Sep 3, 2008

Muka Sampah

Maksud:
Muka seorang yang sering kelihatan di merata-rata tempat sehingga mencetuskan rasa mual atau kurang selesa (seperti sampah yang sentiasa ada di mana sahaja).

Contoh Ayat:
"Zul...kau tengok tu... keliling Malaysia boleh nampak muka si Dollah. Billboard lah, bunting lah, poster lah. Kena tak kena benda tu...diorang taruk jugak muka dia. Siap kat bangunan pun diorang nak pancar laser berwajahkan Dollah. Isk...betul muka sampah habis!"

"Laaa... kan Mawi macam tu jugak masa dia top dulu. Buku nota sekolah & gam kanji pun diorang cetak muka Mawi."

"Mana sama, Zul! Seburuk-buruk Mawi tu...dia erti menyalak...errr...menyanyi. Tapi orang tua tu tau membuta je..."

2 comments:

Lily said...

i prefer to use 'muka bersepah merata-rata',,haha~

Anonymous said...

aku lak suke gne sampah masyarakat. hahha!