May 20, 2009

Eksiden

"Lu budget berapa? Goodyear satu biji RM135, itu Michelin RM130, Bridgestone sama jugak."

"La... mahal sangatlah. Lari budget ni Ah Chong. Itu dulu gua pakai Silverstone satu bijik seratus tu dah takde ke?"

"Tala stock la. U mau murah lu angkat ini Falken. Sama Silverstone punya harga."

"Falken. Mana punya brand? Bagus ke?"

"Tayar semua sama pakai jugak. Lu bukan bawak lari itu litar Sepang, atau lawan sama mat rempit. No problem."

"Oklah oklah. Set. Kasi tukar 4 biji sekali. Nanti petang sikit gua datang angkat kereta."


(Selang 3 hari kemudian)

"Wah, apsal jadi ini macam?"

"Cibai lu Chong. Itu tayar Falken mana punya. Gua bantai korner kat Carrefour tu terus kereta buang. Tak makan jalan langsung. Tau tau kereta gua makan dinding."

"Lanjiau tala makan jalan? Lu bantai berapa laju?"

"Mana laju... cibai... gua tekan satu-tiga saja apa."

"Lu ingat bapak lu direktor cerita Fast&Furious ka. itu korner tajam gila. Lu naik beca laju sikit pun buang!!!

Gua diam je.
__________________________

Begitulah mekanik gua... dah lah tak bertimbang rasa ... tapi tetap taruk gua secukup rasa. Kepala lutut masa tu memang sakit nak mampus, pasal retak terhentak dashboard masa eksiden.

Kelak gua dah tak boleh nak buat lawak kepala lutut dah. Sensitif. Mana tak, lutut sekarang dah ala Terminator... ada besi skru panjang rokok dunhill kat dalam. 2 batang lagi tuu...aiiii.




Lagi satu gua nak sound. Lain kali kalau ada diantara korang yang cukup bertuah dapat dimasukkan ke hospital swasta, jangan sekali kali korang menayang kad perubatan insuran (medical card) kat diorang. Korang bayarlah deposit pakai kad kredit dulu. Kalau dia tanya ada medical card ke tak, cakap takde. Pasal kalau dia tau korang ada medical card, memang diorang cukur kaw kaw. Pasal dia tau syarikat insuran gua akan cover semua belanja perubatan. Bayangkan situasi gua nie. Lutut gua cuma retak sikit, stok yang kena pakai microskop baru nampak. Tapi doktor tetap gerudi kepala lutut gua masuk 2 biji skru. Padahal boleh taruk 'casting' je, dan lepas seminggu dua gerenti pulih. Kimak betul Puiiii.

2 comments:

bats said...

biar benar lu ni, gagak. bantai kona sampai eksiden.. nasik baik tak mampos. lu pakai falken ka, hurricane ka, taufan ka suma sama gak. buang kalu tembok la jawabnya.

gua pon dah lama tak baca lu punya citer karut. hari ni gua bukak lu punya blog, tengok2 eksiden pulak.

pelan2 kayuh gagak. orang macam kita ni, setakat hisap dunhill dah la. ni mau main kete cam vin diesel ni suma buang masa la. suda tua bai.

selamat.

gengbuah said...

perghh...tak tau plak gua yang pakai tayar cikai pon kona bleh buang..kena bawak slow2 la pasni..hehe..good example..