Dec 23, 2008

Betul Malaysia Boleh? Atau Boleh...Tapi dengan Syarat?

Minggu lepas pemain badminton negara menggondol 3 acara dalam Super Series Master Finals yang berlangsung di Kota Kinabalu tu.

Kecoh habis semua media tempatan melaporkan kehebatan pemain kita. Gua sendiri pun tersentak apabila dapat tau semua pemain kita yang masuk final berjaya menang. Tapi yang diorang memperagung-agungkan kehebatan pemain-pemain ini yang gua tak setuju sangat.

Ini diorang panggil Malaysia Boleh? Gua rasa ini lebih macam Malaysia Boleh dengan syarat tertentu.

Dan syarat-syarat untuk Malaysia Boleh dalam acara sukan ialah:

1) Kena bertanding di tempat sendiri (Syarat ini bukan selalunya mendatangkan kejayaan. Tetapi kemungkinannya lebih tinggi kalau dipenuhi)

2) Pasukan atau pemain handalan menarik diri daripada kejohanan.

Untuk syarat kedua tu, bukan pemain kita je yang rasa optimistik mengenai peluang mereka. Malah para wartawan tempatan pun bersemangat gila. Hang boleh baca dalam suratkhabar tu bila diorang lapor mengenai pasukan China menarik diri. Terus kata peluang Chong Wei cerahlah, inilah, itulah. Pirahhh. Eh kalau betul terrer, takde nak takut lawan punyalah. Bring it on!

Nak diikutkan, hanya seorang je atlit negara yang betul betul mengibar dan memegahkan Jalur Gemilang di pesada antarabangsa. Dan dia tak lain tak bukan ialah si Nicol David. Ini baru kita panggil terrer. Sapu habis semua acara yang dia join.

Tapi Nicol...lu slacklah. Pasal hang bukan orang melayu macam kita nie... kalau tak...bukan takat gelaran Datuk je diorang bagi. Siap cetak setem muka hang, atau menamakan kereta Proton sebagai Proton Nicol untuk memperingati kehebatan hang tu. Kakakakaka...

Nov 14, 2008

Yang Dah Karam Bertambah Tambah Karam

Berita mengenai pelantikan Tengku Mahkota Pahang sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia merupakan satu malapetaka buat gua...yang juga seorang peminat hoki. Pasal sukan hoki kita sekarang nie pun dah cukup tenat dah... tapi diorang pulak taruk seorang yang 'tempang' untuk menaikkan semula taraf hoki.

Seingat gua, sepanjang Tengku menjawat posisi di FAM, sepanjang tulah prestasi & kualiti bolasepak negara meleset. Umpama harga petrol sekarang lah, Dari lebih USD140 setong berbulan yang lalu... hingga lah kurang daripada USD40 setong. Dulu masa 70an hingga awal 80an... negara kita megah berdiri di puncak benua Asia. Masa tu England 'B' turun pun kita tibai. Tapi sekarang, isk isk isk isk... pasukan tadika dari Timor Leste pun gua tak konfiden kita boleh makan.

Samalah macam hoki kita. Dulu gagah. Sekarang gagal. Jadi, dengan melantik seorang yang tidak mempunyai rekod baik dalam badan sukan sekian lama... mungkinkah takdir badan sukan yang lain dapat diubah dan diperbaik? Musykil...musykil.

Oh mengenai sukan bolasepak kita tu... menurut pakar fengshui... kejatuhan bolasepak negara ada kaitannya dengan penukaran logo FAM. Ia dilaporkan di akhbar MalayMail seperti berikut (sila klik untuk membesarkan keratan akhbar ni):


Jadi, Tengku... mungkin bukan semuanya salah hang. Kakakaka...

Oct 24, 2008

Najibran a/l Razakasmy

Pada mulanya gua pun agak keberatan nak percaya artikel yang terpapar di Malaysia Today, yang berkisahkan si Najib itu sebenarnya beragama Hindu.

Tapi segala kemusykilan gua sudah terjawab sewaktu gua pergi kerja hari ini. Dalam perjalanan gua yang melalui Jalan Bangsar dan ke kawasan Brickfields, gua amat teruja sekali dengan rekaan 'bunting' sambutan Deepavali mereka.

Kerana dalam rekaan itu,, diorang taruk muka seposen Timbalan Perdana Menteri kita tu. Bukan takat taruk cukup syarat je, tapi macam taruk muka Rajinikanth kat poster filemnya. Memang kat depan-depan... dan cukup ketara sekali. Sehinggakan si Saravanan timbalan-menteri-kuala-lumpur-yang-memang-kerjanya-ntah-apa-apa pun kena duduk belakang.


Hmm...kalau yang tak pernah baca artikel Malaysia Today tu, mesti tertanya tanya ada apa kenanya Melayu ni nak menyibuk dalam perayaan Deepavali kan. Tapi takpe Najib, gua bukan tergolong dalam mereka yang jahil. Vanakam. Bwahaha. Gua tau lu tu Hindu sebenarnya. Tu pasal lu kena jadi mercu perayaan Deepavali tu.

Apa-apa pun... selamat menyambut Hari Deepavali untuk Najib dan keluarga, dan juga seluruh warga Hindu di Malaysia.

Sep 9, 2008

Masih Di Dasar


*Dipetik daripada siri 'Gebang-Gebang', dengan tiada sebarang kebenaran penerbit mahupun pelukis (Zunar) itu sendiri. Harap maaf.

Sep 5, 2008

DNA itu Demi Najib & Abdullah

Memang benar. Undang undang DNA itu Demi Najib & Abdullah. Demi menjaga kepentingan dua beruk itu. Demi keselamatan mereka daripada digulingkan oleh rakyat... yang diketuai oleh Anwar.

Seperti yang sudah kita sedia maklum, kalaulah rang undang-undang ini diluluskan... maka semua nasib rakyat Malaysia boleh dikawal dan dimanipulasikan oleh pihak berkuasa. Mereka bagaikan penulis skrip cerita Bollywood kalau DNA kita di tangan mereka. Mereka boleh mereka bermacam-macam scenario dan bukti untuk 'membuktikan' kita bersalah.

Dan dalam satu sesi Dewan Rakyat baru-baru ini, ada seorang MP bangang yang melepaskan kata dengan berfikir menggunakan lutut. Namanya Salleh Kalbi. Ingat... SALLEH KALBI. Dia kata "RANG ITU PATUT DILULUSKAN DAHULU WALAUPUN IANYA MEMPUNYAI BANYAK KELEMAHAN....(sila rujuk keratan akhbar)".


Ini boleh diumpamakan seperti merogol orang. Kita tau ianya salah. Tapi takpe, kita rogol dulu. Nanti kalau kantoi, kita pikir-pikirkanlah cara nak lepas diri, samada hulur duit ke, lawan kes kat mahkamah ke, atau kawin dengan mangsa rogol ke.

Hah...orang macam nilah yang buat rosak negara. Dah tau benda tu silap...tapi masih nak teruskan. Gua rasa spesies babi pun rasa malu pasal namanya berbunyi seakan-akan Salleh Kalbi.

Pak Samad.. Gua Caya Sama Lu!

Hati gua rasa pilu sekali apabila gua mendengar berita radio melaporkan pemergian Tan Sri A. Samad Ismail semalam. Salam takziah buat keluarga Pak Samad.

Sebenarnya, sejak kecil lagi gua dah terdedah dengan penulisannya di majalah Gila-Gila. Time tu gua memang minat habih dengan majalah lawak no.1 tanahair itu. Tapi sayangnya, gua tak pernah nak baca pun penulisan Pak Samad. Maklumlah.... kita masa kecik nak baca Gila-Gila pasal ianya komik...bukan kerana ia mempunyai tulisan yang panjang memanjang macam suratkhabar.

Entah memang takdir atau apa... beberapa tahun yang lalu...gua terserempak pula dengan buku koleksi penulisannya yang berjudul 'Tan Sri A. Samad Ismail Menulis" yang diterbitkan oleh Gila-Gila sendiri. Buku ini merupakan koleksi penulisan beliau yang pernah muncul di Gila-Gila.

Dan kerana buku inilah lahirnya blog Dewan Karut yang korang sedang baca sekarang. Betul sia... kalau takde buku Pak Samad tu, memang takde Dewan Karut.

Gua amat tertarik dengan cara pengarutan & penulisan Pak Samad... yang menggunakan isu & fakta sebenar (daripada politik, masyarakat dan sebagainya)... dan dicampur-adukkan dengan scenario rekaan sendiri. Memang best. Konsep penulisan beliau juga menginspirasikan slogan gua yang kini sudah sinonim dengan Dewan Karut iaitu...'sesungguhnya politik itu lawak, kalau di ambil serius ke kuburlah alamatnya'...

Hmmm... kalau nak cerita pasal jasanya kepada negara...memang sampai si Dollah kena guling masa Sep-16 pun masih tak habis. Tapi ada satu perkara yang amat menarik. Beliau ini antara pengasas parti PAP bersama Lee Kuan Yew di Singapura. Lepas tu beliau keluar pasal ada tak puas hati dengan Lee Kuan Yew kot. Kalaulah dia tak keluar dari Singapura... apakah yang mungkin terjadi di sana hari ini? Mungkinkah Singapura kini bukan didominasikan oleh orang Cina? Haha... apapun, itu bukan persoalannya.

Gua harap roh Pak Samad dicucuri rahmat.

Sekian, majulah penulisan dan standard bahasa kita demi Pak Samad.

Sep 3, 2008

Muka Sampah

Maksud:
Muka seorang yang sering kelihatan di merata-rata tempat sehingga mencetuskan rasa mual atau kurang selesa (seperti sampah yang sentiasa ada di mana sahaja).

Contoh Ayat:
"Zul...kau tengok tu... keliling Malaysia boleh nampak muka si Dollah. Billboard lah, bunting lah, poster lah. Kena tak kena benda tu...diorang taruk jugak muka dia. Siap kat bangunan pun diorang nak pancar laser berwajahkan Dollah. Isk...betul muka sampah habis!"

"Laaa... kan Mawi macam tu jugak masa dia top dulu. Buku nota sekolah & gam kanji pun diorang cetak muka Mawi."

"Mana sama, Zul! Seburuk-buruk Mawi tu...dia erti menyalak...errr...menyanyi. Tapi orang tua tu tau membuta je..."

Sep 2, 2008

Bata Yang Satu

Thomas Bata, anak kepada pencipta kasut Bata terkemuka telah meninggal dunia hari ini. Mungkin ramai yang masih tidak tahu sebenarnya jenama Bata ini bukannya keluaran tempatan. Malah gua sendiri pun tak sedar sehinggalah gua terserempak artikel mengenainya di Wikipedia beberapa tahun yang lalu (ya, wikipedia sememangya sumber rujukan paling caya abad ini. Ia menjadi sumber bacaan gua, daripada isu sejarah hinggalah senarai pelakon blue dan sebagainya).

Gua masih ingat masa gua kecik berhingus lagi...bapak gua belikan kasut Bata. Meraung gua tak henti henti... kerana tak nak pakai kasut tu. Mana taknya...gua rasa hina kaki gua beralaskan kasut Bata (time tu ingat Bata tu jenama tempatan....adik beradik Batu-Bata kot). Habis nak buat camana. Orang semua pakai LA Gear, Reebok, British Knight masa tu.... tapi bapak kita pulak belikan Bata. Apa kelas lah!

Tapi semua itu berubah apabila umur gua mencecah duapuluhan... masa tu barulah gua pandai menghargai kasut Bata yang sebegitu sempoi lagi unik dan tahan lama. Kira tahun ini, kasut Bata gua...yang bergelar Badminton Master (ataupun bebudak takraw panggil kasut 'killer' sudah pun menjangkau umur 7tahun.

Ia masih lagi elok dan penuh ciri-ciri tersendiri. Kasut lagenda Converse gua pun kena tabik kat Bata nie kalau gua letak diorang bersebelahan sia.

Dan sepanjang 7 tahun ini, gua sudah menapak dengan Bata gua ke Thailand, Indonesia, Singapura... dan juga macam-macam destinasi di Malaysia termasuk pendakian Gunung Kinabalu (err jalan-jalan kat kaki gunung je!).

Tapi bukan takat pergi adventure dan melancong je gua pakai kasut tu... gua pakai untuk main badminton, futsal, turun perhimpunan Hindraf & Bersih, dan berkempen pilihanraya untuk wakil parlimen gua juga. Siapa sangkat kasut yang berharga kurang daripada RM15 ringgit suatu masa dahulu boleh lagi dipakai selepas 7 tahun.

