May 16, 2008

Apakah Dia Akan Pulang Ahad Ini?

Sudah lebih kurang 16 tahun dia menghilangkan diri di perantauan. Gua ingat lagi kali terakhir dia ada disisi kita… memang riuh rendah sekampung jadinya. Bukan kampung gua je. Kampung kampung kat sebelah pun sekali kecoh. Macam dah isytihar esok tu raya.

Hmmm… masa tu adik gua yang bongsu pun belum lahir lagi. Tapi sekarang ni hah… adik gua dah ada awek berjumlah tiga lori banyaknya. Kalah abangnya yang kalau dibandingkan…memang lagi hensem.

Dalam 16 tahun tu...selalu jugak gua dengar khabar beritanya. Beberapa tahun lepas, dia masih ada di seberang. Memang dah dekat sangat dengan kita ni. Tapi entah mengapa… dia masih tidak ingin menjejak kaki semula ke sini.

Gua rasa dia kecil hati. Gua rasa dia kecewa. Kecewa dengan orang-orang kita yang bodoh sombong. Yang terlampau leka dengan pencapaian lalu... yang kalau dihitung semula memanglah tak seberapa.

Baliklah....oooo baliklah wahai Thomas bin Cup. Walaupun hang berdarah mat salleh... tapi kita semua tak pernah menganggap sedemikian. Sesungguhnya, inilah kampung halamanmu. Kemana lagi hang nak berkeliaran kalau bukan kat tempat sendiri.

Kami sanggup mengadai litar Sepang kita tu. Kalau itu tidak mencukupi, kami korbankan sekali barisan menteri-menteri kayu kita.... Janji hang setuju untuk balik.

Yang ikhlas dan sabar menunggu,
Gagak Hitam dan seluruh Rakyat Malaysia

1 comment:

Charmayne said...

saudara mungkin akan suka cerita kontraversi ini... http://howilearnedtodrive.blogspot.com ataupun The Actors Studio @ BSC Box Office: 03-2094 0400/1400 a call :)