Sep 21, 2006

Polis Di-Rasuah Malaysia (PDRM)

Semalam time aku memandu, ada kereta polis sebiji cucuk kat belakang gua. Aku tak goyang. Cuma pecah perut je. Pasal kereta tu penuh pelekat cermin bermesej 'JANGAN RASUAH'. Lawak giler la polis kita nie. Gua terus terbayang wajah beruk terperuk kat dalam kurungan zoo.Alaah, tak biasa pergi zoo ke korang? Kan ada notis kat luar kurungan yang suruh jangan bagi binatang-binatang tu makan. Hah, lebih kurang macam binatang juga ye polis kita...hahaha.
Persoalannya, mengapakah perlu ada sticker tu?

Adakah ia sebagai amaran kepada orang ramai supaya jangan merasuah time kantoi ngan polis?

Ataupun polis tu confirm akan mintak duit kopi, so sticker tu sebagai peringatan kepada kita supaya jangan kasi?

Pikir-pikirlah sikit 2 ayat gua tu. Ada bezanya, tau!

Tapi, kalau kita dipikir mendalam lagi, diorang makan rasuah pun pasal terdesak kot. Mana taknya, paper hari tu lapor polis berpangkat Lance Korporal pun gaji cuma RM1050 sebulan. Ciput giler. Aku rasa apek collect paper-lama kat rumah gua pun lagi masyuk la.

Gaji seribu macam tu, jangankan nak support anak bini; lipas dan tikus kat rumah pun kebulur siut.

Kasi la naik gaji diorang tu. Macam Singapura kan baik. Gaji kakitangan kerajaan diorang antara yang tertinggi kat dunia tau tak. Itu semua pasal nak basmi gejala rasuah. Kira berkesan jugalah.

Tapi gaji polis kasi naik satu cerita. Jangan kang announce nak naikkan cukai pendapatan kita, pasal nak cover dan kasi balance budget negara. Kang turn kita rakyat biasa pulak yang rajin nak pecah amanah pulak.

PERINGATAN: Raya tu dah nak sampai dah. Polis seperti biasa akan rajin ganda-gandakan operasi 'suap' oi. So berhati-hatilah. Bukan apa, gua tak nak korang berdosa pasal merasuah pada bulan Ramadhan yang mulia kang.

Sep 17, 2006

Suara Bolasepak Negara

Final Piala Malaysia semalam memang best. Gua memang tak pernah miss la game final cam nie. Setahun sekali beb. Asyik asyik layan EPL, La Liga, Serie A, J-League, Winning Eleven 9, Fifa Street je mana boleh. Kang orang kata kita takde semangat nasionalisme, dan tak sokong perkembangan sukan tempatan.

Tapi permandangan kat stadium semalam kira sayu jugaklah. Stadium boleh muat 100,000 kepala. Tapi yang datang tak sampai 40,000. Eh, kan 'Chinese Hungry Ghost Festival' dah lepas... tapi apsal 22 pemain kat padang tu macam main bola untuk tontonan hantu dan roh? Mana supporter manusianya beb?

Bab game semalam aku malas nak komen la. Korang tau-tau jelah kualiti dan standard bola kita. Passing bola kat member depan sejauh 3ela pun tak tepat. Ranking FIFA kita ialah tempat 127. Negara Lubnan yang sibuk dibedil Israel bulan lalu pun lebih baik dari kita (tempat 122). MALAYSIA memang BOLEH!

Sedih sedih sedih. Dari Liga Semi-pro dulu, lepas tu Liga Pro, lepas tu Liga Premier la, lepas tu Liga Super la... dan bertimbun-timbun lagi peraturan terbaru diperkenalkan (seperti had 3 pemain import)... semuanya digubal kerana nak memajukan standard bola kita. Tapi maju apa kejadahnya? Makin parah ada la. Haloo...Tengku Mahkota...baik hang resign jelah sebelum satu Malaysia jadi kaki bangku kerana angkara lu.Game bola dah lah parah, pengulas siaran langsung kat TV pun sama parahnya. Naik bengkak telinga gua dengar ulasan dari pengulas 'terunggul' tanahair - si Hasbullah bulat. Dah takde orang lain lagi ke? Bullah oi... tolonglah buat persediaan dan homework rapi dulu sebelum mengulas. Kau nie balik balik cerita pasal sejarah pemain, pasal sejarah nenek moyang... sah sangatlah lu nie tak tahu nak cakap apa. Ini gua bagi contoh satu siri ulasan dia:Time pemain A dapat bola:
"A sudah berumur 24 tahun. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Lepas tu pemain A pass bola kat Pemain B:
"Cantik hantaran A kepada B. Ya penonton di rumah, B sudah berumur 26 tahun. Anak kelahiran Kuala Pilah ini pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Kemudiannya, pemain B lob bola kat Pemain C:
"Kemas sungguh lob dari B ke C, yang kini sedang mengatur serangan. Untuk pengetahuan semua, C sudah berumur 23 tahun. Beliau ialah anak kebanggaan Alor Gajah dan pernah beraksi untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Bukan tu je. Dia pun suka main petik je cakap dia. Ni ada satu contoh lagi:

Mengulas mengenai keeper Perlis Tay Sin Kiat:
"ANAK MUDA ini berasal dari Tangkak, Johor..."

Eh Tay Sin Kiat tu dah berumur 28tahun la. Anak MUDA apa lagi. Bukan 1st time beb. Sebelum ini pun gua banyak kantoi lu panggil player yang berumur 30lebih sebagai anak MUDA! Gua nak tau la...istilah MUDA untuk lu ialah dari lingkungan umur berapa ye?

Tolonglah, demi masa depan bolasepak kita, FAM dan media kita patut tukar apalah yang patut tukar.

*Sebenarnya bukan si Hasbul je yang teruk, semua pengulas sukan yang lain pun lingkup habih! Gua miss time ada Karel Stromsik, ada Zoran Nikolic, time Chow Kwai Lam tak kantoi match-fixing, dan Serbegeth Singh yang masih belum digelar 'Shebby' dan kekal brutal dengan tacklenya.

Sep 7, 2006

Otak Tak Berisi, Kaki Terkangkang-kangkang

Maksud:
Peribahasa khas untuk kaum Hawa yang kurang cerdik, tetapi berjaya melepasi pelbagai rintangan hidup dan kerja hanya dengan mengangkang kaki untuk 'santapan' lelaki.

Contoh Ayat:
Korang toksah mimpi nak dapat jawatan Naib Presiden tu. Bos dah kasi kat betina yang otak tak berisi, kaki terkangkang-kangkang. Bukan sebarang kangkang beb, orang cerita siap ngan jubur dia bos taruk!

Sep 6, 2006

Viva La Bola

Minggu lepas transfer market untuk pemain-pemain bola di Eropah telah ditutup. Banyak jugaklah kelab-kelab yang membabi buta main sain je player. Boleh pakai, tak boleh pakai belakang kira. Janji sain dulu. Ini termasuk kelab-kelab stok dengki dan kaya nak mampus. Diorang ni sanggup beli player lepas tu simpan, semata-mata tak nak kelab musuh dapat khidmat pemain tertentu.

Tetapi, yg selalu buat gua pecah perut ialah time gua baca berita perpindahan pemain dari satu kelab ke yang lain. Pemain pemain selalu akan kata ianya impian terbesar mereka untuk jadi player kelab baru mereka. Atau mereka akan kata mereka ialah penyokong setia kelab terbaru mereka dan ianya bagai impian jadi nyata untuk jadi playernya.

Ini contoh petikan dari Pascal Chimbonda (ex-Wigan) yang baru dibeli Spurs:

"I always wanted to be here. It is a footballing decision.
Tottenham is a great club where I hope I can play my best football."

