Sep 9, 2008

Masih Di Dasar


*Dipetik daripada siri 'Gebang-Gebang', dengan tiada sebarang kebenaran penerbit mahupun pelukis (Zunar) itu sendiri. Harap maaf.

Sep 5, 2008

DNA itu Demi Najib & Abdullah

Memang benar. Undang undang DNA itu Demi Najib & Abdullah. Demi menjaga kepentingan dua beruk itu. Demi keselamatan mereka daripada digulingkan oleh rakyat... yang diketuai oleh Anwar.

Seperti yang sudah kita sedia maklum, kalaulah rang undang-undang ini diluluskan... maka semua nasib rakyat Malaysia boleh dikawal dan dimanipulasikan oleh pihak berkuasa. Mereka bagaikan penulis skrip cerita Bollywood kalau DNA kita di tangan mereka. Mereka boleh mereka bermacam-macam scenario dan bukti untuk 'membuktikan' kita bersalah.

Dan dalam satu sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, ada seorang MP bangang yang melepaskan kata dengan berfikir menggunakan lutut. Namanya Salleh Kalbi. Ingat... SALLEH KALBI. Dia kata "RANG ITU PATUT DILULUSKAN DAHULU WALAUPUN IANYA MEMPUNYAI BANYAK KELEMAHAN....(sila rujuk keratan akhbar)".


Ini boleh diumpamakan seperti merogol orang. Kita tau ianya salah. Tapi takpe, kita rogol dulu. Nanti kalau kantoi, kita pikir-pikirkanlah cara nak lepas diri, samada hulur duit ke, lawan kes kat mahkamah ke, atau kawin dengan mangsa rogol ke.

Hah...orang macam nilah yang buat rosak negara. Dah tau benda tu silap...tapi masih nak teruskan. Gua rasa spesies babi pun rasa malu pasal namanya berbunyi seakan-akan Salleh Kalbi.

Pak Samad.. Gua Caya Sama Lu!

Hati gua rasa pilu sekali apabila gua mendengar berita radio melaporkan pemergian Tan Sri A. Samad Ismail semalam. Salam takziah buat keluarga Pak Samad.

Sebenarnya, sejak kecil lagi gua dah terdedah dengan penulisannya di majalah Gila-Gila. Time tu gua memang minat habih dengan majalah lawak no.1 tanahair itu. Tapi sayangnya, gua tak pernah nak baca pun penulisan Pak Samad. Maklumlah.... kita masa kecik nak baca Gila-Gila pasal ianya komik...bukan kerana ia mempunyai tulisan yang panjang memanjang macam suratkhabar.

Entah memang takdir atau apa... beberapa tahun yang lalu...gua terserempak pula dengan buku koleksi penulisannya yang berjudul 'Tan Sri A. Samad Ismail Menulis" yang diterbitkan oleh Gila-Gila sendiri. Buku ini merupakan koleksi penulisan beliau yang pernah muncul di Gila-Gila.

Dan kerana buku inilah lahirnya blog Dewan Karut yang korang sedang baca sekarang. Betul sia... kalau takde buku Pak Samad tu, memang takde Dewan Karut.

Gua amat tertarik dengan cara pengarutan & penulisan Pak Samad... yang menggunakan isu & fakta sebenar (daripada politik, masyarakat dan sebagainya)... dan dicampur-adukkan dengan scenario rekaan sendiri. Memang best. Konsep penulisan beliau juga menginspirasikan slogan gua yang kini sudah sinonim dengan Dewan Karut iaitu...'sesungguhnya politik itu lawak, kalau di ambil serius ke kuburlah alamatnya'...

Hmmm... kalau nak cerita pasal jasanya kepada negara...memang sampai si Dollah kena guling masa Sep-16 pun masih tak habis. Tapi ada satu perkara yang amat menarik. Beliau ini antara pengasas parti PAP bersama Lee Kuan Yew di Singapura. Lepas tu beliau keluar pasal ada tak puas hati dengan Lee Kuan Yew kot. Kalaulah dia tak keluar dari Singapura... apakah yang mungkin terjadi di sana hari ini? Mungkinkah Singapura kini bukan didominasikan oleh orang Cina? Haha... apapun, itu bukan persoalannya.

Gua harap roh Pak Samad dicucuri rahmat.

Sekian, majulah penulisan dan standard bahasa kita demi Pak Samad.

Sep 3, 2008

Muka Sampah

Maksud:
Muka seorang yang sering kelihatan di merata-rata tempat sehingga mencetuskan rasa mual atau kurang selesa (seperti sampah yang sentiasa ada di mana sahaja).

Contoh Ayat:
"Zul...kau tengok tu... keliling Malaysia boleh nampak muka si Dollah. Billboard lah, bunting lah, poster lah. Kena tak kena benda tu...diorang taruk jugak muka dia. Siap kat bangunan pun diorang nak pancar laser berwajahkan Dollah. Isk...betul muka sampah habis!"

"Laaa... kan Mawi macam tu jugak masa dia top dulu. Buku nota sekolah & gam kanji pun diorang cetak muka Mawi."

"Mana sama, Zul! Seburuk-buruk Mawi tu...dia erti menyalak...errr...menyanyi. Tapi orang tua tu tau membuta je..."

Sep 2, 2008

Bata Yang Satu

Thomas Bata, anak kepada pencipta kasut Bata terkemuka telah meninggal dunia hari ini. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya jenama Bata ini bukannya keluaran tempatan. Malah gua sendiri pun tak sedar sehinggalah gua terserempak artikel mengenainya di Wikipedia beberapa tahun yang lalu (ya, wikipedia sememangya sumber rujukan paling caya abad ini. Ia menjadi sumber bacaan gua, daripada isu sejarah hinggalah senarai pelakon blue dan sebagainya).

Gua masih ingat masa gua kecik berhingus lagi...bapak gua belikan kasut Bata. Meraung gua tak henti henti... kerana tak nak pakai kasut tu. Mana taknya...gua rasa hina kaki gua beralaskan kasut Bata (time tu ingat Bata tu jenama tempatan....adik beradik Batu-Bata kot). Habis nak buat camana. Orang semua pakai LA Gear, Reebok, British Knight masa tu.... tapi bapak kita pulak belikan Bata. Apa kelas lah!

Tapi semua itu berubah apabila umur gua mencecah duapuluhan... masa tu barulah gua pandai menghargai kasut Bata yang sebegitu sempoi lagi unik dan tahan lama. Kira tahun ini, kasut Bata gua...yang bergelar Badminton Master (ataupun bebudak takraw panggil kasut 'killer' sudah pun menjangkau umur 7tahun.

Ia masih lagi elok dan penuh ciri-ciri tersendiri. Kasut lagenda Converse gua pun kena tabik kat Bata nie kalau gua letak diorang bersebelahan sia.

Dan sepanjang 7 tahun ini, gua sudah menapak dengan Bata gua ke Thailand, Indonesia, Singapura... dan juga macam-macam destinasi di Malaysia termasuk pendakian Gunung Kinabalu (err jalan-jalan kat kaki gunung je!).

Tapi bukan takat pergi adventure dan melancong je gua pakai kasut tu... gua pakai untuk main badminton, futsal, turun perhimpunan Hindraf & Bersih, dan berkempen pilihanraya untuk wakil parlimen gua juga. Siapa sangkat kasut yang berharga kurang daripada RM15 ringgit suatu masa dahulu boleh lagi dipakai selepas 7 tahun.

Kasut ini akan gua wariskan kepada anak gua pada masa depan. Biar diorang tahu... semahal-mahal kasut Nike, Adidas atau lain lain jenama sekalipun... tiada yang dapat menandingi Bata Badminton Master.

(Converse gua yang berharga RM69 suatu masa dahulu sudah pun pecah kat bahagian hadapan)

(Bata gua yang hanya berharga RM15 masih lagi gah macam Tembok Besar China. Tengok bahagian getah kat depan tu... putih melepak lagi. Macam baru keluar dari kedai lah)