Jul 8, 2011

Sumbanganku

Mataku yang tidak ingin menjadi saksi
perjuangan rakyat jelata
Ku dermakan kepada yang buta
agar mereka tonton wayang lucah buat pertama kalinya

Mulutku yang tidak ingin melaungkan
semboyan revolusi rakyat
Ku dermakan kepada yang bisu
agar mereka mencarut buat pertama kalinya

Tanganku yang tidak ingin mengekang
kuasa jahanam nusa dan bangsa
Ku dermakan kepada yang kudung
Agar mereka melancap buat pertama kalinya

Kakiku yang tidak ingin berarak
menempuh dugaan ke tapak Merdeka
Ku dermakan kepada yang tempang
Agar mereka berdiri teguh buat pertama kalinya

Kini hanya tinggal jasadku
yang tidak berderia tidak beridentiti
yang boleh ditimbang dan dibeli
dengan dacing yang pesong

Oct 2, 2010

FAM... Balik-Balik Cerita Sama!

Itu dia. Sekali lagi badut badut dalam rangkaian sarkas FAM mengumumkan keputusan untuk membawa balik pemain import ke dalam liga tempatan. Dah takde idea dah diorang ini…. Bebalik benda yang sama je. Masa ada pemain import, diorang kata bakat tempatan tak dapat diasah atau menyerlah. Jadi diorang pun mengharamkan pemain import. Dan kini, masa takde pemain import, diorang pula kata minat orang Malaysia pada liga tempatan pula berkurangan. PIRAH MABUK!

Gua sedih benar, pasal nasib arena bolasepak kitorang dipikul oleh kumpulan orang-orang yang tahap IQ mereka amat diragui dan dipersoalkan. Akhbar semalam sempat lagi melaporkan bahawa diorang dah brainstorm kawkaw (berpuluhan jam lamanya) untuk mencari penyelesaian kepada masalah bolasepak negara. Tapi sedahkah mereka, kalau dah bodoh, apa yang diikhtiarkan juga adalah bodoh? Korang setuju?


Memang tidak boleh dinafikan bahawa liga Malaysia dulu-dulu (semasa semi-pro dan juga semasa permulaan liga pro) memang best tak ingat dunia. Dream Team KL time tu siapa boleh lupa. Tapi, korang kena ingat, time tu mana ada siaran Astro. Nak tengok liga bolasepak luar negara pun kena tunggu Dunhill sponsor (biasanya hanya English FA Cup final lah). Sekarang kitorang dah ada Astro, kitorang dah terdedah dengan aksi gempak meletup liga liga luar. Kalau dibandingkan dengan kualiti pada liga kita… isk…hanya orang yang kurang siuman yang akan bertandang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan oi.

Pada pendapat gua yang memang tak seberapa ini, pemain import semuanya bukan ahli sihir yang mampu menghidupkan semula minat pada liga tempatan dengan sekelip mata. Banyak lagi yang perlu dilakukan FAM. Dan perkara pertama dan paling penting yang ahli jawatankuasa FAM perlu buat ialah meletak jawatan kesemuanya sekali. Agar orang-orang baru yang tiada ikatan politik, bangsawan, atau kroni kroni sekalian diberi peluang untuk mengendalikan FAM pula. Hanya selepas itu....kita boleh berharap arena bolasepak negara dapat berkembang semula.

Oct 1, 2010

Metro Chart Show daripada Metrovision

Siapa ingat lagi dulu dulu tu…kitorang kat KL ini ada satu stesen tv yang bergelar Metrovision? Peh…memang cult station lah tu. Gua ingat lagi….antenna rumah gua masa tu…tak dapat nak tangkap siaran tvnya dengan jelas sangat. Time tu mak gua pulak tak nak pasang antenna special yang diperlukan. Habis meraung tak berlagu jadinya.

Menerusi stesen tv itulah gua dapat tengok rancangan Channel V buat pertama kalinya. Dan ada sekali tu, Channel V buat rancangan Over the Edge, yang kebetulan masa tu memaparkan sejarah permulaan muzik punk di dunia. Tak lain tak bukan, bapak punk si Johnny Rotten pun kena interview kat dalam. Punyalah riang hati gua menonton rancangan itu, kerana masa tu kepala hotak tak habis habis muzik bawahtanah je. Dulu mana ada Wikipedia, boleh klik sini klik sana nak dapat sumber maklumat.

Aiseh…tersasul pulak cakap lain. OK berbalik pulak kat Metrovision ini….peh…dia ada satu rancangan yang memang kegemaran gua habis-habisan. Rancangan itu bergelar ‘Metro Chart Show’. Apa yang bestnya dalam rancangan ini? Hmm…selain hosnya si Jevan Selvanathan (yang kini di ESPN Malaysia) yang gua tak ambil port langsung…

Chart Show ini memang best. Lagu-lagu semua pun sama best la. Antara yang menyengat carta masa tu ialah lagu Better Than Ezra, Goo Goo Dolls, Boo Radleys, Take That pun ada….kakakaka. Tapi ramai yang tidak tahu….Chart Show ini juga merupakan sumber pendapatan untuk gua yang masa itu masih menuntut di tingkatan tiga (eh…mungkin dua, mungkin empat. Ah tak ingat lagi soal belajar ini). Tiap-tiap minggu bolehlah dapat beberapa ringgit.

Dan apa yang kita pertaruhkan ialah… meneka lagu dan kedudukan carta mingguan. Cara main senang saja. Tak silap saya rancangan itu disiarkan pada hari Jumaat pukul 830 malam. Dan masa hari siangnya di sekolah, kitorang akan bukak table dan setiap orang akan menurunkan tekaan masing-masing. Contohnya:
1st – Better Than Ezra ‘Good’
2nd – Goo Goo Dolls ‘Name’
3rd – Annie Lennox ‘No More I Love You’
Dan seterusnya…..sehinggalah Top Ten.

Seorang malaun yang dilantik sebagai bendahari-juga-pengelola akan mencatatkan tekaan setiap orang. Memanglah syok gua cakap korang. Berdebar-debar rasanya tiap-tiap malam Jumaat menonton cerita tu menanti setiap satu lagu diumumkan kedudukannya sehingga la juara mingguan. Masa mula-mula main… kalah-menang kita agak balance jugaklah. Tapi entah mengapa, ada satu kali tu, gua bolehlah baca paper The Sun kat sekolah. Biasanya gua tak baca. Dan kalau gua baca pun, gua hanya baca tiap hari Rabu. Pasal ada ruangan BLASTING CONCEPT kelolaan brader Joe Kidd kita. Itu je.

Tapi, dah ditakdirkan… rezeki jatuh ditangan. Rupa-rupanya tiap-tiap jumaat ada disiarkan kedudukan carta metro chart show kat paper The Sun, sebelum ditayangkan rancangan itu pada waktu malam hari yang sama. WAH….kepala otak gua masa tu apalagi…mulalah nak berdosa memperkosa duit-duit kawan-kawan gua. Terus pergi bet sama diorang untuk show malam tu. Kerana gua tau kengkawan gua semua tu stok tak suka membaca (suratkhabar, buku dan segala macam tulisan), gua tau sangat diorang takkan sedar adanya sumber duit ini. Kesimpulannya …mestilah gua yang menang. KAKAKAKA.

Keadaan ini berterusan untuk beberapa minggu lagi. Tapi agar tidak menyebabkan mereka suspek gua…gua ada sekali dua sengaja buat tekaan yang salah. Mungkin hanya 2 kali gua berkelakuan tak siuman seperti itu daripada sepuluh kali bet. Lain lain gua semua menang.

Tapi, yang riang dan senang itu semestinya tidak berkekalan. Metro Chart Show tak lama lepas itu telah diberhentikan. Dan tak lama lepas tu Metrovision pun diberhentikan. Sedih gua masa tu…bagai nak mengukir batu nisan sendiri dah kat rumah…mengenangkan kebodohan gua kerana tidak baham kengkawan dengan lebih rakus lagi.
Begitulah tak adanya.

Moral Cerita Ini: Bacalah Anda Sebelum Rezeki Anda Dibaca Orang

Sep 20, 2010

DIGI Maha Pemurah? Macam Sial



_______________________________________________

Kakaka ... patut Pakatan Rakyat buat iklan cam ni jugak.... dipeluknya iBERAHI ALI kat sebelah kiri, dan orang UMNO kat sebelah kanan.

Sep 19, 2010

Intipati Dunia Orwell vs Huxley


KLIK SINI UNTUK IMEJ JELAS DAN BESAR

_______________________________________

Benarkah dunia Huxley semakin nyata? Renung-renungkanlah...

Sep 16, 2010

'PM kutuk puak pelampau' ....

Petikan dari Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menentang sekeras-kerasnya perlakuan puak pelampau di negara ini, terdiri daripada kumpulan atau individu yang bersifat perkauman serta mempercayai pandangan dan tindakan radikal terhadap pihak lain.

Untuk berita lanjut, sila baca sini walaupun saya tak syorkannya
Berita Harian Online | PM kutuk puak pelampau
_____________________________________________________

Menentang puak dan individu pelampau konon. Pirah Mabuk. Takat cakap saja buat apa hah Najib. Tu hah.... racist terunggul nusantara ibRAHIM ali masih lagi bebas di jalanan... hang apsal tak guna ISA gari dia masuk kamunting. PUiiiiii.

p/s Baru gua sedar hari ini...bahawa PM juga akronim Pirah Mabuk yang digunakan dengan berleluasanya di blog ini.