Dec 23, 2008

Betul Malaysia Boleh? Atau Boleh...Tapi dengan Syarat?

Minggu lepas pemain badminton negara menggondol 3 acara dalam Super Series Master Finals yang berlangsung di Kota Kinabalu tu.

Kecoh habis semua media tempatan melaporkan kehebatan pemain kita. Gua sendiri pun tersentak apabila dapat tau semua pemain kita yang masuk final berjaya menang. Tapi yang diorang memperagung-agungkan kehebatan pemain-pemain ini yang gua tak setuju sangat.

Ini diorang panggil Malaysia Boleh? Gua rasa ini lebih macam Malaysia Boleh dengan syarat tertentu.

Dan syarat-syarat untuk Malaysia Boleh dalam acara sukan ialah:

1) Kena bertanding di tempat sendiri (Syarat ini bukan selalunya mendatangkan kejayaan. Tetapi kemungkinannya lebih tinggi kalau dipenuhi)

2) Pasukan atau pemain handalan menarik diri daripada kejohanan.

Untuk syarat kedua tu, bukan pemain kita je yang rasa optimistik mengenai peluang mereka. Malah para wartawan tempatan pun bersemangat gila. Hang boleh baca dalam suratkhabar tu bila diorang lapor mengenai pasukan China menarik diri. Terus kata peluang Chong Wei cerahlah, inilah, itulah. Pirahhh. Eh kalau betul terrer, takde nak takut lawan punyalah. Bring it on!

Nak diikutkan, hanya seorang je atlit negara yang betul betul mengibar dan memegahkan Jalur Gemilang di pesada antarabangsa. Dan dia tak lain tak bukan ialah si Nicol David. Ini baru kita panggil terrer. Sapu habis semua acara yang dia join.

Tapi Nicol...lu slacklah. Pasal hang bukan orang melayu macam kita nie... kalau tak...bukan takat gelaran Datuk je diorang bagi. Siap cetak setem muka hang, atau menamakan kereta Proton sebagai Proton Nicol untuk memperingati kehebatan hang tu. Kakakakaka...

3 comments:

hershey Que said...

blog ni bertemakan politik ehh
:)

izu ting ting said...

nicol idolaku. :D

Faizal Zakaria's Blog said...

Malaysia akan boleh :-)




























Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com