Sep 17, 2006

Suara Bolasepak Negara

Final Piala Malaysia semalam memang best. Gua memang tak pernah miss la game final cam nie. Setahun sekali beb. Asyik asyik layan EPL, La Liga, Serie A, J-League, Winning Eleven 9, Fifa Street je mana boleh. Kang orang kata kita takde semangat nasionalisme, dan tak sokong perkembangan sukan tempatan.

Tapi permandangan kat stadium semalam kira sayu jugaklah. Stadium boleh muat 100,000 kepala. Tapi yang datang tak sampai 40,000. Eh, kan 'Chinese Hungry Ghost Festival' dah lepas... tapi apsal 22 pemain kat padang tu macam main bola untuk tontonan hantu dan roh? Mana supporter manusianya beb?

Bab game semalam aku malas nak komen la. Korang tau-tau jelah kualiti dan standard bola kita. Passing bola kat member depan sejauh 3ela pun tak tepat. Ranking FIFA kita ialah tempat 127. Negara Lubnan yang sibuk dibedil Israel bulan lalu pun lebih baik dari kita (tempat 122). MALAYSIA memang BOLEH!

Sedih sedih sedih. Dari Liga Semi-pro dulu, lepas tu Liga Pro, lepas tu Liga Premier la, lepas tu Liga Super la... dan bertimbun-timbun lagi peraturan terbaru diperkenalkan (seperti had 3 pemain import)... semuanya digubal kerana nak memajukan standard bola kita. Tapi maju apa kejadahnya? Makin parah ada la. Haloo...Tengku Mahkota...baik hang resign jelah sebelum satu Malaysia jadi kaki bangku kerana angkara lu.Game bola dah lah parah, pengulas siaran langsung kat TV pun sama parahnya. Naik bengkak telinga gua dengar ulasan dari pengulas 'terunggul' tanahair - si Hasbullah bulat. Dah takde orang lain lagi ke? Bullah oi... tolonglah buat persediaan dan homework rapi dulu sebelum mengulas. Kau nie balik balik cerita pasal sejarah pemain, pasal sejarah nenek moyang... sah sangatlah lu nie tak tahu nak cakap apa. Ini gua bagi contoh satu siri ulasan dia:Time pemain A dapat bola:
"A sudah berumur 24 tahun. Dilahirkan di Kuala Lumpur dan pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Lepas tu pemain A pass bola kat Pemain B:
"Cantik hantaran A kepada B. Ya penonton di rumah, B sudah berumur 26 tahun. Anak kelahiran Kuala Pilah ini pernah bermain untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Kemudiannya, pemain B lob bola kat Pemain C:
"Kemas sungguh lob dari B ke C, yang kini sedang mengatur serangan. Untuk pengetahuan semua, C sudah berumur 23 tahun. Beliau ialah anak kebanggaan Alor Gajah dan pernah beraksi untuk kelab A, B, C, D, E, F, G..."

Bukan tu je. Dia pun suka main petik je cakap dia. Ni ada satu contoh lagi:

Mengulas mengenai keeper Perlis Tay Sin Kiat:
"ANAK MUDA ini berasal dari Tangkak, Johor..."

Eh Tay Sin Kiat tu dah berumur 28tahun la. Anak MUDA apa lagi. Bukan 1st time beb. Sebelum ini pun gua banyak kantoi lu panggil player yang berumur 30lebih sebagai anak MUDA! Gua nak tau la...istilah MUDA untuk lu ialah dari lingkungan umur berapa ye?

Tolonglah, demi masa depan bolasepak kita, FAM dan media kita patut tukar apalah yang patut tukar.

*Sebenarnya bukan si Hasbul je yang teruk, semua pengulas sukan yang lain pun lingkup habih! Gua miss time ada Karel Stromsik, ada Zoran Nikolic, time Chow Kwai Lam tak kantoi match-fixing, dan Serbegeth Singh yang masih belum digelar 'Shebby' dan kekal brutal dengan tacklenya.

1 comment:

Peanut Butter Jelly said...

Haha, tanpa Hasbullah Awang, orang x tengok rasenye liga Malaysia kat TV...