Mar 13, 2007

Cerita Tangis dan Bulu Tangkis

Hari tu gua menangis. Gua dah lama dah tak menangis. Tidak pernah semenjak menonton cerita Sepet, yang membuatkan gua menangis atas kekayuan pelakonnya, bahagian-bahagian 'redundant'nya dan terlebih publisitinya.

...sorri, terlanjak pulak. Ok sambung cerita gua menangis. Ya, selepas lebih 20tahun, selepas melihat Razif dan Jalani menjulangnya buat kali terakhir, aku tak dapat menahan emosi bila beregu negara menang All England tempoh hari.

Menang ada gaya la katakan. Sepanjang kejohanan tak pernah kalah satu set pun. Ini baru panggil Malaysia Boleh (tapi Koo, hang kontrol sikit keret hang tu. Janganlah joget kat depan net time dapat matchpoint. Ada ubi ada batas, ada hari Cina tu balas siut. Lain kali dia buat tarian singa kat depan hang baru tau!).

Nak dijadikan cerita, hari isnin semalam ialah hari badminton gua. Tiap-tiap minggu lepas kerja gua dan geng gua tak pernah tinggal. Dan seperti biasa, semangat hangat-hangat taik ayam orang kita amat terserlah dalam dewan badminton tu semalam. Maklumlah, Malaysia baru memang All-England. Ramai gila yang datang main sial. Biasanya 4 gelanggang tu hanya ada cukup-cukup pemain je. Seorang pancit terus game tak jalan. Tapi semalam pulak macam pesta, siap ngan supporter. Muka yang tak pernah-pernah nampak pun dah sibuk pegang raket. Ada pulak mangkuk seekor nie pakai seluar jeans main. Betul mangkuk hayun kelasi tertinggi la budak nie.

Gua tah nak gelak ke nak riang pasal semangat diorang nie. Tapi yang pasti, apa yang berlaku semalam mengenangkan gua kembali suasana tika pasukan negara menjulang Piala Thomas tahun 1992. Semua budak dengan raket dan bulu tangkisnya (yang guna tinggal tangkis dan takde bulunya) kelihatan berbadminton di semua lorong-lorong jalan, taman permainan, depan rumah (pintu pagar sebagai net sial) di seluruh Malaysia. Takde tiang-tiang yang terlepas daripada jadi mangsa ikat jaring.

Riuh giler. Kira biasa la kalau kita dengar bebudak cakap masa nak start game time tu - "OK saya Rashid Sidek. Awak Joko Suprianto. Start.." Dan budak cina pula mesti berebut nak jadi Foo Kok Keong, Zhao JianHua atau Yang Yang. Konfirm tak miss.

Memang best giler.

Hmmm tapi... yang lalu tetap sudah lalu. Budak sekarang, jangankan pemain lagenda dulu-dulu, ni pemain sekarang pun diorang tak kenal. Badminton kini sudah tidak ada idola. Jauh sekali kalau nak ada wira negara.

....mungkin kalau ditanya budak sekarang siapakah pemain badminton negara favouritenya, mereka akan jawab "Nicol David" kot.

1 comment:

Kia said...

aku suka la baca blog ko...warghh warrghh warghh...

keep it up bro