Feb 27, 2008

Wangsa Maju Siapa?

Setelah sekian lama Wangsa Maju dipegang oleh barua MCA yang terkenal dengan aksi gengsternya, sinar harapan kini mula menjelma dalam bentuk manusia bernama Wee Choo Keong. Ini betul betul tanda Tuhan mencintai semua penduduk Wangsa Maju.

Bertanding di bawah naungan Parti Keadilan Rakyat, En Wee Choo Keong ini orangnya hensem, berpendidikan tinggi, berkaliber, pernah memegang kerusi parlimen Bukit Bintang untuk 2 penggal, dan yang paling gila... dia cakap Kelante!!!!!! Gila babi sial.

Semalam gua sempat membawa diri ke satu ceramah dia. Tak ramai yang datang. Tapi takpe. Orang sikit, semangat itu banyak. Haha.

Gua tengok blog Encik Wee tadi kata esok Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertandang ke Wangsa Maju untuk ceramah. Peh... memang best. Akan gua bawak kucing gua pegi sekali menyokong kehadiran mereka.

Sebelum gua mengakhiri post gua ini, gua nak tau... ni ada sesiapa yang duduk Wangsa Maju ke? Mai lah turun ceramah sama-sama.

Kita jumpa di sana ye!

3 comments:

mohamad said...

hi gagak hitam
saya terbaca komen anda di blog Mr Wee
anda tinggal di mana?
mari beramai2 dgr anwar mlm ni!

gagak hitam said...

hahaha... gua duduk kat desa setapak lah... ya malam nie memang gua akan turun tengok anwar....

hang kalau nampak mamat yang tidak kurang hensemnya... berkaca mata besar ala zaman dulu-dulu... dan pegang bendera keadilan... hang pi la sergah dia. konfirm dia bukan gagak hitam..

hahahahaha.....

amer zaman said...

ya..sokong ANWAR!