Oct 4, 2006

Tiada Politik. Tiada Hiburan.

Hari nie gua ada terjumpa kartun-kartun yang kelakar, berunsur politik pulak tu. Memang lawak. Sesuai sekali dijadikan hiburan seisi keluarga dan haiwan peliharaan.Mengenai pelukisnya pula, Zunar, time gua kecik-kecik dah layan dah kartun dia kat majalah Gila-Gila (oi apa dah jadik kat Gila-Gila sekarang??? Kualiti jatuh dah macam gampang!) . Tapi masa kecik tu orang kata budak hingusan lagi la... tak paham gua dengan lawak politiknya.Apapun, amat diharap lah Zunar akan teruskan usaha melawakkan arena politik negara menerusi kartunnya. Dan juga diharap, ahli-ahli politik negara meneruskan usaha, kata-kata dan aksi badut mereka. Sessungguhnya, setiap keputusan dan perlakuan badut ahli politiklah yang memberikan inspirasi kepada Zunar untuk terus menghibur.

No comments: