Oct 2, 2010

FAM... Balik-Balik Cerita Sama!

Itu dia. Sekali lagi badut badut dalam rangkaian sarkas FAM mengumumkan keputusan untuk membawa balik pemain import ke dalam liga tempatan. Dah takde idea dah diorang ini…. Bebalik benda yang sama je. Masa ada pemain import, diorang kata bakat tempatan tak dapat diasah atau menyerlah. Jadi diorang pun mengharamkan pemain import. Dan kini, masa takde pemain import, diorang pula kata minat orang Malaysia pada liga tempatan pula berkurangan. PIRAH MABUK!

Gua sedih benar, pasal nasib arena bolasepak kitorang dipikul oleh kumpulan orang-orang yang tahap IQ mereka amat diragui dan dipersoalkan. Akhbar semalam sempat lagi melaporkan bahawa diorang dah brainstorm kawkaw (berpuluhan jam lamanya) untuk mencari penyelesaian kepada masalah bolasepak negara. Tapi sedahkah mereka, kalau dah bodoh, apa yang diikhtiarkan juga adalah bodoh? Korang setuju?


Memang tidak boleh dinafikan bahawa liga Malaysia dulu-dulu (semasa semi-pro dan juga semasa permulaan liga pro) memang best tak ingat dunia. Dream Team KL time tu siapa boleh lupa. Tapi, korang kena ingat, time tu mana ada siaran Astro. Nak tengok liga bolasepak luar negara pun kena tunggu Dunhill sponsor (biasanya hanya English FA Cup final lah). Sekarang kitorang dah ada Astro, kitorang dah terdedah dengan aksi gempak meletup liga liga luar. Kalau dibandingkan dengan kualiti pada liga kita… isk…hanya orang yang kurang siuman yang akan bertandang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan oi.

Pada pendapat gua yang memang tak seberapa ini, pemain import semuanya bukan ahli sihir yang mampu menghidupkan semula minat pada liga tempatan dengan sekelip mata. Banyak lagi yang perlu dilakukan FAM. Dan perkara pertama dan paling penting yang ahli jawatankuasa FAM perlu buat ialah meletak jawatan kesemuanya sekali. Agar orang-orang baru yang tiada ikatan politik, bangsawan, atau kroni kroni sekalian diberi peluang untuk mengendalikan FAM pula. Hanya selepas itu....kita boleh berharap arena bolasepak negara dapat berkembang semula.

2 comments:

tulups said...

wah..gambar klasik nih! memang gempak team kl time tu.
team lain cam kedah, selangor, johor pun kuat.
tp skrang satu liga hampeh. kualiti takda, sapa nk tengok...

Penulis.Sahaja. said...

gua turun stadium kalau ada kesempatan oi.
match international Malaysia hampir semua gua turun. hampir.
jgn kata gua tak siuman pulak?