May 22, 2006

Ujian Ejaan Tahap Enam

Semalam adik gua datang kat aku....disuruhnya aku mengajar dia mengeja. Ini gara-gara persediaan dia untuk ujian bulanan.

Aduh...aku terus naik binggung pabila dihulur senarai perkataan yang akan diuji. Bukan apa, hairan juga pasal yang tertera di kertas itu ialah kata-kata bahasa Inggeris yang telah di-melayukan.

Misalnya,
astronomi
berinisiatif
gengster
diabetis
interaktif
sabotaj
vegetarian (ini kira Bahasa Malaysia juga ke?)

Perkataan-perkataan itu semuanya sudah lazim buat kita. Kita faham akan maksudnya. Tetapi, yang menjadi persoalan, tidakkah terdapat perkataan itu dalam Bahasa Malaysia asli?

Takkan Melayu hilang di dunia. Dah hilang dah pun. Menangis tak berlagu Hang Tuah yang terbaring kat kuburnya itu.

2 comments:

eat more bananas said...

actually, hang tuah is a chinese. laksamana cheng ho brought him from china to protect the sultan of melaka then. interesting post though.

gagak hitam said...

thanks for the comment. i heard bout that before. n yeah, laksamana cheng ho was a true champion!!!