Jul 21, 2009

Sumbelit

Maksud:
Sumber berita, maklumat dan lain-lain yang telah diputar-belit dengan kencang sekali.

Asal-Usul:
Memang bukan misteri alam semesta lagi bahawa 'sumbelit' ini sebenarnya berketurunankan 'sembelit'; satu perkataan yang dipandang hina kerana maksudnya yang bersangkutpaut dengan najis dan jubur.

Mutasinya menjadi 'sumbelit' mengambil tempat apabila media arus perdana mula dikawal dengan ketat oleh kerajaan Barisan Nasional. Tindakan BN ini yang melarang semua jenis berita yang tidak menyelebahi mereka disiarkan telah menyebabkan media-media ini menghidap masalah sembelit (berita dan maklumat tepat banyak yang masuk, tapi tak pernah-pernah siar keluar).

Untuk mengatasi masalah sembelit berita, media arus perdana telah sepakat-tak-membawa-berkat memutuskan untuk memutarbelit segala maklumat yang diorang ada, agar diorang dapat siarkan berita daripada tak buat apa-apa langsung, ataupun daripada kena gantung lesen.

Antara sumbelit-sumbelit terkenal ialah seperti Utusan Malaysia, The Star dan TV3. Dan menurut satu bancian tak bermodal baru-baru ini, orang ramai bertanggapan bahawa perkataan 'sumbelit' adalah 136,815 kali lebih hina daripada 'sembelit'. Begitulah adanya.

Jul 17, 2009

Takziah

SALAM TAKZIAH seikhlas ikhlasnya daripada gua kepada keluarga Teo Beng Hock. Kerana dia memang MATI KATAK. Mati tak pasal-pasal. Banyak sangat tanda tanya yang meyelubungi kematiannya. Dari detik dia kena panggil ke MACC beri kenyataan berhubung kes penyalahgunaan dana negeri sehinggalah mayat dia dijumpai di bangunan MACC (diorang kata dia terjun dari bangunan MACC. boleh caya ke nie?)... memang macam cerita Bollywood. Malah lebih terrer dari Bollywood. Gua sarankan semua penulis skrip dari Hollywood, dari Bollywood, dari semua industri filem seluruh dunia... untuk datang berlatih di Malaysia. Khususnya di Putrajaya.

Dan untuk mereka-mereka yang sibuk ucap takziah kat Michael Jackson menerusi facebook, sms kat tv, radio (ya mesej tak henti-henti seperti 'i love u mj, mj forever, i will miss u mj dan yang sewaktu dengannya), gua ingin sarankan korang juga.... supaya menyampai salam takziah korang pada saudara Teoh Beng Hock sebagaimana korang buat untuk si negro sesat tu.

Kerana implikasi kematian Teo Beng Hock lagi besar daripada negro sesat tu. Kerana ia berkaitan dengan kita sebagai rakyat malaysia.

Dan jugak...kerana pose akhir Teo Beng Hock pun iras Michael Jackson. Mari kita bersama-sama... I LOVE U TEO BENG HOCK. YOU WILL ALWAYS BE IN OUR MIND TEO BENG HOCK. WE WILL MISS YOU TEO BENG HOCK. TEO BENG HOCK FOREVER. THERE IS ONLY ONE TEO BENG HOCK. Awwww!!!!


*Hari jumaat ini ialah hari penuh emosi buat gua. Sebagaimana segmen pagi SinarFM tiap jumaat. Gambar Teo Beng Hock itu diculik tanpa kebenaran daripada laman MalaysiaKini. Ampun berjuta-juta ampun kepada semua pihak berkaitan ke atas penyalahgunaan gambar itu. Ia bertujuan untuk menyedarkan kita bahawa Teo Beng Hock pun iras-iras Michael juga. Jadi kita patut berdoakan untuk rohnya yang mati katak.

Jun 13, 2009

Jebulu

Maksud:
Sejenis perasaan manusia; teramatlah sangat bengang dengan suatu situasi kurang disenangi yang asyik berulang setiap tahun, bagai deja-vu.

