Aug 25, 2006

Kayu Sekayu Kayunya



Aku sedih siut. Sedih kat pihak mak bapak producer, director, para pelakon dan krew drama ke-bangang-an saluran ASTRO Wah Lai Toi yang bergelar 'Trio in A Bed'.

Sedih sebab susah payah mak bapak mereka membesarkan mereka, mereka bukan saja tidak berbakti kepada Malaysia, tetapi menyeksa rakyatnya dengan melakon dan menerbitkan drama yang teruk sekayu-kayunya (bak kata iklan TV Digi World Cup: "Kayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu"!).

Tak boleh nak nafi, semua orang suka pandang awek cun. Apatah lagi kalau awek-awek itu ialah Carmen Soo, Anabelle Kong dan... aiseh lupa pulak nama yang seekor lagi tu...alaaa...yang jadi model tong Gas tu...

Memanglah diorang cun. Tapi kalau takat cun je... berus gigi aku pun cun. Takkanlah nak suruh berus gigi aku tu berlakon dalam drama. Otak tu kena lah pakai sikit. Diorang tu model. Model yang tak perlu bercakap time buat show, time buat shooting. Kalau ye pun nak pakai diorang, hantarlah pergi kelas lakonan dulu. Kalau takde budget, hanter je diorang pergi tengok sesi Dewan Rakyat dan Dewan Negara kat Parlimen. Kerana semua pelakon-pelakon terhandal tanahair adalah ahli politik kita yang sibuk berbahas kat sana. Dan pastikan model-model tu graduate dulu sebelum bagi diorang muncul kat TV dan menyeksa minda dan biji mata kita.

Pelakon jantan juga tak kurang kayunya. Harap muka je hensem... berterabur bahasa Kantonis masa bercakap. Bikin malu je la. Mungkin pengarah patut bagi semua pelakon cakap dalam loghat masing-masing. Resultnya mungkin tak lah seteruk sekarang kot.

Kalau anda cuba tumpukan perhatian kat drama ini dengan betul-betul (AWAS: Perlakuan ini boleh memudaratkan minda anda), ada banyak adegan dimana aksi-aksi pelakonnya cuba dengan sedaya upaya mempromotekan barangan daripada penaja-penaja drama.

Korang ingat Truman Show tak? Hah lebih kurang macam tu la cara promote barangan penaja. Tapi Truman Show punya stail lebih subtle, dan 100juta kali lebih best.

Umpamanya, haram jadah seekor ni nak bagi nombor fon kat awek. Dia takde kertas time tu. So dia pun keluarkan chewing gumnya...dan kamera fokus lama gila kat jenama chewing gum itu. Bukan itu saja, kamera terus melekat dan fokus dengan dekat kat tangan haram jadah itu membuka pembalut chewing gum, dan sehingga dia menulis nombor fonnya.

Orang nak tengok cerita. Bukannya iklan. Kita kalau nak tengok iklan, kita boleh tengok kat akhbar Star yang mempunyai 10% berita, 90% iklan. Dey thamby, bangun la!

1 comment:

Anonymous said...

Ei bradder, saya setuju kau-kau lah. Tengok rancangan itu tak sampai lima minit sudah muntah darah. Yang paling teruk ialah bila diorang buka mulut. Kalau tak buka pun tak begitu geli, korang-korang muka tu masih boleh 'pass'. U tengok Samy Vellu, orang caci sikit, menangis macam hujan. Betullah cakap bradder, nak belajar berlakon , belajar daripada ahli politik kita.