Kasut ini akan gua wariskan kepada anak gua pada masa depan. Biar diorang tahu... semahal-mahal kasut Nike, Adidas atau lain lain jenama sekalipun... tiada yang dapat menandingi Bata Badminton Master.

(Converse gua yang berharga RM69 suatu masa dahulu sudah pun pecah kat bahagian hadapan)

(Bata gua yang hanya berharga RM15 masih lagi gah macam Tembok Besar China. Tengok bahagian getah kat depan tu... putih melepak lagi. Macam baru keluar dari kedai lah)

Aug 31, 2008

16 September - Realiti atau Fantasi?

Member-member gua tak sudah-sudah bertanya dan menyoal tentang peratus kemungkinan berlakunya peralihan kuasa kerajaan tanggal 16 September ini. Gua sound kat diorang gua nie bukannya Nostradamus, ataupun ahli nujum yang boleh meramal masa depan, macamana gua nak bagitau. Diorang ingat gua ada insider tip pasal gua selalu gie ceramah Keadilan. Puiiii.

Tapi stail Anwar jawab bila ditanya mengenai peralihan kuasa ini memang selamba kambing. Dia kata kalau perkara ini tidak benar, masakan si Dollah dan Najib itu tak henti-henti nak guna pelbagai taktik untuk menjatuhkannya ...dan memastikan 16 September tidak berlaku! Hah...logik jugak katanya tu ye. Bwahahaha.

Tapi untuk melalut lebih lanjut mengenai isu peralihan kuasa ini, gua nak petik contoh daripada sebuah filem untuk dijadikan renungan.

Korang pernah tonton tak filem 'The Royal Tramp', lakonan Stephen Chow (dia nie bapak segala bapak lawak dari Hongkong)? Selain skrip dan jalan ceritanya yang boleh menyebabkan korang masuk ICU akibat terlebih gelak (percayalah cakap gua ni.. walaupun tak erti bahasa cina...takat tengok sarikata dan lakonannya cukup memecah perut sehingga terkeluar usus).

Cerita itu yang diadaptasikan daripada novel Cina, merupakan gabungan fakta sejarah Cina dengan fiksyen. Ia mengisahkan perjalanan watak lakonan Stephen Chow yang menpunyai 2 identiti - sebagai pemberontak dan juga pengawai tinggi kerajaan pada masa yang sama. Zaman itu negara China diperintah oleh Dinasti Qing. Dan pemberontak yang berasal daripada Dinasti Ming yang lalu ingin mengulingkan Dinasti Qing supaya mereka dapat memerintah semula.

Hampir di akhir cerita itu, watak Stephen Chow menanya ketua pemberontak satu soalan maut yang sememangnya tidak dapat dijawab dengan rasional. Ia berbunyi begini... "Rakyat China sekarang (merujuk kepada zaman cerita itu dikisahkan) hidup dengan aman dan damai, semua orang dapat makan, dapat tempat berteduh, dsb... mengapa kita masih nak memberontak dan memulihkan kuasa Dinasti Ming?

Ya, mengapa kan? Kalau rakyat jelata semua hidup aman dan damai. Semua dapat makan. Semua dapat berteduh. Semua dapat peluang untuk berjaya. Mengapa kita masih nak memberontak? Kerana maruah? Ataupun kerana gila kuasa? Kalau kerana dua sebab itu, berbaloikah kita mempertaruhkan nyawa rakyat jelata?

Tapi kesnya lain di Malaysia. Memang pada zahirnya, orang orang Malaysia dapat makan, dapat tempat berteduh. Tetapi kalau dikorek-korek dengan lebih mendalam lagi... kerajaan kita memang tak boleh pakai langsung.

Gua ada jugak beberapa kerat kawan yang sound gua...apsal nak sibuk tukar kerajaan...kan sekarang ini hidup aman, takde gaduh mana...boleh makan boleh tidur. Gua tak salahkan diorang ni kerana berpendapat sedemikian, kerana diorang sejak bayi lagi memang dibesarkan dengan duit kontrak kerajaan. Pasal bapak bapak dan keluarga diorang nie semuanya buat bisnes dengan kerajaan. Kalau kerajaan dah tukar... maka diorang pun tak boleh lah nak 'buat' bisnes dan perjanjian mereka seperti sedia kala. Itu je.

Gua percaya cuma ada segelintir orang yang tidak berani mengharungi perubahan ini, atau mereka sudah termakan dengan ugutan UMNO dan BN yang kekecohan akan berlaku kalau kuasa pemerintah bertukar tangan.

Dalam hati, majoriti rakyat Malaysia inginkan 16 September menjadi realiti. Walaupun mungkin timbul kelemahan dalam sistem pentadbiran Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih semua tugas kerajaan... gua percaya ia akan disempurnakan dengan serta-merta, bukan saja dengan pakar-pakar dan tenaga kerja yang mereka ada...tetapi juga dengan sokongan kita sebagai rakyat yang inginkan pembaharuan dan masa depan yang terjamin.

Walau apapun, gua akan makan angin kat Langkawi pada 13 September, dan balik pada 16 September. Gua konfirm bawak sekali bendera Keadilan, DAP & PAS melancong di Pulau Langkawi. Sekiranya benar 16 September menjadi kenyataan, akan gua pegang bendera itu dengan megah dan menuruni tangga kapal terbang AirAsia selepas mendarat di LCCT Sepang. Woohoooo.

Jul 30, 2008

Bubur Menjadi Nasi

Maksud:
Perkara yang sememangnya tidak logik tetapi dianggap logik, menerusi pemalsuan dan penfitnahan yang menyeluruh lagi terancang.

Contoh Ayat:
Najip: "Cacing pita kat dalam perut gua pun tau si Anwar tu tak meliwat budak tu...inikan pulak manusia yang berotak dan beragama. Tapi pihak berkuasa dan kerajaan semua betul terrerlah...buat cerita tu sehingga bubur menjadi nasi. Kalah cerita Hindustan, kan Dollah?"

Dollah: "Betul tu... kalau diorang kata gua yang menjubur engkau...boleh percaya lagi. Ish ish... mana otak dioranglah"

Jul 22, 2008

Politaik

Maksud:
Sejenis politik kotor (dari spesis Barisanicus Nasionalingam; subspecies Bodollahingus Mahathiris) yang hanya wujud di Malaysia.

Asal-usul:
Telah wujud berdekad lamanya semenjak Malaysia mendapat kemerdekaan lagi, tetapi pengiktirafan antarabangsa hanya diberi apabila strategi seks jubur (yang lazimnya dikaitkan dengan pengeluaran taik) digunakan oleh parti politik tertentu untuk menjatuhkan lawan.

Jul 4, 2008

Krama

Maksud:
Drama yang dimainkan berulang-kali akibat kebodohan satu-satu pihak.

Asal-usul:
Drama berulang kes jubur Datuk Seri Anwar (seperti RTM1 & 2 yang tayang cerita P Ramlee sampai 8 juta kali dah) telah menginspirasikan perkataan baru ini. Ia juga merupakan metafora perkataan Karma.

Jun 12, 2008

Jom Melancong!

Tahun lepas kerajaan kita sibuk nak mengumpan orang asing datang membazir duit kat sini dengan kempen Tahun Melawat Malaysia. Macam macam aktiviti buat habis duit rakyat diadakan.

Tahun ini diorang pula nak buat kempen pelancongan domestik. Tapi bahagian mana yang domestiknya gua memang tak dapat nak tafsirkan. Ni korang ada nampak tak banner sebijik ni sekitar Kolumpo?

Gua betul tak tau malaun mana yang bertanggungjawab menghasilkan banner ini. Kalau korang tau siapa...dipersilakan dengan segala hormatnya menampar muka dia dengan selipar Tat Sing hingga lebam. Pasal dia ini memang bahalul bahulu.

Dah nama kempen pelancongan domestik, tapi kat mana gambar-gambar tarikan domestik? Yang dijadikan fokus dalam design banner ini ialah dua muka yang teramatlah tidak penting di negara ini.

Gua nak tanya...Apa muka diorang ini ada melambangkan tarikan pelancongan? Apa korang ni lepas tengok muka diorang akan terus berkata.."Eh, tetiba gua terasa nak pegi Pulau Tioman lah. Jom".

PUKIMAK PUIIII!!!!

Bayi baru umur 8jam pun tahu... kalau nak memperkenalkan tarikan pelancongan tempatan... mestilah tunjuk gambar elok elok yang ada pemandangan memukau mata kita. Ini orang kata perkara paling asas dan logik dalam hukum komunikasi.

Tapi, banner sekarang ini mengingatkan gua kepada sesuatu.

Ada sesapa diantara korang ni biasa gi Kelab malam? Ada? Tak ada? Hah... gua pun tak pernah pergi... gempak lebih je. Hahaha.

Tapi gua selalu jugak lalui pintu depan Kelab Deluxe kat Ampang Park tu. Dan, lain kali kalau korang ada lalu..cuba korang perhati papan notis diorang...mesti tertampal muka muka penyanyi kabaretnya. Tujuan cuma satu: Nak menarik orang masuk ke dalam kelab.

Sama jugak ceritanya kat Thailand tu. Kengkawan gua nak cari 'ayam'... bapak ayam jugak kasi tayang muka-muka ayamnya. Tujuan jugak cuma satu: nak menarik orang melanggani ayam-ayamnya.

Maka, boleh disimpulkan bahawa muka manusia semata-mata (betul betul tunjuk muka diorang je) memang tidak sesuai untuk mempromosikan tarikan tempat pelancongan. Melainkan tujuannya nak promote kabaret, kelab malam atau sarang pelacuran.

Takpelah kalau diorang masih nekad nak guna gambar 2 orang tu kat banner Kempen Pelancongan Domestik. Tapi, kenalah tukar sikit perkataan yang tertera tu. Dengan izin Tuhan... penukaran perkataan yang lebih tepat mungkin dapat menjayakan lagi kempen domestik ini....terutamanya menarik pelancong-pelancong balu ataupun yang lesbian.

Jun 5, 2008

Taman Seksa Setapak

Laa Ah Seng... apahal dengan lu ni? Gua tengok muka lu tak bermaya je. Meh gua tampar sikit kasi cergas. Hahaha. Apsal? Bini lu tiap-tiap malam mau main ka?

Chau cibai lu Gagak... lu ingat gua ada tanam itu tongkat ali arr. Boleh hari hari pigi petik, makan dan main.


Habis, apsal? Muka lagi sedih daripada orang myanmar kena taufan najis...eh nargis itu.

Gua manyak susah hati la Gagak. Cibai...lu buk
an tala tau.. gua bini masak tala sedap punya. Itu pasal lah gua hari hari pigi makan itu nasi ayam Mr Fatt. Sudah sepuluh tahun gua makan... tapi cibai... itu DBKL tiba-tiba kasi roboh semua gerai. Sekarang itu gerai pindah kat mana pun gua tala tau. Sekarang makan tak lalu...tidur tak lalu la.

Eh Seng, lu jangan susah hati dulu. Semua YB Pakatan Rakyat kan sudah buat bising dah kat DBKL. Sekarang DBKL pun tensen.

Lanciau diorang tensen... mana ada tensen. Itu semua cibai punya orang. Lu tengok kita Desa Setapak sini. Banyak-banyak korner ada meniaga jugak... tapi semua tempat cina saja kasi roboh. Itu melayu punya diorang tala sentuh pun. Apa cerita ini semua. Betul pukimak. Ini macam ada fair ka? Lagi satu... itu budak melayu suka suka bukak gerai burger kat tepi jalan. nampak ada tempat kosong saja diorang landing gerai burger diorang. Ini semua ada lesen ka? hah.. apasal tala pi roboh gerai diorang. Tiu nia mah ke chau hai!

Rileks Seng, rileks... hang cakap macam nak hayun gua sekali jugak. Hahaha...

Tiuniasing Gagak...gua bukan mau cakap bukan-bukan... tapi betul mah. Lu pegi tengok sendiri... itu melayu punya gerai pun ada bukak kat tapak haram jugak. tapi tala kena roboh. Kalau itu DBKL mau kasi roboh....roboh lah semua. Apasal mau lepas itu melayu punya gerai?

Aiseh...sudahlah Seng. Jom..gua bawak hang pi makan nasi ayam Hailam champion kat Taman Melawati lah. Ini gerai cina jugak... tapi halal. Hahaha... gua boleh bedal sama hang.

Cibailah lu Gagak...orang baru mau cakap cerita serius...lu ajak makan nasi ayam...


