Apr 9, 2008

Suruh Hang Belajar, Bukan Kurang Ajar

Pengalaman bertugas sebagai polling agent pada hari mengundi yang lepas itu cukup bermakna buat diri gua. Bukan saja gua berpeluang menabur bakti dalam keterreran Barisan Rakyat membolot kerusi parlimen di Kuala Lumpur, gua juga berkesempatan menjejak kaki semula ke pekarangan sekolah yang menjadi pusat mengundi.

Walaupun ianya bukan sekolah gua belajar dulu…tetapi ciri-ciri yang terdapat pada sekolah ini dengan semua sekolah lain di Malaysia adalah sama. Bau tandas sekolah.....mmmmm…betul ada umph la. Takde tempat lain boleh dapat bau ini. Memang unik. Hang tanya orang buta pun sama. Konfirm diorang boleh cam bau tandas sekolah.

Tapi tandas sekolah bukanlah topik gua hari ni. Gua nak kongsi cerita mengenai bermacam-macam papan perintah dan notis yang terdapat di sekolah, yang gua rasa akan membantutkan perkembangan minda murid-murid sekalian.

Merujuk kepada notis yang gua nampak kat dalam bilik darjah ini.... ayat ke 5, 6 dan 9 memang tidak sesuai sekali dikuatkuasakan kat murid-murid.
Ayat 5 - Elakkan Dari Membantah Pendapat Guru Kecuali Dibenarkan
Gua bukannya nak loya buruk... tapi mana ada guru akan benarkan murid membantah pendapat dia. Walaupun guru itu dah jelas sangat salah dia... tapi pasal dia ialah GURU....kita kena akur. Gua dulu pun sekolah jugak.... kes macam ni selalu sangat berlaku. Gua bantah je, terus kena bantai!

Ayat 6 - Elakkan Memberi Sebarang Petanda (Dia) Pelajar Lebih Tahu Dari Gurunya, Kerana Ini Kurang Sopan Dan Kurang Berkat
Aduh...perintah ini memang tak kena dengan peredaran masa langsung...tetapi masih wujud kerana sifat ego dan bodoh sombong 'kita (guru) makan garam lebih dari korang (murid-murid) makan nasi'. Mana dah perginya pembelajaran 2-hala. Zaman sekarang ini...kalau masih nak buat semua benda satu hala je...boleh pi duduk hutan lah.

Ayat 9 - Elakkan Diri Dari Banyak Bertanya
Ya, jangan banyak tanya... apa Guru sampaikan...korang terima je. Yang betul yang salah. Terima je. Ada soalan...boleh belah...jangan tanya guru. Gua sejak dulu dah rasakan bahawa Ayat-9 ini bertujuan untuk melindungi Guru daripada mendedahkan kekurangan mereka.


Kalau ditelitikan dengan bulu roma korang kan... memang agak ketara bahawa sistem ini diturunkan daripada institusi pentadbiran negara. Dan kita sebagai rakyat ialah murid-murid di sekolah yang bergelar 'Malaysia'. Barua-barua yang bergelar 'Guru' pula diperwatakkan oleh Pemimpin/Menteri-menteri kita.

Biasalah, diorang ni cuma 'melentur buluh daripada rebungnya'. Diorang nak pastikan sejak kecil-kecil lagi semua rakyat dah dengar kata diorang, tak berani membantah, dsb. Jadi lain kali kalau nak hantar anak pi sekolah kerajaan...pikir panjang lebar dulu. Itu semua tempat penyebaran propaganda paling asas sekali.

Hais...macamana negara nak maju...kalau sejak kecil kita dilatih menjadi pengikut, bukan pemimpin... sayu, sayu....

Oh ye... Akta Universiti dan Kolej Universiti tu patut dibuang dalam jamban dah. Pasal ada Akta inilah pelajar universiti kita tak maju. Dan pasal pelajar kita tak majulah yang menyebabkan universiti kita di kedudukan tercorot di dunia.

