Jan 30, 2007

Masuk Mulut Atas, Keluar Mulut Bawah

Maksud:
Perkara yang pada zahirnya dibuat untuk kepentingan orang lain, tetapi sebenarnya lebih memenuhi kepuasan dan keinginan sendiri.

Contoh Ayat:
APA? Betina tu servis hang free je? Hmmm ini betul gersang oi... macam masuk mulut atas, keluar mulut bawah la... dia servis engkau apa kau ingat dia tak basah ke bawah tu.

Jan 23, 2007

Berat Sama Dibiar, Ringan Sama Direbut

Maksud:
Hidup nak senang saja; tidak ingin menerima sebarang cabaran walaupun ia boleh mendatangkan manfaat besar di masa depan.

Contoh Ayat:
"Kau cubalah tanya bebudak kat kelas tu apa perancangan mereka lepas tamat sekolah? Gua gerenti 11 daripada 10 budak mesti kata nak kerja ngan kerajaan atau nak jadi peon.
Pasal apa kau tanya? Alasan diorang ialah senang dapat loan, kerja pun sikit dan mudah. Semua nak senang je. Macamanalah kaum nak maju kalau semua berat sama dibiar, ringan sama direbut… langsung takde cita-cita besar!"

Nak Hijrah Ke Mana?

Jumaat malam sabtu yang lepas, gua dengan beberapa member seangkatan telah pergi berkelab (omputih panggil clubbing). Maklumlah, keesokkannya ialah cuti umum Maal Hijrah (Awal Muharram). Gua pikir baik keluar lepak daripada duduk rumah buat bazir letrik je.

Ni aku nak cerita pengalaman aku dalam kelab tu ler. Fuih...bukan main riuh lagi suasana kat dalam. Ada liveband. Awek-awek pula jambu giler, baju pun jarang. Gua rasa kain diorang semua dah derma kat mangsa banjir Johor kot. Terima kasihlah atas keprihatinan aweks sekalian.

Tapi yang paling best malam tu, ialah melihat perangai orang-orang sendiri (lebih 80% pengunjung kelab itu Melayu) menyambut ketibaan tahun baru Islam. Betul terrer la diorang. Mabuk sakan beb. Siap ada yang pegang botol whiski sambil joget. Ini sudah lawan tauke pikir gua. Pasal orang cina yang rajin mabuk sejak zaman 'manusia peking' pun tak joget macam tu.

Astaghfirullah. Aku ngan kengkawan yang hanya berkawankan coke-atas-batu sepanjang malam tu mula berpikir, manalah silapnya otak mereka? Macam JAWI dah bagi lesen minum je. Pikir punya pikir barulah gua paham.

Diorang nie tak salah. Cuma diorang salah tafsir je makna Hijrah nie. Pasal kan kita selalu dengar pesan, Hijrah nie bukan hanya kat masa dan tempat je. Paling penting buat kita ialah Hijrah minda. Jadi, diorang pun rajinlah menghijrah minda mereka untuk mencuba benda-benda baru.

Ada seorang mufti mendakwa orang-orang melayu membelanjakan RM4billion setahun dalam aktiviti yang haram di sisi agama. RM4billion siut... bayangkanlah berapa banyak parit boleh dikorek kat Johor untuk mengalirkan air ke laut! Dan juga bot penyelamat untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap kat rumah.

Saya cadangkan bos-bos dari Carlsberg, Tiger dan yang sewaktu dengannya, jangan asyik je nak buat display lawa-lawa kat pasaraya, untuk promosi beer sempena Tahun Baru Cina. Ni hah, buatlah promosi jugak sempena tahun baru Islam. Apa kau ingat duit RM4billion tu basi ke, tak laku ke? Kita pun nak kecoh jugak time tahun baru kita. Kita pun haus. Kita pun nak minum.

Hais... saudaraku semua...Awal Muharram nie, awal-awal mu dah buat haram! Bila baru nak sampai hujung tahun?

Jan 19, 2007

Hangat-hangat Ketiak Menteri

Maksud:
Perbuatan atau perlaksanaan projek yang tidak bersungguh-sungguh dan sering berakhir dengan sikap busuk seperti penyelewengan

Contoh Ayat:
"Wak Parjo... cuba kau baca nie. Pihak berkuasa kata projek besarkan longkang kat jalan besar kampung kena tangguh lagi lapan bulan le. Dah tu bajetnya pula ditambah lagi RM8juta".