*Perlu diingatkan bahawa tahap bengang 'jebulu' adalah lebih kencang dari perkataan sepupunya iaitu 'bebulu'


Asal Usul:
Perkataan ini hangat dipergunakan apabila rakyat cukup bebulu dengan fenomena jerebu setiap tahun yang menganggu kehidupan seharian.

Tetapi ada juga segolongan ahli nujum menilik dan mendakwa bahawa perasaan 'jebulu' lahir di kalangan penduduk Jelebu sejak si Khairy Rempit memenangi kerusi Parlimen sana menewaskan Chegu Bard.

Jun 12, 2009

Bagai Kertas Diconteng Pensel

Maksud:
Situasi di mana sesuatu rekod jenayah seseorang boleh hilang begitu sahaja bagaikan memadam tulisan pensel pada kertas*.

*Skil ini hanya dikuasai oleh orang-orang besar (VIP)

Contoh Ayat:
Ni yang buat gua nak karate meja sial. Satu dunia tau sekian sekian yang salah, yang rogol dan bunuh orang... tapi polis pulak kata takde bukti. Memang bagai kertas diconteng pensel.

Eh Usin... hang jangan marah. Memang sekian sekian terrer padam rekod jenayah dia sekarang, tapi lambat laun... macam kertas jugak... ia akan koyak kalau terlebih padam! Kita kena tunggu je untuk hari tu.

Berapa Line Hang Ada?

Hari tu gua turun disko. Kaki gua sejak eksiden sampai sekarang, memang tak pernah test power lagi. Ada jugak rasa takut sendi sendi gua dah karat, kang nak nari 'shuffle' dan makan KFC macam iklan tak lepas pulak.

Malam tu pun memang dah lambat gila. Kawan ajak pukul 11malam. Gua sampai 130pagi. Inilah contoh Janji Malaysia Boleh!

So nak cepat punya pasal, sampai sampai je seberang disko tu gua terus parkin kat tepi jalan. Double-line lagi tu. Atau line kuning. Gua tak ingat sangat. Arr lantaklah gua pikir. Dah malam-malam buta... polis trafik mana rajin saman menyaman.

Tau tau gua turun kereta je nak pecut ke seberang macam Watson Nyambek, mamat sekor ni pulak sahut gua.


"Eh bos, parking? Sepuloh ringgit."

"Hah, amenda? Sepuloh? Tepi jalan pun kena bayar ke?"

"Ye bos, jalan dari sana sampai hujung sana kitorang tengok punya".

"Tengok apa. Tu gua taruk kereta kat double-line tu".

"Tapi kita Tiga Line, bos. Trafik semua dah kautim dah sama kita".



Hah...gua pun tergamam sebentar bila dengar dia punya cakap. Polis kita ada Jabatan Trafik, Special Branch, dan yang lain-lain...sekarang siap ada cawangan Tiga Line. Memang terrer. Entah bila diorang sepakat dengan Geng Tiga Line pun gua tak tau. Tak keluar berita Bernama pun. Patut buat upacara menandatangan MoU (Memorandum of Understanding).... biar wartawan semua gi buat liputan, barulah kita sebagai rakyat tau korang dua dua pihak ni dah sepakat. Kalau betul bajet lari, korang buat kenduri kat warung pun gua okey. Janji ada bagitau.

Berbalik kat cerita gua pulak... tak nak bayar parking punya pasal, gua pun selamba naik semula kereta... dan pusing balik rumah tidur. Terus lupa hasrat nak joget kat disko. Sempat lagi gua toleh ke arah member gua yang berdiri depan pintu menunggu gua. Muka dia nampak biol semacam. Tertanya tanya kenapa gua boleh belah cam tu je.

_________________________

Keesokkannya, gua kena maki dengan member. Moyang-moyang gua yang dah kebumi entah berapa kurun yang lepas pun kena sekali. Kesian.

Jun 5, 2009

Kaki Rembat

Kecik kecik dulu gua ada hobi (sekitar umur 9 tahun). Masa tu era merempat kat kaki jalan masih belum dipupuk. Jadi gua rajin merembat.

Hari hari gua gi kedai-kedai alat tulis kat area rumah gua, rembat barang. Yang anehnya... benda-benda gua rembat tu... bukannya gua pakai. Tapi hasil rembat gua bahagi bahagikan kat kengkawan semua. Memang bodoh korang cakap. Tapi nak buat apa... gua dah ketagih merembat. Gian dia lagi kuat dari rokok dunhill sekarang.

Barang gua rembat tu bukannya cokia. Apa kelas gi kedai alat tulis rembat pemadam gambar bendera atau gam kanji dua puluh sen tu. Inspirasi gua ialah pensel tekan. Jenis yang tengok gaya dah tau power. Harga dia tak payah cerita. Duit raya gua lapan tahun pun tak mampu nak beli masa tu.

Tapi hobi gua berhenti bila gua kantoi. Nak kata kantoi besar pun tak jugak. Akak seorang ni check poket kiri gua yang cuma ada sebatang pen biasa. Padahal kat poket kanan gua ada barang-barang yang cukup bernilai. Dia langsung tak check. Gua dengan bongkaknya sound kat akak tu... "la gua bayar lah tu." Nasib baik gua ada seringgit masa tu.

Begitulah berakhirnya karier merembat gua. Walaupun ia cuma berlanjutan sehingga gua berumur 12 tahun, tapi gua bangga kerana ia cukup berwarna warni.


Hmmm... sekarang dah dewasa dah tak erti nak rembat, walaupun rembat bola. Makin besar makin takde telur. Entah mana pergi keberanian yang secukup rasa itu.

Moral cerita: Lain kali kantoi budak mencuri, check satu badan dia... sehingga lubang jubur dan hidung sekali!

May 20, 2009

Bapak

Hari tu naik LRT dah sampai rumah boleh hujan lebat pulak. Memang macam sial ramalan Jabatan Kajicuaca semua. Baru dua hari lepas diorang cakap musim kemarau ni akan lanjut sehingga september. Puiii.

Hmmm... dahlah takde payung. Tergerak hati nak redah saja. Laptop kat beg lagi tu. Tapi sebenarnya tak apa laptop gua kena hujan. Gua takut demam saja. Sia-sia tak dapat pi date awek cun seorang malam esok tu.

Nak tak nak, terpaksa gua telefon bapak gua suruh bawak payung. Gua tahu waktu itu, memang bapak gua saja ada kat rumah. Dah tak ada pilihan lain. Nak tunggu hujan turun, mungkin Pakatan Rakyat dah pegang Malaysia pun masih tak henti lagi. Untuk pengetahuan semua, gua sama bapak gua umpama Tamil Tiger dengan tentera Sri Lanka. Pantang bertentang mata. Nak tembak menembak saja. Masa kecil tu entah berapa kali dah kena libasan maut tali pinggang celup dia. Memang dahsyat.

Tapi, kasih bapa sama mulianya dengan ibu. Tanpa disedari... bapak gua dah sampai dengan payung ekstra kat tangan. Gua naik risau pulak tengok dia. Dia selamba pakai selipar jepun berjalan kat lantai basah lagi licin tak ingat dunia. Sia-sia saja kalau tergolek patah pinggang dan yang sewaktu dengannya.

Masa berjalan balik ke rumah...gua ikut bapak gua dari belakang. Ketika itu...hujan makin lebat jebat... lagu iklan susu Fernleaf pula bermain di minda gua... dengan nyanyian...

Bapa, bapa
Engkaulah raja hatiku
Bila hujan lebat
Engkau bawakan gua payung...

Eksiden

"Lu budget berapa? Goodyear satu biji RM135, itu Michelin RM130, Bridgestone sama jugak."

"La... mahal sangatlah. Lari budget ni Ah Chong. Itu dulu gua pakai Silverstone satu bijik seratus tu dah takde ke?"

"Tala stock la. U mau murah lu angkat ini Falken. Sama Silverstone punya harga."

"Falken. Mana punya brand? Bagus ke?"

