Nov 20, 2006

Kisah 3 Ringgit

Seminggu dua yang lepas ada berlangsung pertandingan bola sepak bawah 20-tahun Asia. Tempatnya di India. Dan seperti biasa, pasukan negara kalah kesemua 3 perlawanannya.

Aku selalu tanya kat kasut bola aku, dimanakah silapnya permainan kita ye? Di tahap pengurusan? Di tahap skil pemain? Atau kemudahan tidak mencukupi?

Dan seperti biasa...kasut bola aku pun jawab:

Pengurusan kita takde masalah. Coach kita upah selalu memang bertaraf dunia. Ada Allan Harris. Ada Claude Le Roy (kesian Si Claude ni... kena maki kawkaw kerana dikatakan tidak terrer. Tapi kita tak sedar, seteruk mana Claude nie pun, lepas tu dia berjaya bimbing Cameroon pi Piala Dunia kat Jepun!)
Pasal skil pulak, sebenarnya takleh nak nafi, pemain kita memang ada skil. Dulu gua ada kawan ni state-player. Pheh...skil dia macam aku main FIFA Street la. Ternganga mulut la kalau lu tengok. Tapi dia kata, diorang takleh buat skil time competition. Sure kena maki ngan coach. Laa...patutlah Liga Super kita boring giler...

Kemudahan apa lagi kita nak. Nak stadium besar-besar, kita bina. Nak equipment hi-tech giler kita sediakan. Nak but mahal-mahal kita sponsor. Nak artis-artis cun buat isteri kita halalkan. Tapi main macam kambing jugak!

Aku mengangguk kepala je dengan penuh sayu selepas mendengar kata-kata kasut bola FungKeong aku. Haih, gua ingat lagi time 90an dulu, team bawah 14-tahun kita tu juara Asia Pasifik. Budak Jepun dan Korea pun tolak tepi la. Sekiranya pemain-pemain kita boleh menundukkan lawannya dari Jepun, Korea, etc masa diorang 14 tahun... kenapa diorang tidak boleh berbuat demikian di peringkat senior pulak? Kan itu satu set pemain yang sama je. Pening pening...

Kalau disiasat betul-betul, silap sebenar ada kat sikap pemain kita sendiri. Diorang nie takde semangat untuk menang langsung.

Masa aku sekolah dulu-dulu, tiap tahun diorang akan buat selection school team untuk bolasepak, sepaktakraw, hoki, bola tampar, olahraga, bola baling, etc. Walaupun ada bermacam sukan, semuanya mempunyai satu persamaan. Iaitu kesemuanya diwakili oleh pelajar-pelajar yang sama.

Aku ada seorang kawan time tu, dia ni school team untuk 6 jenis sukan. So, aku pun tanya la dia, nie, kau nie semua nak masuk...boleh main ke?

Dengan spontan santan dia jawab "Oi, elaun kencang la. Sehari game RM3 siut. Lepas duit makan, rokok, blablabla". Aku tanya 10 budak, 11 budak akan kata pasal duit elaun tu.

Lah, pasal elaun RM3 tu, habis harapan sekolah, dan seterusnya harapan negara. Biar aku kira sikit berapa dia boleh dapat setahun menjoin school team: RM3 x 6 sukan x 2 hari bertanding (mininum) = RM36...FUYOHHHH banyak gila tuuuuuuuuuuu!

HARAM JADAH! Patutlah sekolah aku tak pernah memang apa-apa pun kecuali team basketball yang dianggotai budak cina. Cina sekolah aku tu hanya main bola keranjang je, samalah dengan mata diorang yang keranjang full-time. Peringkat zon, daerah, bandar, negeri semua diorang sapu...

Tapi team lain pulak selalu kena sapu...

*Agak melampau jugaklah, kerana dalam team bola tampar sekolah dulu, ada jugak player yang setinggi 5kaki je. Macamana cikgu gua select pun gua tak tau. Cina basketball yang tinggi cam buluh takde peluang nak join kerana biasanya ia selection 'tertutup'. WOOHOO...RM3 lagi untuk budak 5kaki tu.

1 comment:

Anonymous said...

Ammik kauu..

mmg patut kena maki pun budak2 mcm tuh...