Oct 24, 2008

Najibran a/l Razakasmy

Pada mulanya gua pun agak keberatan nak percaya artikel yang terpapar di Malaysia Today, yang berkisahkan si Najib itu sebenarnya beragama Hindu.

Tapi segala kemusykilan gua sudah terjawab sewaktu gua pergi kerja hari ini. Dalam perjalanan gua yang melalui Jalan Bangsar dan ke kawasan Brickfields, gua amat teruja sekali dengan rekaan 'bunting' sambutan Deepavali mereka.

Kerana dalam rekaan itu,, diorang taruk muka seposen Timbalan Perdana Menteri kita tu. Bukan takat taruk cukup syarat je, tapi macam taruk muka Rajinikanth kat poster filemnya. Memang kat depan-depan... dan cukup ketara sekali. Sehinggakan si Saravanan timbalan-menteri-kuala-lumpur-yang-memang-kerjanya-ntah-apa-apa pun kena duduk belakang.


Hmm...kalau yang tak pernah baca artikel Malaysia Today tu, mesti tertanya tanya ada apa kenanya Melayu ni nak menyibuk dalam perayaan Deepavali kan. Tapi takpe Najib, gua bukan tergolong dalam mereka yang jahil. Vanakam. Bwahaha. Gua tau lu tu Hindu sebenarnya. Tu pasal lu kena jadi mercu perayaan Deepavali tu.

Apa-apa pun... selamat menyambut Hari Deepavali untuk Najib dan keluarga, dan juga seluruh warga Hindu di Malaysia.