(Tamat Perbualan)
Gua sebenarnya paham perasaan Ah Seng itu. Sebab gua dengan dia pun dah tinggal kat Desa Setapak ini melebihi 10 tahun. Beberapa minggu lepas, Taman yang tak pernah aman ini didatangi DBKL dan jentera-jentera perobohnya. Tujuan: merobohkan korner-korner penjaja Cina. Ya, memang kalau korang tak percaya, dipersilakan untuk datang melawat Taman Desa Setapak ini. Tempat menjaja orang Melayu masih gagah berdiri. Tapi yang cina-cina punya semua dah kena roboh. Silahlah ke blog YB Wee Choo Keong untuk cerita yang lebih detail mengenai drama-drama ini.



Sedikit sebanyak mengenai Taman Desa Setapak

Taman Desa Setapak ini kalau boleh, gua nak ibaratkannya sebagai 'sin city' berskala kecil. Kerana selama lebih kurang 20 tahun sejak ia menjadi petempatan manusia... ia tak habis-habis menjadi medan kegiatan haram dan tempat orang menunjuk ke-taiko-annya.

Masa gua kecil dulu, bisnes haram tak bercambah lagi. Yang haram ialah perhubungan rambang pelajar-pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (Desa Setapak ini memang bernyawa kerana banyak pelajar sana menyewa rumah di sini). Time tu cybercafe tak maju lagi, jadi pelajar pelajar outstation semua ntah nak buat apa malam-malam. Kerja diorang ialah beromen hari-hari. Tiap malam konfirm boleh dengar rumah sebelah ada bunyi "uuu-ahhhh uuu-ahhh". Aduhai..nak tidur pun susah.

Lepas tu dah maju sikit. Tauke tauke haram dah mengesan potensi Desa Setapak ini. Jadi, diorang pun mulalah menjajah kitorang semua dengan gerai-gerai VCD haram. Muka diorang memang bengis habis...stok makan orang punya orang. Tapi bukan pasal muka diorang yang gua benci. Yang gua benci ialah diorang nie menakluk bahu-bahu jalan, sehingga menjadi sempit nak mampus... basikal nak lalu pun susah. Kalau sound diorang, memang seumur hidup hang tak yah nak beli ubat gigi dan berus. Pasal diorang konfirm hayun penumbuk sampai semua gigi tanggal.

Selepas populariti VCD haram menghilang, Desa Setapak ini masih tak aman aman jugak. Pasal mat rempit pulak bergelar raja di sini. Diorang ni memang hari hari main ragut beg tangan kat sini. Lembu pun tak serajin meragut rumput cam diorang nie. Terasa nak Gaban je beruk ni sekor sekor. Tapi time tu gua takde lagi motor Z gua. Takleh nak berentap pulak. Dan polis hanya rajin nak ambil tindakan apabila dah ada orang kena bunuh kat sini oleh mat ragut. Aktiviti meragut dah berkurangan sejak itu, tapi masih WUJUD.

Hais...sekarang pulak isu DBKL yang dengan perangai tak bertamadun diorang. Gua memang cinta tempat ini. Tapi, kalau dah hari hari macam ini... cinta pun bertukar benci kelak. Harap harap YB Wee dapat menegak keadilan buat orang-orang di sini semua.

Majulah Nasi Ayam Untuk Desa Setapak!

May 16, 2008

Apakah Dia Akan Pulang Ahad Ini?

Sudah lebih kurang 16 tahun dia menghilangkan diri di perantauan. Gua ingat lagi kali terakhir dia ada disisi kita… memang riuh rendah sekampung jadinya. Bukan kampung gua je. Kampung kampung kat sebelah pun sekali kecoh. Macam dah isytihar esok tu raya.

Hmmm… masa tu adik gua yang bongsu pun belum lahir lagi. Tapi sekarang ni hah… adik gua dah ada awek berjumlah tiga lori banyaknya. Kalah abangnya yang kalau dibandingkan…memang lagi hensem.

Dalam 16 tahun tu...selalu jugak gua dengar khabar beritanya. Beberapa tahun lepas, dia masih ada di seberang. Memang dah dekat sangat dengan kita ni. Tapi entah mengapa… dia masih tidak ingin menjejak kaki semula ke sini.

Gua rasa dia kecil hati. Gua rasa dia kecewa. Kecewa dengan orang-orang kita yang bodoh sombong. Yang terlampau leka dengan pencapaian lalu... yang kalau dihitung semula memanglah tak seberapa.

Baliklah....oooo baliklah wahai Thomas bin Cup. Walaupun hang berdarah mat salleh... tapi kita semua tak pernah menganggap sedemikian. Sesungguhnya, inilah kampung halamanmu. Kemana lagi hang nak berkeliaran kalau bukan kat tempat sendiri.

Kami sanggup mengadai litar Sepang kita tu. Kalau itu tidak mencukupi, kami korbankan sekali barisan menteri-menteri kayu kita.... Janji hang setuju untuk balik.

Yang ikhlas dan sabar menunggu,
Gagak Hitam dan seluruh Rakyat Malaysia

May 13, 2008

Najib

Maksud:
Bapak segala najis, kumbahan, tahi, kencing, kotoran

Asal-usul:
Perkembangan manusia yang pesat telah menyebabkan tahap pencemaran/kekejian manusia kini mencapai tahap yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan sedia-ada dalam kamus.

Oleh itu, para cendekiawan telah mencipta superlatif baru dengan mengevolusikan perkataan 'Najis'.

Alhantuya

Maksud:
Gadis cantik yang dibunuh dengan kejam dan menjelma menjadi hantu perempuan.

Asal-usul:
Tidak banyak yang diketahui mengenai asal-usul kewujudan hantu jenis Alhantuya ini. Kerana penulisan-penulisan dahulukala seperti Hikayat Immigresen Al-Malaya juga tidak mempunyai sebarang petanda kewujudannya. Tetapi, yang anehnya, hantu Alhantuya memang wujud dan bukan dongeng semata-mata. Seram, kan?

Apr 9, 2008

Suruh Hang Belajar, Bukan Kurang Ajar

Pengalaman bertugas sebagai polling agent pada hari mengundi yang lepas itu cukup bermakna buat diri gua. Bukan saja gua berpeluang menabur bakti dalam keterreran Barisan Rakyat membolot kerusi parlimen di Kuala Lumpur, gua juga berkesempatan menjejak kaki semula ke pekarangan sekolah yang menjadi pusat mengundi.

Walaupun ianya bukan sekolah gua belajar dulu…tetapi ciri-ciri yang terdapat pada sekolah ini dengan semua sekolah lain di Malaysia adalah sama. Bau tandas sekolah.....mmmmm…betul ada umph la. Takde tempat lain boleh dapat bau ini. Memang unik. Hang tanya orang buta pun sama. Konfirm diorang boleh cam bau tandas sekolah.

Tapi tandas sekolah bukanlah topik gua hari ni. Gua nak kongsi cerita mengenai bermacam-macam papan perintah dan notis yang terdapat di sekolah, yang gua rasa akan membantutkan perkembangan minda murid-murid sekalian.

Merujuk kepada notis yang gua nampak kat dalam bilik darjah ini.... ayat ke 5, 6 dan 9 memang tidak sesuai sekali dikuatkuasakan kat murid-murid.
Ayat 5 - Elakkan Dari Membantah Pendapat Guru Kecuali Dibenarkan
Gua bukannya nak loya buruk... tapi mana ada guru akan benarkan murid membantah pendapat dia. Walaupun guru itu dah jelas sangat salah dia... tapi pasal dia ialah GURU....kita kena akur. Gua dulu pun sekolah jugak.... kes macam ni selalu sangat berlaku. Gua bantah je, terus kena bantai!

Ayat 6 - Elakkan Memberi Sebarang Petanda (Dia) Pelajar Lebih Tahu Dari Gurunya, Kerana Ini Kurang Sopan Dan Kurang Berkat
Aduh...perintah ini memang tak kena dengan peredaran masa langsung...tetapi masih wujud kerana sifat ego dan bodoh sombong 'kita (guru) makan garam lebih dari korang (murid-murid) makan nasi'. Mana dah perginya pembelajaran 2-hala. Zaman sekarang ini...kalau masih nak buat semua benda satu hala je...boleh pi duduk hutan lah.

Ayat 9 - Elakkan Diri Dari Banyak Bertanya
Ya, jangan banyak tanya... apa Guru sampaikan...korang terima je. Yang betul yang salah. Terima je. Ada soalan...boleh belah...jangan tanya guru. Gua sejak dulu dah rasakan bahawa Ayat-9 ini bertujuan untuk melindungi Guru daripada mendedahkan kekurangan mereka.


Kalau ditelitikan dengan bulu roma korang kan... memang agak ketara bahawa sistem ini diturunkan daripada institusi pentadbiran negara. Dan kita sebagai rakyat ialah murid-murid di sekolah yang bergelar 'Malaysia'. Barua-barua yang bergelar 'Guru' pula diperwatakkan oleh Pemimpin/Menteri-menteri kita.

Biasalah, diorang ni cuma 'melentur buluh daripada rebungnya'. Diorang nak pastikan sejak kecil-kecil lagi semua rakyat dah dengar kata diorang, tak berani membantah, dsb. Jadi lain kali kalau nak hantar anak pi sekolah kerajaan...pikir panjang lebar dulu. Itu semua tempat penyebaran propaganda paling asas sekali.

Hais...macamana negara nak maju...kalau sejak kecil kita dilatih menjadi pengikut, bukan pemimpin... sayu, sayu....

Oh ye... Akta Universiti dan Kolej Universiti tu patut dibuang dalam jamban dah. Pasal ada Akta inilah pelajar universiti kita tak maju. Dan pasal pelajar kita tak majulah yang menyebabkan universiti kita di kedudukan tercorot di dunia.

Apr 1, 2008

Pos Malaysial

Dulu dulu tu kan.... masa gua masih mentah dan gilakan musik bawahtanah (underground)... memang selalu sangatlah gua ni main trade-trade barang menggunakan perkhidmatan pos.

10 kali kirim barang, konfirm 7 kali gua maki hamun si posmen punya. Mana taknya... kirim hari ini, lapan tahun kemudian baru penerima tu dapat barang. Memang lambat. Itu kalau yang lambat, belum kira lagi yang kena ripoff ngan diorang. Semua barang diorang nak rembat. Pantang sampul tu gemuk sikit...mulalah tangan diorang gatal nak kopek tengok isi kat dalam. Itulah Pos Malaysia kita kalau korang nak tau.

Sebenarnya, POS Malaysia tu patut pelajari cara SPR dan yang seangkatannya mengendalikan undi pos. Sama-sama ada nama Pos jugak kan? Tapi apsal yang satu lembap nak mampus, tapi yang satu tu pulak... betul punya cepat dalam mengendalikan 'surat-surat'...isk..kalah si Flash.

Dan pasal diorang cepat sangat bertindak...yang dah mati pun boleh diorang selamatkan. Bayangkan...si Khairy tu yang lepas kira undi... memang tengah kalah berbelas undi. Tapi pengiraan semula dia pulak boleh menang beribu-ribu undi. Apa halnya nie? Lawak Badul betul lah. Sama jugak kes bapak mertuanya. Menang sikit je mula-mula...tapi lepas kira semula...menang belasan ribu. Magik sungguh. David Blaine dan David Cooperfield pun kena tabik siut.

Gua dengar diorang semua pakai helikopter tentera untuk menghantar undi-undi pos nie ke destinasi tertentu masa pilihanraya tu. Eh alang-alang dah buat macam tu... terus je jual helikopter Nuri-Nuri kita (ataupun lebih terkenal dengan gelaran Keranda Terbang) kat Pos Malaysia. Bolehlah diorang buat hantar surat masa hari-hari biasa. Ini bagus untuk memperkuatkan sistem PosLaju beb. 'Dijamin Sampai Esok. Kalau Tak Nahaslah' sesuai sangat dijadikan slogan mereka kelak.

Dan sebagai memperingati keputusan pilihanraya yang cukup gemilang baru-baru ini, saya syor agar Pos Malaysia melancarkan setem-setem edisi terhad ala Perdana-Perdana Menteri kita (alahh...yang ada 4 keping tu... bermuka Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn dan Mahathir). Gua percaya...setem ini gerenti hangat. Sampaikan orang-orang dari Singapura pun berlumba-lumba nak beli.

Betul diharaplah Pos Malaysia akan mempertimbangkan cadangan gua ini. Kerana gua ini memang hobi kumpul setem. Paling gua suka setem yang ada gambar-gambar binatang dari seluruh dunia. Gua cuma tinggal 3 binatang nie je untuk melengkapkan koleksi gua. Tolonglah, Pos Malaysia...tolonglah gua ye!
*Zul...zul...hang ingat hang tu betul dah bagus sangat ke boleh jadi Menteri Wilayah Persekutuan. Apa kerja hang dengan jawatan tu.... Datuk Bandar pun buat kerja sama jugak. Ada baiknya hang letak jawatan je...dan jawatan tu sememangnya patut dilupuskan. Satu Kolumpo nie Pakatan Rakyat yang pegang...kau masih tak sedar diri nak bergelar menteri kuala lumpur? isk isk isk isk... Kawan omputih gua tanya gua asal mana...gua pun malu nak cakap gua ni orang Kolumpo.

Mar 24, 2008

BN Pun Dua Kali Lapan Belas

Kalau kes Lim Kit Siang hari tu... dia dipanggil biadap. Sekarang ni orang UMNO yang buat... itu bukan biadap. Itu dipanggil demokrasi.

Begitulah...kalau korang nak tau inilah perangai dan sikap hipokrit orang orang BN tu. Double standard nak mampus.

Dibanding kes Lim Kit Siang membantah keputusan Sultan, dengan kes Shahidan dan Idris ini... memang kes si Lim tu lagi kecil molek. Lim Kit Siang setakat membuat kenyataan di laman webnya sendiri saja. Dah tu... sehari selepas tu... Lim terus meminta maaf secara rasmi atas tindakannya.

Habih...orang dah mintak maaf tu...kira tutuplah kes. Ini tak, ada kumpulan beruk beruk ni buat protes kat padang kat Perak... kata Lim Kit Siang biadap la...tak menghormati titah Sultan la, dan yang seangkatannya.

Hoi beruk... mana korang semua ni sekarang. Ada berani, keluarlah memprotes atas kejahilan Shahidan dan Idris serta Badawi itu mengingkari titah Sultan. Yang patut protes korang tak protes. Kang aku kata melayu bodoh korang marah...

Mar 13, 2008

Yang Berkhidmat... Wee Choo Keong

Takbir...

ALLAHUAKBAR!!!

Takbir...

ALLAHUAKBAR!!!

RE-FOR-MA-SI, RE-FOR-MA-SI, RE-FOR-MA-SI...

Itulah laungan di luar Dewan Komuniti Taman Ibukota setelah keputusan muktamad diumumkan, dimana penjumlahan undi Parlimen Wangsa Maju pada 8-Mac yang lepas telah mengambil tempat. Kegembiraan yang dicampur aduk dengan rasa riak melampau di setiap wajah mereka yang bertandang ke sana memang tidak boleh di-kontrol langsung. Hensem tak hensem, belakang kira. Yang penting parti Barisan Rakyat menang.

"Kita bukan pembangkang lagi, dik...kita bukan pembangkang lagi dah!!!!", jerit pakcik yang terpacak di tepi gua masa tu. Ketara sangat pakcik ini selalu join protes Reformasi kat KL dulu dulu tu. Pehhhh...memang tak nafi... betul lega rasanya apabila diorang umumkan En Wee Choo Keong sudah menang kerusi Parlimen Wangsa Maju. Maklumlah, kitorang nie dah mula berkumpul di luar Dewan ini sejak 7malam. Tapi keputusan muktamad hanya datang pukul 11malam.

Risau bai... dalam 4 jam menunggu... talipon kita tak henti-henti berdering (Maxis, Digi, Celcom...konfirm korang untung naik sejuta peratus dalam 3jam tu. SMS dan phonecall tak henti-henti). Asyik asyik dapat tau kawasan kawasan parlimen lain di Kolumpo dah konfirm Barisan Rakyat pegang. Tian Chua dah menang, Tan Kok Wai dah menang, Teresa Kok dah menang, Dr Lo'Lo' pun dah menang...tapi yang kat Wangsa Maju pulak masih tak nak diumumkan. Lagi sikit nak gila siut.

Tapi segala kerisauan telah terubat pabila kedengaran bunyi lantang dari dalam Dewan bertepuk tangan dah bersorak. Memang sah itu tanda kita dah menang. Pasal tak mungkin ia datang dari penyokong BN (penyokong BN yang sampai tak lebih 10 orang...diorang macam tau tau je dah kalah!).

Selama 13 hari kita semua bertungkus lumus hingga lewat malam... pasang bendera, lekat poster, jaga bilik gerakan, tandang ke ceramah, edar risalah, sorak hingga suara serak habis...semuanya kini sudah membuahkan hasil. Wooohooooo. tak sia-sia gua kena sound dengan boss pasal mengantuk bila time kerja.

Malam yang sempurna itu juga disempurnakan berlipat ganda lagi dengan berita mengenai Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah turut jatuh ke tangan Barisan Rakyat.

YB Wee YB Wee... harap harap hang boleh bawakkan kemajuan...bukan saja kat Wangsa Maju...tetapi jugak kat standard Parlimen kita yang dah macam sarkas dah.

Feb 27, 2008

Wangsa Maju Siapa?

Setelah sekian lama Wangsa Maju dipegang oleh barua MCA yang terkenal dengan aksi gengsternya, sinar harapan kini mula menjelma dalam bentuk manusia bernama Wee Choo Keong. Ini betul betul tanda Tuhan mencintai semua penduduk Wangsa Maju.

Bertanding di bawah naungan Parti Keadilan Rakyat, En Wee Choo Keong ini orangnya hensem, berpendidikan tinggi, berkaliber, pernah memegang kerusi parlimen Bukit Bintang untuk 2 penggal, dan yang paling gila... dia cakap Kelante!!!!!! Gila babi sial.

Semalam gua sempat membawa diri ke satu ceramah dia. Tak ramai yang datang. Tapi takpe. Orang sikit, semangat itu banyak. Haha.

Gua tengok blog Encik Wee tadi kata esok Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertandang ke Wangsa Maju untuk ceramah. Peh... memang best. Akan gua bawak kucing gua pegi sekali menyokong kehadiran mereka.

Sebelum gua mengakhiri post gua ini, gua nak tau... ni ada sesiapa yang duduk Wangsa Maju ke? Mai lah turun ceramah sama-sama.

Kita jumpa di sana ye!

Feb 18, 2008

Ragam Selepas Raya Cina

Sudah tiba dah hari yang ditunggu tunggu gua. Naik berjanggut jadinya. Haha. Bukan apa... hari ini ialah hari pertama rakan sekerja gua balik dari cuti raya cina dia. Pundek...memang keriangan kurang umpph di tempat kerja tanpa lawak Stephen Chow-nya.

Tapi, gua pun tak tau nak happy ke nak muram dengan kemunculan batang hidungnya semula di opis. Mukanya...hais... hancus giler... kalah muka pontianak harum sundal malam. Gua rasa yang duduk lokap lapan hari dengan berlaukkan ikan kering dan sayur kuning pun lagi sihat lah. Maka dengan hikmat berpura-pura sibuk bekerja... gua pun mulalah berborak kosong dengan dia, sambil menanya khabar... dengan harapan dapat menge-pau angpau dari dia.

"Macibai lu...Gagak (bukan nama gua yang digelar sebenar. Nama gua ditukar ke Gagak untuk tujuan keselamatan rohani dan jasmani). Lu ingat kita raya raya macam lu orang ka... buat kenduri saja. Orang semua datang makan, cakap-cakap kosong...lepas itu balik rumah tidur.

Kita raya manyak serius punya. Kita hari hari kena mabuk. Kita hari hari kena judi. Kalau tala buat itu semua, kita tala ong lah. Lu apa lanciau tau,"... katanya sambil gelak. Gua dapat rasakan ada kepiluan di sebalik keriangannya".

Memang betul ramalan gua. Cinabeng sekor ini... cuti raya dekat 10 sepuluh hari... tapi kalah judi 9 hari. Makan ribu-ribu jugak jumlahnya. Hissss.... downpayment Proton Saga baru edisi David Arumugam burnt macam tu je... betul kambing la cina sekor nie.

Dengan ketiadaan boss di pagi yang sumbang ini, kita dua berekor pun meneruskan perbualan sampah kita. Mak datuk, rupa-rupanya rutin harian malaun ni selama 10 hari tak ubah ubah. Di kala mata celik je menyerap cahaya matahari...terus dia bertukar baju dan berangkat ke rumah kawan untuk berjudi.

Berikut ialah jadual kehidupan cinabeng sesat ini setiap hari selama 10 hari:

11pg - Bangun tidur, ke rumah kawan untuk judi
12tgh - Judi
1tgh - Lunch time
2ptg - Judi
3ptg - Judi
4ptg - Judi
5ptg - Judi
6ptg - Judi
7mlm - Dinner time / Mula mabuk
8mlm - Judi / Mabuk
9mlm - Judi / Mabuk
10mlm - Judi / Mabuk
11mlm - Judi / Mabuk
12mlm - Judi / Mabuk
1pg - Judi / Mabuk
2pg - Judi / Mabuk
3pg - Judi / Mabuk
4pg - Supper Bak Kut Teh
5pg - Balik tidur

Dahsyat gilerrrrrrrrrrrrrrrrrr..... hari hari pekena tongkat ali dan ginseng pun tak tentu boleh hidup selama 10 hari tu.

Dari pemerhatian gua... ini memang cara dioranglah. Respek habih... bila time kerja..memang diorang kerja tak henti-henti. Takde nak serong serong punya selama setahun tu. Time raya cina pun... diorang memang serius giler. Enjoy tak henti-henti.

Gua rasa inilah cara yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang kita (err gua tidak bermaksud bahagian judi dan mabuk tu ye!). Tapi hakikatnya amat jauh dari impian. Kita ni raya nak sebulan (pasal dah puasa sebulan), MC sakit kalau boleh nak cukupkan sebulan dalam setahun kerja, hah..belum kira lagi berbulan-bulan minta gaji awal dari bos. Padahal masuk kerja tak pernah awal. Bila bos tak kasi bonus sebulan, mulalah merungut berbulan-bulan. Hai... sampai bila baru nak sedar diri!!!

Dalam gua mengakhiri sesi tin kosong dengan rakan gua tu, gua sempat menanya dengan selamba...

'Eh, angpow gua mana? Cibai lu... mau mintak baru kasi ka?'

'Aiya Gagak... nasib baik lu sound pasal duit. Gua baru mau mintak pinjam 300ratus dari lu. Boleh ka.. eh tolong la... gaji dan bonus semua sulah kalah sama judi lah..'

Maka dengan sepantas Watson Nyambek... gua pun beredar dari tempat perbualan kita.

'Oi Gagak...mau ini macam ka... 300ratus saja oi!!... OI! OI!..BALIK SINI OI.TIU NIA SING!

Jan 25, 2008

Gong Xi Fa Cai

Eh dah nak masuk tahun baru cina lah. Member-member gua yang sibuk nak menyambut raya cina semua dah stok carlsberg, tiger, stout dan black label. Gua rasa kalah gudang Tesco dan Carrefour kalau diorang challenge tayang kuantiti beer sesama sendiri.

Itu memang adat lah kalau nak raya cina. Kalau yang melayu tu konfirm kena ada sirap, yang cina pulak tak sah raya kalau tak mabuk.

Tapi yang paling merangsang minat gua untuk join perayaan Tahun Baru Cina 2008 ini ialah dengan adanya spesis limau terbaru di pasaran. Korang mesti dah biasa dah kan dengan limau cina yang berbagai jenisnya...seperti lokam, teochew kam, dsb... tapi korang mesti tak pernah nampak atau makan lagi spesis ini. Paling ketara bezanya dengan limau jenis lain ialah warnanya yang gelap kehitaman dan sedikit coklat. Hah... gila siut.

Gua dengar limau baru ini adalah hasil usahasama kerajaan kita membuat penyelidikan menyeluruh...sehingga terjumpanya spesis ini.

Limau ini bukan Lokam, bukan Teochewkam, bukan Ponkam, tetapi ialah LINGAM!

Jan 17, 2008

Selamat Tahun Baru

Apaaaaaaaaaaa khabareeeeeeeeeeeee semua?

Ampun tuan pembaca seribu ampun, sembah patik mohon diampun.....kehilangan gua bukan kena kantoi ISA ke apa-apa. Gua cuma hidup di perantauan je sebulan dua ini. Jadi takdelah niat nak menulis-nulis ni.

Tapi takpe. Ni sekarang gua dah balik hidup normal gua. Akan gua usahakan semula zaman kegemilangan Sultan Gagak al-Hitam.

Korang tunggu je. Woohoo.....