"Tayar semua sama pakai jugak. Lu bukan bawak lari itu litar Sepang, atau lawan sama mat rempit. No problem."

"Oklah oklah. Set. Kasi tukar 4 biji sekali. Nanti petang sikit gua datang angkat kereta."


(Selang 3 hari kemudian)

"Wah, apsal jadi ini macam?"

"Cibai lu Chong. Itu tayar Falken mana punya. Gua bantai korner kat Carrefour tu terus kereta buang. Tak makan jalan langsung. Tau tau kereta gua makan dinding."

"Lanjiau tala makan jalan? Lu bantai berapa laju?"

"Mana laju... cibai... gua tekan satu-tiga saja apa."

"Lu ingat bapak lu direktor cerita Fast&Furious ka. itu korner tajam gila. Lu naik beca laju sikit pun buang!!!

Gua diam je.
__________________________

Begitulah mekanik gua... dah lah tak bertimbang rasa ... tapi tetap taruk gua secukup rasa. Kepala lutut masa tu memang sakit nak mampus, pasal retak terhentak dashboard masa eksiden.

Kelak gua dah tak boleh nak buat lawak kepala lutut dah. Sensitif. Mana tak, lutut sekarang dah ala Terminator... ada besi skru panjang rokok dunhill kat dalam. 2 batang lagi tuu...aiiii.




Lagi satu gua nak sound. Lain kali kalau ada diantara korang yang cukup bertuah dapat dimasukkan ke hospital swasta, jangan sekali kali korang menayang kad perubatan insuran (medical card) kat diorang. Korang bayarlah deposit pakai kad kredit dulu. Kalau dia tanya ada medical card ke tak, cakap takde. Pasal kalau dia tau korang ada medical card, memang diorang cukur kaw kaw. Pasal dia tau syarikat insuran gua akan cover semua belanja perubatan. Bayangkan situasi gua nie. Lutut gua cuma retak sikit, stok yang kena pakai microskop baru nampak. Tapi doktor tetap gerudi kepala lutut gua masuk 2 biji skru. Padahal boleh taruk 'casting' je, dan lepas seminggu dua gerenti pulih. Kimak betul Puiiii.

May 15, 2009

Kembali Sudah

Setelah lebih 3 bulan menghilangkan diri, gua dah banyak pikir pasal blog ini. Macam-macam kaedah digunakan setiap hari untuk memotivasikan jari-jemari gua untuk menaip entri entri menarik. Kaset kaunseling pakar motivasi Dr Fazilah Kamsah tu...gua dah dengar lapan juta kali dah....siap nak lebur dah pita tu. Tapi tak kesampaian juga hajat tu. Entah samada jari gua yang degil, atau Dr Fazilah tu memang tak boleh pakai.

Tapi takpe, gua pikir. Dan pikir. pikir lagi. Sehinggalah suatu hari tu, gua pikir sampai gugur 3 helai bulu hidung... baru gua sedar. Tapi apa yang buatkan gua sedar tak penting. Yang penting gua dah mula menulis sekarang.


Sebenarnya dalam tempoh 4 bulan yang lalu, perkara bermacam pattern berlaku dalam hidup gua. Cuma gua tak nak bagitau. Kerana gua tak nak merampas perhatian yang diberikan kepada beruk-beruk yang sibuk bertelingkah di Parlimen atau di Perak. Sia-sia kang diorang bersandiwara tapi korang tak ambil port dan sibuk baca blog gua.

Dan gua kembali kini dengan tujuan. Gua nak tunjuk muka dah.

Jeng...jeng... jeng...

(Diharap bersabar. Ada lagi sikit kena touch-up gambar gua. Tapi gua gerenti, ianya lagi hensem dari Harun Salim Bachik)

Feb 5, 2009

Si Katak Kodok

Lompat si katak lompat
Nak lompat biar tepat

Kalau tak nak merempat

Jangan tersilap tempat



Habuan mungkin cepat

Tapi dosanya berat

Kelak semua melarat

Jawablah di akhirat...