Aug 12, 2007

Tak Siapa Ingin Dilahirkan Cacat

Otak gua sekarang agak lembab prosesnya. Semuanya salah harijadi gua bulan lepas. Terlebih joli, sehinggakan tanggungjawab gua untuk mengarut di sini pun diabaikan. Dan sekarang ni nak mula balik punyalah susah. Hai..... macam nak mati je memaksa gua menaip sekarang nie. Dah tu gua tengok beberapa minggu kebelakangan ini laman RPK pulak panas gila. Gua sendiri pun khusyuk habis baca artikel dia...kakaka.

Jadi, apa dah gua buat selama gua menghilang diri ini? Tak banyak juga, gua tetap pergi kerja macam biasa. Tapi yang tak biasa ialah gua pegi naik LRT hari-hari. Kerana reaksi otak gua yang lembab menjadikan gua tidak cergas untuk memandu langsung.

Tetapi, gua tidak pernah mengeluh pun walau terpaksa berhimpit ngan orang ramai hari-hari kat LRT. LRT ini, selain dapat mengurangkan kesesakan jalan, pencemaran udara, dan perbelanjaan harian gua, ia juga dapat mengimbangi keperluan psikologi gua untuk mencuci mata. Tak tipu bai... awek betul ramai gila. Semua pakai stail Office Lady. Gerenti jantan-jantan sekalian berfantasikan adegan cerita blue Jepun. Best gila.

Ok, dah cukup. Jangan terlanjur imaginasi. Sebenarnya, gua nak berkongsi satu penemuan yang mengemparkan semasa kesetiaan gua menaik LRT hari-hari. Gua boleh ibaratkan ke-terrer-an penemuan ini dengan pendedahan isu-isu panas oleh RPK.

Dan penemuan ini juga mungkin membongkar misteri kelembapan Malaysia mengejar pembangunan ekonomi dan intelektual walaupun dah dekat 50 tahun merdeka. Ya, penemuan gua ialah: 5 daripada 10 orang di Kuala Lumpur ialah Orang Kurang Upaya (OKU). Err... gua nak guna perkataan orang cacat, tapi macam kurang sopan pulak. Pasal cacat ini bunyi macam cacat jelah.

5 daripada 10 orang KL ialah OKU. Dan kelima-lima OKU itu semestinya cacat penglihatan. Daripada 5 itu, ada 4 yang cacat kaki juga. Sila lihat jadual dibawah untuk indikasi penuh kecacatan 5 OKU ini.

Untuk menyahihkan dakwaan gua ini, gua telah membuat rujukan dengan Kementerian Sumber Manusia. Menurut mereka, adalah dianggarkan 1 peratus orang di Malaysia ialah OKU - lebih kurang 220,000 orang la. Mereka mendapat angka ini berdasarkan norma anggaran antarabangsa bahawa sekurang-kurangnya 1% penduduk di dunia ialah OKU.

Salah. Betul salah habis anggaran Kementerian ini. Mereka patut pergi jalan-jalan kat luar sana, dan buat pemerhatian sendiri. OKU ini ada di mana-mana saja. Dan jumlah OKU Malaysia semestinya lebih dari 220,000 itu. Kerana di KL saja sudah melebihi 600,000 orang (KL ada lebih kurang 1.2juta orang...dikira mengikut nisbah 1:2 gua kemukakan).

Ramai kengkawan aku menyoal bagaimana gua dapat angka ini, dan membuat huraian sebegini. Gua kata senang je. Nak tau sila pergi naik LRT hari-hari:

  1. Kenapa gua kata semua mereka ini buta? Pasal mereka tak dapat baca papan tanda di stesen LRT ini. Bilik tandas khas OKU sentiasa saja ada orang guna. Yang keluar dari dalam sana gua tengok celik-celik belaka. Ai...
  2. Lif di stesen LRT juga sentiasa penuh. Yang pakainya bukan orang yang tak boleh jalan. Semua ada kaki masih elok terletak kat badan. Dan ya, mereka ini juga buta kerana gagal lihat papan tanda 'Untuk Orang Kurang Upaya'. Gua betul heran, ni nak jalan sikit naik eskalator pun malas.
  3. Beratur masuk LRT pun macam gampang. Tiap pagi mesti ada pengawai LRT ni dengan pembesar suara ini suruh mereka beratur, bagi orang turun LRT dulu sebelum masuk. Tapi, disebabkan ramai yang buta - kerana tak nampak papan tanda suruh berdiri dalam barisan, ramai yang kaki tempang dan nak masuk dulu untuk dapat tempat duduk, dan ramai yang PEKAK kerana tak dapat dengar apa yang disuruh - maka situasi itu boleh disamakan dengan adegan di shopping Hari Raya di Mydin.
  4. Dalam LRT pulak, kalau yang dah duduk tu, jangan haraplah diorang nak bangun. Walaupun kat depan mereka tersergam lemah perempuan hamil, nenek umur 100 lebih, ataupun budak 5 tahun yang mendukung adiknya. Memang tak boleh salahkan mereka. Sesungguhnya, mereka yang dah duduk ini memang kena duduk - kerana mereka ini BUTA dan TEMPANG. Nak buat macamana kan, kan, kan.
  5. Selain tempang, buta dan pekak, ada lagi satu OKU yang merupakan bapak segala OKU. Dia ini juga cacat minda. Memang spastik habih beb. Dia guna tandas OKU, dia tak beratur masa nak masuk LRT, dia mesti duduk dalam LRT, dia takkan bagi tempat duduknya kat orang yang memerlukan, dan... ya, dan... dia juga takkan miss ambil suratkhabar The Sun yang diberi percuma kat stesen LRT. Dia akan ambil senaskah, walaupun dia ini takkan membacanya. Kalau kau tanya apsal lu ambil itu paper kalau tak baca? Dia mesti jawab 'Laa, kan Free tu. Ambil jelah. Hujan kang boleh pakai teduh kepala'. Tak ke spastik itu.
Sebenarnya saudara sekalian, bukan kat LRT je kita akan terserempak OKU ini. Pegi je ke semua pusat membeli belah terkemuka di KL. Dan masuk parking sana. Semua tempat parking khas OKU sentiasa penuh. Tapi yang turun kereta bukannya ada cacat mana-mana. Cuma cacat di hati je. Ini ke keprihatinan kita terhadap mereka yang lebih memerlukan? Memang pukimak korang semua.

Begitu banyak sekali OKU yang ada di ibu negara kita ini. Patutlah negara ini tak maju-maju. Adakah lu salah seorang OKU ini jugak?

3 comments:

Unknown said...

hahahahaha gua mampu ketawa je beb .. ape lu cakap tu memang logik dan nyata , OKU is everywhere wahahahah

Gagap Hitam said...

itu pasallah... dah OKU ada kat mana-mana... baik negara kita tumpu perhatian kat team paralympics je...join sukan OKU.

Biar kita jadi kuasa yang digeruni dalam bidang sukan itu.

buat apa hari hari dok pikir bila baru dapat menang pingat emas kat sukan olimpik. hais... atlit negara dan pengurusan pun semua orang cacat, macamana nak menang kat Olimpik biasa.

Go Go Paralympic!

bats said...

tu laaaaaa, gua sudah warning hari tu jagan sampai lu terlebih enjoy pulak. tsk tsk... takpa takpa.

gagak, permerhatian yang cukup menarik. tapi tahukah anda bahawa fenomena ini telahpun dikaji pada tahun 2001. ketua badan kajian tersebut, dr. lanciau kuat kelentong, menyiarkan penemuan beliau di TV2. malangnya, juruteknik RTM pada masa itu sibok mewarnakan bulu konetya ke kaler hijau dan tersilap censor dokumentari itu. akibatnya, hanya 2 minit terakhir siaran tersebut berjaya sampai kat tv gua.

nasib lu baik... gua sempat tengok 2 minit terakhir itu. kesimpulan yang dibuat oleh dr.kelentong ialah, fenomena OKU ini boleh dikelasifikasikan di dalam satu kategori yang lebih luas, iaitu bodoh-bangang. actually, katanya, in ingeriss it's called fucking stupid.

selamat.

-bryant-