Aug 27, 2007

Kenangan Serong Sekolah Kembali Segar

Street Fighter, banggang mana yang tak layan lah. Tak sah hidup zaman 80an kalau tak pernah kena game ini. Zaman-zaman 80an, ada jugak serong sekolah lepak kat Kompleks Pertama...dan gerenti pegi kedai game layan Street Fighter. Ni kalau ada antara korang yang pernah kena pau atau pernah meng-pau orang kat Pertama Kompleks, seelok-eloknya kita berhimpun semula dan berkongsi pengalaman di sana (memang gelap gila Pertama tuuu).

Dulu-dulu mana ada game komputer atau Playstation, ataupun budaya rempit, ataupun bohsia untuk mengisi masa lapang. Kedai game jelah destinasi idaman semua budak. Nak bertambah best lagi ialah bila umur tak cukup syarat. Perasaan main game semasa dibawah umur yang dibenarkan memang tak boleh nak dijelaskan dengan hanya kata-kata gua ini. Nak tumpu kat game satu hal, nak pandang kat pintu masuk tengok ada polis serbu pun satu hal. Suspen habih siut.

Hari ini gua nak kongsi video dengan orang ramai yang pernah layan Street Fighter. Memang tiptop video ini semua. Produksi pun jenis kualiti tinggi punya. Ia dipanggil Street Fighters: The Later Years...

Part 1


Part 2


Part 3


Trailer Part 4

Aug 20, 2007

Matilah Demi Negara

Sekarang nie gua tengok orang semua kecoh pasal isu bas ekspres la. Sampaikan suratkhabar The Star pun rajin buat kajian kat Puduraya.... dan semak bas-bas mana yang ada banyak saman dah.

Kerajaan pun rajin gila apa. Sekarang ini sibukk diorang merangka garispanduan dan undang-undang baru untuk mengelakkan kemalangan tempoh hari di Bukit Gantang berulang lagi.

Hmm, kira tak sia-sia la ye lebih 20 nyawa yang terkorban tu. Sekurang-kurangnya ada juga tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa. Tapi gua sedih. Sehinggakan gua rasa adegan-adegan menyayat hati dalam cerita Anakku Sazali sekadar kartun lawak je kalau dibandingkan dengan kes-kes macam ini.

Itulah dia kerajaan Malaysia kalau nak tau. Selagi takde nyawa yang terkorban, selagi itulah tak ada perubahan/peningkatan yang akan dilaksanakan. Walaupun dah terima berjuta-juta aduan, rayuan, kritikan... semuanya tak guna kalau tak melibatkan nyawa anak orang, suami orang, bini orang, atau segala macam yang bermuka orang.

Kes macam kat Bukit Gantang itu bukannya tak boleh dielakkan. Dulu-dulu pun ramai yang adu dah, berkenaan sikap pemandu bas ekspres yang cuai, yang banyak langgar peraturan jalan. Tapi pasal ia masih tahap takde jumlah kematian yan serius (ada jugak yang mati, tapi masih belum sampai tahap boleh suruh pihak berkuasa buat kerja), diorang pun buat lah dek je.

Bukan isu ini je perangai diorang macam nie. Ingat lagi cerita Canny Ong? Yang kena rogol dan bunuh tu? Sama jugak. Dah banyak dah kes orang kena samun kat tempat letak kereta dulu. Tapi takde jugak kerajaan nak bagi perintah suruh pemilik pusat beli-belah tingkatkan keselamatan parking diorang. Lepas je betina tu mati.... hah...mulalah kelam-kabut nak suruh orang semua pasang CCTV, KTV, ATV, TV3, Astro TV... butohlah.

Itu kes rogol. Ini pulak kes mat rempit yang juga kaki ragut. Dekat kawasan Wangsa Maju tu favourite untuk peragut. Memang tak kena tempat la diorang ni. Nak ragut kan padang rumput berlambak, tapi beg tangan orang jugak dijadikan sasaran. Hari hari orang yang duduk kawasan tu boleh dengar mangsa jerit mintak tolong. Semuanya kena ragut. Hinggakan ada member gua yang duduk sana dah jadikan jeritan tiap pagi tu sebagai penggera untuk bangun. Timing tak lari siut.

