Semalam time aku memandu, ada kereta polis sebiji cucuk kat belakang gua. Aku tak goyang. Cuma pecah perut je. Pasal kereta tu penuh pelekat cermin bermesej 'JANGAN RASUAH'. Lawak giler la polis kita nie. Gua terus terbayang wajah beruk terperuk kat dalam kurungan zoo.Alaah, tak biasa pergi zoo ke korang? Kan ada notis kat luar kurungan yang suruh jangan bagi binatang-binatang tu makan. Hah, lebih kurang macam binatang juga ye polis kita...hahaha.
Persoalannya, mengapakah perlu ada sticker tu?
Adakah ia sebagai amaran kepada orang ramai supaya jangan merasuah time kantoi ngan polis?
Ataupun polis tu confirm akan mintak duit kopi, so sticker tu sebagai peringatan kepada kita supaya jangan kasi?
Pikir-pikirlah sikit 2 ayat gua tu. Ada bezanya, tau!
Tapi, kalau kita dipikir mendalam lagi, diorang makan rasuah pun pasal terdesak kot. Mana taknya, paper hari tu lapor polis berpangkat Lance Korporal pun gaji cuma RM1050 sebulan. Ciput giler. Aku rasa apek collect paper-lama kat rumah gua pun lagi masyuk la.
Gaji seribu macam tu, jangankan nak support anak bini; lipas dan tikus kat rumah pun kebulur siut.
Kasi la naik gaji diorang tu. Macam Singapura kan baik. Gaji kakitangan kerajaan diorang antara yang tertinggi kat dunia tau tak. Itu semua pasal nak basmi gejala rasuah. Kira berkesan jugalah.
Tapi gaji polis kasi naik satu cerita. Jangan kang announce nak naikkan cukai pendapatan kita, pasal nak cover dan kasi balance budget negara. Kang turn kita rakyat biasa pulak yang rajin nak pecah amanah pulak.
PERINGATAN: Raya tu dah nak sampai dah. Polis seperti biasa akan rajin ganda-gandakan operasi 'suap' oi. So berhati-hatilah. Bukan apa, gua tak nak korang berdosa pasal merasuah pada bulan Ramadhan yang mulia kang.
1 comment:
Sampai hati seseorang pegawai PDRM itu lupa tentang nilai-nilai perikemanusiaan dan berani menembak Altantuya Shaariibuu sehingga dia mati dan kemudiannya meletupkan mayat. Fikiran ini adalah macam fikiran shaheed.
Post a Comment