Aug 31, 2008

16 September - Realiti atau Fantasi?

Member-member gua tak sudah-sudah bertanya dan menyoal tentang peratus kemungkinan berlakunya peralihan kuasa kerajaan tanggal 16 September ini. Gua sound kat diorang gua nie bukannya Nostradamus, ataupun ahli nujum yang boleh meramal masa depan, macamana gua nak bagitau. Diorang ingat gua ada insider tip pasal gua selalu gie ceramah Keadilan. Puiiii.

Tapi stail Anwar jawab bila ditanya mengenai peralihan kuasa ini memang selamba kambing. Dia kata kalau perkara ini tidak benar, masakan si Dollah dan Najib itu tak henti-henti nak guna pelbagai taktik untuk menjatuhkannya ...dan memastikan 16 September tidak berlaku! Hah...logik jugak katanya tu ye. Bwahahaha.

Tapi untuk melalut lebih lanjut mengenai isu peralihan kuasa ini, gua nak petik contoh daripada sebuah filem untuk dijadikan renungan.

Korang pernah tonton tak filem 'The Royal Tramp', lakonan Stephen Chow (dia nie bapak segala bapak lawak dari Hongkong)? Selain skrip dan jalan ceritanya yang boleh menyebabkan korang masuk ICU akibat terlebih gelak (percayalah cakap gua ni.. walaupun tak erti bahasa cina...takat tengok sarikata dan lakonannya cukup memecah perut sehingga terkeluar usus).

Cerita itu yang diadaptasikan daripada novel Cina, merupakan gabungan fakta sejarah Cina dengan fiksyen. Ia mengisahkan perjalanan watak lakonan Stephen Chow yang menpunyai 2 identiti - sebagai pemberontak dan juga pengawai tinggi kerajaan pada masa yang sama. Zaman itu negara China diperintah oleh Dinasti Qing. Dan pemberontak yang berasal daripada Dinasti Ming yang lalu ingin mengulingkan Dinasti Qing supaya mereka dapat memerintah semula.

Hampir di akhir cerita itu, watak Stephen Chow menanya ketua pemberontak satu soalan maut yang sememangnya tidak dapat dijawab dengan rasional. Ia berbunyi begini... "Rakyat China sekarang (merujuk kepada zaman cerita itu dikisahkan) hidup dengan aman dan damai, semua orang dapat makan, dapat tempat berteduh, dsb... mengapa kita masih nak memberontak dan memulihkan kuasa Dinasti Ming?

Ya, mengapa kan? Kalau rakyat jelata semua hidup aman dan damai. Semua dapat makan. Semua dapat berteduh. Semua dapat peluang untuk berjaya. Mengapa kita masih nak memberontak? Kerana maruah? Ataupun kerana gila kuasa? Kalau kerana dua sebab itu, berbaloikah kita mempertaruhkan nyawa rakyat jelata?

Tapi kesnya lain di Malaysia. Memang pada zahirnya, orang orang Malaysia dapat makan, dapat tempat berteduh. Tetapi kalau dikorek-korek dengan lebih mendalam lagi... kerajaan kita memang tak boleh pakai langsung.

Gua ada jugak beberapa kerat kawan yang sound gua...apsal nak sibuk tukar kerajaan...kan sekarang ini hidup aman, takde gaduh mana...boleh makan boleh tidur. Gua tak salahkan diorang ni kerana berpendapat sedemikian, kerana diorang sejak bayi lagi memang dibesarkan dengan duit kontrak kerajaan. Pasal bapak bapak dan keluarga diorang nie semuanya buat bisnes dengan kerajaan. Kalau kerajaan dah tukar... maka diorang pun tak boleh lah nak 'buat' bisnes dan perjanjian mereka seperti sedia kala. Itu je.

Gua percaya cuma ada segelintir orang yang tidak berani mengharungi perubahan ini, atau mereka sudah termakan dengan ugutan UMNO dan BN yang kekecohan akan berlaku kalau kuasa pemerintah bertukar tangan.

Dalam hati, majoriti rakyat Malaysia inginkan 16 September menjadi realiti. Walaupun mungkin timbul kelemahan dalam sistem pentadbiran Pakatan Rakyat sebaik mengambil alih semua tugas kerajaan... gua percaya ia akan disempurnakan dengan serta-merta, bukan saja dengan pakar-pakar dan tenaga kerja yang mereka ada...tetapi juga dengan sokongan kita sebagai rakyat yang inginkan pembaharuan dan masa depan yang terjamin.

Walau apapun, gua akan makan angin kat Langkawi pada 13 September, dan balik pada 16 September. Gua konfirm bawak sekali bendera Keadilan, DAP & PAS melancong di Pulau Langkawi. Sekiranya benar 16 September menjadi kenyataan, akan gua pegang bendera itu dengan megah dan menuruni tangga kapal terbang AirAsia selepas mendarat di LCCT Sepang. Woohoooo.

4 comments:

zewt said...

betul ke saudara baca subtitle? hehe...

gengbuah said...

tempah terus baju Keadilan ber..biar Langkawi bergegar skit nanti..hehe

Team Sauk said...

lama tunggu hang punya entry camni...

Gagap Hitam said...

sorri la kalau korang tertunggu tunggu gua punya posting baru. gua memang sedih jugak pasal lama tak mengarut dah.

habih kerja berlambak gila... takkan gua nak sound kat boss gua tu, suruh dia kurangkan beban kerja gua pasal gua nak blog. memang nak makan penampar la tu. kakakakaka.