Oct 2, 2006

Antara Puasa & Dosa

Puasa dah seminggu lebih. Seksa giler masa mula puasa 2-3 hari tu. Nak menulis dalam ruangan ini pun malas. Mana taknya, tetiba kena berhenti tabiat rokok dan kopi-o pada masa paling ketagih, iaitu masa kerja gua.

Tapi segian mana pun, pahala puasa tetap didahulukan. Hahaha... inilah peluang menebus dosa yang berlori-lori banyaknya dalam setahun siut.

Aku ada kisah yang nak diceritakan la pasal puasa ni. Hari tu lepas terawih, aku pun lepak la kat kedai snooker (ini je senaman yang sesuai time bulan puasa). Time main snooker tu, ada juga aku perasan kutu-kutu kat penjuru gelap tu. Semuanya dok sibuk layan kuda dan jackpot. Bukan tu je, siap ada seekor dua yang sempat lagi nak tekan betting dan minum beer. Ini betul moyang segala dosa, pikir aku.

Judi tu dahlah haram. Korang sertakan beer sekali. Lepas tu buat time bulan Ramadan. Aduh... aku pun tak tau nak cakap apa dah. Diorang ni tak takut ke dipanggang dek api neraka kang?

Tak boleh ke diorang buat macam kengkawan aku yang dua-tiga-empat-lima orang tu. Geng ini memang mafia Malaya lah - kaki judi, kaki minuman, kaki perempuan, kaki *ehem*, dan yang sewaktu dengannya.

Tapi, walau sejahat mana pun, time puasa je semua tu diorang stop. Puasa memang penuh. Dan terawih pun tak pernah tinggal.

Aku pun heran macam mana diorang dapat tahan. Salah seorang tu selamba kata:
"Iman kena kuatlah beb." (ADUHHHH...rosak betui keparat seekor nie. Iman kuat pulakdah. Kalau betui kuat, takkan bulan-bulan lain boleh buat jahat kan?)

Member gua pun menokoknambah lagi lepas tu:
"Cuba kau lihat dari sudut ini. Kalau hari-hari cuaca cerah dan cantik je, apakah kamu akan menghargainya? Itu pasal la kita kekadang tu ada ribut, ada salji, ada puting beliung, ada Twister, ada Titanic... (gua potong dia sini sikit pasal dia dah mula mengarut dah)."

Dan dia bersambung lagi:
"Sama jugaklah puasa ni. Kalau kita hari-hari buat baik je...kan boring je. Macamana kita dapat menghayati erti sebenar dan pahala puasa ni."

"11 bulan buat jahat. Sebulan buat baik. Kau ingat senang ke? Kalau IMAN TAK KUAT macamana boleh tahan, betul tak? Dan pahala puasa juga berlipat ganda oi. Kira fair & square la dengan dosa kita. "

Aiseh... untuk sejenak tu, ada benarnya jugak cakap dia gua rasa. Hahaha...

So aku pun buat la kesimpulan sementara ini: Pahala time bulan puasa lebih kaw. Kaw sehingga boleh kasi padam semua dosa kita untuk setahun ye. So, kira kita boleh teruskan la dosa kita, dan buat amal pula bila time puasa...kakakakaka!

No comments: