Jan 25, 2008

Gong Xi Fa Cai

Eh dah nak masuk tahun baru cina lah. Member-member gua yang sibuk nak menyambut raya cina semua dah stok carlsberg, tiger, stout dan black label. Gua rasa kalah gudang Tesco dan Carrefour kalau diorang challenge tayang kuantiti beer sesama sendiri.

Itu memang adat lah kalau nak raya cina. Kalau yang melayu tu konfirm kena ada sirap, yang cina pulak tak sah raya kalau tak mabuk.

Tapi yang paling merangsang minat gua untuk join perayaan Tahun Baru Cina 2008 ini ialah dengan adanya spesis limau terbaru di pasaran. Korang mesti dah biasa dah kan dengan limau cina yang berbagai jenisnya...seperti lokam, teochew kam, dsb... tapi korang mesti tak pernah nampak atau makan lagi spesis ini. Paling ketara bezanya dengan limau jenis lain ialah warnanya yang gelap kehitaman dan sedikit coklat. Hah... gila siut.

Gua dengar limau baru ini adalah hasil usahasama kerajaan kita membuat penyelidikan menyeluruh...sehingga terjumpanya spesis ini.

Limau ini bukan Lokam, bukan Teochewkam, bukan Ponkam, tetapi ialah LINGAM!

2 comments:

rudy bluehikari said...

hahaha sinikal. Saya suka!

C-Fu said...

tak lawak pon

mesti pasal ko tengah stim kan