Jun 12, 2009

Berapa Line Hang Ada?

Hari tu gua turun disko. Kaki gua sejak eksiden sampai sekarang, memang tak pernah test power lagi. Ada jugak rasa takut sendi sendi gua dah karat, kang nak nari 'shuffle' dan makan KFC macam iklan tak lepas pulak.

Malam tu pun memang dah lambat gila. Kawan ajak pukul 11malam. Gua sampai 130pagi. Inilah contoh Janji Malaysia Boleh!

So nak cepat punya pasal, sampai sampai je seberang disko tu gua terus parkin kat tepi jalan. Double-line lagi tu. Atau line kuning. Gua tak ingat sangat. Arr lantaklah gua pikir. Dah malam-malam buta... polis trafik mana rajin saman menyaman.

Tau tau gua turun kereta je nak pecut ke seberang macam Watson Nyambek, mamat sekor ni pulak sahut gua.


"Eh bos, parking? Sepuloh ringgit."

"Hah, amenda? Sepuloh? Tepi jalan pun kena bayar ke?"

"Ye bos, jalan dari sana sampai hujung sana kitorang tengok punya".

"Tengok apa. Tu gua taruk kereta kat double-line tu".

"Tapi kita Tiga Line, bos. Trafik semua dah kautim dah sama kita".



Hah...gua pun tergamam sebentar bila dengar dia punya cakap. Polis kita ada Jabatan Trafik, Special Branch, dan yang lain-lain...sekarang siap ada cawangan Tiga Line. Memang terrer. Entah bila diorang sepakat dengan Geng Tiga Line pun gua tak tau. Tak keluar berita Bernama pun. Patut buat upacara menandatangan MoU (Memorandum of Understanding).... biar wartawan semua gi buat liputan, barulah kita sebagai rakyat tau korang dua dua pihak ni dah sepakat. Kalau betul bajet lari, korang buat kenduri kat warung pun gua okey. Janji ada bagitau.

Berbalik kat cerita gua pulak... tak nak bayar parking punya pasal, gua pun selamba naik semula kereta... dan pusing balik rumah tidur. Terus lupa hasrat nak joget kat disko. Sempat lagi gua toleh ke arah member gua yang berdiri depan pintu menunggu gua. Muka dia nampak biol semacam. Tertanya tanya kenapa gua boleh belah cam tu je.

_________________________

Keesokkannya, gua kena maki dengan member. Moyang-moyang gua yang dah kebumi entah berapa kurun yang lepas pun kena sekali. Kesian.

2 comments:

hwaihwe said...

c'mon....they cant really say they are from tiga line rite? was this infront of zouk....and they expect everyone to know what Tiga Line is?

ku2 said...

salam.
read this posting twice and decided to copy paste into my blog.
hope it's ok.
btw, nice stuff!