Jan 23, 2007

Berat Sama Dibiar, Ringan Sama Direbut

Maksud:
Hidup nak senang saja; tidak ingin menerima sebarang cabaran walaupun ia boleh mendatangkan manfaat besar di masa depan.

Contoh Ayat:
"Kau cubalah tanya bebudak kat kelas tu apa perancangan mereka lepas tamat sekolah? Gua gerenti 11 daripada 10 budak mesti kata nak kerja ngan kerajaan atau nak jadi peon.
Pasal apa kau tanya? Alasan diorang ialah senang dapat loan, kerja pun sikit dan mudah. Semua nak senang je. Macamanalah kaum nak maju kalau semua berat sama dibiar, ringan sama direbut… langsung takde cita-cita besar!"

1 comment:

BendItLikeDin said...

Wahaha.. Memang betul. Hampir kesemua (* hampir yea bukan semua) pekerja Gov'men ni pandai mana belajar kat luar negeri ke.. malas malas belaka. Diorang ni semua grandmaster TaiChi buat kerja and sadly kaum ku jugak rata rata yg berbuat sedemikian. Ethics takdak...