Aug 29, 2006

Marilah Mari, Mari Membakar

Cerita Israel bedil Lebonan memang ON habis. Sampaikan kengkawan kita kat Pemuda UMNO tu semangat nak bakar bendera Zionis. Ia sebagai tanda protest dan tidakpuas hati atas kekejaman rejim itu. Kata Otai Pemuda UMNO, dia tak suruh ahlinya bakar bendera Zionis, TETAPI DIA TIDAK AKAN HALANG JIKA AHLINYA NAK BAKAR.

Betul dua kali lapan la mamat seekor nie punya cakap. Cuba bayangkan senario ini: Aku selaku bapak orang tak suruh anak aku yang hensem nodai anak dara orang, tetapi AKU TAKKAN HALANG JIKA DIA NAK BUAT SEDEMIKIAN. Kan sama je tuu!

Apa guna bakar-bakar nie? Dah lah buang duit. Cemar alam sekitar lagi. Ozon tu dah tipis wei. Pikirlah sikit. Baik duit tu beli bendera tanahair tercinta sendiri. Dan kibarkannya dengan megah sempena bulan kemerdekaan. Tak pun belanja aku makan ikan bakar. Ada juga pahalanya.

Gejala bakar-membakar ini secara siaran langsung ataupun siaran tertunda akan membakar semangat orang untuk bertindak melulu-lulu dan ganas membabi buta. Nanti dah macam si Kakang dalam cerita 'Kaki Bakar' oleh Encik U-Wei Hj Saari pulak. Sikit-sikit bakar, sikit-sikit bakar. Muka hang tak siap, aku nak bakar. Kau kata anak aku tak cukup bulu ketiak, aku bakar. Sampai bila beb. Nak rentung satu negara baru nak berhenti ke?


Ada banyak lagi cara kalau nak protest selain bakar bendera Zionis. Ini dia 2 cadangan gua yang tak seberapa bernas tetapi cukup environment-friendly lagi mencuit hati:
  1. Korang ingat tak dulu tiap-tiap Ahad kat Dataran Merdeka ada Senam-robik ramai-ramai bersama Menteri-menteri kita? Hah, bagi je setiap peserta tu satu bendera Zionis. Biar diorang bentang kat lantai untuk dipijak. Sambil diorang pijak-pijak bendera Zionis sebagai tanda penghinaan, peserta juga berkesempatan berpeluh dan menjadi rakyat Malaysia yang sihat. Inilah orangputih panggil 'Bunuh 2 ekor burung dengan sebiji batu'.
  2. Cetak je tisu tandas tu dengan corak bendera Zionis. Hina yang teramat hina tau tak... calit tahi dan lap jubur hang dengan bendera orang.
Jadi, apmacam? Nak bakar lagi ke? Tak payahlah. Hidup kita kan aman damai. Senang tidur. Senang makan sudahlah. Baik datang rumah aku tengok cerita Kaki Bakar, sambil jamu ikan bakar dan jagung bakar. Lagi best!

No comments: