Aug 29, 2006

Marilah Mari, Mari Membakar

Cerita Israel bedil Lebonan memang ON habis. Sampaikan kengkawan kita kat Pemuda UMNO tu semangat nak bakar bendera Zionis. Ia sebagai tanda protest dan tidakpuas hati atas kekejaman rejim itu. Kata Otai Pemuda UMNO, dia tak suruh ahlinya bakar bendera Zionis, TETAPI DIA TIDAK AKAN HALANG JIKA AHLINYA NAK BAKAR.

Betul dua kali lapan la mamat seekor nie punya cakap. Cuba bayangkan senario ini: Aku selaku bapak orang tak suruh anak aku yang hensem nodai anak dara orang, tetapi AKU TAKKAN HALANG JIKA DIA NAK BUAT SEDEMIKIAN. Kan sama je tuu!

Apa guna bakar-bakar nie? Dah lah buang duit. Cemar alam sekitar lagi. Ozon tu dah tipis wei. Pikirlah sikit. Baik duit tu beli bendera tanahair tercinta sendiri. Dan kibarkannya dengan megah sempena bulan kemerdekaan. Tak pun belanja aku makan ikan bakar. Ada juga pahalanya.

Gejala bakar-membakar ini secara siaran langsung ataupun siaran tertunda akan membakar semangat orang untuk bertindak melulu-lulu dan ganas membabi buta. Nanti dah macam si Kakang dalam cerita 'Kaki Bakar' oleh Encik U-Wei Hj Saari pulak. Sikit-sikit bakar, sikit-sikit bakar. Muka hang tak siap, aku nak bakar. Kau kata anak aku tak cukup bulu ketiak, aku bakar. Sampai bila beb. Nak rentung satu negara baru nak berhenti ke?


Ada banyak lagi cara kalau nak protest selain bakar bendera Zionis. Ini dia 2 cadangan gua yang tak seberapa bernas tetapi cukup environment-friendly lagi mencuit hati:
  1. Korang ingat tak dulu tiap-tiap Ahad kat Dataran Merdeka ada Senam-robik ramai-ramai bersama Menteri-menteri kita? Hah, bagi je setiap peserta tu satu bendera Zionis. Biar diorang bentang kat lantai untuk dipijak. Sambil diorang pijak-pijak bendera Zionis sebagai tanda penghinaan, peserta juga berkesempatan berpeluh dan menjadi rakyat Malaysia yang sihat. Inilah orangputih panggil 'Bunuh 2 ekor burung dengan sebiji batu'.
  2. Cetak je tisu tandas tu dengan corak bendera Zionis. Hina yang teramat hina tau tak... calit tahi dan lap jubur hang dengan bendera orang.
Jadi, apmacam? Nak bakar lagi ke? Tak payahlah. Hidup kita kan aman damai. Senang tidur. Senang makan sudahlah. Baik datang rumah aku tengok cerita Kaki Bakar, sambil jamu ikan bakar dan jagung bakar. Lagi best!

Aug 25, 2006

Kayu Sekayu Kayunya



Aku sedih siut. Sedih kat pihak mak bapak producer, director, para pelakon dan krew drama ke-bangang-an saluran ASTRO Wah Lai Toi yang bergelar 'Trio in A Bed'.

Sedih sebab susah payah mak bapak mereka membesarkan mereka, mereka bukan saja tidak berbakti kepada Malaysia, tetapi menyeksa rakyatnya dengan melakon dan menerbitkan drama yang teruk sekayu-kayunya (bak kata iklan TV Digi World Cup: "Kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"!).

Tak boleh nak nafi, semua orang suka pandang awek cun. Apatah lagi kalau awek-awek itu ialah Carmen Soo, Anabelle Kong dan... aiseh lupa pulak nama yang seekor lagi tu...alaaa...yang jadi model tong Gas tu...

Memanglah diorang cun. Tapi kalau takat cun je... berus gigi aku pun cun. Takkanlah nak suruh berus gigi aku tu berlakon dalam drama. Otak tu kena lah pakai sikit. Diorang tu model. Model yang tak perlu bercakap time buat show, time buat shooting. Kalau ye pun nak pakai diorang, hantarlah pergi kelas lakonan dulu. Kalau takde budget, hanter je diorang pergi tengok sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara kat Parlimen. Kerana semua pelakon-pelakon terhandal tanahair adalah ahli politik kita yang sibuk berbahas kat sana. Dan pastikan model-model tu graduate dulu sebelum bagi diorang muncul kat TV dan menyeksa minda dan biji mata kita.

Pelakon jantan juga tak kurang kayunya. Harap muka je hensem... berterabur bahasa Kantonis masa bercakap. Bikin malu je la. Mungkin pengarah patut bagi semua pelakon cakap dalam loghat masing-masing. Resultnya mungkin tak lah seteruk sekarang kot.

Kalau anda cuba tumpukan perhatian kat drama ini dengan betul-betul (AWAS: Perlakuan ini boleh memudaratkan minda anda), ada banyak adegan dimana aksi-aksi pelakonnya cuba dengan sedaya upaya mempromotekan barangan daripada penaja-penaja drama.

Korang ingat Truman Show tak? Hah lebih kurang macam tu la cara promote barangan penaja. Tapi Truman Show punya stail lebih subtle, dan 100juta kali lebih best.

Umpamanya, haram jadah seekor ni nak bagi nombor fon kat awek. Dia takde kertas time tu. So dia pun keluarkan chewing gumnya...dan kamera fokus lama gila kat jenama chewing gum itu. Bukan itu saja, kamera terus melekat dan fokus dengan dekat kat tangan haram jadah itu membuka pembalut chewing gum, dan sehingga dia menulis nombor fonnya.

Orang nak tengok cerita. Bukannya iklan. Kita kalau nak tengok iklan, kita boleh tengok kat akhbar Star yang mempunyai 10% berita, 90% iklan. Dey thamby, bangun la!

Aug 24, 2006

Power Gila

Korang mesti ada perasan semenjak dua menjak ni berlambak iklan Celcom kat media keliling kita kan?

Ada Steven Gerrard, Maya Karin, Michael Owen la... aiseh... naik pening kepala gua dok pikir... apokebenda yang bebudak kat celcom tu tengah buat?

Boleh dikatakan sidrom kiasu telah menular ke dalam kompeni Celcom ini. Semua pasaran dia nak pegang.

Contoh terbaik, Celcom nak cuba masuk pasarang orang cina tempatan. Celcom memang kurang ngam ngan orang cina. Jadi, diorang pun carilah selebriti-selebriti Cina, seperti JJ Lin yang berhidung babi (siap ngan Carmen Soo lagi siut... tangkap leleh! Tapi bab hidung JJ tu potong habis) dan Lee Hom si cina hiphop sesat. Ntah Celcom bodoh, ataupun naif, dan pikir usaha mereka akan berjaya dengan membazirkan wang kat selebriti yang memang sudah kaya, dan kini bertambah tambah kaya.

JIKA TAKTIK INI BOLEH JALAN, eloklah jenama 'kebanggaan' Malaysia, tak lain tak bukan, Proton, guna untuk kereta Sawi yg orang nak pandang pun malu. Apa susah, tumpukan budget A&P untuk dapat khidmat 'ambassador'. Banyak pemandu F1 yang boleh dipilih... kalau Schumacher mahal sangat, dapatkanlah Raikonnen, tak pun Alonso ke (Alex Yoong jgn la... umpama tabur garam kat laut je). Insya-allah, kereta Proton Sawi pasti laris... Myvi pun kasi tabik sikit.

Itu cerita selebriti. Belum lagi pasal bola. Yang Celcom pi cari pemain yang dah nak lapuk buat apa... Pires (hancus, sekarang dah main kat liga sepanyol), Owen (cedera - tonggeng satu musim beb), Giggs (zaman gemilang dia dah lepas) dan Gerrard (buang karen!). Takkan diorang tak paham falsampah 'less is more'. Kalau ada kualiti, kuantiti tak penting. Cuba diorang gabung budget, dan upah hanya henry seorang, boleh tak? (cadangan gua ni korang boleh abai. pasal gua ni pro-arsenal).

Aku rasa top management celcom dah mad kot pasal approve benda-benda macam ini. (Untuk pengetahuan umum, akhbar melaporkan Celcom bazir RM70juta untuk A&P sempena Piala Dunia 2006). Tapi ada siapa ingat apa Celcom buat time piala dunia. Iklan Maxis 'Hasbullah Awang' kita ingatlah. Yang Digi punya iklan 'My Granmother Can Play Better' pun semua boleh ingat sehingga hujung bulu ketiak. 'FOOTBALL MAD NATION' konon. Pirah!!!

Hais... kempen terbarunya lagi best. Kempen 'POWER' konon. Fooyoh... dengar nama je kepala lutut pun goyang sial... power gila...

Memang power gila pun. Kempen ni tak silap kat mana. Cuma satu kenyataan kecil dalam media cetaknya je yang merosakkan 'credibility' kempen ini.

Ini beberapa petikan yg sempat biji mata saya tangkap:

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Steven Gerrard

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Lee Hom

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Michael Owen

Korang tak sedar ke... semua nie orang asing yang cakap benda-benda macam nie... macamlah diorang ada pakai line celcom dan siap tau celcom yang paling power... ini betul kes klasik "hang bayar aku duit, aku cakap apa yang hang nak aku cakap".

Cuba tengok contoh yang aku sediakan tu (contoh semata-mata ye. Takde kena mengena dengan yg hidup atau mati, atau tinggal nyawa ikan, ataupun diriku yg serba kekurangan ni). Bayangkanlah aku ni OKB (orang kaya bangsat) bernama Muthusamy... kaya gila la... siap boleh upah Tom Kurus (sepupu Cruise la tu). Dan dia siap cakap aku nilah insan paling hensem kat dunia. Korang percaya tak cakap dia? Hah...