Gua tak kencing korang. Memang aktiviti ragut sudah sinonim dengan orang Wangsa Maju (terutamanya Taman Desa Setapak). Apa korang ingat mangsa ni semua tak buat laporan polis ke lepas kena? Apa korang ingat penduduk setempat tak membuat aduan dengan wakil rakyat sana ke? Ada, semuanya lengkap dah diorang buat. Tapi, pihak berkuasa selamba kambing jawab...'Kitorang tak boleh nak buat apa'. Nak dijadikan cerita, adalah seekor budak ini punyalah malang satu malam yang bulan ntah terang ke gelap. Dahlah kena samun, mat rempit tu sertakan sekali rodokan pisau kat budak tu. Habis nyawa melayang macam duit juta-juta anjurkan Piala Juara-Juara Belia. Entahlah, gua tak tau nak cakap samada pengorbanan dia itu adalah berita baik atau tidak. Kerana lepas budak tu dah mati, member gua yang duduk sana cakap polis rajin gila buat rounding kat taman perumahan. Orang MCA siap tubuhkan pasukan RELA dan buat pengawasan setiap malam. Bukan tu je, setiap jalan dan pelusuk kawasan perumahan itu diterangi lampu jalan. Toksah pikir nak sembunyi belakang semak dan beromen la... konfirm kantoi siut. Bukan tu je, entah berapa biji kamera pengawasan juga dipasang di jalan-jalan kegemaran peragut ni. Sejak itu, kes ragut dan jatuh 10051%.

Isu helikopter Nuri pun sama. Isu pengawal keselamatan kat kolej pun sama. Semua pasal ada yang dah mati baru diorang nak ambil port.

Kalau berterusan macam ini, gua rasa kita sebagai rakyat ini mesti menubuhkan satu NGO baru yang gua namakan PBM... yang bermaksud 'Pendesak Berani Mati'.

Kerja NGO ini ialah untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya menangani isu-isu tertentu. Konsep ini boleh disamakan dengan pengebom berani mati yang mengorbankan diri atas nama jihad. Dan NGO gua ini boleh rekruit sukarelawan yang sanggup mati demi kepentingan negara (ada kemungkinan besar PBM boleh disatukan dengan Hospis Malaysia). Jadi, macamana fungsinya?

Gua ambil contoh kereta Proton yang kita ada ini. Dari dulu sampai sekarang, kereta Proton ini digelar kereta tin Milo. Memang tak selamat gila. Langgar sikit dah kemek mengalahkan muka cipan. Kita sebagai rakyat banyak dah buat aduan. Tapi diorang buat dek je. Biar pakai bahan murah, kos tu rendah, untung pun tinggi. Jadi, inilah masanya PBM akan bertindak. PBM akan melancarkan kempen kematian beramai-ramai, sebaik-baiknya 20 orang keatas. Setiap seorang memandu kereta Proton, biar pecut laju-laju dan langgar kat dinding ke, lampu isyarat ke, divider ke. Biar mati semua.

Menurut penghitungan gua dan juga tradisi pihak berkuasa bila berdepan dengan nyawa yang terkorban... Isyallah, tindakan akan diambil untuk memastikan kereta Proton selamat untuk dipandu...dan agar peristiwa mati ramai-ramai tak terjadi lagi.

Lagi satu contoh gua bagi ini. Sekarang ni arena sukan negara macam tak banyak berkembang. Semua pun tak jalan. Badminton lingkup, bolasepak bertambah-tambah lingkupnya. PBM boleh mengaturkan supaya sepasukan peminat setia sukan melemaskan diri bersama-sama. Maka pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mula cuak lepas tu, dan betul-betul serius membuat pembaharuan untuk kecemerlangan sukan negara. Tapi, dalam kes macam ini, sebaiknya Menteri dalam Kementerian yang bertanggungjawab yang patut menggadaikan nyawanya... barulah ada uumph.

Sebelum gua mengundur diri. Cubalah korang renung-renungkan kalimat Hukum Murphy yang berbunyi...'Segala Yang Mungkin Salah, Akan Salah'.

Sekian. Takde terima kasih.

Aug 12, 2007

Tak Siapa Ingin Dilahirkan Cacat

Otak gua sekarang agak lembab prosesnya. Semuanya salah harijadi gua bulan lepas. Terlebih joli, sehinggakan tanggungjawab gua untuk mengarut di sini pun diabaikan. Dan sekarang ni nak mula balik punyalah susah. Hai..... macam nak mati je memaksa gua menaip sekarang nie. Dah tu gua tengok beberapa minggu kebelakangan ini laman RPK pulak panas gila. Gua sendiri pun khusyuk habis baca artikel dia...kakaka.

Jadi, apa dah gua buat selama gua menghilang diri ini? Tak banyak juga, gua tetap pergi kerja macam biasa. Tapi yang tak biasa ialah gua pegi naik LRT hari-hari. Kerana reaksi otak gua yang lembab menjadikan gua tidak cergas untuk memandu langsung.

Tetapi, gua tidak pernah mengeluh pun walau terpaksa berhimpit ngan orang ramai hari-hari kat LRT. LRT ini, selain dapat mengurangkan kesesakan jalan, pencemaran udara, dan perbelanjaan harian gua, ia juga dapat mengimbangi keperluan psikologi gua untuk mencuci mata. Tak tipu bai... awek betul ramai gila. Semua pakai stail Office Lady. Gerenti jantan-jantan sekalian berfantasikan adegan cerita blue Jepun. Best gila.

Ok, dah cukup. Jangan terlanjur imaginasi. Sebenarnya, gua nak berkongsi satu penemuan yang mengemparkan semasa kesetiaan gua menaik LRT hari-hari. Gua boleh ibaratkan ke-terrer-an penemuan ini dengan pendedahan isu-isu panas oleh RPK.

Dan penemuan ini juga mungkin membongkar misteri kelembapan Malaysia mengejar pembangunan ekonomi dan intelektual walaupun dah dekat 50 tahun merdeka. Ya, penemuan gua ialah: 5 daripada 10 orang di Kuala Lumpur ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Err... gua nak guna perkataan orang cacat, tapi macam kurang sopan pulak. Pasal cacat ini bunyi macam cacat jelah.

5 daripada 10 orang KL ialah OKU. Dan kelima-lima OKU itu semestinya cacat penglihatan. Daripada 5 itu, ada 4 yang cacat kaki juga. Sila lihat jadual dibawah untuk indikasi penuh kecacatan 5 OKU ini.

Untuk menyahihkan dakwaan gua ini, gua telah membuat rujukan dengan Kementerian Sumber Manusia. Menurut mereka, adalah dianggarkan 1 peratus orang di Malaysia ialah OKU - lebih kurang 220,000 orang la. Mereka mendapat angka ini berdasarkan norma anggaran antarabangsa bahawa sekurang-kurangnya 1% penduduk di dunia ialah OKU.

Salah. Betul salah habis anggaran Kementerian ini. Mereka patut pergi jalan-jalan kat luar sana, dan buat pemerhatian sendiri. OKU ini ada di mana-mana saja. Dan jumlah OKU Malaysia semestinya lebih dari 220,000 itu. Kerana di KL saja sudah melebihi 600,000 orang (KL ada lebih kurang 1.2juta orang...dikira mengikut nisbah 1:2 gua kemukakan).

Ramai kengkawan aku menyoal bagaimana gua dapat angka ini, dan membuat huraian sebegini. Gua kata senang je. Nak tau sila pergi naik LRT hari-hari:

