Macha : Soli la Tuan, saya jalan jugak tala nampak itu signboard. Mintak ampun la Tuan.


Polis : Aiseh, Encik dah buat silap nie... macamana saya nak ampun.


Macha : Tolonglah Tuan, chance satu kali jugak kasi lah...


Polis : Apa chance? Encik mau saya tolong macamana...


Macha : Kasi saya lepas la Tuan...saya duit jugak tala la....

Polis : Saya mana boleh tolong kalau Encik takde duit. (Berfikir sebentar) Hmmm, ini macam la Encik, daripada saya kasi saman sama lu, dan Encik kena bayar Rm100 itu saman, baik saya kasi tahan Encik pasal nak merasuah saya. Apa macam?

Macha : Aiyo Tuan...itu teruk lagi la... nanti jail jugak saya masuk....


Polis : Encik jangan susah hati. Kita ini polis, semua boleh settle punya... Encik cuma perlu mengaku ada kasi saya rasuah saja. Nanti saya dapat Rm100 reward... itu kerajaan kasi punya, dan saya akan padam Encik punya kes. Confirm lepas punya.


Macha : Eh betul ka Tuan, boleh itu macam?


Polis : Apa lu tala percaya kita kah? Kita polis la... kita buat kerja 'Mesra, Cepat dan Betul' punya. (tamat)



Sesungguhnya, kita patut bersyukur kerana kita ada sistem yang sebegini fleksibel...