3 bulan lagi nak mula dah Tahun Melawat Malaysia 2007. Heboh jugaklah kerajaan kita nak memperkenalkan destinasi negara kita kat orang luar. Siap semua kapalterbang MAS pun diconteng ngan logo Tahun Melawat Malaysia.
Tapi gua rasa kita tak terdaya nak menyambut tetamu luar lagi la. Pasal banyak isu-isu dalaman pun belum selesai. Adalah lebih tepat kalau kita gelar tahun 2007 sebagai 'Tahun Merawat Malaysia'.
Apa yang perlu dirawat korang tanya? Isk..Isk..Isk..
1) Jerebu
Ini kes serius nie. Mesti pelancong berbulu datang masa jerebu. Mau tak berasap kepala diorang. Tapi saya ada satu cadangan untuk atasi masalah nie. Kementerian Pelancongan boleh melancarkan iklan selingan 'Tahun Melawat Malaysia', yang menasihati orang asing lebih awal supaya tidak melawat Malaysia masa bulan-bulan jerebu itu (eh tak lari la bulan mana jerebu akan attack setiap tahun).
Lebih baik kita tak untung duit pelancong time tu, daripada kena maki-hamun dan sumpah ala Mahsuri dimana mereka tidak akan jejak kaki kat sini lagi untuk 7 keturunan akan datang. Kaedah ini semestinya meningkatkan imej Malaysia sebagai negara yang bertanggung-tapi-tak-suka-jawab.
2) Kaum, Kaum, Kaum
Isu lama la. Tak pernah selesai pun. Kempen iklan Kementerian Pelancongan kali ini sibuk mempromote line 'Malaysia - Truly Asia'. 'Truly Asia pasal kita kat sini adalah rojak segala budaya Asia. Truly Asia kerana masyarakat berbilang kaum Malaysia dapat hidup aman dan harmoni. Tapi... itu cuma mesej yang disampaikan kepada orang asing. Hakikatnya mungkin berbeza. Kalaulah orang Malaysia sendiri yang terlihat iklan-iklan itu, kita mungkin tak nampak line 'Malaysia - Truly Asia' kot. Tapi yang tertera mungkin ialah 'Malaysia - Ugly Asia'. Renung-renungkanlah ye apa yang meng-ugly-kan persefahaman berbilang kaum kita yang cukup berharga.
3) Mat Rempit
Betul glam la bebudak rempit sekarang. Masuk paper kini lebih dari abang Khairy kita tu hah. Mat rempit ni, time gua lepak kat area Tabung Jalan Ipoh dulu-dulu taklah sekronik cam sekarang (dulu sedap-sedap nama Mat Motor kan elok je. Panggil rempit je, nama terus busuk cam armpit pulak).
Sekarang nie diorang main bunuh-bunuh la, main rompak-rompak la, main baling mercun kat balai polis la. Aduhai. Apsal diorang tak kekal dalam bidang kepakarang mereka je, iaitu challenge lumba haram dan memantat bohsia? Kan elok tu.
Memang diorang ni kena disettlekan la. Kalau tak, gerenti cuak mat salleh ternampak beruk nungang motor time bersiar kat Dataran.
*Terima kasih bebanyak la kat Putera UMNO, yang cukup ikhlas dan baik hati, mengajak mereka join parti (dengan harapan dapat pancing/beli 50,000 undi mereka kelak ye). Tapi, sekali plan Putera UMNO back-fired kang, semua member Putera UMNO pulak tukar jadi rider. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga oi!
4) Infrastruktur Pengangkutan & Dan Yang Sewaktu Dengannya
Ini gua maksudkan jalanraya, LRT, dan banjir kilat kitalah. Parah sial. Sikit-sikit rosak, Sikit-sikit nak roboh (eh Samy...nie MRR2 baru buka nie, bila nak tutup balik?). Buat traffic sesak je. Selama gua hidup kat KL ni kan, tak pernah gua tengok jalanraya tak kena korek (BETUL SIUT! Cuba korang perhati time memandu, mesti nampak part kena korek. Kesian giler. Kalau jalan tu boleh bersuara, dah lama dah 'PUKIMAK' melekat kat telinga kita tau). Semua korek mengorek ini atas nama nak meng-upgrade jalan. Kononlah ye. Upgrade tah ke mana, jalan tah ke mana, tapi kita makin hari makin merana.
Eh banjir kilat kat KL pulak? Aiseh ni gua tak yah la nak ulas lanjut. Bangunan dah tinggi tinggi kat KL. Tapi problemnya air pun ikut tinggi sekali. Malu oi kalau omputih nampak.
So, apa boleh kita buat oi... kita tunggu je lah kedatang pelancong semua dengan kaki terkangkang. Biar kita kena FUCK sikit, barulah boleh sedar sikit.
Oct 19, 2006
Oct 15, 2006
Bahasa Jiwa Bangsat
Pssst...ribuan maaf la ye. Lama tak kemaskini blog gua ini. Bukan apa, gua takut kantoi ngan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kan diorang dah turunkan perintah: "Barangsiapa yang didapati mencemarkan Bahasa Malaysia akan dikenakan denda!!!". Korang bukannya tak tau tahap pencemaran bahasa gua pakai kat sini. Semuanya melebihi paras 300API. Silapharibulan, gua dapat saman kang.
Menurut KeKKWa dan DBP, ni ialah langkah nak memartabatkan bahasa kebangsaan. Mungkin lepas nie diorang ada polis Bahasa ye... meronda sekitar bandar... dan mencuri dengar perbualan kita... terlepas cakap bahasa pasar je, terus kena saman.
Aku pun tak tau macamana diorang nak memartabatkan bahasa ini. Pasal diorang sendiri pun tidak beri contoh yang baik untuk diikuti kita. Ni gua ada cerita berkenaan ketidakbetulan DBP yang cukup box-office. Kalau difilemkan, Gubra pun gelabah la.
Berikut adalah satu petikan dialog, kejadian sebenar yang sebetul-betul dan betul berlaku (gua takde tokok-tambah 'Ajinomoto' langsung kat cerite nie). Adegan bermula dengan
seorang pakcik tua yang mempunyai masalah mengenalpasti satu perkataan BM telah menelefon ke hotline bantuan Dewan Bahasa.
(Ringgg....Ringgg......Ring.....)
DBP: Hello, Dewan Bahasa. Boleh saya bantu anda?
Pakcik: Dewan Bahasa ye. Baguslah tu. Ye cik, saya nak tahu lah, 'hamster' dalam Bahasa Malaysia ialah apa?
DBP: 'Hamster' ye?
Pak: Iye... dah puas pakcik cari kat kamus. Tak jumpa jumpa langsung istilahnya dalam Bahasa Malaysia. Boleh tolong tak?
DBP: OK pakcik. Sila tunggu sebentar ya.
(Kedengaran suara beberapa orang sedang berbincang di latar) ...Beberapa minit kemudian
DBP: Hello pakcik, ok kami sudah dapat perkataan itu.
Pakcik: Wah baguslah tu...
DBP: Ya pakcik, 'hamster' itu dipanggil 'Arkus'!
Pakcik: Arkus? Bahasa Malaysia ke itu? Memang betul hamster dipanggil 'arkus'?
DBP: Errr pakcik, sebenarnya... dalam Bahasa Malaysia ini tak ada perkataan untuk hamster. Tapi kami dah berbincang dah, dan kami berpendapat hamster itu seperti ARnab dan TIkus. Oleh itu kami namakannya 'Arkus'.
Pakcik: (Terngaga... dan gigi palsu dan bulu hidung pun nyaris tertanggal) Hmmm begitu ye. Terimakaseh la ye nak.
-Tamat-
Aduhssssss. Best giler jawapan diorang kan? Ini macam aku pun boleh jadi jurubahasa kat DBP. Sedap-sedap main gabung dua perkataan...dan 'JENG.. JENG.. JENG..'....terhasillah perkataan Melayu baru.
Gua ada contoh best nie. Katakanlah ada murid ini nak isi borang kat sekolah. Semua dia boleh isi kecuali ruangan 'Bangsa'. Pasal dia nie berdarah kacukan. Lepas tu pikir dia... bapa dia orang cina. Mak dia pula orang Baii (Bengali ye). Maka, dengan sesegera mi segera 2-minit Maggi, dia pun tulis lah 'Cibai'.
Tak salah kan, wahai DBP? Sedangkan arnab dan tikus boleh dicampur. Inikan pula manusia. Yeehaahhhh!!!!
* Kepada menteri-menteri kita yang sibuk mempertahankan kewibawaan Bahasa Malaysia, dan memperjuangkan penggunaannya, gua ada satu soalan ni: "Oi, anak-anak korang semua kat mana sekarang? Apa... kat London, kat LA? Sekolah-sekolah sana ada diorang ajar murid pakai BM ke? MEMANG BAGUSLAH korang hantar diorang menuntut kat luar ye.

Oct 4, 2006
Tiada Politik. Tiada Hiburan.
Hari nie gua ada terjumpa kartun-kartun yang kelakar, berunsur politik pulak tu. Memang lawak. Sesuai sekali dijadikan hiburan seisi keluarga dan haiwan peliharaan.Mengenai pelukisnya pula, Zunar, time gua kecik-kecik dah layan dah kartun dia kat majalah Gila-Gila (oi apa dah jadik kat Gila-Gila sekarang??? Kualiti jatuh dah macam gampang!) . Tapi masa kecik tu orang kata budak hingusan lagi la... tak paham gua dengan lawak politiknya.Apapun, amat diharap lah Zunar akan teruskan usaha melawakkan arena politik negara menerusi kartunnya. Dan juga diharap, ahli-ahli politik negara meneruskan usaha, kata-kata dan aksi badut mereka. Sessungguhnya, setiap keputusan dan perlakuan badut ahli politiklah yang memberikan inspirasi kepada Zunar untuk terus menghibur.
Oct 2, 2006
Antara Puasa & Dosa
Puasa dah seminggu lebih. Seksa giler masa mula puasa 2-3 hari tu. Nak menulis dalam ruangan ini pun malas. Mana taknya, tetiba kena berhenti tabiat rokok dan kopi-o pada masa paling ketagih, iaitu masa kerja gua.
Tapi segian mana pun, pahala puasa tetap didahulukan. Hahaha... inilah peluang menebus dosa yang berlori-lori banyaknya dalam setahun siut.
Aku ada kisah yang nak diceritakan la pasal puasa ni. Hari tu lepas terawih, aku pun lepak la kat kedai snooker (ini je senaman yang sesuai time bulan puasa). Time main snooker tu, ada juga aku perasan kutu-kutu kat penjuru gelap tu. Semuanya dok sibuk layan kuda dan jackpot. Bukan tu je, siap ada seekor dua yang sempat lagi nak tekan betting dan minum beer. Ini betul moyang segala dosa, pikir aku.
Judi tu dahlah haram. Korang sertakan beer sekali. Lepas tu buat time bulan Ramadan. Aduh... aku pun tak tau nak cakap apa dah. Diorang ni tak takut ke dipanggang dek api neraka kang?
Tak boleh ke diorang buat macam kengkawan aku yang dua-tiga-empat-lima orang tu. Geng ini memang mafia Malaya lah - kaki judi, kaki minuman, kaki perempuan, kaki *ehem*, dan yang sewaktu dengannya.
Tapi, walau sejahat mana pun, time puasa je semua tu diorang stop. Puasa memang penuh. Dan terawih pun tak pernah tinggal.
Aku pun heran macam mana diorang dapat tahan. Salah seorang tu selamba kata:
"Iman kena kuatlah beb." (ADUHHHH...rosak betui keparat seekor nie. Iman kuat pulakdah. Kalau betui kuat, takkan bulan-bulan lain boleh buat jahat kan?)
Member gua pun menokoknambah lagi lepas tu:
"Cuba kau lihat dari sudut ini. Kalau hari-hari cuaca cerah dan cantik je, apakah kamu akan menghargainya? Itu pasal la kita kekadang tu ada ribut, ada salji, ada puting beliung, ada Twister, ada Titanic... (gua potong dia sini sikit pasal dia dah mula mengarut dah)."
Dan dia bersambung lagi:
"Sama jugaklah puasa ni. Kalau kita hari-hari buat baik je...kan boring je. Macamana kita dapat menghayati erti sebenar dan pahala puasa ni."
"11 bulan buat jahat. Sebulan buat baik. Kau ingat senang ke? Kalau IMAN TAK KUAT macamana boleh tahan, betul tak? Dan pahala puasa juga berlipat ganda oi. Kira fair & square la dengan dosa kita. "
Aiseh... untuk sejenak tu, ada benarnya jugak cakap dia gua rasa. Hahaha...
So aku pun buat la kesimpulan sementara ini: Pahala time bulan puasa lebih kaw. Kaw sehingga boleh kasi padam semua dosa kita untuk setahun ye. So, kira kita boleh teruskan la dosa kita, dan buat amal pula bila time puasa...kakakakaka!

Subscribe to:
Posts (Atom)