  1. Kenapa gua kata semua mereka ini buta? Pasal mereka tak dapat baca papan tanda di stesen LRT ini. Bilik tandas khas OKU sentiasa saja ada orang guna. Yang keluar dari dalam sana gua tengok celik-celik belaka. Ai...
  2. Lif di stesen LRT juga sentiasa penuh. Yang pakainya bukan orang yang tak boleh jalan. Semua ada kaki masih elok terletak kat badan. Dan ya, mereka ini juga buta kerana gagal lihat papan tanda 'Untuk Orang Kurang Upaya'. Gua betul heran, ni nak jalan sikit naik eskalator pun malas.
  3. Beratur masuk LRT pun macam gampang. Tiap pagi mesti ada pengawai LRT ni dengan pembesar suara ini suruh mereka beratur, bagi orang turun LRT dulu sebelum masuk. Tapi, disebabkan ramai yang buta - kerana tak nampak papan tanda suruh berdiri dalam barisan, ramai yang kaki tempang dan nak masuk dulu untuk dapat tempat duduk, dan ramai yang PEKAK kerana tak dapat dengar apa yang disuruh - maka situasi itu boleh disamakan dengan adegan di shopping Hari Raya di Mydin.
  4. Dalam LRT pulak, kalau yang dah duduk tu, jangan haraplah diorang nak bangun. Walaupun kat depan mereka tersergam lemah perempuan hamil, nenek umur 100 lebih, ataupun budak 5 tahun yang mendukung adiknya. Memang tak boleh salahkan mereka. Sesungguhnya, mereka yang dah duduk ini memang kena duduk - kerana mereka ini BUTA dan TEMPANG. Nak buat macamana kan, kan, kan.
  5. Selain tempang, buta dan pekak, ada lagi satu OKU yang merupakan bapak segala OKU. Dia ini juga cacat minda. Memang spastik habih beb. Dia guna tandas OKU, dia tak beratur masa nak masuk LRT, dia mesti duduk dalam LRT, dia takkan bagi tempat duduknya kat orang yang memerlukan, dan... ya, dan... dia juga takkan miss ambil suratkhabar The Sun yang diberi percuma kat stesen LRT. Dia akan ambil senaskah, walaupun dia ini takkan membacanya. Kalau kau tanya apsal lu ambil itu paper kalau tak baca? Dia mesti jawab 'Laa, kan Free tu. Ambil jelah. Hujan kang boleh pakai teduh kepala'. Tak ke spastik itu.
Sebenarnya saudara sekalian, bukan kat LRT je kita akan terserempak OKU ini. Pegi je ke semua pusat membeli belah terkemuka di KL. Dan masuk parking sana. Semua tempat parking khas OKU sentiasa penuh. Tapi yang turun kereta bukannya ada cacat mana-mana. Cuma cacat di hati je. Ini ke keprihatinan kita terhadap mereka yang lebih memerlukan? Memang pukimak korang semua.

Begitu banyak sekali OKU yang ada di ibu negara kita ini. Patutlah negara ini tak maju-maju. Adakah lu salah seorang OKU ini jugak?

Aug 7, 2007

Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Hutang

Maksud:
Situasi sengsara di mana peminjam mati atau hilang diri tapi ahli keluarga atau kenalan rapat tetap kena jelaskan pinjaman Ah Long mereka.

Contoh Ayat:
Mak… mak dah gila ke? Bapak dah mati dah… ni duit Ah Long dia pinjam pun kita tak bayar lagi… tapi mak nak pinjam lagi dengan Ah Long lain…! Apa ni mak???

Ah..aku tak kisah. Kalau harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang pulak. Macam bapak kau tu. Biar aku pinjam banyak-banyak dan joli habis… lepas tu bunuh diri. Dan korang semua pulak sakit nak bayar balik duit tu…..

Aug 2, 2007

Cinta Itu Celik

Kata orang, kita tidak boleh menilai seseorang daripada penampilan luarannya. Ini terutamanya semasa kita berdepan dengan situasi menentukan pasangan hidup.

Kita mesti memahami isi hati diorang, sikap diorang, perangai diorang, seluar dalam diorang, baju dalam diorang…. Maka disimpulkan, segala-gala yang ada kat dalam lah yang kita kena nilai untuk pilih pasangan hidup. Tak boleh tengok luaran je.

Tapi yang menjadi persoalan gua, kalau dah luaran dia tak menarik, macamana kita nak ada hati untuk mendalami atau menghayati keayuan tersirat orang tu sejak awal lagi? Jawab, jangan tak jawab.

Hah…ini ada gua tinggalkan iklan-iklan yogurt rendah lemak….yang menggunakan model-model tinggi lemak lagi berkrim untuk tatapkan ramai. Harap ia dapat membantu anda menentukan samada cinta itu celik, atau buta*. Sekian terima kasih.


*dibutakan oleh wang ringgit tak boleh diambil kira ye. Dan juga cinta dengan orang yang buta penglihatan juga tidak boleh disertakan dalam pehitungan ini.