Apr 19, 2007

Ingatkan Cuaca Je Yang Lembap...

Di kala aku menaip entry ni... Malaysia sedang ketinggalan satu gol menentang Hong Kong dalam perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik. Ya... lawan kita ialah Hong Kong. OK saya ulang lagi ye... Hong Kong...

Tapi itu bukan apa yang aku nak kisahkan malam nie. Aku ada cerita yang lebih mengemosikan, dan sekaligus menyayat hati. Cerita bagaimana kelembapan dan ketidakpekaan sesetengah individu menyebabkan seorang anak hilang peluang melihat wajah terakhir ayahnya yang nazak di hospital. Satu peluang walau Mastercard atau Visa pun takdapat beli.

Gua akan pintas cerita nie sedikit, dan terus masuk bab gua kena jemput anak kawan gua kat sekolah. Kata doktor, bapaknya bila-bila masa boleh ‘pergi’. Jadi, setibanya di sekolah itu, gua pecutlah ke pejabat guru. Kalah Ben Johnson yang bersteroid itu kalau lari dengan gua time tu.

Masuk je kat pejabat…gua terus lah sound kat kerani-kerani tu…”saya nak jumpa X dengan cepat kerana bapaknya nazak”.

Tapi yang pukimaknya…. MEREKA TAK ADA REAKSI LANGSUNG. MUKA SEMUA SELAMBA KAMBING. Mereka tak sedar langsung tahap kecemasan yang sedang dihadapi. Seolah-olah gua sedang bergurau dengan mereka, dan gurau gua sikit pun tidak merangsang puting tetek mereka.

Diorang punya lembap mengalahkan siput babi kat parit rumah gua. Diorang semak register la, pakai sistem PA buat pengumuman suruh pelajar berkenaan datang pejabat la….semuanya rasa macam makan lapan kurun.

Lepas lebih 15minit gua tunggu tak jumpa juga batang hidung si X tu, gua teruslah mengamuk… dan sound dengan lantang kat sana.. “OI BOLEH CEPAT SIKIT TAK. TOLONGLAH… BAPAK DIA DAH NAK MATI LAH!”

Baru saat tu lah ada brader seorang nie….yang duduk nun jauh di hujung pejabat…yang mukanya nampak ikhlas dan prihatin, bertambah geram dengan tingkahlaku kura-kura rakan sepejabatnya; datang ambil mikrofon dan sound dengan lantang dan serius mengumumkan supaya X dan seorang guru bertanggungjawab turun dengan segera. Bergegarlah satu sekolah time tu. Terima kasih brader!

Drama kat sekolah tu akhirnya lengkap apabila X sampai kat pejabat. Saya pula kena isi dan sain 2 borang, fotostat IC dan menelefon si ibu untuk menyahihkan perkara ini sebelum dibenarkan membawa X ke hospital (walaupun anak rakan gua ini mengenali gua).

Setibanya di hospital…..
bapa X dah pun pergi….dan bermulalah babak meraung dan memilu hati….


Kalaulah gua tak kena tunggu setengah jam kat sekolah tu….

Pak Lah…oh Pak Lah… demi pembangunan ekonomi negara…demi tercapainya visi 2020…dan demi anak-anak yang nak melihat wajah ibubapa mereka yang dah nak mampus… silalah pastikan usaha dan saranan awak kepada kakitangan-kakitangan kerajaan mempercepatkan kerja dan tindakan mereka betul betul direalisasikan.

Haih... cubalah nanti sampai time hang dah terbaring kat spital tu...dan si Nori dan Khairy tu kena tunggu lapan jam baru dibenarkan untuk jumpa hang... mau tak haru biru jadinya!

Dan ye…seperti dijangka….pengadil dah pun tiup wisel. Malaysia 0-1 Hong Kong. Tahniah kerana sekali lagi sikap acuh tak acuh mereka yang berkhidmat untuk negara telah membawa kekecewaan kepada semua. Malaysia BOLEH!

Apr 18, 2007

Ada Ubi Ada Batas, Ada Puki Aku Kebas

Maksud:
Selagi ada nafsu dan kemahuan, kita dapat mengebas awek, tunang atau isteri orang bila-bila masa saja. Oleh itu, mereka yang mempunyai teman lawa-lawa, silalah jaga dengan baik dan jangan sekali-kali bongkak atau menunjuk-nunjuk teman mereka di khalayak umum.

Contoh Ayat:
"Eh Boy, tu yang tok penghulu tengah bawak jalan-jalan tu bini muda dialah. Gua dengar umur dia baru nak cecah 20."

"Ai...lagi kau nak cerita. Gua memang bengkak habih dengar pasal nie. Si tua bangka tu betul tak sedar diri, lagi nak tayang bini tu merata kampung. Takpe... ada ubi ada batas, ada puki aku kebas. Kau tengoklah nanti!"

Apr 14, 2007

Machap Destinasi Melancap

Berita kemenangan MCA dalam pilihanraya DUN Machap tempoh hari tidak mendatangkan sebarang kejutan pun buat kita, tidak walau 0.0001milivolt pun.

Macamanalah parti pembangkang nak celen BN. Duit korang takde. Nak gaduh korang tak cukup orang. Diorang boleh upah lebih banyak macha jadi bouncer la. Dah tu, BN tu nak buat apa pun boleh. Kau tengok jelah, siap boleh suruh jaguh badminton negara, si Kien Keat-Boon Heong dan Wan Wah-Tan Fook pi sana main exhibition game*. Kesian bebudak tu semua. Bukan takat nak mengharumkan nama negara je, bahkan bodek BN juga kena diharumkan. Eh kang korang kalah dalam Kejohanan ABC tu, bolehlah salahkan BN ye, pasal tak dapat rehat secukupnya.

Tapi untuk aku, siapa yang menang dalam pilihanraya tu tak penting. Yang penting penduduk tempatan dapat apa yang diorang nak. Confirm sangatlah, diorang nie memang suka kalau ada ADUN yang meninggal tetiba. Pasal masa inilah permintaan diorang dimakbulkan.

Permintaan-permintaan ini biasanya hanya akan dilayan setiap 4-5 tahun. Tapi time macam ni, BN terus tukar jadi jin, macam jin Aladin. Cakap jelah apa yang korang nak - Jalan tu tak hensem, takpe esok akan diturapkan. Apa... paip kat hujung kampung dah pecah lapan tahun, ok dalam lapan saat akan siap dibaiki. Kambing Pak Usin tak nak mengawan, bisa diatur - esok kita hantar orang mengawan sama kambing tu. Gerenti beranak sekampung.

Begitulah, semuanya yang mustahil tetiba menjadi kenyataan. Betul magik habih... kalah David Copperfield.

Jadi, kalau ada mana-mana kawasan DUN atau Parlimen yang selama ini disisihkan, silalah ramai-ramai berdoa agar ADUN atau Ahli Parlimen korang tu meninggal cepat-cepat, dan sambil-sambil tu, ambil pen dan kertas dan mula tulis senarai benda yang korang nak. Pasal Santa Klaus jenis nie bukan selalu datang melawat tau.

*Bayangkanlah, kalau Teresa Kok atau Tan Kok Wai meninggal dunia, dan kubu kuat DAP di Cheras dan Seputeh tu sudah kosong, rasa-rasa BN bawak masuk tak Ronaldinho main takraw sama Beckham untuk pancing undi? Kalau diorang bawak sekali Victoria Beckham, gua gerenti pangkah kotak BN lah!

Apr 2, 2007

Lubang Tempatan

Siapa sini suka pasar malam? Gua memang favourite la tempat nie. Pasal semuanya ada - pengemis bermacam-macam punya kudung, awek yang bermacam-macam punya 'barang'... dan entah apa apa lagi.

Tapi sebab yang menyebabkan aku suka bab pasar malam nie ialah aktiviti VCD, DVD dan yang selanun dengannya. Seperti biasa, kat pasar malam Sabtu lepas gua singgahlah kat gerai DVD nie. Cipap.. Ah Wai ni (budak DVD, bukan nama sebenarnya), syor kat gua satu DVD home-made nie.Gua biasanya tak minat benda-benda macam nie...terutamanya kalau kena beli ngan duit sendiri. Biasa gua download free je. Tapi Ah Wai sound kat gua home-made nie betul made-in-malaysia.

Arghhhh..... ternaik bulu ketiak gua sejenak. Gua betul pantang dengan benda buatan malaysia nie. Mesti nak belilah. Pasal semangat 'Belilah Barang Buatan Malaysia' sentiasa ada dalam darah. Maka dengan rakusnya, gua terus menghulur duit kat Ah Wai sambil bertanya..."Rosak boleh tukar arrr?"

Nak dipendekkan cerita, gua sudah pun sampai rumah dan bertapa kat depan TV. Memang dah sedialah nak mendalami segala yang wajib didalami dalam DVD yang serba segar nie. Tapi baru je PLAY disc tu tak sampai 30saat, gua dah terkejut beruk dah. Muka heroine tu macam kenal je. Tanpa membuang walau secubit masa pun, gua pun merujuk kepada koleksi Ensiklopedia Awek-awek Malaysia untuk menyahihkan sangkaan gua. Rupa-rupanya awek tu gua pernah nampak sial. Member punya member. Dunia betul punya kecik la katakan.

Ai...ni gua betul tak paham lah. Apsal diorang nie suka nak rakam-rakam aktiviti maksiat diorang hah. Nak jadi Paris Hilton ke, atau nak jadi Zarina Zainuddin abad ini? Apa diorang tak pikir akibatnya ke?

Ada banyak dilaporkan kat media tempatan kita, berkenanan ramai orang yang kantoi ngan video home-made macam nie. Time romen bukan main suka lagi nak rakam... tapi masa kantoi, tak nak mengakulah, kata orang nak fitnah la, video tu komputer touch-up la. Iyelah tu!

Eh...henfon tu gunanya untuk talipon orang. Bukan untuk rakam kemaluan dan kemaksiatan korang tu oi. Ni dah rakam, lepas tu tersebar pulak kat orang luar...siapa yang untung?

Si Ah Wai dan boss-boss DVDnya serta peminat macam kitorang jugak yang untung, ngok!.

Apapun, gua amat bersyukurlah kerana ditemukan dengan video seorang kenalan. Gua tau ada banyak lagi video tempatan kat luar tu, cuma tunggu time je untuk dilayan mata gua.

Tetapi sekian dulu untuk kali nie, majulah DVD untuk Ah Wai.


Eh Ah Wai, itu home-made manyak boring la. Gua mau tukar itu cerita '300' bolehkah?