Sep 4, 2006

Hang Tuah Asal Segambut Barat Daya

Aduh..merdeka nie cuti panjang panjang buatkan otak aku pun dah tenat. Pasal tak guna langsung.

Time hari Merdeka tu, paper tempatan semua sibuk taruk headline yang berkaitan ngan perpaduan. Pemimpin, NGO, dan yang setaraf semua menasihatkan orang Malaysia supaya memupuk semangat perpaduan. Mana taknya, diorang semua telur dah kecut dah, pasal diorang sedar hubungan sesama kaum cukup tegang sekarang (korang tak dapat rasa ke?). Silap langkah je mulalah merusuh lagi.

Aku cukup tak paham la. Walau selepas 49 tahun kita merdeka, selepas konfrontasi dengan jiran seberang, selepas peristiwa Mei 13, dan selepas orang melayu dah anggap Stephen Chow sebagai idola, selepas orang Cina dah pandai makan ngan tangan, masih terdapat orang yang nak membahagi-bahagikan perpaduan negara.

Ada brader kita komen bahwa Hang Tuah itu sebenarnya orang Cina dalam artikel 'Ujian Ejaan Tahap Enam' gua. Terima kasih terdahulu atas komen anda yang menginspirasikan artikel ini. Sememangnya komen sedemikian dialu-alukan dengan penuh ikhlas.

Samada Hang Tuah tu Cina ke Melayu, atau duduk kat Segambut ke tak penting. Janji orang-orang kita anggap dia orang Malaysia. Itu yang penting.

Gua pun selalu macam tu. Orang tanya gua, 'lu ni melayu ke, serani ke, binatang ke, ke cina'? Biasa gua jawab gua ni orang malaysia. Takde kaum mana-mana punya. Habis berbulu mamat yg menanya tu.

Tak guna walau kita merdeka 1000 abad pun kalau hati kita tak dapat nak menerima identiti dan kebudayaan kaum lain, dan tak dapat nak mengiktiraf pencapaian kaum lain. Buat apa nak iri hati.

Harap-harap tidak ada puak-puak mana nak membangkitkan lagi ye isu ketuanan Melayu (Malay Supremacy). Ataupun yang kata ekonomi Malaysia akan parah tanpa orang Cina. Sesungguhnya negara ini milik semua. Tanpa mana-mana satu kaum, negara ini tidak mungkin dipanggil Malaysia lagi.

*SALUTE mat-mat rempit kat Jalan Raja Laut masa malam merdeka tu. Korang memang caya. Buat wheelie tegak 90darjah selamba bapak korang je. Lepas tu telinga cecah jalanraya time ambil korner. Apa Rossi Rossi. Hah ni Mat Rempit dari Workshop Kg. Chubadak jelah. Orangputih pun kena tabik sikit siut. MALAYSIA BOLEH!

1 comment:

Anonymous said...

Brader, gua asal budak kampung (dalam hati masih budak kampung), pi negeri orang putih belajar tinggi2, kerja kat situ sampai 10 tahun & I can't agree with you more tentang Malaysia! Caya lah brader..lu memang rock!! - ada juga harapan untuk rakan senegara ku...tak akan ku lupa negara ku ni, berbilang kaum, berbilang bangsa..you just can't beat this!!