9 comments:

bats said...

makin lama, makin macam taik kucing sial sekolah kat msia ni. time gua kecik dulu tak pernah ada la "notis" cam ni. itu pasal orang macam hang dan gua ni bole diskus politik dengan kepala hotak yg terbuka.

kualiti cigku dulu dengan kera2 (bukan semua la) yg ada sekarang pun ketara bezanya.

apa hang cakap pasal uni pon tepat. akta ni la, akta tu la. ini la akibat gomen yang tak berani dicabar... oleh budak darjah 5.

Muhammad Ilham said...

ni apa taik punya papan tanda ni wei.. sekolah mana ni...

kalo papan tanda ni kat pakistan ke, north korea ke, paham jugak aku.. tapi kat malaysia, tak boleh jadik ni..

aku rasa elok ko pergi spray paint papan tanda tu malam malam.. hehehe.. ko kasi 10 ringgit kat mat rempit suruh spray paint.. mesti diorang takda hal punya ..

imran said...

encik gagak, apsal lama tak update2 ni?

gagak hitam said...

imran...bagus benar komen hang nie.

gua pun tengah nak tahu sebab gua tak update citer baru sejak 3 minggu lepas.

nanti gua tulis sini kalau dah dapat jawapan tu kang. sekian. muahaha.

PeNdY said...

sumpah adab 5,6 dan 9 langsung xbole pakai!

dla said...

Maaf ye meninggalkan komen di sini. Tidak dapat tidak, saya terpanggil untuk memberi ulasan memandangkan saya mmg berkecimpung dalam arena pendidikan ini.

Tak semua guru tak boleh menerima teguran. Cuma bantahan, teguran atau pendapat dari murid tu perlulah kena caranya. Sebab ada sesetengah murid ni fikir mereka lebih pandai (padahal tidak pun). Kadang2 analisis yg mereka berikan memang tersasar dari topik yg dibincangkan. Begitu juga tidnakan murid2 ni. Sesetengah tu memang tindakan bodoh. Tapi sebab mak pak diorg tu somebody, diorg pk diorg lagi terer pada cikgu2. Ibubapa pun 2x5. Diorg ingat diorg keja lawyer, doctor makanya diorg lagi pandai. Diorg memanglah pandai, tp pandai dalam bidang diorg. Dalam hal sistem pendidikan, saya perlu katakan cikgu2 lebih mengetahui. Dan murid2pun ada yg memberi pendapat dgn cara yg sangat-sangat kurang ajar.Saya tak nafikan ada guru yg kurang ajar dgn anak2 murid diorg. Saya pun marah pada guru2 yg perangai macam tu.

Tentang point No 9 tu, saya pun tak setuju. Kalau tak ada 2 way communication di dalam kelas, sebagai pengajar saya sendiri tak tahu sama ada pelajar saya faham atau tidak apa yg saya cuba sampaikan. Pada saya,hanya cikgu2 yg malas sahaja tak membenarkan murid2nya byk bertanya. Tapi on the other side, murid2 pun tak bolehlah hentam tanya saja. Sedangkan sesetengah perkara yg ditanyakan itu ada dalam buku teks. Diorg malas nak buka buku. Lebih suka disuap segalanya. Sebab ini jugaklah pusat tusyen tumbuh melata di malaysia ni. *sigh*

Anyway, you have highlighted good points here. TQ.

gagak hitam said...
This comment has been removed by the author.
gagak hitam said...

Saudara DLA yang dihormati... gua suka sangat komen hang nie.

Nemang ada benarnya apa yang disampaikan oleh saudara ni. Bukan semua guru malas. Gua dulu dulu pun pernah diberkati dengan ramai guru yang best-best.

Dan kalau dilihat dari perspektif lain, ya... mungkin sekolah yang tampal notis ini dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang teramat loyar buruk. Itu pasal diorang buat peraturan-peraturan macam ini untuk memastikan guru-guru tidak bertambah-tambah kronik tekanan darah tinggi mereka.

Sesungguhnya gua tau, tiada yang lebih menyakitkan ketika kita nak mengajar...tapi student pulak nak berloyar buruk.

Sekian, terima kasih.

Lepidoptera said...

kali prtama aku tinjau blog ni trtarik pulak... mcm2 ceritera... anyway... terimakasih kat bekas cikgu2 kerana menjadikan aku ckgu hari ini....