"Eh ye ke? Cinabeng betul la cam nie. Mula-mula korek tanah kat luar tu, diorang kata dalam 2 bulan boleh siap. Dah tu, tambahan RM8juta lagi. Ini kes songlap besar! Betul hangat-hangat ketiak menteri lah..."

Jan 13, 2007

Talam Dua Batu

Maksud:
Calon atau parti politik yang mempergunakan kepercayaan rakyat dan duit rakyat, untuk memperbodohkan rakyat.

Nota:
Tidak seperti adik sepupunya yang terkenal bernama 'talam dua muka', penggunaan 'talam dua batu' hanya wujud baru-baru ini dari kawasan Batu Talam.

Contoh Ayat:
Walau aku miskin, walau aku kena jual kuih talam yang hanya 20sen sepotong untuk seumur hidup aku pun, aku takkan mengundi untuk parti itu. Sini dia ambil duit rakyat, ni hah duit titik peluh kuih talam-ku, sini jugak dia 'buat-buat' sumbang duit tu balik kat kito. Hari hari biasa tak nampak pun batang idung dia. Ni betul bapak segala bapak talam dua batu la.

Jan 12, 2007

Jaguh Kampung

La ilah... pusingan pertama dah 'buatkan' Lin Dan lawan Taufik? Ni mesti ada konspirasi supaya jaguh-jaguh kampung kita tetap mengungguli gelanggang kampung laman. Aku rasa kan... baik Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia nie...dipanggil Kejohanan Tertutup Malaysia lah. Bukan apa, tapi balik-balik penganjur 'memastikan' pemain-pemain negara je yang menang.

Memanglah aku riak kalau pemain kita jadi champion. Tapi riak pun riak cacing pita je...pasal kejayaan itu langsung tak dapat dibawa ke pesada antarabangsa. Kau tengoklah si Chong Wei itu, dah 3 tahun berturut-turut jadi juara Malaysia Open. Tapi time lawan kat negara orang terus lingkup. Lagi-lagi bila berentap ngan Lin Dan dan Taufik.

Ada seketika tu Chong Wei pegang gelaran pemain no. 1 dunia. Tapi gelaran hanya sekadar gelaran. Dia dapat ranking tu pasal dia rajin sertai segala kejohanan yang diiktiraf IBF (lu dapat point untuk segala competition yang lu join). Buang karen je siut. Time tu jumpa je Lin Dan atau Taufik kat final, kantoi jugak bai.

Jaguh Kampung - istilah yang dipopularkan oleh Rashid Sidek suatu masa dahulu, kini telah diturunkan kepada satu demi satu generasi pemain negara. Return of Sumpah Mahsuri la nie. Tapi sampai bila akan henti? Sedangkan motor Modenas Jaguh pun boleh dijual di negara-negara lain, inikan pulak jaguh berupa manusia.

Gua rasa fenomena jaguh kampung ini adalah hasil skim insentif BAM dan kerajaan kita. Ingat tak masa menang Piala Thomas 1992 dulu? Siap bagi tanah ntah berapa ekar, seratus ribu ringgit, kereta, lembu, kambing ternakan, etc.

Lepas semua dapat je ganjaran, lagu Negaraku pun sudah jarang berkumandang dalam pertandingan badminton antarabangsa. Pencapaian negara makin hari makin corot, samalah macam keyakinan kita terhadap Pak Lah sekarang.

La kalau aku yang dapat duit sebanyak tu, aku pun sama malas nak bertanding! Betul tak?

Majulah sukan untuk Kampung Chubadak!


Sampaikan salam respek setinggi-tinggi gua kepada:

Misbun Sidek - Lu memang champion. Pencipta 'Sidek Serve'. Kalaulah semua Mat Salleh bangang tu tak dengki dengan kejayaan lu dan BAN servis ini, sure kita pegang semua title Thomas Cup time 80an.

Foo Kok Keong - Ya, walaupun muka lu sehensem cipan, tapi semangat bertanding dan teknik diving lu untuk menyelamatkan bulu tangkis cukup disegani. Orang muda muda, silalah contohi pakcik kita nie ya.

Razif/Jalani Sidek - Muka korang keret. Terutama si Jalani tu. Tapi takpe. Pasal korang adalah satu dari empat beregu terkenal time tu (Li Yongbo & Tian Bingyi / Park Joo-bong & Kim Moon-soo / Eddy Hartono & Rudy Gunawan). Time tu takde apa selain korang yang saya banggakan.

Jan 7, 2007

Simpulan Bahasa (Edisi Tahun Melawat Malaysia 2007)

Tahun Melawat Malaysia dah pun masuk hari ke-7. Nasib baik kita tak kena bom macam kat Bangkok, yang mana hati rakyatnya sudah pun bengkok nak mengharungi Tahun baru ini.

