Jumaat malam sabtu yang lepas, gua dengan beberapa member seangkatan telah pergi berkelab (omputih panggil clubbing). Maklumlah, keesokkannya ialah cuti umum Maal Hijrah (Awal Muharram). Gua pikir baik keluar lepak daripada duduk rumah buat bazir letrik je.
Ni aku nak cerita pengalaman aku dalam kelab tu ler. Fuih...bukan main riuh lagi suasana kat dalam. Ada liveband. Awek-awek pula jambu giler, baju pun jarang. Gua rasa kain diorang semua dah derma kat mangsa banjir Johor kot. Terima kasihlah atas keprihatinan aweks sekalian.
Tapi yang paling best malam tu, ialah melihat perangai orang-orang sendiri (lebih 80% pengunjung kelab itu Melayu) menyambut ketibaan tahun baru Islam. Betul terrer la diorang. Mabuk sakan beb. Siap ada yang pegang botol whiski sambil joget. Ini sudah lawan tauke pikir gua. Pasal orang cina yang rajin mabuk sejak zaman 'manusia peking' pun tak joget macam tu.
Astaghfirullah. Aku ngan kengkawan yang hanya berkawankan coke-atas-batu sepanjang malam tu mula berpikir, manalah silapnya otak mereka? Macam JAWI dah bagi lesen minum je. Pikir punya pikir barulah gua paham.
Diorang nie tak salah. Cuma diorang salah tafsir je makna Hijrah nie. Pasal kan kita selalu dengar pesan, Hijrah nie bukan hanya kat masa dan tempat je. Paling penting buat kita ialah Hijrah minda. Jadi, diorang pun rajinlah menghijrah minda mereka untuk mencuba benda-benda baru.
Ada seorang mufti mendakwa orang-orang melayu membelanjakan RM4billion setahun dalam aktiviti yang haram di sisi agama. RM4billion siut... bayangkanlah berapa banyak parit boleh dikorek kat Johor untuk mengalirkan air ke laut! Dan juga bot penyelamat untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap kat rumah.
Saya cadangkan bos-bos dari Carlsberg, Tiger dan yang sewaktu dengannya, jangan asyik je nak buat display lawa-lawa kat pasaraya, untuk promosi beer sempena Tahun Baru Cina. Ni hah, buatlah promosi jugak sempena tahun baru Islam. Apa kau ingat duit RM4billion tu basi ke, tak laku ke? Kita pun nak kecoh jugak time tahun baru kita. Kita pun haus. Kita pun nak minum.
Hais... saudaraku semua...Awal Muharram nie, awal-awal mu dah buat haram! Bila baru nak sampai hujung tahun?
No comments:
Post a Comment