'ALWAYS WANTED TO BE HERE' sial. Hahaha. Kelakar babi. Chimbonda tu baru setahun kat EPL dah kata impian dia selama ini ialah main untuk Spurs. Tapi gua ada kes yg lagi klasik untuk hiburan ramai. Ingat tak Freddy Adu? Budak nigger kurang hensem kulit hitam, player USA tu? Dia dengan selambanya kata kat wartawan tahun lepas:

“I definitely want to play for CHELSEA one day.
They're MY FAVOURITE CLUB IN THE WORLD”.
Mentang-mentang Chelsea kaya, dia pun main petik je lah nama kelab tu so si Jose akan beli dia. Magik giler siut... budak mentah yang tinggal kat US tu boleh kata Chelsea ialah favourite dia. Aduh, mana ada haram kat US tu tau Chelsea tu apobendo time tu? Aku rasa tak sampai 1% pun orang US layan bola. Kalau dia kata MU ke, Real Madrid ke, MPPJ ke (songlap duit kuat nie!), boleh jugak aku ampun.

Hahaha. Duit tu hantu segalanya. Kita tak boleh salahkan player bola. Pasal ahli politik pun rajin tukar kem time dapat offer baik. Habih hilang pendirian dan agenda sendiri bila duit dah beratur kat depan mata. Ntah-ntah satu hari nanti tok guru PAS, Nik Aziz tu pun akan kata:

"I always wanted to be here. It is a political decision.
UMNO is a great party where I hope I can play my best politics."

Tsk tsk tsk tsk...

Sep 4, 2006

Hang Tuah Asal Segambut Barat Daya

Aduh..merdeka nie cuti panjang panjang buatkan otak aku pun dah tenat. Pasal tak guna langsung.

Time hari Merdeka tu, paper tempatan semua sibuk taruk headline yang berkaitan ngan perpaduan. Pemimpin, NGO, dan yang setaraf semua menasihatkan orang Malaysia supaya memupuk semangat perpaduan. Mana taknya, diorang semua telur dah kecut dah, pasal diorang sedar hubungan sesama kaum cukup tegang sekarang (korang tak dapat rasa ke?). Silap langkah je mulalah merusuh lagi.

Aku cukup tak paham la. Walau selepas 49 tahun kita merdeka, selepas konfrontasi dengan jiran seberang, selepas peristiwa Mei 13, dan selepas orang melayu dah anggap Stephen Chow sebagai idola, selepas orang Cina dah pandai makan ngan tangan, masih terdapat orang yang nak membahagi-bahagikan perpaduan negara.

Ada brader kita komen bahwa Hang Tuah itu sebenarnya orang Cina dalam artikel 'Ujian Ejaan Tahap Enam' gua. Terima kasih terdahulu atas komen anda yang menginspirasikan artikel ini. Sememangnya komen sedemikian dialu-alukan dengan penuh ikhlas.

Samada Hang Tuah tu Cina ke Melayu, atau duduk kat Segambut ke tak penting. Janji orang-orang kita anggap dia orang Malaysia. Itu yang penting.

Gua pun selalu macam tu. Orang tanya gua, 'lu ni melayu ke, serani ke, binatang ke, ke cina'? Biasa gua jawab gua ni orang malaysia. Takde kaum mana-mana punya. Habis berbulu mamat yg menanya tu.

Tak guna walau kita merdeka 1000 abad pun kalau hati kita tak dapat nak menerima identiti dan kebudayaan kaum lain, dan tak dapat nak mengiktiraf pencapaian kaum lain. Buat apa nak iri hati.

Harap-harap tidak ada puak-puak mana nak membangkitkan lagi ye isu ketuanan Melayu (Malay Supremacy). Ataupun yang kata ekonomi Malaysia akan parah tanpa orang Cina. Sesungguhnya negara ini milik semua. Tanpa mana-mana satu kaum, negara ini tidak mungkin dipanggil Malaysia lagi.

*SALUTE mat-mat rempit kat Jalan Raja Laut masa malam merdeka tu. Korang memang caya. Buat wheelie tegak 90darjah selamba bapak korang je. Lepas tu telinga cecah jalanraya time ambil korner. Apa Rossi Rossi. Hah ni Mat Rempit dari Workshop Kg. Chubadak jelah. Orangputih pun kena tabik sikit siut. MALAYSIA BOLEH!