OK. Berbalik pula kat negara sendiri. Ni aku jangka korang semua mesti ada banyak kengkawan dari luar negara datang melawat kan? Hah…aku dah sediakan simpulan bahasa edisi kaum majmuk tempatan. Simpulan bahasa ini tepat sekali digunakan pabila kawan pelancong kamu minta penerangan mengenai perlakuan kaum-kaum utama kita yang berwarna-warni.


Mabuk Keling (dalam bahasa perancis: Indien ivre)
Asal-usul:
Ahli-ahli sejarah percaya bahawa fenomena 'mabuk keling' ini terjadi semenjak lahirnya todi dan Samy Vellu.

Maksud:
Orang mabuk yang berperangai seperti bahlul+beruk+bangsat; sedangkan hanya minum segelas dua air haram.

Perhatian:
Adalah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan perkataan ini. Perkataan ini cukup sensitif sehingga boleh menyebabkan botol dibaling ke arah kepala awak oleh keling yang sudah mabuk keling.

Contoh Ayat:
OI KECOH LA LU! LU MINUM... ORANG MINUM JUGAK... JANGANLAH BUAT MACAM MABUK KELING. Ni baru kena segelas je, dah nak pecah-pecah botol la...bukak baju lah...kang kena lagi tiga gelas macam mana pulak hah? NAk rogol lipas pulak? kimak betui...


Janji Melayu (dalam bahasa jerman: Versprechung des Malaiianers)
Asal Usul:
Tiada siapa pun dapat mengenalpasti sejarah kewujudannya. Sebilangan pakar bahasa mendakwa ia mula digunakan sejak zaman kesultanan melayu melaka. Tetapi lebih ramai berpendapat 'Janji Melayu' lahir dihari kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru*.

Maksud:
Janji tidak menepati janji. Ini terutamanya berkaitan janji waktu masa.

Perhatian:
Penggunaan hanya terhad kepada kaum Melayu saja.

Contoh Ayat:
*Eh Pak Seman, aku sebagai anak muda ini malulah dengan kerajaan kita nie. Kan diorang kata nak memansuhkan Dasar Ekonomi Baru apabila jumlah ekuiti Bumiputera kita sudah mencecah 30%? Ni hah, sekarang laporan ASLI dah pun konfirm bumiputera kita sudah sampai paras 45%! Kenapa tiada tindakan diambil? Sampai bila kita nak dicemuh dengan janji melayu kita?


Cina Jinjang (dalam bahasa itali: cinese del jinjang)
Asal Usul:
Semenjak pekan Jinjang dibuka berpuluh tahun dahulu. Tetapi hanya menjadi terkenal setelah cerita 'Young & Dangerous' ditayangkan. Juga dikenali dengan nama 'Sindrom Ho Nam'.

Maksud:
Cina jenis ON habis, yang hidup di dunia mereka sendiri (iaitu cukup distintif jika dibandingkan dengan cina lain).

Perhatian:
Anda perlu berhati-hati dengan pertuturan mengenai cina jinjang sekiranya anda mengesan cina-cina berciri sebegini berdekatan anda:
  1. Rambut berwarna-warni, dan langsung tidak kena dengan kepala hotak mereka.
  2. Stail fesyen angkasa lepas. Banyak menggunakan fabrik metalik, yang menyilau mata.
  3. Gabungan fesyen yang teramat SALAH i.e. Tali pinggang putih, seluar jeans hijau, baju kemeja merah dan kasut kuning.
  4. Kereta yang dipandu sudah modify habis. Ekzos lantang; bodykit Evo3 pada kereta Wira; lowered sehingga semut pun tak boleh lepas bawah kereta.
  5. Suka menurun tingkap kereta, menghisap rokok sambil mem-blast-kan lagu fengtau supaya satu kampung boleh dengar.
  6. Tiu Nia Ma Ke Chau Hai, dan perkataan-perkataan seangkatan sering dilafazkan
  7. dan lain-lain ciri yang tidak lazim terdapat pada orang cina.
Contoh Ayat:
Eh mata hang tu jaga-jaga sikit. Kau jangan jeling-jeling kat bebudak sana... pasal diorang semua cina jinjang... silap langkah, ada tengkuk korang yang patah.


Begitulah ye saudara saudari sekalian. Diharap para pelancong dapat mengenali lebih mendalam lagi orang orang tempatan dengan simpulan-simpulan bahasa diatas.