Sep 5, 2008

Pak Samad.. Gua Caya Sama Lu!

Hati gua rasa pilu sekali apabila gua mendengar berita radio melaporkan pemergian Tan Sri A. Samad Ismail semalam. Salam takziah buat keluarga Pak Samad.

Sebenarnya, sejak kecil lagi gua dah terdedah dengan penulisannya di majalah Gila-Gila. Time tu gua memang minat habih dengan majalah lawak no.1 tanahair itu. Tapi sayangnya, gua tak pernah nak baca pun penulisan Pak Samad. Maklumlah.... kita masa kecik nak baca Gila-Gila pasal ianya komik...bukan kerana ia mempunyai tulisan yang panjang memanjang macam suratkhabar.

Entah memang takdir atau apa... beberapa tahun yang lalu...gua terserempak pula dengan buku koleksi penulisannya yang berjudul 'Tan Sri A. Samad Ismail Menulis" yang diterbitkan oleh Gila-Gila sendiri. Buku ini merupakan koleksi penulisan beliau yang pernah muncul di Gila-Gila.

Dan kerana buku inilah lahirnya blog Dewan Karut yang korang sedang baca sekarang. Betul sia... kalau takde buku Pak Samad tu, memang takde Dewan Karut.

Gua amat tertarik dengan cara pengarutan & penulisan Pak Samad... yang menggunakan isu & fakta sebenar (daripada politik, masyarakat dan sebagainya)... dan dicampur-adukkan dengan scenario rekaan sendiri. Memang best. Konsep penulisan beliau juga menginspirasikan slogan gua yang kini sudah sinonim dengan Dewan Karut iaitu...'sesungguhnya politik itu lawak, kalau di ambil serius ke kuburlah alamatnya'...

Hmmm... kalau nak cerita pasal jasanya kepada negara...memang sampai si Dollah kena guling masa Sep-16 pun masih tak habis. Tapi ada satu perkara yang amat menarik. Beliau ini antara pengasas parti PAP bersama Lee Kuan Yew di Singapura. Lepas tu beliau keluar pasal ada tak puas hati dengan Lee Kuan Yew kot. Kalaulah dia tak keluar dari Singapura... apakah yang mungkin terjadi di sana hari ini? Mungkinkah Singapura kini bukan didominasikan oleh orang Cina? Haha... apapun, itu bukan persoalannya.

Gua harap roh Pak Samad dicucuri rahmat.

Sekian, majulah penulisan dan standard bahasa kita demi Pak Samad.

No comments: