Apr 14, 2007

Machap Destinasi Melancap

Berita kemenangan MCA dalam pilihanraya DUN Machap tempoh hari tidak mendatangkan sebarang kejutan pun buat kita, tidak walau 0.0001milivolt pun.

Macamanalah parti pembangkang nak celen BN. Duit korang takde. Nak gaduh korang tak cukup orang. Diorang boleh upah lebih banyak macha jadi bouncer la. Dah tu, BN tu nak buat apa pun boleh. Kau tengok jelah, siap boleh suruh jaguh badminton negara, si Kien Keat-Boon Heong dan Wan Wah-Tan Fook pi sana main exhibition game*. Kesian bebudak tu semua. Bukan takat nak mengharumkan nama negara je, bahkan bodek BN juga kena diharumkan. Eh kang korang kalah dalam Kejohanan ABC tu, bolehlah salahkan BN ye, pasal tak dapat rehat secukupnya.

Tapi untuk aku, siapa yang menang dalam pilihanraya tu tak penting. Yang penting penduduk tempatan dapat apa yang diorang nak. Confirm sangatlah, diorang nie memang suka kalau ada ADUN yang meninggal tetiba. Pasal masa inilah permintaan diorang dimakbulkan.

Permintaan-permintaan ini biasanya hanya akan dilayan setiap 4-5 tahun. Tapi time macam ni, BN terus tukar jadi jin, macam jin Aladin. Cakap jelah apa yang korang nak - Jalan tu tak hensem, takpe esok akan diturapkan. Apa... paip kat hujung kampung dah pecah lapan tahun, ok dalam lapan saat akan siap dibaiki. Kambing Pak Usin tak nak mengawan, bisa diatur - esok kita hantar orang mengawan sama kambing tu. Gerenti beranak sekampung.

Begitulah, semuanya yang mustahil tetiba menjadi kenyataan. Betul magik habih... kalah David Copperfield.

Jadi, kalau ada mana-mana kawasan DUN atau Parlimen yang selama ini disisihkan, silalah ramai-ramai berdoa agar ADUN atau Ahli Parlimen korang tu meninggal cepat-cepat, dan sambil-sambil tu, ambil pen dan kertas dan mula tulis senarai benda yang korang nak. Pasal Santa Klaus jenis nie bukan selalu datang melawat tau.

*Bayangkanlah, kalau Teresa Kok atau Tan Kok Wai meninggal dunia, dan kubu kuat DAP di Cheras dan Seputeh tu sudah kosong, rasa-rasa BN bawak masuk tak Ronaldinho main takraw sama Beckham untuk pancing undi? Kalau diorang bawak sekali Victoria Beckham, gua gerenti pangkah kotak BN lah!

1 comment:

C-Fu said...

hahahahha jalan tak hensem hahahhaha lawak gile hahahhaha

tapi takde la ako gelak gile..... tangan ako je yang gelak ek sori