Nov 26, 2007

Sepakat Membawa Sakat

Maksud:
Pengukuhan semangat sesama individu supaya sentiasa bersatu hati dalam melaku sesuatu perkara dapat mengusik dan menurunkan kewibawaan pihak berkuasa.

Contoh Ayat:
Saipul...apa hang takut? Jomlah gi serta perhimpunan tu. Dia jugak yang mengundang kita mencabar dia... ni kita cabarlah dia. Kita tak salah. Macam cerita Vendetta tu kata..."Rakyat tak perlu takut pada kerajaan,sebaliknya kerajaan yang patut takut pada rakyatnya".

Hmm betul gak cakap hang tu. Rakyat sepakat membawa sakat... gua rasa telur dia dah kecut dah selang minggu kena sakat ngan kitorang semua.

Nov 19, 2007

Doc Mart Selamanya (Bhg 2)

Lanjutan daripada artikel gua mengenai Doc Mart beberapa bulan yang lepas, ini gua nak tayang sikit hasil contengan seorang kawan gua yang bergelar artis (yg lukis lukis, bukan yang tayang tayang muka tu).

Mari kita bersama menghayati rekaan beliau, yang merogol kawkaw but Doc Mart. Sambil-sambil itu, silalah undi rekaan yang korang suka...kalau nak undi semua pun boleh (klik je kat gambar but, dan anda akan dibawak terus ke laman mengundi Doc Mart). Sesungguhnya, ini merupakan satu pertandingan menconteng Doc Mart yang ulung. Kira kawan gua ini sedang bertanding dengan beruk-beruk dari serata dunia. Doc Mart akan menghasilkan but sebenar untuk rekaan terbaik.

Malaysia Boleh!















Nov 15, 2007

Parliban

Maksud:
Parlimen yang tidak demokrasi atau bertamadun; di mana para perwakilan di dalam berperangai seperti pengganas (terutama perwakilan majoriti).

Asal-usul:
Bercambah daripada perkataan Taliban; Parliban diakui kewujudannya sejak Bung Mokhtar mula mewakili Kinabatangan.

Baju Kuning

Maksud:
Seseorang yang tidak gentar untuk menyuara pendapat yang logik lagi bernas serta menegak keadilan demi kesejahteraan individu, bangsa dan negara (walaupun sudah digertak pihak berkuasa atau dipantang Perdana Menteri).

*Baju Kuning tidak mempunyai tali persaudaraan dengan simpulan bahasa ‘Otak Kuning’ yang membawa maksud permikiran lucah, dll.

Contoh Ayat:
Kau ni betul degil la, Annuar! Dah Tok Penghulu kata dia pantang dicabar, kau lagi nak heboh-hebohkan benda tu!

Shaffie.. ini bukan degil...ini baju kuning namanya. Gua hanya bercakap apa yang benar. Gua hanya lakukan apa yang sepatutnya. Penghulu haram tu dah merogol anak dara sekampung, takkan gua nak tunggu sampai dia habiskan semua anak dara baru gua nak kecoh. Time tu mana lagi ada dara untuk dijadikan isteri. Hang boleh terima ke bakal bini hang tu yang dah ditebuk tupai?

Nov 9, 2007

Kasi Bersih Semua

10 November...10 November... tak habis habis member gua mengingatkan gua tarikh itu. Seingat gua, 10 November tu gua kena bertandang ke kenduri kahwin seorang kawan. Takde perkara lain dah nak dibuat.

Tapi, member semua boleh pulak sound... kenduri kawin tu bila bila pun ada, bila bila boleh pergi, tapi ada perhimpunan ni yang jatuh kat hari sama memang tak boleh nak miss (hah, kepada kawan gua yang kawin 10 November ni, kalau gua tak muncul kat kenduri hang, silalah lapor kat polis. Gua konfirm dah kena culik ngan setan tu semua).

Laaa....gua ingat kemuncak Perhimpuan UMNO ke yang diorang kecoh kecohkan semua tu. Rupanya bukan. Yang diorang sibuk perkatakan ialah Perhimpunan BERSIH yang nak dapatkan 100 ribu orang join kat Dataran Merdeka tu. Agenda perhimpunan ialah untuk menuntuk pilihanraya yang bersih dan adil lah katakan.

Tapi yang peliknya, para member gua yang sibuk mengajak gua pi bukannya stok yang sensitif dengan perkembangan politik negara selama ini. Gua pun tak tau mana urat mereka yang salah tu....

Diorang kata semua orang turun kena pakai baju kuning. Nak buat gelombang kuning.. Laaa...betul mundur lah otak gua ni. Gua langsung tak tau berita ini. Kerana gua ini memang hidup umpama katak bawah tempurung dalam jangkamasa 2 bulan ni. Tak banyak baca akhbar, tak tengok TV, tak menghabiskan masa membaca blog orang. Ish... betul ketinggalan gila.

Selepas gua baca sikit kat internet tu, gua dapat tau yang geng PAS turun pun dah ada lebih 100ribu ahli. Betul gila bai.... sampaikan stok kemeja-t kuning pun diorang putus (eh sesiapa yang ada kontek dengan PAS tu, sila bagitau diorang yang Carrefour ada jual kemeja-T kuning...RM3.90 saja. Kualiti memang buruk gila...konfirm FRU tarik gerenti koyak. Boleh lepas badan lah bai).

Sesungguhnya, mereka kata ini merupakan perhimpunan aman. Tapi kalau dah gomen tu nak buat hal, macamana nak amanlah katakan. Seribu satu helah diorang boleh pakai untuk menghuru-harakan keadaan. Dan kalau dah huru-hara tu... diorang turun pulak titah ISA tu...kantoi habis...walau kau ni keturunan diraja.

Saudara pembaca yang dihormati, gua bukannya nak mematahkan semangat korang yang berkobar-kobar nak join tu. Tapi join biarlah kena tempat. Biarlah faedah tu korang dapat jugak. Rezeki tu penting. Maksud gua... pandai pandailah korang dirikan gerai air dan burger kat sana. Memang laris habih. Konfirm 100,000 orang tu mesti penat dan haus bersorak, berhimpit dan berarak.

Dan bagi yang lebih 'adventurous' dan gila tu... bolehlah meniaga topeng gas dan yang sewaktu dengannya.... kerana gua bilang dah tentu FRU tu nak memancut gas pemedih. Maklumlah... lepas Reformasi sampai sekarang dah berapa tahun dah... diorang pun nak test gas-gas tu semua tengok dah expired belum.

*Terkini
Tadi gua baru tonton berita 8malam... PM bagi amaran kat rakyat jangan pi perarakan tu. Dan kalau tak silap telinga dan mata gua dengar sambil tonton....si Zainuddin Maidin tu pulak kata UMNO nak kumpulkan 50ribu orang pun susah, siapa BERSIH ni nak dapatkan 100,000ribu orang kat Dataran esok (klip dia cakap ni tak disiarkan sepenuhnya, pasal dia tak habis cakap lagi RTM dah cucuk masuk iklan.Haha...mungkin penyunting berita tu tetiba sedar yang Zam ni terlampau memandang rendah BERSIH kot? Hahaha...ni yang buat gua lagi mengada ngada nak pi Dataran memeriahkan suasana esok. Woohooo....jumpa di sana

Nov 2, 2007

Bangsat Kat Awan

Misi bangsatawan kita semua ini betul lawak yang teramat serius. Bukan saja bazir duit rakyat, yang lebih memalukan ialah kerajaan kita asyik membangga-banggakan 'kejayaan' bangsatawannya. Dr Sheikh tu siap digelar wira negara. Isk isk isk... wira kepala butohnya. Bayar 20juta dah boleh naik atas.

Dengan duit yang Lim Goh Tong ada, tah berapa round dah dia boleh pergi balik angkasa lepas. Terus status wira negara (err...Uncle Lim memang dah kira kelas wira dah... jaya hasil titik peluh sendiri bai...hmmm... mungkin dia patut jadikan misi angkasa lepas ini satu agendanya sebelum dia meninggal minggu lepas).

Gua yang dulu dulu pernah lepak dengan angkasawan sebenar pun belum kecoh lagi... ni korang takat layan pelancong angkasa lepas dah bising cam nie. Pirahhh!!!
Semalam dalam berita, Pak Lah sempat lagi mengulas bahawa kerajaan akan mempertimbang tawaran yang dikemukakan Rusia untuk menghantar bangsatawan kedua ke atas langit. Bunyi 'tawaran' tu macam sedap je kan?...padahal yang Rusia kata kat dia mungkin berbunyi begini..

"Err.. lu nak hantar sepuluh lagi bangsatawan pun takpe. Janji hang order lagi tiga empat puluh jet pejuang kitorang. Oh bukan tu je, hang kena juga luluskan permit pelacur kita masuk negara hang. Tu sumber ekonomi kitorang jugak."

Hais...kita kena bayar cukai lebih lagilah kalau projek tu ON. Kalau tak, mana nak dapat duit untuk taja misi bodoh sebegini.

Seperkara lagi. Pasal nak mendiamkan mulut celupar kitorang nie, diorang pun katalah bangsatawan ada buat eksperimen tah apakebenda lah. Ye, eksperimen... mana eksperimen tu oi? Apa hasilnya... diorang diorang sendiri jelah yang tau eksperimen apa diorang buat tu.

Dah tu, misi ni mesti ada konspirasi besar. Apsal pulak abang bangsatawan tu tetiba meninggal hah? Banyak hari hari lain boleh mati apa. Punca kematian punyalah lawak. Terhantuk tiang. Hmmm... mungkin abang bangsatawan dapat tau sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui. Wahahaha...tu pasal kena 'erase' la tu. Hahaha.

Tapi banyak banyak cerita gua dengar mengenai misi bangsatawan ini, favourite gua ialah bila mendengar komen Tengku Adnan selaku Menteri Pelancongan kata "Kejayaan ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dunia'. Huh???

Apa benda dia cakap tu? Otak bawak ke tak. Apa kaitan orang nampak bangsatawan kita memberuk kat ISS tu dengan datang melancong kat negara oi? Gua OK lagi kalau dia kata "kejayaan bangsatawan kita ini telah memberitahu dunia bahawa kita agak liberal dengan konsep Gay. Kita boleh menerima mereka. Mari gay-gay sedunia, datang kat Malaysia". Pasal memang ada banyak kura-ura kat luar tu mengatakan bangsatawan kita tu gay apa. Hahaha....

Menteri-mentri semua biasalah, cakap nak kena dengan bidang kerja dia je. Mampus koranglah kalau nak pikir dia bangang. Dia apa kisah. Gua dapat bayangkan kalau si Samy pulak yang ditanya pemberita mengenai bangsatawan ini...mungkin dia jawab cam ni kot.."Saya lasa ini manyak baik untuk pengembangan kita punya highway. Pasat kita sulah ada ini angkasa punya teknologi...kita boleh pakai bikin jalan. Dan tol kita juga musti naik lagi...pasal mau biayai ini projek".

Sesungguhnya, perkara bangsatawan sebegini memang tak payah nak kecoh lah. Buang masa. Yang pasti cuma satu, Dr Sheikh bakal bergelar 'Datuk' atau 'Tan Sri' atau 'Tun'.


*Tak tipu...memang gua pernah lepak dengan cosmonaut Rusia dulu dulu tu atas sebab kerja. Gua bukan takat bergeser bahu je ngan dia tu, malah minum vodka dan kencing bersebelahan pun dah try.