Oct 19, 2006

Tahun Merawat Malaysia 2007

3 bulan lagi nak mula dah Tahun Melawat Malaysia 2007. Heboh jugaklah kerajaan kita nak memperkenalkan destinasi negara kita kat orang luar. Siap semua kapalterbang MAS pun diconteng ngan logo Tahun Melawat Malaysia.

Tapi gua rasa kita tak terdaya nak menyambut tetamu luar lagi la. Pasal banyak isu-isu dalaman pun belum selesai. Adalah lebih tepat kalau kita gelar tahun 2007 sebagai 'Tahun Merawat Malaysia'.

Apa yang perlu dirawat korang tanya? Isk..Isk..Isk..

1) Jerebu
Ini kes serius nie. Mesti pelancong berbulu datang masa jerebu. Mau tak berasap kepala diorang. Tapi saya ada satu cadangan untuk atasi masalah nie. Kementerian Pelancongan boleh melancarkan iklan selingan 'Tahun Melawat Malaysia', yang menasihati orang asing lebih awal supaya tidak melawat Malaysia masa bulan-bulan jerebu itu (eh tak lari la bulan mana jerebu akan attack setiap tahun).

Lebih baik kita tak untung duit pelancong time tu, daripada kena maki-hamun dan sumpah ala Mahsuri dimana mereka tidak akan jejak kaki kat sini lagi untuk 7 keturunan akan datang. Kaedah ini semestinya meningkatkan imej Malaysia sebagai negara yang bertanggung-tapi-tak-suka-jawab.

2) Kaum, Kaum, Kaum
Isu lama la. Tak pernah selesai pun. Kempen iklan Kementerian Pelancongan kali ini sibuk mempromote line 'Malaysia - Truly Asia'. 'Truly Asia pasal kita kat sini adalah rojak segala budaya Asia. Truly Asia kerana masyarakat berbilang kaum Malaysia dapat hidup aman dan harmoni. Tapi... itu cuma mesej yang disampaikan kepada orang asing. Hakikatnya mungkin berbeza. Kalaulah orang Malaysia sendiri yang terlihat iklan-iklan itu, kita mungkin tak nampak line 'Malaysia - Truly Asia' kot. Tapi yang tertera mungkin ialah 'Malaysia - Ugly Asia'. Renung-renungkanlah ye apa yang meng-ugly-kan persefahaman berbilang kaum kita yang cukup berharga.

3) Mat Rempit
Betul glam la bebudak rempit sekarang. Masuk paper kini lebih dari abang Khairy kita tu hah. Mat rempit ni, time gua lepak kat area Tabung Jalan Ipoh dulu-dulu taklah sekronik cam sekarang (dulu sedap-sedap nama Mat Motor kan elok je. Panggil rempit je, nama terus busuk cam armpit pulak).

Sekarang nie diorang main bunuh-bunuh la, main rompak-rompak la, main baling mercun kat balai polis la. Aduhai. Apsal diorang tak kekal dalam bidang kepakarang mereka je, iaitu challenge lumba haram dan memantat bohsia? Kan elok tu.

Memang diorang ni kena disettlekan la. Kalau tak, gerenti cuak mat salleh ternampak beruk nungang motor time bersiar kat Dataran.

*Terima kasih bebanyak la kat Putera UMNO, yang cukup ikhlas dan baik hati, mengajak mereka join parti (dengan harapan dapat pancing/beli 50,000 undi mereka kelak ye). Tapi, sekali plan Putera UMNO back-fired kang, semua member Putera UMNO pulak tukar jadi rider. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga oi!

4) Infrastruktur Pengangkutan & Dan Yang Sewaktu Dengannya
Ini gua maksudkan jalanraya, LRT, dan banjir kilat kitalah. Parah sial. Sikit-sikit rosak, Sikit-sikit nak roboh (eh Samy...nie MRR2 baru buka nie, bila nak tutup balik?). Buat traffic sesak je. Selama gua hidup kat KL ni kan, tak pernah gua tengok jalanraya tak kena korek (BETUL SIUT! Cuba korang perhati time memandu, mesti nampak part kena korek. Kesian giler. Kalau jalan tu boleh bersuara, dah lama dah 'PUKIMAK' melekat kat telinga kita tau). Semua korek mengorek ini atas nama nak meng-upgrade jalan. Kononlah ye. Upgrade tah ke mana, jalan tah ke mana, tapi kita makin hari makin merana.

Eh banjir kilat kat KL pulak? Aiseh ni gua tak yah la nak ulas lanjut. Bangunan dah tinggi tinggi kat KL. Tapi problemnya air pun ikut tinggi sekali. Malu oi kalau omputih nampak.


So, apa boleh kita buat oi... kita tunggu je lah kedatang pelancong semua dengan kaki terkangkang. Biar kita kena FUCK sikit, barulah boleh sedar sikit.

No comments: