Aug 20, 2007

Matilah Demi Negara

Sekarang nie gua tengok orang semua kecoh pasal isu bas ekspres la. Sampaikan suratkhabar The Star pun rajin buat kajian kat Puduraya.... dan semak bas-bas mana yang ada banyak saman dah.

Kerajaan pun rajin gila apa. Sekarang ini sibukk diorang merangka garispanduan dan undang-undang baru untuk mengelakkan kemalangan tempoh hari di Bukit Gantang berulang lagi.

Hmm, kira tak sia-sia la ye lebih 20 nyawa yang terkorban tu. Sekurang-kurangnya ada juga tindakan drastik yang diambil pihak berkuasa. Tapi gua sedih. Sehinggakan gua rasa adegan-adegan menyayat hati dalam cerita Anakku Sazali sekadar kartun lawak je kalau dibandingkan dengan kes-kes macam ini.

Itulah dia kerajaan Malaysia kalau nak tau. Selagi takde nyawa yang terkorban, selagi itulah tak ada perubahan/peningkatan yang akan dilaksanakan. Walaupun dah terima berjuta-juta aduan, rayuan, kritikan... semuanya tak guna kalau tak melibatkan nyawa anak orang, suami orang, bini orang, atau segala macam yang bermuka orang.

Kes macam kat Bukit Gantang itu bukannya tak boleh dielakkan. Dulu-dulu pun ramai yang adu dah, berkenaan sikap pemandu bas ekspres yang cuai, yang banyak langgar peraturan jalan. Tapi pasal ia masih tahap takde jumlah kematian yan serius (ada jugak yang mati, tapi masih belum sampai tahap boleh suruh pihak berkuasa buat kerja), diorang pun buat lah dek je.

Bukan isu ini je perangai diorang macam nie. Ingat lagi cerita Canny Ong? Yang kena rogol dan bunuh tu? Sama jugak. Dah banyak dah kes orang kena samun kat tempat letak kereta dulu. Tapi takde jugak kerajaan nak bagi perintah suruh pemilik pusat beli-belah tingkatkan keselamatan parking diorang. Lepas je betina tu mati.... hah...mulalah kelam-kabut nak suruh orang semua pasang CCTV, KTV, ATV, TV3, Astro TV... butohlah.

Itu kes rogol. Ini pulak kes mat rempit yang juga kaki ragut. Dekat kawasan Wangsa Maju tu favourite untuk peragut. Memang tak kena tempat la diorang ni. Nak ragut kan padang rumput berlambak, tapi beg tangan orang jugak dijadikan sasaran. Hari hari orang yang duduk kawasan tu boleh dengar mangsa jerit mintak tolong. Semuanya kena ragut. Hinggakan ada member gua yang duduk sana dah jadikan jeritan tiap pagi tu sebagai penggera untuk bangun. Timing tak lari siut.

Gua tak kencing korang. Memang aktiviti ragut sudah sinonim dengan orang Wangsa Maju (terutamanya Taman Desa Setapak). Apa korang ingat mangsa ni semua tak buat laporan polis ke lepas kena? Apa korang ingat penduduk setempat tak membuat aduan dengan wakil rakyat sana ke? Ada, semuanya lengkap dah diorang buat. Tapi, pihak berkuasa selamba kambing jawab...'Kitorang tak boleh nak buat apa'. Nak dijadikan cerita, adalah seekor budak ini punyalah malang satu malam yang bulan ntah terang ke gelap. Dahlah kena samun, mat rempit tu sertakan sekali rodokan pisau kat budak tu. Habis nyawa melayang macam duit juta-juta anjurkan Piala Juara-Juara Belia. Entahlah, gua tak tau nak cakap samada pengorbanan dia itu adalah berita baik atau tidak. Kerana lepas budak tu dah mati, member gua yang duduk sana cakap polis rajin gila buat rounding kat taman perumahan. Orang MCA siap tubuhkan pasukan RELA dan buat pengawasan setiap malam. Bukan tu je, setiap jalan dan pelusuk kawasan perumahan itu diterangi lampu jalan. Toksah pikir nak sembunyi belakang semak dan beromen la... konfirm kantoi siut. Bukan tu je, entah berapa biji kamera pengawasan juga dipasang di jalan-jalan kegemaran peragut ni. Sejak itu, kes ragut dan jatuh 10051%.

Isu helikopter Nuri pun sama. Isu pengawal keselamatan kat kolej pun sama. Semua pasal ada yang dah mati baru diorang nak ambil port.

Kalau berterusan macam ini, gua rasa kita sebagai rakyat ini mesti menubuhkan satu NGO baru yang gua namakan PBM... yang bermaksud 'Pendesak Berani Mati'.

Kerja NGO ini ialah untuk mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya menangani isu-isu tertentu. Konsep ini boleh disamakan dengan pengebom berani mati yang mengorbankan diri atas nama jihad. Dan NGO gua ini boleh rekruit sukarelawan yang sanggup mati demi kepentingan negara (ada kemungkinan besar PBM boleh disatukan dengan Hospis Malaysia). Jadi, macamana fungsinya?

Gua ambil contoh kereta Proton yang kita ada ini. Dari dulu sampai sekarang, kereta Proton ini digelar kereta tin Milo. Memang tak selamat gila. Langgar sikit dah kemek mengalahkan muka cipan. Kita sebagai rakyat banyak dah buat aduan. Tapi diorang buat dek je. Biar pakai bahan murah, kos tu rendah, untung pun tinggi. Jadi, inilah masanya PBM akan bertindak. PBM akan melancarkan kempen kematian beramai-ramai, sebaik-baiknya 20 orang keatas. Setiap seorang memandu kereta Proton, biar pecut laju-laju dan langgar kat dinding ke, lampu isyarat ke, divider ke. Biar mati semua.

Menurut penghitungan gua dan juga tradisi pihak berkuasa bila berdepan dengan nyawa yang terkorban... Isyallah, tindakan akan diambil untuk memastikan kereta Proton selamat untuk dipandu...dan agar peristiwa mati ramai-ramai tak terjadi lagi.

Lagi satu contoh gua bagi ini. Sekarang ni arena sukan negara macam tak banyak berkembang. Semua pun tak jalan. Badminton lingkup, bolasepak bertambah-tambah lingkupnya. PBM boleh mengaturkan supaya sepasukan peminat setia sukan melemaskan diri bersama-sama. Maka pihak Kementerian Belia dan Sukan akan mula cuak lepas tu, dan betul-betul serius membuat pembaharuan untuk kecemerlangan sukan negara. Tapi, dalam kes macam ini, sebaiknya Menteri dalam Kementerian yang bertanggungjawab yang patut menggadaikan nyawanya... barulah ada uumph.

Sebelum gua mengundur diri. Cubalah korang renung-renungkan kalimat Hukum Murphy yang berbunyi...'Segala Yang Mungkin Salah, Akan Salah'.

Sekian. Takde terima kasih.

8 comments:

Dimitry said...

Brader, setakat PBM tu gua rasa tak boleh jalan la... Bukannya hang tak tau, brader kita yang duduk kat atas tu semuanya hangat-hangat najis ayam saje, mana boleh pakai? Bukannya nak kutuk tapi semua kes yang hang cerita tu semuanya kes ulang tayang yang telah berulang tayang berjuta-juta kali dah sampai mengalahkan cerita P.Ramlee kat TV1.

Ingat tak kes Noor Suzaily tu? Masa kes itu masuk paper, satu Malaysia nak bas express buang cermin gelap... Lepas 3 bulan, huih~ macam silap mata, semua cermin tukar warna hitam balik, rasa-rasa David Copperfield pun kena tabik ngan bos-bos bas express tu... Kes Canny Ong gua pun dah malas nak cerita dah....

Lepas tu pulak, masa bas langgar tol kat Jelapang tu, semua kata nak pasang kotak hitam... Mana kotak hitam tu sekarang? Kotak hitam yang saya nampak kat paper tu semua dah diisi ngan nyawa-nyawa tak berdosa... mati katak saja. Kotak hitam bas tu? Batang hidung pun tak nampak...

Jadi, gua rasa kalau nak PBM langgar tiang atau langgar dinding tu, baik suruh dia orang langgar Parlimen ke, Putrajaya ke, kat Dewan Rakyat masa dia orang tengah sibuk panggil bodoh sesama sendiri atau buat iklan Pampers ke; ada jugak faedah tu*. Asal jangan bagi brader Samy kita tu buat repair, kalau tak, hilang lagi 65 juta wang rakyat and bangunan tu akan berlubang selama 7 keturunan lamanya.

*Rasa cam V for Vendetta pulak, haha!

gagak hitam said...

Memanglah diorang tu hangat-hangat ketiak menteri semua...tapi kalau kita boleh kekalkan jumlah kematian yang berulang secara konsisten...maka diorang pun akan konsisten dalam melaksanakan undang-undang mereka. Itulah fungsi PBM. Takpe beb, kita ada ramai orang yang boleh dijadikan ahli PBM. Misalnya, pelajar-pelajar buat pinjaman MARA yang tak bayar-bayar balik tu semua boleh dikorbankan. Ramai tu... sehari korban seekor boleh makan bertahun baru habis.

tapi, bernas juga cadangan hang cakap ni. gua rasa langgar parlimen itu jalan penyelesaian terbaik buat semua.

hah apalagi... meh lah isi borang PBM... gua taruk hang first untuk mati demi negara. kakakaaka...

Dimitry said...
This comment has been removed by the author.
Dimitry said...

Kalau macam tu, hang sponsor gua Proton sebijik dengan budak MARA se'rusa' atau se'juara' gerenti gua isi borang jadi ahli PBM pertama... Siap fotostat buat surat layang sekali, kumpul member ramai-ramai... Mat Rempit bukak jalan, budak MARA buka lubang, pas tu gua langgar masuk sampai depan bulu hidung si Speaker Dewan tu... Apa macam? Set? Wakakaka...

Dimitry said...

Dan sempena Hari Kemerdekaan ke 50 ni, gua akan suruh budak-budak Rempit tu semua pasang lagu ni* kuat-kuat ini dengan radio kat Skooter Modenas mereka and kibar sekali Jalur Gemilang masa konvoi ramai-ramai ke parlimen...

Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya,
Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita,
Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua,
Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa,
Malaysia berjaya!

Semboyan telah berbunyi,
Menuju medan bakti!

Selamat Hari Merdeka!!!

gagak hitam said...

eh, ni plan engkau ni betul betul mengancam bulu hidung gua la... best giler....

tapi siallah...hang dah bongkarkan semua plan tu...macamana boleh lepas lagi...

tah-tah cybertrooper umno dah pasang mata telinga kat sini dah.... dan diorang kasi alert kat bos diorang awal-awal... mau taknya satu kilometer radius ke parlimen tu dibenteng habis dengan roadblock, begpasir, dan yg sewaktu dengannya. nak langgar macamana lagi oi.

Dimitry said...

Rilek la brader, budak MARA tu kan berlambak... Kalau setakat UMNO tu saja gua tak bimbang sangat sebab budak Rempit semua kamcing gila dengan Putera UMNO, silap-silap dia orang jugak yang supply motor kapcai untuk expedisi kali ini.

Lagipun gua konfiden sekonfidennya dengan skill Mat Rempit tu. Setakat benteng kon, beg pasir sebijik dua, FRU selori mana cukup untuk 'challen' skil-skil seperti superman, batman, spiderman dan se'hero' dengannya. Depan dah takde jalan, naik atas la dengan skil 90 darjah atau 'willi' je... Gerenti lepas punya... Lagipun dia orang dah tranning dah tiap-tiap malam kat Dataran tu, setakat se'road block' dua tu, tutup mata pun boleh lepas, benteng ngan beg pasir sebijik dua tu ingat diaorang tak boleh lepas ke? Orang Jepang boleh kamikaze demi negara, kita pun boleh jugak... Tambah lagi dengan lagu 'Inilah Barisan Kita', semangat patriotik mereka pasti akan terbangkit and berkobar-kobar untuk berkorban untuk negara... Rilek le...Plan gua gerenti jalan punya. Wakakaka....

iNs@ne [peNguIn], said...

wulamak
brader dua org nie hebat betul memperkatakan isu-isu semasa yang memeningkan kepala gua walaupon dah telan 10 biji pil panadol.agak2 r camane jadinye kalo idea bernas yang mengalahkan beras cap bernas brader dua org nie direalisasikan.pasti malaysia kian bertambah maju.ape2 pon jenguk2 r kat blog gua.
selamat menyambut kemerdekaan negara yg ke 50
dah tua dah malaysia nie.tak pake tongkat pon.........