May 20, 2009

Bapak

Hari tu naik LRT dah sampai rumah boleh hujan lebat pulak. Memang macam sial ramalan Jabatan Kajicuaca semua. Baru dua hari lepas diorang cakap musim kemarau ni akan lanjut sehingga september. Puiii.

Hmmm... dahlah takde payung. Tergerak hati nak redah saja. Laptop kat beg lagi tu. Tapi sebenarnya tak apa laptop gua kena hujan. Gua takut demam saja. Sia-sia tak dapat pi date awek cun seorang malam esok tu.

Nak tak nak, terpaksa gua telefon bapak gua suruh bawak payung. Gua tahu waktu itu, memang bapak gua saja ada kat rumah. Dah tak ada pilihan lain. Nak tunggu hujan turun, mungkin Pakatan Rakyat dah pegang Malaysia pun masih tak henti lagi. Untuk pengetahuan semua, gua sama bapak gua umpama Tamil Tiger dengan tentera Sri Lanka. Pantang bertentang mata. Nak tembak menembak saja. Masa kecil tu entah berapa kali dah kena libasan maut tali pinggang celup dia. Memang dahsyat.

Tapi, kasih bapa sama mulianya dengan ibu. Tanpa disedari... bapak gua dah sampai dengan payung ekstra kat tangan. Gua naik risau pulak tengok dia. Dia selamba pakai selipar jepun berjalan kat lantai basah lagi licin tak ingat dunia. Sia-sia saja kalau tergolek patah pinggang dan yang sewaktu dengannya.

Masa berjalan balik ke rumah...gua ikut bapak gua dari belakang. Ketika itu...hujan makin lebat jebat... lagu iklan susu Fernleaf pula bermain di minda gua... dengan nyanyian...

Bapa, bapa
Engkaulah raja hatiku
Bila hujan lebat
Engkau bawakan gua payung...

Eksiden

"Lu budget berapa? Goodyear satu biji RM135, itu Michelin RM130, Bridgestone sama jugak."

"La... mahal sangatlah. Lari budget ni Ah Chong. Itu dulu gua pakai Silverstone satu bijik seratus tu dah takde ke?"

"Tala stock la. U mau murah lu angkat ini Falken. Sama Silverstone punya harga."

"Falken. Mana punya brand? Bagus ke?"

"Tayar semua sama pakai jugak. Lu bukan bawak lari itu litar Sepang, atau lawan sama mat rempit. No problem."

"Oklah oklah. Set. Kasi tukar 4 biji sekali. Nanti petang sikit gua datang angkat kereta."


(Selang 3 hari kemudian)

"Wah, apsal jadi ini macam?"

"Cibai lu Chong. Itu tayar Falken mana punya. Gua bantai korner kat Carrefour tu terus kereta buang. Tak makan jalan langsung. Tau tau kereta gua makan dinding."

"Lanjiau tala makan jalan? Lu bantai berapa laju?"

"Mana laju... cibai... gua tekan satu-tiga saja apa."

"Lu ingat bapak lu direktor cerita Fast&Furious ka. itu korner tajam gila. Lu naik beca laju sikit pun buang!!!

Gua diam je.
__________________________

Begitulah mekanik gua... dah lah tak bertimbang rasa ... tapi tetap taruk gua secukup rasa. Kepala lutut masa tu memang sakit nak mampus, pasal retak terhentak dashboard masa eksiden.

Kelak gua dah tak boleh nak buat lawak kepala lutut dah. Sensitif. Mana tak, lutut sekarang dah ala Terminator... ada besi skru panjang rokok dunhill kat dalam. 2 batang lagi tuu...aiiii.




Lagi satu gua nak sound. Lain kali kalau ada diantara korang yang cukup bertuah dapat dimasukkan ke hospital swasta, jangan sekali kali korang menayang kad perubatan insuran (medical card) kat diorang. Korang bayarlah deposit pakai kad kredit dulu. Kalau dia tanya ada medical card ke tak, cakap takde. Pasal kalau dia tau korang ada medical card, memang diorang cukur kaw kaw. Pasal dia tau syarikat insuran gua akan cover semua belanja perubatan. Bayangkan situasi gua nie. Lutut gua cuma retak sikit, stok yang kena pakai microskop baru nampak. Tapi doktor tetap gerudi kepala lutut gua masuk 2 biji skru. Padahal boleh taruk 'casting' je, dan lepas seminggu dua gerenti pulih. Kimak betul Puiiii.

May 15, 2009

Kembali Sudah

Setelah lebih 3 bulan menghilangkan diri, gua dah banyak pikir pasal blog ini. Macam-macam kaedah digunakan setiap hari untuk memotivasikan jari-jemari gua untuk menaip entri entri menarik. Kaset kaunseling pakar motivasi Dr Fazilah Kamsah tu...gua dah dengar lapan juta kali dah....siap nak lebur dah pita tu. Tapi tak kesampaian juga hajat tu. Entah samada jari gua yang degil, atau Dr Fazilah tu memang tak boleh pakai.

Tapi takpe, gua pikir. Dan pikir. pikir lagi. Sehinggalah suatu hari tu, gua pikir sampai gugur 3 helai bulu hidung... baru gua sedar. Tapi apa yang buatkan gua sedar tak penting. Yang penting gua dah mula menulis sekarang.


Sebenarnya dalam tempoh 4 bulan yang lalu, perkara bermacam pattern berlaku dalam hidup gua. Cuma gua tak nak bagitau. Kerana gua tak nak merampas perhatian yang diberikan kepada beruk-beruk yang sibuk bertelingkah di Parlimen atau di Perak. Sia-sia kang diorang bersandiwara tapi korang tak ambil port dan sibuk baca blog gua.

Dan gua kembali kini dengan tujuan. Gua nak tunjuk muka dah.

Jeng...jeng... jeng...

(Diharap bersabar. Ada lagi sikit kena touch-up gambar gua. Tapi gua gerenti, ianya lagi hensem dari Harun Salim Bachik)