Nov 15, 2006

Toto Maju, Rakyat Bahagia

Aku ada terserempak dengan satu iklan yang cukup menarik dalam akhbar tempoh hari. Iklan ini dari agensi judi rasmi negara (saya kata rasmi kerana kaum rasmi negara kita, iaitu orang Melayu sendiri jugak yang layan Toto).
Dalam iklan tu Sports Toto kata diorang sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat. Dan sentiasa berbakti kepada masyarakat. Kerana prinsip utamanya ialah 'memberi balik secubit duit daripada segenggam yang disumbang rakyat'.

Ilklan ini sememang bagus dalam mengaburi mata kaki kaki judi dan juga masyarakat biasa. Kerana ia berjaya mencapai objektifnya seperti berikut:

1) Membuatkan kaki judi rasa tidak bersalah untuk terus beli nombor ekor kerana mereka rasa duit itu tetap disumbangkan kepada rakyat (secara tak langsung mereka rasa mereka juga berpahala).

2) Memberikan Sport Toto satu imej bertanggujawab lagi murah hati.

3) Membuatkan mereka yang punyai duit lebih dan tidak tahu nak buat apa; beli nombor ekor kerana mereka rasa mereka bagai membuat derma kepada tabung rakyat.

Hais...cerita punya cerita, dah nak pukul 6pm dah. Ok aku nak cabut dah nie. Kang tak sempat pulak nak beli nombor. Kedai Toto tutup pukul 7pm siut. Caucincau.

*Cerita Toto nie buat aku ingat kawan sekolah aku dulu...tulis karangan omputih bertajuk 'Sport'. Ia berbunyi seperti ini:

My name is Lau Boon Huey. I like to sport. I am very sporting. I have sport car. My perfume is Polo Sport. I buy Sport Toto....

Aku tak tau lah macamana rasa cikgu masa semak karyanya...

No comments: