Dec 29, 2006

Tangan Bangku

Maksud:
Orang yang tidak mahir memegang mug beer dan minum

Contoh Ayat:
Eh mana boleh cam tu! Dah tau kau ni tangan bangku, lagi dia nak suruh setengah-setengah bil beer tu. Masa kau minum satu mug, dia dah belasah 7 jag sial!

Dec 21, 2006

Belacan Cap Rais Hensem

Cayalah lu Rais. Masuk paper beberapa minggu lepas ye. Siap muka hang besar-besar kat front cover lagi. Tapi kali nie masuk paper bukan pasal kau kantoi ISA ke, kau kurang ajar ngan polis ke. Kali ini orang buat feature story pasal lu. Temuramah sikit hidup awak sekarang nie. Hahaha kira tak sia-sia jugaklah perjuangan awak selama nie. Dapat jugak pengiktirafan ‘mainstream’ akhirnya (eh nilai full-page-full-colour page The Star lebih RM20000 sial).

Che Guevara Malaysia. Fuih..nama ganas benar. Seiringlah dengan imej engkau ye. Tapi time gua baca artikel lu dalam paper, yang betul-betul menarik perhatian kepala lutut aku ialah time kau kata nak promote belacan. Wah ini sudah bagus! Kau kata kalau makanan negara lain boleh di-antarabangsa-kan, kenapa tidak makanan Malaysia kita?

Aku setuju 800% dengan cakap kau tu oi. Kita patut bangga dengan makanan sendiri. Aku paling berbulu bila orang kata makanan orang asing itu paling sedap.

Ini teramat ketaro dengan mereka yang gemar sushi sebenarnya. Aduh. Kimak betui la. Gua sebenarnya takde dendam dengan sushi ke, dengan pembuat sushi ke. Dan sushi ni pun bukannya pernah rogol-kongsi tayar kereta gua.

Tapi yang buat gua bengkak ialah beberapa ekor kawan gua yang mengidolakan sushi ni. Kisah sushi diorang memang panas telinga dengar. Bagi mereka, ia adalah satu-satunya sebab mereka hidup di dunia. Padahal, diorang cuma mula makan sushi sejak beberapa tahun lalu.. Habis zaman kanak-kanak dia kira tak hidup la ye. Pundek kimak cibai mak korang basi la.

Hulurlah tempoyak kat diorang, mesti diorang tanya… “err..what’s that?” Sama jugaklah nasib sambal belacan, cencalok dan segalanya yang mempunyai rasa tempatan. Kalaulah si belacan tu terdengar semua ini, mesti belacan sedih sehingga hilang bau belacannya.

Apakah sudah lupa wahai kawan ku yang suka sushi, bahawa makanan-makanan tempatan ini yang membesarkan kamu oi. Bahawa kentut-kentut kamu berbau tempoyak suatu masa dahulu, atas berkat kesedapannya oi.

*Apakah kamu sudah lupa bagaimana nenek moyang kitorang sibuk melawan penjajahan Jepun dahulu? Dan bagaimana askar-askar Jepun menodai dan memancung kepala orang kita sedap-sedap dia je. Dan kamu tak rasa bersalah ke mengidolakan barangan jepun.

Memanglah kerajaan menyarankan kita selalu ‘pandang ke timur’. Dasar ini memang baik. Tapi taklah sampai kita lupa dengan akar umbi kita ye.Hais…sesungguhnya Rais, gua betul berharaplah belacan kitorang dapat pengenalan sebegitu dengan orang luar. Bayangkanlah ye kalau orang Serbia atau Finland kata “Wow belacans is my life”.


*Sebagai cara aku memprotes kezaliman Jepun dulu, aku sekarang rajin mendownload dan menonton cerita blue gadis-gadis jepun kena 'rogol' balik.

Dec 4, 2006

Ada Apa Dengan Nama?

Pelik benar la. Dah takde nama nak pakai lagi ke manusia manusia sekarang hah? Baru tadi gua terbaca surat yang mana pengirimnya bernama River Foo. ‘Sungai’ pun dibuat nama ye.

Sindrom ini amat ketara dengan orang cina terutamanya. Dan cina yang biasa pakai nama poyo-poyo cam nie biasanya cina standard jinjang utara. Cina yang kurang bersekolah, yang nak ber-abc pun tak terrer lagi. Tapi diorang cukup berkeyakinan dengan kepoyoan mereka.

Contoh lagi satu ialah nama Deep Ng. Kimak betul. Deep, yang bermaksud ‘kedalaman’ pun boleh buat nama. Ni sah budak kuat berjubur, yang sukakan rakan gaynya mengorek sedalam mungkin.

Selain itu nama buah-buahan dan bulan-bulan pun tak terlepas daripada dimalukan. Umpamanya Mango Ng, Guava Tan, Lemon Lim, January Low, August Low, Forrest Ng (ni sah orang WWF).

Tapi yang paling klasik ialah cerita orang bernama Yellox Wong. Mamat ni dilahirkan pada tahun ‘Ox’ di kalendar cina. Nama keluarganya pula ialah ‘Wong’ yang bermaksud kuning (yellow) dalam cina. Jadi dengan otak segenius kambing kurap kat belakang semak rumah arwah nenek aku… dia mengabungkan semua elemen itu menjadi ‘Yellox’. Best kan?

Ada seekor budak hingusan pula kata kat gua bahawa nama-nama yang boleh dijumpa dalam kamus itu semuanya nama pariah. Laaa…patutlah cicak bernama ‘Angel’ peliharaan aku tu merajuk dan tak nak makan biskut marie gua kasi. Rupa-rupanya dia kecil hati pasal namanya pariah. Ok ‘Angel’... gua namakan lu ‘Khairy’ pula…amacam? Nama VIP tuu siut.

Orang melayu pun tak kurang hebatnya. Sekarang nie diorang rajin meng-omputih-kan nama diorang. Tapi, Melayu nie terbalik pula dengan orang Cina. Hanya Melayu yang konon sekolah tinggi tinggi, yang duduk kat bandar, yang lepak bangsar, yang lepak ghetto heaven (cam bagus je), yang kononnya pikir budaya orang putihlah akar umbi dioranglah yang rajin pakai nama gempak-gempak.

Nama Ali kalau eja A.L.I mana kelas beb. Ejaan baru ialah A.L.L.Y. Faridah pula ditulis ‘P.H.A.R.I.D.A.H’….konon lah ada sangkut paut ngan si Pharrell Williams.
Hmmm...nampaknya hanya kaum minoriti kita, iaitu orang india je yang masih kekal dengan keaslian nama mereka. Mereka tak main reka je nama baru. Mereka juga tidak memperkenalkan ejaan baru untuk nama mereka. Cuma mereka nie suka bagi nama singkatan je... seperti Andy...yang asalnya Muniandy; Sam...atau semasa bayi dipanggil Muthusamy... etc

Sekian.

Nov 30, 2006

Bapak Korek, Anak Suntik

Maksud:
Perangai dan perlakuan bapak dan anak adalah dua kali lapan, sama saja jahatnya.

Contoh Ayat:
Haa tulah bapak korek, anak suntik! Sedang bapak dia sibuk mengorek puki orang gajinya, anak pula tak habis habis dengan jarum dadah dia. Rosak... oi

Nov 20, 2006

Kisah 3 Ringgit

Seminggu dua yang lepas ada berlangsung pertandingan bola sepak bawah 20-tahun Asia. Tempatnya di India. Dan seperti biasa, pasukan negara kalah kesemua 3 perlawanannya.

Aku selalu tanya kat kasut bola aku, dimanakah silapnya permainan kita ye? Di tahap pengurusan? Di tahap skil pemain? Atau kemudahan tidak mencukupi?

Dan seperti biasa...kasut bola aku pun jawab:

Pengurusan kita takde masalah. Coach kita upah selalu memang bertaraf dunia. Ada Allan Harris. Ada Claude Le Roy (kesian Si Claude ni... kena maki kawkaw kerana dikatakan tidak terrer. Tapi kita tak sedar, seteruk mana Claude nie pun, lepas tu dia berjaya bimbing Cameroon pi Piala Dunia kat Jepun!)
Pasal skil pulak, sebenarnya takleh nak nafi, pemain kita memang ada skil. Dulu gua ada kawan ni state-player. Pheh...skil dia macam aku main FIFA Street la. Ternganga mulut la kalau lu tengok. Tapi dia kata, diorang takleh buat skil time competition. Sure kena maki ngan coach. Laa...patutlah Liga Super kita boring giler...

Kemudahan apa lagi kita nak. Nak stadium besar-besar, kita bina. Nak equipment hi-tech giler kita sediakan. Nak but mahal-mahal kita sponsor. Nak artis-artis cun buat isteri kita halalkan. Tapi main macam kambing jugak!

Aku mengangguk kepala je dengan penuh sayu selepas mendengar kata-kata kasut bola FungKeong aku. Haih, gua ingat lagi time 90an dulu, team bawah 14-tahun kita tu juara Asia Pasifik. Budak Jepun dan Korea pun tolak tepi la. Sekiranya pemain-pemain kita boleh menundukkan lawannya dari Jepun, Korea, etc masa diorang 14 tahun... kenapa diorang tidak boleh berbuat demikian di peringkat senior pulak? Kan itu satu set pemain yang sama je. Pening pening...

Kalau disiasat betul-betul, silap sebenar ada kat sikap pemain kita sendiri. Diorang nie takde semangat untuk menang langsung.

Masa aku sekolah dulu-dulu, tiap tahun diorang akan buat selection school team untuk bolasepak, sepaktakraw, hoki, bola tampar, olahraga, bola baling, etc. Walaupun ada bermacam sukan, semuanya mempunyai satu persamaan. Iaitu kesemuanya diwakili oleh pelajar-pelajar yang sama.

Aku ada seorang kawan time tu, dia ni school team untuk 6 jenis sukan. So, aku pun tanya la dia, nie, kau nie semua nak masuk...boleh main ke?

Dengan spontan santan dia jawab "Oi, elaun kencang la. Sehari game RM3 siut. Lepas duit makan, rokok, blablabla". Aku tanya 10 budak, 11 budak akan kata pasal duit elaun tu.

Lah, pasal elaun RM3 tu, habis harapan sekolah, dan seterusnya harapan negara. Biar aku kira sikit berapa dia boleh dapat setahun menjoin school team: RM3 x 6 sukan x 2 hari bertanding (mininum) = RM36...FUYOHHHH banyak gila tuuuuuuuuuuu!

HARAM JADAH! Patutlah sekolah aku tak pernah memang apa-apa pun kecuali team basketball yang dianggotai budak cina. Cina sekolah aku tu hanya main bola keranjang je, samalah dengan mata diorang yang keranjang full-time. Peringkat zon, daerah, bandar, negeri semua diorang sapu...

Tapi team lain pulak selalu kena sapu...

*Agak melampau jugaklah, kerana dalam team bola tampar sekolah dulu, ada jugak player yang setinggi 5kaki je. Macamana cikgu gua select pun gua tak tau. Cina basketball yang tinggi cam buluh takde peluang nak join kerana biasanya ia selection 'tertutup'. WOOHOO...RM3 lagi untuk budak 5kaki tu.

Nov 15, 2006

Toto Maju, Rakyat Bahagia

Aku ada terserempak dengan satu iklan yang cukup menarik dalam akhbar tempoh hari. Iklan ini dari agensi judi rasmi negara (saya kata rasmi kerana kaum rasmi negara kita, iaitu orang Melayu sendiri jugak yang layan Toto).
Dalam iklan tu Sports Toto kata diorang sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat. Dan sentiasa berbakti kepada masyarakat. Kerana prinsip utamanya ialah 'memberi balik secubit duit daripada segenggam yang disumbang rakyat'.

Ilklan ini sememang bagus dalam mengaburi mata kaki kaki judi dan juga masyarakat biasa. Kerana ia berjaya mencapai objektifnya seperti berikut:

1) Membuatkan kaki judi rasa tidak bersalah untuk terus beli nombor ekor kerana mereka rasa duit itu tetap disumbangkan kepada rakyat (secara tak langsung mereka rasa mereka juga berpahala).

2) Memberikan Sport Toto satu imej bertanggujawab lagi murah hati.

3) Membuatkan mereka yang punyai duit lebih dan tidak tahu nak buat apa; beli nombor ekor kerana mereka rasa mereka bagai membuat derma kepada tabung rakyat.

Hais...cerita punya cerita, dah nak pukul 6pm dah. Ok aku nak cabut dah nie. Kang tak sempat pulak nak beli nombor. Kedai Toto tutup pukul 7pm siut. Caucincau.

*Cerita Toto nie buat aku ingat kawan sekolah aku dulu...tulis karangan omputih bertajuk 'Sport'. Ia berbunyi seperti ini:

My name is Lau Boon Huey. I like to sport. I am very sporting. I have sport car. My perfume is Polo Sport. I buy Sport Toto....

Aku tak tau lah macamana rasa cikgu masa semak karyanya...

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Kemaluan

Maksud:
Perkembangan pesat bidang pelacuran sudah menyenangkan orang laki memuaskan nafsu mereka bila dan di mana saja.

Contoh Ayat:
Eleh Wak Seman, buat apa susah susah nak kahwin. Sekarang nie kan, di mana ada kemahuan, di situ ada kemaluan lah. Kita dah boleh booking pakai phone atau laman web kalau nak main. Bapak ayam siap hantar puki depan rumah oi.

Nov 13, 2006

Ampun Sejuta Ampun

Mak datuk...rupa rupanya dah dekat sebulan aku tak masuk blog ini.

Sorri ye kat semua pembaca... banyak hal sikit kebelakangan ini, berserta dengan raya-sakan gua...buatkan gua takde masa langsung nak menaip.

Korang tunggu jelah ye. Insya-allah, lagi 2-3 hari kang aku poskan cerita baru pulak. Gua ada banyak nak cerita nie.

Selamat.

Oct 19, 2006

Tahun Merawat Malaysia 2007

3 bulan lagi nak mula dah Tahun Melawat Malaysia 2007. Heboh jugaklah kerajaan kita nak memperkenalkan destinasi negara kita kat orang luar. Siap semua kapalterbang MAS pun diconteng ngan logo Tahun Melawat Malaysia.

Tapi gua rasa kita tak terdaya nak menyambut tetamu luar lagi la. Pasal banyak isu-isu dalaman pun belum selesai. Adalah lebih tepat kalau kita gelar tahun 2007 sebagai 'Tahun Merawat Malaysia'.

Apa yang perlu dirawat korang tanya? Isk..Isk..Isk..

1) Jerebu
Ini kes serius nie. Mesti pelancong berbulu datang masa jerebu. Mau tak berasap kepala diorang. Tapi saya ada satu cadangan untuk atasi masalah nie. Kementerian Pelancongan boleh melancarkan iklan selingan 'Tahun Melawat Malaysia', yang menasihati orang asing lebih awal supaya tidak melawat Malaysia masa bulan-bulan jerebu itu (eh tak lari la bulan mana jerebu akan attack setiap tahun).

Lebih baik kita tak untung duit pelancong time tu, daripada kena maki-hamun dan sumpah ala Mahsuri dimana mereka tidak akan jejak kaki kat sini lagi untuk 7 keturunan akan datang. Kaedah ini semestinya meningkatkan imej Malaysia sebagai negara yang bertanggung-tapi-tak-suka-jawab.

2) Kaum, Kaum, Kaum
Isu lama la. Tak pernah selesai pun. Kempen iklan Kementerian Pelancongan kali ini sibuk mempromote line 'Malaysia - Truly Asia'. 'Truly Asia pasal kita kat sini adalah rojak segala budaya Asia. Truly Asia kerana masyarakat berbilang kaum Malaysia dapat hidup aman dan harmoni. Tapi... itu cuma mesej yang disampaikan kepada orang asing. Hakikatnya mungkin berbeza. Kalaulah orang Malaysia sendiri yang terlihat iklan-iklan itu, kita mungkin tak nampak line 'Malaysia - Truly Asia' kot. Tapi yang tertera mungkin ialah 'Malaysia - Ugly Asia'. Renung-renungkanlah ye apa yang meng-ugly-kan persefahaman berbilang kaum kita yang cukup berharga.

3) Mat Rempit
Betul glam la bebudak rempit sekarang. Masuk paper kini lebih dari abang Khairy kita tu hah. Mat rempit ni, time gua lepak kat area Tabung Jalan Ipoh dulu-dulu taklah sekronik cam sekarang (dulu sedap-sedap nama Mat Motor kan elok je. Panggil rempit je, nama terus busuk cam armpit pulak).

Sekarang nie diorang main bunuh-bunuh la, main rompak-rompak la, main baling mercun kat balai polis la. Aduhai. Apsal diorang tak kekal dalam bidang kepakarang mereka je, iaitu challenge lumba haram dan memantat bohsia? Kan elok tu.

Memang diorang ni kena disettlekan la. Kalau tak, gerenti cuak mat salleh ternampak beruk nungang motor time bersiar kat Dataran.

*Terima kasih bebanyak la kat Putera UMNO, yang cukup ikhlas dan baik hati, mengajak mereka join parti (dengan harapan dapat pancing/beli 50,000 undi mereka kelak ye). Tapi, sekali plan Putera UMNO back-fired kang, semua member Putera UMNO pulak tukar jadi rider. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga oi!

4) Infrastruktur Pengangkutan & Dan Yang Sewaktu Dengannya
Ini gua maksudkan jalanraya, LRT, dan banjir kilat kitalah. Parah sial. Sikit-sikit rosak, Sikit-sikit nak roboh (eh Samy...nie MRR2 baru buka nie, bila nak tutup balik?). Buat traffic sesak je. Selama gua hidup kat KL ni kan, tak pernah gua tengok jalanraya tak kena korek (BETUL SIUT! Cuba korang perhati time memandu, mesti nampak part kena korek. Kesian giler. Kalau jalan tu boleh bersuara, dah lama dah 'PUKIMAK' melekat kat telinga kita tau). Semua korek mengorek ini atas nama nak meng-upgrade jalan. Kononlah ye. Upgrade tah ke mana, jalan tah ke mana, tapi kita makin hari makin merana.

Eh banjir kilat kat KL pulak? Aiseh ni gua tak yah la nak ulas lanjut. Bangunan dah tinggi tinggi kat KL. Tapi problemnya air pun ikut tinggi sekali. Malu oi kalau omputih nampak.


So, apa boleh kita buat oi... kita tunggu je lah kedatang pelancong semua dengan kaki terkangkang. Biar kita kena FUCK sikit, barulah boleh sedar sikit.

Oct 15, 2006

Bahasa Jiwa Bangsat

Pssst...ribuan maaf la ye. Lama tak kemaskini blog gua ini. Bukan apa, gua takut kantoi ngan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kan diorang dah turunkan perintah: "Barangsiapa yang didapati mencemarkan Bahasa Malaysia akan dikenakan denda!!!". Korang bukannya tak tau tahap pencemaran bahasa gua pakai kat sini. Semuanya melebihi paras 300API. Silapharibulan, gua dapat saman kang.

Menurut KeKKWa dan DBP, ni ialah langkah nak memartabatkan bahasa kebangsaan. Mungkin lepas nie diorang ada polis Bahasa ye... meronda sekitar bandar... dan mencuri dengar perbualan kita... terlepas cakap bahasa pasar je, terus kena saman.

Aku pun tak tau macamana diorang nak memartabatkan bahasa ini. Pasal diorang sendiri pun tidak beri contoh yang baik untuk diikuti kita. Ni gua ada cerita berkenaan ketidakbetulan DBP yang cukup box-office. Kalau difilemkan, Gubra pun gelabah la.

Berikut adalah satu petikan dialog, kejadian sebenar yang sebetul-betul dan betul berlaku (gua takde tokok-tambah 'Ajinomoto' langsung kat cerite nie). Adegan bermula dengan
seorang pakcik tua yang mempunyai masalah mengenalpasti satu perkataan BM telah menelefon ke hotline bantuan Dewan Bahasa.

(Ringgg....Ringgg......Ring.....)

DBP: Hello, Dewan Bahasa. Boleh saya bantu anda?

Pakcik: Dewan Bahasa ye. Baguslah tu. Ye cik, saya nak tahu lah, 'hamster' dalam Bahasa Malaysia ialah apa?


DBP: 'Hamster' ye?

Pak: Iye... dah puas pakcik cari kat kamus. Tak jumpa jumpa langsung istilahnya dalam Bahasa Malaysia. Boleh tolong tak?


DBP: OK pakcik. Sila tunggu sebentar ya.


(Kedengaran suara beberapa orang sedang berbincang di latar) ...Beberapa minit kemudian

DBP: Hello pakcik, ok kami sudah dapat perkataan itu.


Pakcik: Wah baguslah tu...


DBP: Ya pakcik, 'hamster' itu dipanggil 'Arkus'!


Pakcik: Arkus? Bahasa Malaysia ke itu? Memang betul hamster dipanggil 'arkus'?


DBP: Errr pakcik, sebenarnya... dalam Bahasa Malaysia ini tak ada perkataan untuk hamster. Tapi kami dah berbincang dah, dan kami berpendapat hamster itu seperti ARnab dan TIkus. Oleh itu kami namakannya 'Arkus'.

Pakcik:
(Terngaga... dan gigi palsu dan bulu hidung pun nyaris tertanggal) Hmmm begitu ye. Terimakaseh la ye nak.

-Tamat-

Aduhssssss. Best giler jawapan diorang kan? Ini macam aku pun boleh jadi jurubahasa kat DBP. Sedap-sedap main gabung dua perkataan...dan 'JENG.. JENG.. JENG..'....terhasillah perkataan Melayu baru.

Gua ada contoh best nie. Katakanlah ada murid ini nak isi borang kat sekolah. Semua dia boleh isi kecuali ruangan 'Bangsa'. Pasal dia nie berdarah kacukan. Lepas tu pikir dia... bapa dia orang cina. Mak dia pula orang Baii (Bengali ye). Maka, dengan sesegera mi segera 2-minit Maggi, dia pun tulis lah 'Cibai'.

Tak salah kan, wahai DBP? Sedangkan arnab dan tikus boleh dicampur. Inikan pula manusia. Yeehaahhhh!!!!

* Kepada menteri-menteri kita yang sibuk mempertahankan kewibawaan Bahasa Malaysia, dan memperjuangkan penggunaannya, gua ada satu soalan ni: "Oi, anak-anak korang semua kat mana sekarang? Apa... kat London, kat LA? Sekolah-sekolah sana ada diorang ajar murid pakai BM ke? MEMANG BAGUSLAH korang hantar diorang menuntut kat luar ye.

Oct 4, 2006

Tiada Politik. Tiada Hiburan.

Hari nie gua ada terjumpa kartun-kartun yang kelakar, berunsur politik pulak tu. Memang lawak. Sesuai sekali dijadikan hiburan seisi keluarga dan haiwan peliharaan.Mengenai pelukisnya pula, Zunar, time gua kecik-kecik dah layan dah kartun dia kat majalah Gila-Gila (oi apa dah jadik kat Gila-Gila sekarang??? Kualiti jatuh dah macam gampang!) . Tapi masa kecik tu orang kata budak hingusan lagi la... tak paham gua dengan lawak politiknya.Apapun, amat diharap lah Zunar akan teruskan usaha melawakkan arena politik negara menerusi kartunnya. Dan juga diharap, ahli-ahli politik negara meneruskan usaha, kata-kata dan aksi badut mereka. Sessungguhnya, setiap keputusan dan perlakuan badut ahli politiklah yang memberikan inspirasi kepada Zunar untuk terus menghibur.

Oct 2, 2006

Antara Puasa & Dosa

Puasa dah seminggu lebih. Seksa giler masa mula puasa 2-3 hari tu. Nak menulis dalam ruangan ini pun malas. Mana taknya, tetiba kena berhenti tabiat rokok dan kopi-o pada masa paling ketagih, iaitu masa kerja gua.

Tapi segian mana pun, pahala puasa tetap didahulukan. Hahaha... inilah peluang menebus dosa yang berlori-lori banyaknya dalam setahun siut.

Aku ada kisah yang nak diceritakan la pasal puasa ni. Hari tu lepas terawih, aku pun lepak la kat kedai snooker (ini je senaman yang sesuai time bulan puasa). Time main snooker tu, ada juga aku perasan kutu-kutu kat penjuru gelap tu. Semuanya dok sibuk layan kuda dan jackpot. Bukan tu je, siap ada seekor dua yang sempat lagi nak tekan betting dan minum beer. Ini betul moyang segala dosa, pikir aku.

Judi tu dahlah haram. Korang sertakan beer sekali. Lepas tu buat time bulan Ramadan. Aduh... aku pun tak tau nak cakap apa dah. Diorang ni tak takut ke dipanggang dek api neraka kang?

Tak boleh ke diorang buat macam kengkawan aku yang dua-tiga-empat-lima orang tu. Geng ini memang mafia Malaya lah - kaki judi, kaki minuman, kaki perempuan, kaki *ehem*, dan yang sewaktu dengannya.

Tapi, walau sejahat mana pun, time puasa je semua tu diorang stop. Puasa memang penuh. Dan terawih pun tak pernah tinggal.

Aku pun heran macam mana diorang dapat tahan. Salah seorang tu selamba kata:
"Iman kena kuatlah beb." (ADUHHHH...rosak betui keparat seekor nie. Iman kuat pulakdah. Kalau betui kuat, takkan bulan-bulan lain boleh buat jahat kan?)

Member gua pun menokoknambah lagi lepas tu:
"Cuba kau lihat dari sudut ini. Kalau hari-hari cuaca cerah dan cantik je, apakah kamu akan menghargainya? Itu pasal la kita kekadang tu ada ribut, ada salji, ada puting beliung, ada Twister, ada Titanic... (gua potong dia sini sikit pasal dia dah mula mengarut dah)."

Dan dia bersambung lagi:
"Sama jugaklah puasa ni. Kalau kita hari-hari buat baik je...kan boring je. Macamana kita dapat menghayati erti sebenar dan pahala puasa ni."

"11 bulan buat jahat. Sebulan buat baik. Kau ingat senang ke? Kalau IMAN TAK KUAT macamana boleh tahan, betul tak? Dan pahala puasa juga berlipat ganda oi. Kira fair & square la dengan dosa kita. "

Aiseh... untuk sejenak tu, ada benarnya jugak cakap dia gua rasa. Hahaha...

So aku pun buat la kesimpulan sementara ini: Pahala time bulan puasa lebih kaw. Kaw sehingga boleh kasi padam semua dosa kita untuk setahun ye. So, kira kita boleh teruskan la dosa kita, dan buat amal pula bila time puasa...kakakakaka!

Sep 21, 2006

Polis Di-Rasuah Malaysia (PDRM)

Semalam time aku memandu, ada kereta polis sebiji cucuk kat belakang gua. Aku tak goyang. Cuma pecah perut je. Pasal kereta tu penuh pelekat cermin bermesej 'JANGAN RASUAH'. Lawak giler la polis kita nie. Gua terus terbayang wajah beruk terperuk kat dalam kurungan zoo.Alaah, tak biasa pergi zoo ke korang? Kan ada notis kat luar kurungan yang suruh jangan bagi binatang-binatang tu makan. Hah, lebih kurang macam binatang juga ye polis kita...hahaha.
Persoalannya, mengapakah perlu ada sticker tu?

Adakah ia sebagai amaran kepada orang ramai supaya jangan merasuah time kantoi ngan polis?

Ataupun polis tu confirm akan mintak duit kopi, so sticker tu sebagai peringatan kepada kita supaya jangan kasi?

Pikir-pikirlah sikit 2 ayat gua tu. Ada bezanya, tau!

Tapi, kalau kita dipikir mendalam lagi, diorang makan rasuah pun pasal terdesak kot. Mana taknya, paper hari tu lapor polis berpangkat Lance Korporal pun gaji cuma RM1050 sebulan. Ciput giler. Aku rasa apek collect paper-lama kat rumah gua pun lagi masyuk la.

Gaji seribu macam tu, jangankan nak support anak bini; lipas dan tikus kat rumah pun kebulur siut.

Kasi la naik gaji diorang tu. Macam Singapura kan baik. Gaji kakitangan kerajaan diorang antara yang tertinggi kat dunia tau tak. Itu semua pasal nak basmi gejala rasuah. Kira berkesan jugalah.

Tapi gaji polis kasi naik satu cerita. Jangan kang announce nak naikkan cukai pendapatan kita, pasal nak cover dan kasi balance budget negara. Kang turn kita rakyat biasa pulak yang rajin nak pecah amanah pulak.

PERINGATAN: Raya tu dah nak sampai dah. Polis seperti biasa akan rajin ganda-gandakan operasi 'suap' oi. So berhati-hatilah. Bukan apa, gua tak nak korang berdosa pasal merasuah pada bulan Ramadhan yang mulia kang.

Sep 17, 2006

Suara Bolasepak Negara

Final Piala Malaysia semalam memang best. Gua memang tak pernah miss la game final cam nie. Setahun sekali beb. Asyik asyik layan EPL, La Liga, Serie A, J-League, Winning Eleven 9, Fifa Street je mana boleh. Kang orang kata kita takde semangat nasionalisme, dan tak sokong perkembangan sukan tempatan.

Tapi permandangan kat stadium semalam kira sayu jugaklah. Stadium boleh muat 100,000 kepala. Tapi yang datang tak sampai 40,000. Eh, kan 'Chinese Hungry Ghost Festival' dah lepas... tapi apsal 22 pemain kat padang tu macam main bola untuk tontonan hantu dan roh? Mana supporter manusianya beb?

Bab game semalam aku malas nak komen la. Korang tau-tau jelah kualiti dan standard bola kita. Passing bola kat member depan sejauh 3ela pun tak tepat. Ranking FIFA kita ialah tempat 127. Negara Lubnan yang sibuk dibedil Israel bulan lalu pun lebih baik dari kita (tempat 122). MALAYSIA memang BOLEH!

Sedih sedih sedih. Dari Liga Semi-pro dulu, lepas tu Liga Pro, lepas tu Liga Premier la, lepas tu Liga Super la... dan bertimbun-timbun lagi peraturan terbaru diperkenalkan (seperti had 3 pemain import)... semuanya digubal kerana nak memajukan standard bola kita. Tapi maju apa kejadahnya? Makin parah ada la. Haloo...Tengku Mahkota...baik hang resign jelah sebelum satu Malaysia jadi kaki bangku kerana angkara lu.Game bola dah lah parah, pengulas siaran langsung kat TV pun sama parahnya. Naik bengkak telinga gua dengar ulasan dari pengulas 'terunggul' tanahair - si Hasbullah bulat. Dah takde orang lain lagi ke? Bullah oi... tolonglah buat persediaan dan homework rapi dulu sebelum mengulas. Kau nie balik balik cerita pasal sejarah pemain, pasal sejarah nenek moyang... sah sangatlah lu nie tak tahu nak cakap apa. Ini gua bagi contoh satu siri ulasan dia:Time pemain A dapat bola:
"A sudah berumur 24 tahun. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Lepas tu pemain A pass bola kat Pemain B:
"Cantik hantaran A kepada B. Ya penonton di rumah, B sudah berumur 26 tahun. Anak kelahiran Kuala Pilah ini pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Kemudiannya, pemain B lob bola kat Pemain C:
"Kemas sungguh lob dari B ke C, yang kini sedang mengatur serangan. Untuk pengetahuan semua, C sudah berumur 23 tahun. Beliau ialah anak kebanggaan Alor Gajah dan pernah beraksi untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Bukan tu je. Dia pun suka main petik je cakap dia. Ni ada satu contoh lagi:

Mengulas mengenai keeper Perlis Tay Sin Kiat:
"ANAK MUDA ini berasal dari Tangkak, Johor..."

Eh Tay Sin Kiat tu dah berumur 28tahun la. Anak MUDA apa lagi. Bukan 1st time beb. Sebelum ini pun gua banyak kantoi lu panggil player yang berumur 30lebih sebagai anak MUDA! Gua nak tau la...istilah MUDA untuk lu ialah dari lingkungan umur berapa ye?

Tolonglah, demi masa depan bolasepak kita, FAM dan media kita patut tukar apalah yang patut tukar.

*Sebenarnya bukan si Hasbul je yang teruk, semua pengulas sukan yang lain pun lingkup habih! Gua miss time ada Karel Stromsik, ada Zoran Nikolic, time Chow Kwai Lam tak kantoi match-fixing, dan Serbegeth Singh yang masih belum digelar 'Shebby' dan kekal brutal dengan tacklenya.

Sep 7, 2006

Otak Tak Berisi, Kaki Terkangkang-kangkang

Maksud:
Peribahasa khas untuk kaum Hawa yang kurang cerdik, tetapi berjaya melepasi pelbagai rintangan hidup dan kerja hanya dengan mengangkang kaki untuk 'santapan' lelaki.

Contoh Ayat:
Korang toksah mimpi nak dapat jawatan Naib Presiden tu. Bos dah kasi kat betina yang otak tak berisi, kaki terkangkang-kangkang. Bukan sebarang kangkang beb, orang cerita siap ngan jubur dia bos taruk!

Sep 6, 2006

Viva La Bola

Minggu lepas transfer market untuk pemain-pemain bola di Eropah telah ditutup. Banyak jugaklah kelab-kelab yang membabi buta main sain je player. Boleh pakai, tak boleh pakai belakang kira. Janji sain dulu. Ini termasuk kelab-kelab stok dengki dan kaya nak mampus. Diorang ni sanggup beli player lepas tu simpan, semata-mata tak nak kelab musuh dapat khidmat pemain tertentu.

Tetapi, yg selalu buat gua pecah perut ialah time gua baca berita perpindahan pemain dari satu kelab ke yang lain. Pemain pemain selalu akan kata ianya impian terbesar mereka untuk jadi player kelab baru mereka. Atau mereka akan kata mereka ialah penyokong setia kelab terbaru mereka dan ianya bagai impian jadi nyata untuk jadi playernya.

Ini contoh petikan dari Pascal Chimbonda (ex-Wigan) yang baru dibeli Spurs:

"I always wanted to be here. It is a footballing decision.
Tottenham is a great club where I hope I can play my best football."

'ALWAYS WANTED TO BE HERE' sial. Hahaha. Kelakar babi. Chimbonda tu baru setahun kat EPL dah kata impian dia selama ini ialah main untuk Spurs. Tapi gua ada kes yg lagi klasik untuk hiburan ramai. Ingat tak Freddy Adu? Budak nigger kurang hensem kulit hitam, player USA tu? Dia dengan selambanya kata kat wartawan tahun lepas:

“I definitely want to play for CHELSEA one day.
They're MY FAVOURITE CLUB IN THE WORLD”.
Mentang-mentang Chelsea kaya, dia pun main petik je lah nama kelab tu so si Jose akan beli dia. Magik giler siut... budak mentah yang tinggal kat US tu boleh kata Chelsea ialah favourite dia. Aduh, mana ada haram kat US tu tau Chelsea tu apobendo time tu? Aku rasa tak sampai 1% pun orang US layan bola. Kalau dia kata MU ke, Real Madrid ke, MPPJ ke (songlap duit kuat nie!), boleh jugak aku ampun.

Hahaha. Duit tu hantu segalanya. Kita tak boleh salahkan player bola. Pasal ahli politik pun rajin tukar kem time dapat offer baik. Habih hilang pendirian dan agenda sendiri bila duit dah beratur kat depan mata. Ntah-ntah satu hari nanti tok guru PAS, Nik Aziz tu pun akan kata:

"I always wanted to be here. It is a political decision.
UMNO is a great party where I hope I can play my best politics."

Tsk tsk tsk tsk...

Sep 4, 2006

Hang Tuah Asal Segambut Barat Daya

Aduh..merdeka nie cuti panjang panjang buatkan otak aku pun dah tenat. Pasal tak guna langsung.

Time hari Merdeka tu, paper tempatan semua sibuk taruk headline yang berkaitan ngan perpaduan. Pemimpin, NGO, dan yang setaraf semua menasihatkan orang Malaysia supaya memupuk semangat perpaduan. Mana taknya, diorang semua telur dah kecut dah, pasal diorang sedar hubungan sesama kaum cukup tegang sekarang (korang tak dapat rasa ke?). Silap langkah je mulalah merusuh lagi.

Aku cukup tak paham la. Walau selepas 49 tahun kita merdeka, selepas konfrontasi dengan jiran seberang, selepas peristiwa Mei 13, dan selepas orang melayu dah anggap Stephen Chow sebagai idola, selepas orang Cina dah pandai makan ngan tangan, masih terdapat orang yang nak membahagi-bahagikan perpaduan negara.

Ada brader kita komen bahwa Hang Tuah itu sebenarnya orang Cina dalam artikel 'Ujian Ejaan Tahap Enam' gua. Terima kasih terdahulu atas komen anda yang menginspirasikan artikel ini. Sememangnya komen sedemikian dialu-alukan dengan penuh ikhlas.

Samada Hang Tuah tu Cina ke Melayu, atau duduk kat Segambut ke tak penting. Janji orang-orang kita anggap dia orang Malaysia. Itu yang penting.

Gua pun selalu macam tu. Orang tanya gua, 'lu ni melayu ke, serani ke, binatang ke, ke cina'? Biasa gua jawab gua ni orang malaysia. Takde kaum mana-mana punya. Habis berbulu mamat yg menanya tu.

Tak guna walau kita merdeka 1000 abad pun kalau hati kita tak dapat nak menerima identiti dan kebudayaan kaum lain, dan tak dapat nak mengiktiraf pencapaian kaum lain. Buat apa nak iri hati.

Harap-harap tidak ada puak-puak mana nak membangkitkan lagi ye isu ketuanan Melayu (Malay Supremacy). Ataupun yang kata ekonomi Malaysia akan parah tanpa orang Cina. Sesungguhnya negara ini milik semua. Tanpa mana-mana satu kaum, negara ini tidak mungkin dipanggil Malaysia lagi.

*SALUTE mat-mat rempit kat Jalan Raja Laut masa malam merdeka tu. Korang memang caya. Buat wheelie tegak 90darjah selamba bapak korang je. Lepas tu telinga cecah jalanraya time ambil korner. Apa Rossi Rossi. Hah ni Mat Rempit dari Workshop Kg. Chubadak jelah. Orangputih pun kena tabik sikit siut. MALAYSIA BOLEH!

Aug 29, 2006

Marilah Mari, Mari Membakar

Cerita Israel bedil Lebonan memang ON habis. Sampaikan kengkawan kita kat Pemuda UMNO tu semangat nak bakar bendera Zionis. Ia sebagai tanda protest dan tidakpuas hati atas kekejaman rejim itu. Kata Otai Pemuda UMNO, dia tak suruh ahlinya bakar bendera Zionis, TETAPI DIA TIDAK AKAN HALANG JIKA AHLINYA NAK BAKAR.

Betul dua kali lapan la mamat seekor nie punya cakap. Cuba bayangkan senario ini: Aku selaku bapak orang tak suruh anak aku yang hensem nodai anak dara orang, tetapi AKU TAKKAN HALANG JIKA DIA NAK BUAT SEDEMIKIAN. Kan sama je tuu!

Apa guna bakar-bakar nie? Dah lah buang duit. Cemar alam sekitar lagi. Ozon tu dah tipis wei. Pikirlah sikit. Baik duit tu beli bendera tanahair tercinta sendiri. Dan kibarkannya dengan megah sempena bulan kemerdekaan. Tak pun belanja aku makan ikan bakar. Ada juga pahalanya.

Gejala bakar-membakar ini secara siaran langsung ataupun siaran tertunda akan membakar semangat orang untuk bertindak melulu-lulu dan ganas membabi buta. Nanti dah macam si Kakang dalam cerita 'Kaki Bakar' oleh Encik U-Wei Hj Saari pulak. Sikit-sikit bakar, sikit-sikit bakar. Muka hang tak siap, aku nak bakar. Kau kata anak aku tak cukup bulu ketiak, aku bakar. Sampai bila beb. Nak rentung satu negara baru nak berhenti ke?


Ada banyak lagi cara kalau nak protest selain bakar bendera Zionis. Ini dia 2 cadangan gua yang tak seberapa bernas tetapi cukup environment-friendly lagi mencuit hati:
  1. Korang ingat tak dulu tiap-tiap Ahad kat Dataran Merdeka ada Senam-robik ramai-ramai bersama Menteri-menteri kita? Hah, bagi je setiap peserta tu satu bendera Zionis. Biar diorang bentang kat lantai untuk dipijak. Sambil diorang pijak-pijak bendera Zionis sebagai tanda penghinaan, peserta juga berkesempatan berpeluh dan menjadi rakyat Malaysia yang sihat. Inilah orangputih panggil 'Bunuh 2 ekor burung dengan sebiji batu'.
  2. Cetak je tisu tandas tu dengan corak bendera Zionis. Hina yang teramat hina tau tak... calit tahi dan lap jubur hang dengan bendera orang.
Jadi, apmacam? Nak bakar lagi ke? Tak payahlah. Hidup kita kan aman damai. Senang tidur. Senang makan sudahlah. Baik datang rumah aku tengok cerita Kaki Bakar, sambil jamu ikan bakar dan jagung bakar. Lagi best!

Aug 25, 2006

Kayu Sekayu Kayunya



Aku sedih siut. Sedih kat pihak mak bapak producer, director, para pelakon dan krew drama ke-bangang-an saluran ASTRO Wah Lai Toi yang bergelar 'Trio in A Bed'.

Sedih sebab susah payah mak bapak mereka membesarkan mereka, mereka bukan saja tidak berbakti kepada Malaysia, tetapi menyeksa rakyatnya dengan melakon dan menerbitkan drama yang teruk sekayu-kayunya (bak kata iklan TV Digi World Cup: "Kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"!).

Tak boleh nak nafi, semua orang suka pandang awek cun. Apatah lagi kalau awek-awek itu ialah Carmen Soo, Anabelle Kong dan... aiseh lupa pulak nama yang seekor lagi tu...alaaa...yang jadi model tong Gas tu...

Memanglah diorang cun. Tapi kalau takat cun je... berus gigi aku pun cun. Takkanlah nak suruh berus gigi aku tu berlakon dalam drama. Otak tu kena lah pakai sikit. Diorang tu model. Model yang tak perlu bercakap time buat show, time buat shooting. Kalau ye pun nak pakai diorang, hantarlah pergi kelas lakonan dulu. Kalau takde budget, hanter je diorang pergi tengok sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara kat Parlimen. Kerana semua pelakon-pelakon terhandal tanahair adalah ahli politik kita yang sibuk berbahas kat sana. Dan pastikan model-model tu graduate dulu sebelum bagi diorang muncul kat TV dan menyeksa minda dan biji mata kita.

Pelakon jantan juga tak kurang kayunya. Harap muka je hensem... berterabur bahasa Kantonis masa bercakap. Bikin malu je la. Mungkin pengarah patut bagi semua pelakon cakap dalam loghat masing-masing. Resultnya mungkin tak lah seteruk sekarang kot.

Kalau anda cuba tumpukan perhatian kat drama ini dengan betul-betul (AWAS: Perlakuan ini boleh memudaratkan minda anda), ada banyak adegan dimana aksi-aksi pelakonnya cuba dengan sedaya upaya mempromotekan barangan daripada penaja-penaja drama.

Korang ingat Truman Show tak? Hah lebih kurang macam tu la cara promote barangan penaja. Tapi Truman Show punya stail lebih subtle, dan 100juta kali lebih best.

Umpamanya, haram jadah seekor ni nak bagi nombor fon kat awek. Dia takde kertas time tu. So dia pun keluarkan chewing gumnya...dan kamera fokus lama gila kat jenama chewing gum itu. Bukan itu saja, kamera terus melekat dan fokus dengan dekat kat tangan haram jadah itu membuka pembalut chewing gum, dan sehingga dia menulis nombor fonnya.

Orang nak tengok cerita. Bukannya iklan. Kita kalau nak tengok iklan, kita boleh tengok kat akhbar Star yang mempunyai 10% berita, 90% iklan. Dey thamby, bangun la!

Aug 24, 2006

Power Gila

Korang mesti ada perasan semenjak dua menjak ni berlambak iklan Celcom kat media keliling kita kan?

Ada Steven Gerrard, Maya Karin, Michael Owen la... aiseh... naik pening kepala gua dok pikir... apokebenda yang bebudak kat celcom tu tengah buat?

Boleh dikatakan sidrom kiasu telah menular ke dalam kompeni Celcom ini. Semua pasaran dia nak pegang.

Contoh terbaik, Celcom nak cuba masuk pasarang orang cina tempatan. Celcom memang kurang ngam ngan orang cina. Jadi, diorang pun carilah selebriti-selebriti Cina, seperti JJ Lin yang berhidung babi (siap ngan Carmen Soo lagi siut... tangkap leleh! Tapi bab hidung JJ tu potong habis) dan Lee Hom si cina hiphop sesat. Ntah Celcom bodoh, ataupun naif, dan pikir usaha mereka akan berjaya dengan membazirkan wang kat selebriti yang memang sudah kaya, dan kini bertambah tambah kaya.

JIKA TAKTIK INI BOLEH JALAN, eloklah jenama 'kebanggaan' Malaysia, tak lain tak bukan, Proton, guna untuk kereta Sawi yg orang nak pandang pun malu. Apa susah, tumpukan budget A&P untuk dapat khidmat 'ambassador'. Banyak pemandu F1 yang boleh dipilih... kalau Schumacher mahal sangat, dapatkanlah Raikonnen, tak pun Alonso ke (Alex Yoong jgn la... umpama tabur garam kat laut je). Insya-allah, kereta Proton Sawi pasti laris... Myvi pun kasi tabik sikit.

Itu cerita selebriti. Belum lagi pasal bola. Yang Celcom pi cari pemain yang dah nak lapuk buat apa... Pires (hancus, sekarang dah main kat liga sepanyol), Owen (cedera - tonggeng satu musim beb), Giggs (zaman gemilang dia dah lepas) dan Gerrard (buang karen!). Takkan diorang tak paham falsampah 'less is more'. Kalau ada kualiti, kuantiti tak penting. Cuba diorang gabung budget, dan upah hanya henry seorang, boleh tak? (cadangan gua ni korang boleh abai. pasal gua ni pro-arsenal).

Aku rasa top management celcom dah mad kot pasal approve benda-benda macam ini. (Untuk pengetahuan umum, akhbar melaporkan Celcom bazir RM70juta untuk A&P sempena Piala Dunia 2006). Tapi ada siapa ingat apa Celcom buat time piala dunia. Iklan Maxis 'Hasbullah Awang' kita ingatlah. Yang Digi punya iklan 'My Granmother Can Play Better' pun semua boleh ingat sehingga hujung bulu ketiak. 'FOOTBALL MAD NATION' konon. Pirah!!!

Hais... kempen terbarunya lagi best. Kempen 'POWER' konon. Fooyoh... dengar nama je kepala lutut pun goyang sial... power gila...

Memang power gila pun. Kempen ni tak silap kat mana. Cuma satu kenyataan kecil dalam media cetaknya je yang merosakkan 'credibility' kempen ini.

Ini beberapa petikan yg sempat biji mata saya tangkap:

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Steven Gerrard

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Lee Hom

"The Most Powerful Prepaid and Postpaid are From Celcom" - Michael Owen

Korang tak sedar ke... semua nie orang asing yang cakap benda-benda macam nie... macamlah diorang ada pakai line celcom dan siap tau celcom yang paling power... ini betul kes klasik "hang bayar aku duit, aku cakap apa yang hang nak aku cakap".

Cuba tengok contoh yang aku sediakan tu (contoh semata-mata ye. Takde kena mengena dengan yg hidup atau mati, atau tinggal nyawa ikan, ataupun diriku yg serba kekurangan ni). Bayangkanlah aku ni OKB (orang kaya bangsat) bernama Muthusamy... kaya gila la... siap boleh upah Tom Kurus (sepupu Cruise la tu). Dan dia siap cakap aku nilah insan paling hensem kat dunia. Korang percaya tak cakap dia? Hah...

Jul 2, 2006

Bumi Mana Tidak Dilimpahi Beer

Maksud:
Perbuatan jahat berlaku di mana-mana sahaja. Daripada mengelak semua kejahatan, ada baiknya kita ikut jahat sekali.

Contoh Ayat:
"Man, kau ni dosa banyak betul. Cubalah taubat sikit. Ada masa lapang tu, ukir-ukirlah batu nisan sendiri kat rumah. Dapat juga pahala".

"Alah apa yang lu risau ni Roy. Bumi mana yang tidak dilimpahi beer. Ni kalau beer ni aku tak minum, ramai lagi orang kat dunia akan minum. Dan kau jangan lupa, beer ni cukai dia tinggi. Kira aku banyak juga menyumbang untuk ekonomi negara tau!"

Jun 25, 2006

Basikal Kampung

Maksud:
Harta benda milik umum. Lebih tepat digunakan dalam konteks perempuan jalang.

Contoh Ayat:
Aiseh beb, awek yang hang syorkan tu basikal kampung la. Satu bandar dah rasa dia sial. Lu lain kali hulurlah yang fresh-fresh lagi.

Jun 3, 2006

Bagai Lalat Memagari Tahi

Maksud:
Perkara atau manusia yang jahat/mendatangkan kemudaratan tetapi disukai ramai.

Contoh Ayat:
Kimak betul la. Aku yang serba beriman ni awek-awek tak pandang. Diorang ni semuanya bagai lalat memagari tahi. Ada ke patut semua suka kat budak pelesit tu. Dia tu bukannya betul... anak kambing jiran sebelah pun dia tak lepas.

May 22, 2006

Ujian Ejaan Tahap Enam

Semalam adik gua datang kat aku....disuruhnya aku mengajar dia mengeja. Ini gara-gara persediaan dia untuk ujian bulanan.

Aduh...aku terus naik binggung pabila dihulur senarai perkataan yang akan diuji. Bukan apa, hairan juga pasal yang tertera di kertas itu ialah kata-kata bahasa Inggeris yang telah di-melayukan.

Misalnya,
astronomi
berinisiatif
gengster
diabetis
interaktif
sabotaj
vegetarian (ini kira Bahasa Malaysia juga ke?)

Perkataan-perkataan itu semuanya sudah lazim buat kita. Kita faham akan maksudnya. Tetapi, yang menjadi persoalan, tidakkah terdapat perkataan itu dalam Bahasa Malaysia asli?

Takkan Melayu hilang di dunia. Dah hilang dah pun. Menangis tak berlagu Hang Tuah yang terbaring kat kuburnya itu.