Apr 19, 2007

Ingatkan Cuaca Je Yang Lembap...

Di kala aku menaip entry ni... Malaysia sedang ketinggalan satu gol menentang Hong Kong dalam perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik. Ya... lawan kita ialah Hong Kong. OK saya ulang lagi ye... Hong Kong...

Tapi itu bukan apa yang aku nak kisahkan malam nie. Aku ada cerita yang lebih mengemosikan, dan sekaligus menyayat hati. Cerita bagaimana kelembapan dan ketidakpekaan sesetengah individu menyebabkan seorang anak hilang peluang melihat wajah terakhir ayahnya yang nazak di hospital. Satu peluang walau Mastercard atau Visa pun takdapat beli.

Gua akan pintas cerita nie sedikit, dan terus masuk bab gua kena jemput anak kawan gua kat sekolah. Kata doktor, bapaknya bila-bila masa boleh ‘pergi’. Jadi, setibanya di sekolah itu, gua pecutlah ke pejabat guru. Kalah Ben Johnson yang bersteroid itu kalau lari dengan gua time tu.

Masuk je kat pejabat…gua terus lah sound kat kerani-kerani tu…”saya nak jumpa X dengan cepat kerana bapaknya nazak”.

Tapi yang pukimaknya…. MEREKA TAK ADA REAKSI LANGSUNG. MUKA SEMUA SELAMBA KAMBING. Mereka tak sedar langsung tahap kecemasan yang sedang dihadapi. Seolah-olah gua sedang bergurau dengan mereka, dan gurau gua sikit pun tidak merangsang puting tetek mereka.

Diorang punya lembap mengalahkan siput babi kat parit rumah gua. Diorang semak register la, pakai sistem PA buat pengumuman suruh pelajar berkenaan datang pejabat la….semuanya rasa macam makan lapan kurun.

Lepas lebih 15minit gua tunggu tak jumpa juga batang hidung si X tu, gua teruslah mengamuk… dan sound dengan lantang kat sana.. “OI BOLEH CEPAT SIKIT TAK. TOLONGLAH… BAPAK DIA DAH NAK MATI LAH!”

Baru saat tu lah ada brader seorang nie….yang duduk nun jauh di hujung pejabat…yang mukanya nampak ikhlas dan prihatin, bertambah geram dengan tingkahlaku kura-kura rakan sepejabatnya; datang ambil mikrofon dan sound dengan lantang dan serius mengumumkan supaya X dan seorang guru bertanggungjawab turun dengan segera. Bergegarlah satu sekolah time tu. Terima kasih brader!

Drama kat sekolah tu akhirnya lengkap apabila X sampai kat pejabat. Saya pula kena isi dan sain 2 borang, fotostat IC dan menelefon si ibu untuk menyahihkan perkara ini sebelum dibenarkan membawa X ke hospital (walaupun anak rakan gua ini mengenali gua).

Setibanya di hospital…..
bapa X dah pun pergi….dan bermulalah babak meraung dan memilu hati….


Kalaulah gua tak kena tunggu setengah jam kat sekolah tu….

Pak Lah…oh Pak Lah… demi pembangunan ekonomi negara…demi tercapainya visi 2020…dan demi anak-anak yang nak melihat wajah ibubapa mereka yang dah nak mampus… silalah pastikan usaha dan saranan awak kepada kakitangan-kakitangan kerajaan mempercepatkan kerja dan tindakan mereka betul betul direalisasikan.

Haih... cubalah nanti sampai time hang dah terbaring kat spital tu...dan si Nori dan Khairy tu kena tunggu lapan jam baru dibenarkan untuk jumpa hang... mau tak haru biru jadinya!

Dan ye…seperti dijangka….pengadil dah pun tiup wisel. Malaysia 0-1 Hong Kong. Tahniah kerana sekali lagi sikap acuh tak acuh mereka yang berkhidmat untuk negara telah membawa kekecewaan kepada semua. Malaysia BOLEH!

1 comment:

Anonymous said...

lembab dan tak dapat dimaafkan