Jun 13, 2009

Jebulu

Maksud:
Sejenis perasaan manusia; teramatlah sangat bengang dengan suatu situasi kurang disenangi yang asyik berulang setiap tahun, bagai deja-vu.

*Perlu diingatkan bahawa tahap bengang 'jebulu' adalah lebih kencang dari perkataan sepupunya iaitu 'bebulu'


Asal Usul:
Perkataan ini hangat dipergunakan apabila rakyat cukup bebulu dengan fenomena jerebu setiap tahun yang menganggu kehidupan seharian.

Tetapi ada juga segolongan ahli nujum menilik dan mendakwa bahawa perasaan 'jebulu' lahir di kalangan penduduk Jelebu sejak si Khairy Rempit memenangi kerusi Parlimen sana menewaskan Chegu Bard.

Jun 12, 2009

Bagai Kertas Diconteng Pensel

Maksud:
Situasi di mana sesuatu rekod jenayah seseorang boleh hilang begitu sahaja bagaikan memadam tulisan pensel pada kertas*.

*Skil ini hanya dikuasai oleh orang-orang besar (VIP)

Contoh Ayat:
Ni yang buat gua nak karate meja sial. Satu dunia tau sekian sekian yang salah, yang rogol dan bunuh orang... tapi polis pulak kata takde bukti. Memang bagai kertas diconteng pensel.

Eh Usin... hang jangan marah. Memang sekian sekian terrer padam rekod jenayah dia sekarang, tapi lambat laun... macam kertas jugak... ia akan koyak kalau terlebih padam! Kita kena tunggu je untuk hari tu.

Berapa Line Hang Ada?

Hari tu gua turun disko. Kaki gua sejak eksiden sampai sekarang, memang tak pernah test power lagi. Ada jugak rasa takut sendi sendi gua dah karat, kang nak nari 'shuffle' dan makan KFC macam iklan tak lepas pulak.

Malam tu pun memang dah lambat gila. Kawan ajak pukul 11malam. Gua sampai 130pagi. Inilah contoh Janji Malaysia Boleh!

So nak cepat punya pasal, sampai sampai je seberang disko tu gua terus parkin kat tepi jalan. Double-line lagi tu. Atau line kuning. Gua tak ingat sangat. Arr lantaklah gua pikir. Dah malam-malam buta... polis trafik mana rajin saman menyaman.

Tau tau gua turun kereta je nak pecut ke seberang macam Watson Nyambek, mamat sekor ni pulak sahut gua.


"Eh bos, parking? Sepuloh ringgit."

"Hah, amenda? Sepuloh? Tepi jalan pun kena bayar ke?"

"Ye bos, jalan dari sana sampai hujung sana kitorang tengok punya".

"Tengok apa. Tu gua taruk kereta kat double-line tu".

"Tapi kita Tiga Line, bos. Trafik semua dah kautim dah sama kita".



Hah...gua pun tergamam sebentar bila dengar dia punya cakap. Polis kita ada Jabatan Trafik, Special Branch, dan yang lain-lain...sekarang siap ada cawangan Tiga Line. Memang terrer. Entah bila diorang sepakat dengan Geng Tiga Line pun gua tak tau. Tak keluar berita Bernama pun. Patut buat upacara menandatangan MoU (Memorandum of Understanding).... biar wartawan semua gi buat liputan, barulah kita sebagai rakyat tau korang dua dua pihak ni dah sepakat. Kalau betul bajet lari, korang buat kenduri kat warung pun gua okey. Janji ada bagitau.

Berbalik kat cerita gua pulak... tak nak bayar parking punya pasal, gua pun selamba naik semula kereta... dan pusing balik rumah tidur. Terus lupa hasrat nak joget kat disko. Sempat lagi gua toleh ke arah member gua yang berdiri depan pintu menunggu gua. Muka dia nampak biol semacam. Tertanya tanya kenapa gua boleh belah cam tu je.

_________________________

Keesokkannya, gua kena maki dengan member. Moyang-moyang gua yang dah kebumi entah berapa kurun yang lepas pun kena sekali. Kesian.

Jun 5, 2009

Kaki Rembat

Kecik kecik dulu gua ada hobi (sekitar umur 9 tahun). Masa tu era merempat kat kaki jalan masih belum dipupuk. Jadi gua rajin merembat.

Hari hari gua gi kedai-kedai alat tulis kat area rumah gua, rembat barang. Yang anehnya... benda-benda gua rembat tu... bukannya gua pakai. Tapi hasil rembat gua bahagi bahagikan kat kengkawan semua. Memang bodoh korang cakap. Tapi nak buat apa... gua dah ketagih merembat. Gian dia lagi kuat dari rokok dunhill sekarang.

Barang gua rembat tu bukannya cokia. Apa kelas gi kedai alat tulis rembat pemadam gambar bendera atau gam kanji dua puluh sen tu. Inspirasi gua ialah pensel tekan. Jenis yang tengok gaya dah tau power. Harga dia tak payah cerita. Duit raya gua lapan tahun pun tak mampu nak beli masa tu.

Tapi hobi gua berhenti bila gua kantoi. Nak kata kantoi besar pun tak jugak. Akak seorang ni check poket kiri gua yang cuma ada sebatang pen biasa. Padahal kat poket kanan gua ada barang-barang yang cukup bernilai. Dia langsung tak check. Gua dengan bongkaknya sound kat akak tu... "la gua bayar lah tu." Nasib baik gua ada seringgit masa tu.

Begitulah berakhirnya karier merembat gua. Walaupun ia cuma berlanjutan sehingga gua berumur 12 tahun, tapi gua bangga kerana ia cukup berwarna warni.


Hmmm... sekarang dah dewasa dah tak erti nak rembat, walaupun rembat bola. Makin besar makin takde telur. Entah mana pergi keberanian yang secukup rasa itu.

Moral cerita: Lain kali kantoi budak mencuri, check satu badan dia... sehingga lubang jubur dan hidung sekali!