Kata orang, kita tidak boleh menilai seseorang daripada penampilan luarannya. Ini terutamanya semasa kita berdepan dengan situasi menentukan pasangan hidup.
Kita mesti memahami isi hati diorang, sikap diorang, perangai diorang, seluar dalam diorang, baju dalam diorang…. Maka disimpulkan, segala-gala yang ada kat dalam lah yang kita kena nilai untuk pilih pasangan hidup. Tak boleh tengok luaran je.
Tapi yang menjadi persoalan gua, kalau dah luaran dia tak menarik, macamana kita nak ada hati untuk mendalami atau menghayati keayuan tersirat orang tu sejak awal lagi? Jawab, jangan tak jawab.
Hah…ini ada gua tinggalkan iklan-iklan yogurt rendah lemak….yang menggunakan model-model tinggi lemak lagi berkrim untuk tatapkan ramai. Harap ia dapat membantu anda menentukan samada cinta itu celik, atau buta*. Sekian terima kasih.
*dibutakan oleh wang ringgit tak boleh diambil kira ye. Dan juga cinta dengan orang yang buta penglihatan juga tidak boleh disertakan dalam pehitungan ini.
5 comments:
kadang kala orang yang suka makan yogurt rendah lemak juga akan makan 'pork chop'..!
takde kena mengena dengan penampilan seseorang...hanya selera diorang sahaja :P
Tetapi sedara Charmayne... selera ini pada asasnya ditentukan oleh penampilan... sila rujuk peribahasa gua ini http://dewan-karut.blogspot.com/2007/05/tepuk-dada-tanya-selera.html
you betul betul karut la..! lol :p
Kalau gua tak karut, masakan gua dapat bertakhta di Dewan Karut ini... hahahaha....
ok saudara you menang!!! :P
Post a Comment