Nov 14, 2008

Yang Dah Karam Bertambah Tambah Karam

Berita mengenai pelantikan Tengku Mahkota Pahang sebagai Presiden Persatuan Hoki Malaysia merupakan satu malapetaka buat gua...yang juga seorang peminat hoki. Pasal sukan hoki kita sekarang nie pun dah cukup tenat dah... tapi diorang pulak taruk seorang yang 'tempang' untuk menaikkan semula taraf hoki.

Seingat gua, sepanjang Tengku menjawat posisi di FAM, sepanjang tulah prestasi & kualiti bolasepak negara meleset. Umpama harga petrol sekarang lah, Dari lebih USD140 setong berbulan yang lalu... hingga lah kurang daripada USD40 setong. Dulu masa 70an hingga awal 80an... negara kita megah berdiri di puncak benua Asia. Masa tu England 'B' turun pun kita tibai. Tapi sekarang, isk isk isk isk... pasukan tadika dari Timor Leste pun gua tak konfiden kita boleh makan.

Samalah macam hoki kita. Dulu gagah. Sekarang gagal. Jadi, dengan melantik seorang yang tidak mempunyai rekod baik dalam badan sukan sekian lama... mungkinkah takdir badan sukan yang lain dapat diubah dan diperbaik? Musykil...musykil.

Oh mengenai sukan bolasepak kita tu... menurut pakar fengshui... kejatuhan bolasepak negara ada kaitannya dengan penukaran logo FAM. Ia dilaporkan di akhbar MalayMail seperti berikut (sila klik untuk membesarkan keratan akhbar ni):


Jadi, Tengku... mungkin bukan semuanya salah hang. Kakakaka...

No comments: