Jun 5, 2008

Taman Seksa Setapak

Laa Ah Seng... apahal dengan lu ni? Gua tengok muka lu tak bermaya je. Meh gua tampar sikit kasi cergas. Hahaha. Apsal? Bini lu tiap-tiap malam mau main ka?

Chau cibai lu Gagak... lu ingat gua ada tanam itu tongkat ali arr. Boleh hari hari pigi petik, makan dan main.


Habis, apsal? Muka lagi sedih daripada orang myanmar kena taufan najis...eh nargis itu.

Gua manyak susah hati la Gagak. Cibai...lu buk
an tala tau.. gua bini masak tala sedap punya. Itu pasal lah gua hari hari pigi makan itu nasi ayam Mr Fatt. Sudah sepuluh tahun gua makan... tapi cibai... itu DBKL tiba-tiba kasi roboh semua gerai. Sekarang itu gerai pindah kat mana pun gua tala tau. Sekarang makan tak lalu...tidur tak lalu la.

Eh Seng, lu jangan susah hati dulu. Semua YB Pakatan Rakyat kan sudah buat bising dah kat DBKL. Sekarang DBKL pun tensen.

Lanciau diorang tensen... mana ada tensen. Itu semua cibai punya orang. Lu tengok kita Desa Setapak sini. Banyak-banyak korner ada meniaga jugak... tapi semua tempat cina saja kasi roboh. Itu melayu punya diorang tala sentuh pun. Apa cerita ini semua. Betul pukimak. Ini macam ada fair ka? Lagi satu... itu budak melayu suka suka bukak gerai burger kat tepi jalan. nampak ada tempat kosong saja diorang landing gerai burger diorang. Ini semua ada lesen ka? hah.. apasal tala pi roboh gerai diorang. Tiu nia mah ke chau hai!

Rileks Seng, rileks... hang cakap macam nak hayun gua sekali jugak. Hahaha...

Tiuniasing Gagak...gua bukan mau cakap bukan-bukan... tapi betul mah. Lu pegi tengok sendiri... itu melayu punya gerai pun ada bukak kat tapak haram jugak. tapi tala kena roboh. Kalau itu DBKL mau kasi roboh....roboh lah semua. Apasal mau lepas itu melayu punya gerai?

Aiseh...sudahlah Seng. Jom..gua bawak hang pi makan nasi ayam Hailam champion kat Taman Melawati lah. Ini gerai cina jugak... tapi halal. Hahaha... gua boleh bedal sama hang.

Cibailah lu Gagak...orang baru mau cakap cerita serius...lu ajak makan nasi ayam...


(Tamat Perbualan)
Gua sebenarnya paham perasaan Ah Seng itu. Sebab gua dengan dia pun dah tinggal kat Desa Setapak ini melebihi 10 tahun. Beberapa minggu lepas, Taman yang tak pernah aman ini didatangi DBKL dan jentera-jentera perobohnya. Tujuan: merobohkan korner-korner penjaja Cina. Ya, memang kalau korang tak percaya, dipersilakan untuk datang melawat Taman Desa Setapak ini. Tempat menjaja orang Melayu masih gagah berdiri. Tapi yang cina-cina punya semua dah kena roboh. Silahlah ke blog YB Wee Choo Keong untuk cerita yang lebih detail mengenai drama-drama ini.



Sedikit sebanyak mengenai Taman Desa Setapak

Taman Desa Setapak ini kalau boleh, gua nak ibaratkannya sebagai 'sin city' berskala kecil. Kerana selama lebih kurang 20 tahun sejak ia menjadi petempatan manusia... ia tak habis-habis menjadi medan kegiatan haram dan tempat orang menunjuk ke-taiko-annya.

Masa gua kecil dulu, bisnes haram tak bercambah lagi. Yang haram ialah perhubungan rambang pelajar-pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (Desa Setapak ini memang bernyawa kerana banyak pelajar sana menyewa rumah di sini). Time tu cybercafe tak maju lagi, jadi pelajar pelajar outstation semua ntah nak buat apa malam-malam. Kerja diorang ialah beromen hari-hari. Tiap malam konfirm boleh dengar rumah sebelah ada bunyi "uuu-ahhhh uuu-ahhh". Aduhai..nak tidur pun susah.

Lepas tu dah maju sikit. Tauke tauke haram dah mengesan potensi Desa Setapak ini. Jadi, diorang pun mulalah menjajah kitorang semua dengan gerai-gerai VCD haram. Muka diorang memang bengis habis...stok makan orang punya orang. Tapi bukan pasal muka diorang yang gua benci. Yang gua benci ialah diorang nie menakluk bahu-bahu jalan, sehingga menjadi sempit nak mampus... basikal nak lalu pun susah. Kalau sound diorang, memang seumur hidup hang tak yah nak beli ubat gigi dan berus. Pasal diorang konfirm hayun penumbuk sampai semua gigi tanggal.

Selepas populariti VCD haram menghilang, Desa Setapak ini masih tak aman aman jugak. Pasal mat rempit pulak bergelar raja di sini. Diorang ni memang hari hari main ragut beg tangan kat sini. Lembu pun tak serajin meragut rumput cam diorang nie. Terasa nak Gaban je beruk ni sekor sekor. Tapi time tu gua takde lagi motor Z gua. Takleh nak berentap pulak. Dan polis hanya rajin nak ambil tindakan apabila dah ada orang kena bunuh kat sini oleh mat ragut. Aktiviti meragut dah berkurangan sejak itu, tapi masih WUJUD.

Hais...sekarang pulak isu DBKL yang dengan perangai tak bertamadun diorang. Gua memang cinta tempat ini. Tapi, kalau dah hari hari macam ini... cinta pun bertukar benci kelak. Harap harap YB Wee dapat menegak keadilan buat orang-orang di sini semua.

Majulah Nasi Ayam Untuk Desa Setapak!

1 comment:

GOMO said...

takda fakta langsung!
kedai cina atas jalan yang mana di selekoh jalan yang boleh menggangu jika ada kebakaran mahupun sebagainya.

kedai melayu pula tersusun dan bukan di miliki perseorangan.

kedai cina di penjuru milik perseorangan. apa cerita tu?

fakta kasi baik punya lah..bukan momokan je.