Walaupun ianya bukan sekolah gua belajar dulu…tetapi ciri-ciri yang terdapat pada sekolah ini dengan semua sekolah lain di Malaysia adalah sama. Bau tandas sekolah.....mmmmm…betul ada umph la. Takde tempat lain boleh dapat bau ini. Memang unik. Hang tanya orang buta pun sama. Konfirm diorang boleh cam bau tandas sekolah.
Tapi tandas sekolah bukanlah topik gua hari ni. Gua nak kongsi cerita mengenai bermacam-macam papan perintah dan notis yang terdapat di sekolah, yang gua rasa akan membantutkan perkembangan minda murid-murid sekalian.
Merujuk kepada notis yang gua nampak kat dalam bilik darjah ini.... ayat ke 5, 6 dan 9 memang tidak sesuai sekali dikuatkuasakan kat murid-murid.

Gua bukannya nak loya buruk... tapi mana ada guru akan benarkan murid membantah pendapat dia. Walaupun guru itu dah jelas sangat salah dia... tapi pasal dia ialah GURU....kita kena akur. Gua dulu pun sekolah jugak.... kes macam ni selalu sangat berlaku. Gua bantah je, terus kena bantai!
Ayat 6 - Elakkan Memberi Sebarang Petanda (Dia) Pelajar Lebih Tahu Dari Gurunya, Kerana Ini Kurang Sopan Dan Kurang Berkat
Aduh...perintah ini memang tak kena dengan peredaran masa langsung...tetapi masih wujud kerana sifat ego dan bodoh sombong 'kita (guru) makan garam lebih dari korang (murid-murid) makan nasi'. Mana dah perginya pembelajaran 2-hala. Zaman sekarang ini...kalau masih nak buat semua benda satu hala je...boleh pi duduk hutan lah.
Ayat 9 - Elakkan Diri Dari Banyak Bertanya
Ya, jangan banyak tanya... apa Guru sampaikan...korang terima je. Yang betul yang salah. Terima je. Ada soalan...boleh belah...jangan tanya guru. Gua sejak dulu dah rasakan bahawa Ayat-9 ini bertujuan untuk melindungi Guru daripada mendedahkan kekurangan mereka.
Kalau ditelitikan dengan bulu roma korang kan... memang agak ketara bahawa sistem ini diturunkan daripada institusi pentadbiran negara. Dan kita sebagai rakyat ialah murid-murid di sekolah yang bergelar 'Malaysia'. Barua-barua yang bergelar 'Guru' pula diperwatakkan oleh Pemimpin/Menteri-menteri kita.
Biasalah, diorang ni cuma 'melentur buluh daripada rebungnya'. Diorang nak pastikan sejak kecil-kecil lagi semua rakyat dah dengar kata diorang, tak berani membantah, dsb. Jadi lain kali kalau nak hantar anak pi sekolah kerajaan...pikir panjang lebar dulu. Itu semua tempat penyebaran propaganda paling asas sekali.
Hais...macamana negara nak maju...kalau sejak kecil kita dilatih menjadi pengikut, bukan pemimpin... sayu, sayu....
Oh ye... Akta Universiti dan Kolej Universiti tu patut dibuang dalam jamban dah. Pasal ada Akta inilah pelajar universiti kita tak maju. Dan pasal pelajar kita tak majulah yang menyebabkan universiti kita di kedudukan tercorot di dunia.